Friday, October 28, 2005
anak yatim 05






ni semua hasil gambar untuk pembelian baju raya untuk anak2 yatim di sekolah2 kawasan Pahang...aku doakan kebahagian mereka pada masa yg sama merindui K..salam lebaran bakal menjelma..





salam syawal akan menjelma tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa akhirnya inilah ganjaran buat kita di dunia bergembira setelah menempuhi dugaan dan cabaran Yang Esa pada bulan Ramadhan...hari ni 28 okt 05 sekali lagi pihak bank telah menyumbangkan sedikit bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan di kawasan Sg Lembing sebuah kawasan pendalaman yg jauhnya 40km dari bandar kuantan seramai 30 org telah menerima bantuan ini..semoga apa yang diberi dapat memberikan sinar aidilfitri yang lebih ceria kepada mereka semua..insya allah..ok sampai office semula jam 11.30am emm nak buat apa ek..apa lagi sambung kerja beb cause hari ni hari terakhir aku kerja then slps ni dan nak balik kampung ..mana lagi kalau bukan kuala krai kelantan..insya allah akan aku balik pada ahad 30 okt 05 bersama ngan adik aku yg berkerja sebagai askar kat PD then kawan aku asal sabah tp aku invite dia beraya bersama2 ngan keluarga aku kat kampung sana..emm kampung aku biasa saje cam kampung lain2 harap2 la sgt dia tak takut nak datang eehhe biasalaa kampung kan..
ok dikesempatan yang ada ni aku nak ucapkan ......



SELAMAT HARI RAYA BUAT
KELUARGA DI KAMPUNG MAK , KAKAK , ABG, ADIK DAN ANAK2 BUAH YANG TERSAYANG SEMOGA SABAR MENUNGGU KEPULANGAN AKU NANTI.
BUAT INSAN TERISTIMEWA YANG AKU AMAT SAYANGI "K"
MAAFKAN AKU DAN SEMOGA LEBARAN NI MEMBAWA SINAR BAHAGIA DALAM HIDUP KAMU ..U ALWAYS IN MY MIND PAGI RAYA JGAN LUPA INSYA ALLAH AKU AKAN PERGI KE KG PDA RAYA KE-4 TUNGGU OK..
BUAT KAWAN-KAWAN
FENDI, ADAM,SHAHDAN DAN LIN DI KL
MAAFKAN AKU TERLANJUR KATA DAN BICARA
KAWAN2 MASA BELAJAR
ASIS, AZWAR , DAVE ,ANIS, UDA DAN RAMAI LAGI YANG AKU TAK TERSEBUT DI SINI
MAAFKAN AKU JUGA
OFFICE MATE SME BANK DI KUANTAN
NAZROL. NAZRI, HANIDA. KAK INA, KAK IDA , KAK ZAHARAH, MINSAN, SAUPI , MAT SALEHIN, SAM, EN RAPA, TG AZEMAN BOS AKU DAN POK DIN
SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN
KAWAN SME BANK DI SELURUH MALAYSIA
CT , KAK NAZA, SHAHRUL, SHAHREL,HASNI, FAIZAL NABIL , ITA , SU.KAK SUHAILA DAN SEMUALAA
KORANG MEMANG BEST AHH SELAMAT BERAYA
AKHIR SEKALI KEPADA SEMUA KENALAN YANG PERNAH AKU KENALI MAAFKAN KETERLANJURAN KATA2 DAN PERBUATAN AKU..SALAM LEBARAN.


Thursday, October 27, 2005

Semalam kau tinggalkan diriku..akan ku singkirkan semua cinta yang lalu ..tidak ku duga ini akan terjadi kata perpisahan yang kau pinta..biarkanlah ..biarkan aku hidup sendirian tak ingin ku mengenang kisah lama…

Tu lirik lagu yg selalu meniti di bibir aku semalam .entah apa jenis angina aku tu yg dok masuk toilet lagu ni kuar tandas lagu ni eehh pendek kata ada ruang aku karaoke jah semalam ahahaha…semalam aku balik dari kerja almost 6.30ptg sampai umah dah dekat pkl 7.00 dah buka puasa sorang2 kat umah ..ala bukan aku tak biasa buka puasa sorang2 ni ..dah lama beb …nak buat cam mana family kawan dan orang yang aku Sayang jauh di mata tapi diorang semua dekat di hati aku sentiasa terutama K..slps solat layan kartun jap …dah habis ni aku pi mandi nak solat maghrib…selesai semua lpk kejap atas katil sambil baca majalah maskulin dan Ummph keluaran terbaru di pasaran..sementara tunggu waktu ishak masuk..dah ishak semua solat pun dah dalam pkl 9.lbh camtu semua selesai…

malam ni entah kenapa aku memang tak mood langsung nak tgk tv..rasa rindu lak nak borak ngan seseorang tapi nak buat cam manakan..siapalah aku….???? So aku ambil jalan paling mudah call mak aku eheh org yang teramat amat aku saying…borak2 ngan dalam pkl 10mlm gitu lps dia dah balik terawih..aku just borak Tanya khabar..baju raya dia dah ada ke..dia cakap dah ada menantu dia ngan adik ipar dia bagi kain then kakak aku yang jahitkan jimat koss eheh..esok maknanya hari ni jumaat dia nak ke Tumpat pi umah menantu dia buka puasa kat sana…then nak beli sedikit persiapan raya…dah lama gak borak aku cakap maybe ahad ni balik kg kuala krai laa mana lagi ehehhe ..dia just pesan pandu elok2..cam ni bunyi pesanan dia

”bawok keto tu molek-molek tok soh dok deras-deras laaaa…slow-slow jah” aku just tersenyum jah dalam telefon eheeh mengiyakan saja kalau tak banyak lagi nak dibebelkan heehh mak aku ..I LOVE U..pesanan terakhir mak aku ajar satu doa ni ..aku lak lama dah tak hafal doa ni..ni kena cari semula…ok dah habis aku pun sambung baca majalah …lagi dan lagi…lps dah habis baca ni aku layan novel lak adalaa apa ke nama nya tak ingat lak ni…layan punyer layan baca 10.45 cam tu aku dah lena…aku tido awal kenapa ekkk???? Sebelum ni rutin harian aku memang tido pkl 12 atau 1 tp hari ni aku tak nak sgt terlalu stress memikirkan tentang DIA…aku tahu hati ni takkan lps nak lupakan dia walaupun dalam mimpi DIA tetap juga datang…..

jam 12.30 cam tu ada lak kawan aku call ..aku just say ..dah tido laa blh call next time letak hp tido semula..eheh tp Dia tetap muncul walaupun aku cuba sebaik mungkin mengawal perasaan rindu ni…….leeeeeeeeeenaaa zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…jam 5.jam hp bunyi bangun sahur ..biasa 3 gelas air kosong + 1 biji kurma..dah sambung zzzzzzzzzzz balik tgu azan subuh then 6.10cam tu bangun mandi then solat subuh..biasanya aku ada dapat sms masa ni tp nak buat cam mana Dia ……aku berserah saje..selesai solat semua aku gosok baju kerja + seluar ..dah selesai pakai apa yang patut ..

jam baru 6.45pg..dengar tazkirah kat TV3 pasal tolong menolong…habis tu aku kuar umah start engine keta….tgk keadaan umah aku yg rumput + lalang dah setinggi pinggang tgklaa lps raya aku settlekan…..bertegur sapa ngan jiran sebelah umah diaorng family kedah just Tanya bila balik sana dan sedikit borak ..masa ni kau tgk ada samput duit raya aku just bagi apa yang ada laaa…so lps tu hati ni totally happy giker ada sms say “akum dan selamat pagi hati2 bekerja k.” tiada kata rindu im just say thanks..lps tu dapat reply lagi “ Ceriakan pg ini dengan senyuman dan langkah yang penuh yakin” aku tersenyum sendiri walaupun perkataan yang aku tunggu tiada jua…oklaa aku buat biasa walaupun dalam hati gundah gulana…tuhan saje yang tahu that time lak lagi emylia “ku berserah” berkumandang..air mata jernih aku sekali lagi gugur..maafkan aku….oklaa drive ke tempat kerja..aku bengang seorg yg drive 4X4 ni tak sabar memotong barisan ..sakit hati..tp sabar puasa beb…jalan sedikit sesak biasalaa pagikan 7.50 dah kat opis …..terus on pc aku coretkan kata rindu dan sayang ini pada MU K …selamat bekerja semoga kau takkan lupakan aku..MISS U






Wednesday, October 26, 2005
semalam esok

semalam begitu bermakna bagi aku..kerana rasanya saat yang paling sukar aku hadapi sepanjang hidup aku ..bukan apa semalam mengajar aku erti kasih sayang, rindu yang sebenarnya pada insan yang kita sayang....aku tahu semuanya membawa seribu pengertian dalam hidup ni..sungguh bermakna..semalam mengajar aku erti sabar , kecewa dan airmata ...apa ertinya semua ni ..pada aku???

Nyayian lagu ‘ warkah berlagu pilu” dan ku berserah aku tujukan pada insane tersayang K….aku harap akan faham senikata lagu yg ada dalamnya ..begitulaa diri aku pada masa kini ..luahan hati yg tak dapat aku kuarkan ngan kata2 hanya secebis titipan lirik lagu yang penuh bermakna buat aku..bila sendirian aku mendengar dan menghayati lagu ni air mata jernih aku ni mengalir dengan sendiri…wauuu apa ni …kenapa aku bleh menjadi begitu sensitive teramat sgt sensitive pada ketika ni…aku berserah padamu maha Esa mungkin takdir kan menentukan segalanya…ku berserah kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini…hanya dikau dapat merubah segalanya pada dikau saje kau mengahap kembali …cam tulaa rasanya…diri aku pada masa ni hanya berserah pada mu.aku harus sedar ..semoga kebodohan aku ni takkan mengaburi cinta yg aku cuba semai ..K..hadir mu bagaikan satu harapan pada aku ..sebelum hidup aku penuh kebosanan dan tak tentu arah K kau harapan aku menggunung teramat tinggi padamu ..seikhlasnya aku Ucapkan Kata sayang…..semoga malam aku akan lena semoga tido aku tak dibayangi mimpi ngeri kau akan tinggalkan aku..K

esok entah apa akan berlaku pada diri aku..kalaulaaah dikatakan aku mati pergi selamanya harapan aku hanya satu..jgn lupakan aku walaupun jasad aku dah tiada tp tiap nafas aku ada bersamau selamanya K....


Telah ku cuba
Untuk melupakan dirimu
Telah ku cuba
Menghilangkan semua rinduku

Biarpun terpaksa
Menelan keperitannya
Namun aku rela
Daripada menanggung seksa

Biarpun aku cinta
Cinta kepadamu
Biarpun aku sayang
Sayang padamu

Bila orang dah benci
Apa guna ku nanti
Ku bagai lilin
Membakar diri........

Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Ku sangka engkau benar benar cinta
Rupanya aku didustai

Pergilah kau pergi sayang
Andai itu yg kau mahu
Rela aku menderita
Asalkan kau bahagia..........



Aku tujukan coretan ni buat insan yang paling aku sayang..selain dari mak aku then my family kiranya dia adalah insan ke dua dalam hidup aku pada masa ini yang paling aku sayang , aku teramat sayang padanya dan aku tak tahu sama ada perasaan sayang aku pada dia sama cam mana dia sayangkan aku…aku tahu aku takda hak nak memaksa sesiapa menyayangi diri ni yang serba kekurangan aku bukan minta apa2 hanya kasih sayang dia…kerana aku tahu akupun tak blh bagi apa2 kat dia selain daripada kasih dan sayang yg aku sedia curahkan pada dia..pada DIA sesungguhnya aku terlalu sayangkan kamu…akhirnya K (bukan nama sebenar) hadir dalam hidup aku tanpa aku duga pertemuan yang pertama kali telah buatkan hati aku telah menaruh harapan semoga dia menjadi seseorang yang istimewa di mata aku ..dia aku nak jadikan tempat berborak curahkan perasaan rindu dan sayang yang semakin membuak-buak akhir2 ni..betapa indahnya perasaan ni tapi kadang2 terlalu pedih mengenangkan dia jauh disisi aku tapi dia selalu di hati aku..andainya satu hari dia akan tinggalkan aku demi kebahagiannya yang dicari aku terpaksa menerima dan aku nak dia tahu bahawa tak pernah walau sesaat pun aku lupakan dia…andai juga satu hari dia pergi jua setelah insane lain hadir dalam hidup dia aku redha dan aku hanya akan mengikuti perkembangan nya dari jauh aku akan bahagia dan sengsara bila melihat dia gembira …

K ..aku tahu aku tidak mempunyai kuasa, hak apalagi pegangan yg blh membuatkan dia terikat pada aku tapi setiap masa aku terlalu fikirkannya ..pada Dia aku minta maaf andainya coretan ni buatkan ko meluat benci pada aku…aku dah takda tempat lain nak curahkan perasaan ni ..hanya inilah tempat yg sesuai bagi aku untuk menyatakan perasaan apa yg aku alami setelah menemui kamu..

Kenapa ye bila kita dah menemui seorang insane yang blh kita sayang dan rindu selalu ..yang terjadi sebaliknya hanya satu pihak saje yg merasa getaran rindu dan sayang ini sedangkan kita tak tahu sama ada dia turut sama merasakan apa yang aku rasa….aku terlalu rindukan dia ….pada masa ni kalau blh aku nak saje bersamanya selalu …..Ya Allah aku tak leh nak gambarkan perasaan rindu ni pada Dia ..K ..sesungguhnya kau telah membawa seribu kebahagian pada aku…sekali lagi aku memohon kemaafan andai ko benci pada apa yang aku cakap ni…maafkan aku K aku dah takda pilihan..andainya ko mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan ni…aku terpaksa sekali lagi menerima dengan penuh kedukaan..aku tahu K kau telah menyatakan segalanya ..

K..aku amat sayangkan ko …rasa cemburu ,bila kau keluar ngan kawan2 yang lain memang aku rasainya…aku tahu tindakan aku ni boleh dikatakan bodoh dan tak matang dan juga tak bertempatkan …ye laaa kita tidak mempunyai apa2 hubungan kenapa lak aku nak cemburu kita hanya sekadar kawan dan tak lebih dari tu kan??? Itu yang selalu kau ingatkan aku kita hanya kawan biasa sama ngan kawan2 yang lain..itu saje..setiap kali kau ucapkan perkataan kawan ..aku betul2 terguris ..aku tahu aku takkan sekalipun mendapat peluang dari kau K untuk mencintai kau sesungguh hati….aku dah fobia dengan perkataan kawan ni..KITA HANYA KAWAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
K…..senyuman kau , gelak tawa kau selalu menghiasi fikiran aku…aku kalau blh nak dengar suara kau wpun sekejap sudah mencukupi bagi aku nak lepaskan rindu ..tapi apakan daya aku K ..siapalaaa aku nak buat cam ni dan aku tahu kau tak suke diganggu..aku tahu kau ada hak kau..dan privacy yg setiap org perlukan..maafkan aku K ..kerana selalu menganggu kau dengan sms bodoh everyday aku hantar sms…aku tahu kau tak senang dengan semua ni…aku takda org lain dah selain kawan aku yg sorang kat sini…..aku bila tak dapat sms atau apa2 berita dari kau sehari cam sengsaranya …betapa pedih cam kau dah lupakan aku ..aku tahu kau mempunyai ramai kawan dan tak sama ngan aku sedikit sgt org yg aku blh gelarkan sebagai kawan ..kawan borak aku hanya abg ipar, anak buah aku , mak aku , kakak aku diorang semualaa tempat aku bergurau senda tawa hilai aku..inilaaa hakikat sebenarnya yang terpaksa aku terima insane yang aku sayang dan rindu selalu jauh di mata ..tp kau selalu dihati walaupun kau tak rasa apa yang aku rasa..aku faham K..teramat faham..kerana kau dah dikelilingi kawan2 yang lain yang lebih baik dari aku…!!!

K ..takda ke peluang untuk aku di hati kau?????rasanya dah jelas Cuma aku saja kadang-kadang buat tak faham ataupun memang kebodohan aku tak nak fahamnya ..heyy Madi sedarlaaa kita hanya kawan jgan nak bodoh..so fahamlaaaa ko ni jgn jadi bodoh madi jgan ..suara hati aku berkata tapi hati ko tak betul2 faham sapa diri aku yg sebenarnya bila aku dan nekad sayangkan seseorang sampai bila hanya dia dalam hati aku ..walaupun dia tak ingatkan aku tapi aku tetap setiap masa dan ketika dia bersama aku..

K….Aku tahu kau takkan bukakan pintu hati mu buat sesiapa lagi dan aku sekadar menaruh harapan saje yang memang aku dah tahu harapan tu takkan menjadi kenyataan ..nilaa kebodohan aku K..pura2 tak faham kan apa erti semua ni…takpaaa K ..andainya coretan ni buatkan kau bosan maafkan aku …dan kalau sekali lagi kau putuskan utk melupakan aku :(


K saat kita bertemu takkan aku lupakan akan aku simpan sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup aku..andainya esok atau lusa aku dah “mati” dalam hati kau , aku gembira kerana telah ditemukan dengan manusia yang palllllllllllllllllllllllllllling aku sayang..kau K…saat2 indah keluar bersama , makan bersama .begitu indah bagi aku..terlalu indah untuk dilupakan ..tak pernah aku mempunyai perasaan yang begitu mendalam….selain kau K..kehadiran kau dalam hidup ni indahnya bagai kan cahaya yg menyuluh aku..sblm ni rutin harian aku hanya dioffice atau kat umah ..kehadiran kau buatkan aku terfikir masih ada orang sayang pada aku…….sekiranya kau berlalu pergi dalam hidup ni aku terpaksa meneruskan hidup seperti dulu ..umah dan office tempat aku ..takda tempat lain akan aku abadikan setiap masa kat office saje..bukan kerna kecewa ataupun berduka Cuma aku hanya inginkan sedikit ketengan dengan tidak terlalu memikirkan pasa ni..tp aku ni manusia biasa insane yang lemah tak berdaya aku nak tempis gelodak perasaan ni,….I LOVE U K…

Sayang aku pada dia ..tak leh nak aku ucapkan ngan kata2 lagi ..K maafkan aku…andai pilihan nak mengundurkan menjadi pilihan terbaik aku akan ikutinya

Sekali lagi MAAFKAN AKU K….sesunggunya AKU TERLALU MENCINTAI DAN MENYAYANGI KAMU….



















Tuesday, October 25, 2005
anak yatim

wau hari ni seharian aku tak buat kerja..sedikit saje pagi buka pc buka email mana yang patut then baca newspaper then pkl 10.30 pg anak2 yatim dan kanak sekolah yang kurang berkemampuan datang sebab hari ni kita org ada nak belanja membeli kelengkapan hari raya seperti baju raya , kasut dan sedikit kelengkapan yang lain ...aku actually excited sgt2 , 1st aku memang suke layan kanak2 yg umur dalam 12 thn ke bawah ni suke tgk kerenah mereka semua...hari ni aku kiranya dapat 4 0rg bdk sekolah umur lingkungan 7-11 thn..ada yaang baru saje kematian ayah last month then ada yg kehilangan ayah setahun lps , yg ada tu adik dan kakak dah tak da ayah mak hanya kerja kedai roti saje ..realy touch my heart...aku acting as a father today seronok excited tak leh nak gambarkan ngan kata2 hanya raut wajah dan hati ni..walaupun saat ni aku begitu merindui seseorang "dia" umpana cahaya bagi aku..aku betul miss kat dia gile2..eeh tapi aku kena tahu gak kat mana kedudukan aku ngan "dia"...oklaaa berbalik pada citer anak yatim ni..aku dapat se1org perempuan dan 3 lelaki..yg ni bagi aku rasa excited ..so dari bank semua naik keta aku ke kuantan parade alltogther 5 org ada yg tumpang tapi mak lain ehehe ..aku tgk diorg realy excited bila naik keta ..diam tak cakap apa2 aku t ahu cam mana perasaan insan sebegini kerana aku juga pernah melalui nya walaupun aku bukan anak yatim piatu tapi kisah hidup mak dan ayah aku yg dah berpisah sejak aku kecil dan kehilangan kasih sayang dari insan bernama ayah buatkan aku tabah dan mengajar erti hidup yg sebenarnya mom i love u...ok citer anak yatim lak ni..sampai kat kuantan parade aku bawa pi beli kasut at 1st place laa..aah suke nya tgk budak2 ni pilih kasut semuanya..ada yyg pompuan pilih warna pink dan aku memang suke ..colour tu dia pakai mesti nampak cute kan..then yg lelaki biasaaa kasut sport laa apa lagikan ..dah selesai kat sini aku bawa lak pi beli baju raya ehh ..ok selesaikan yang pompuan dulu...aku belikan baju tshirt warna ape ek ejeh apa lagi kalau bukan pink colour dipadankan dengan jeans..look realy cute budak ni....then yg lelaki aku just belikan 2 helai baju setiap seorg then seluar sehelai selesai semua ni..bawa yg pompuan pi beli tudung ngan bronchlak......ahah penatnya aku tgk budak2 tu kesiannya posa ni..alhamdulillah aku tgk diorg semua happy...dah habis shoppingdalam jam 2.30pm aku balik semula kat opis ni bawa budak2 sekali..ahah penat lagi aku suruh rest kat bilik mesyuarat saje...aku naik solat zohor then suruh budak2 tu lak solat ..diorg ikut cakap senang aku dibuatnya...alhamdulillah ..aku suke ngan budak2 ni semua ..aku ada pasang niat nak ambil salah seorang dari budak2 ni as my anak angkat even aku baru 26 thn tp aku ada perasaan sayang yg lebih pada kanak2 then mungkin gak blhj ubati kesunyian aku bila berada kat kuantan nikan...harap2 termakbul hajat aku ni..doakan insya allah...dah siap semua dah tiba masa berpisah then pkl 3.30pm duit raya bagi sikit diorg pun salam cium tangan aku..wauuuuuuuuuu terharu aku beb....... sesi bergambar dah selesai so semua balik ke umah masing ..ahah lega rasanya terlaksana satu tanggungjawab sosial bagi aku..tu yg termampu aku buat .aku takda harta nak bagi ni sajelaa yg aku termampu dengan kudrat yang tuhan kurniakan pada aku...aku doakan adik2 tu semua akan menyambut lebaran ni dengan penuh keriangan dan kegenbiraan .....amin


Thursday, October 20, 2005
takziah

akum diucapkan takziah kepada Keluarga Perdana Menteri kita Pak Lah atas perginya isterinya yang tercinta menemui penciptaNYA..al-Fatihah..hari ni kita kehilangan sebutir lagi permata kepada rakyat Malaysia seorang Insan yang tabah dan bagi aku dia seorang insan yang berhati mulia sikapnya yang merendah diri ...semoga rohnya dicucuri rahmat satu keberkatan kepada manusia yang meninggal di bulan ramadhan ini...amin

pagi tadi aku terkejut bila office mate aku cakap yg Datin sri endon (arwah) sudah meninggal dunia dalam percaya dan tidak ..aku mendengarnya..apapun itulah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa...

okla aku esok adalah hari cuti bagi negeri pahang dan ada juga negeri lain yg turut sama ambil cuti sempena nuzul al-quran..then hari isnin cuti gak hari keputeraan sultan pahang nampaknya aku cuti panjang ..tapi :( kerja banyak gak cam mana ..duit takda laa nak beli shopping pun takda mood ....ok


Tuesday, October 18, 2005
derma sama merasa...

hari ni perasaan aku bercampur baur ..semuanya ada sedih gembira..happy sad ..aaha lawak pun ada entah apa kebendaannya ni ...sebenarnya aku tension ni ...kerja nak kena hantar hari ni suppose tp aku no idea nak siapkan benda ni aduh ....maybe takkan dapat siapkan benda ni kot...dah laa tension keja melambak ngan preesure bos aku asyik tanya jah bila nak siap then asyik dok sindir jah..geram, aku geram apaa nak jadi ni ..dia blhaa kata bila nak hantar bilanak siap bila tu bila ni ..dia bukan buat kerja pun dtg opis baca paper ada yg tak kena panggil kita yg kena???gerammmmmmmmmmmmmm...sampai bila nak cam ni???
oklaa hari ada juga saat gembirannya..aku ngan officemate semua tadi belanjakan almost RM5 ribu beli barang2 runcit untuk dijadikan hamper untuk disedekahkan pada fakir miskin kira setiap org akan dapat satu hamper dan sedikit wang tunai buat perbelanjaan di hari raya..lps tu minggu depan aku and the geng akan belikan baju raya untuk anak yatim pulak....alhamdulillah aku suke ngan aktiviti cam ni dan aku lakmemang sukakan budak2 ...


Monday, October 17, 2005
pedih

hari ni aku merindui seseorang dan maafkan aku kerana tika dan saat ni aku terlalu merinduinya ...seorang teman ...aku tahu mungkin aku ni hanya bertepuk sebelah tangan sahaje..mana mungkin cinta datang dari sebelah pihak saje kena kedua2 pihak respon kan ..aku tahu apa hak aku nak memilih dan aku tahu kat mana kedudukan aku skrg...pedih nak terima hakikat ni...realy pedih teramat sangat pedih bila insan yg kita anggap sebagai istimewa hadir dalam hidup ni sebagai penyeri hanya menganggap kita hanya sebagai kawan dan tak lebih dari itu...:( aku terpaksa menelan hakikat sebenarnya dan belajar menilai manusia ....maafkan aku tapi hati kecil aku meronta dan berkata aku menyayanginya...maafkan aku kawan????


Friday, October 14, 2005
alhamdulillah

dah sampai seminggu kita berpuasa , aku walaupun jauh diperantauan tetap gagahkan diri..berpuasa di bulan ramadhan ni..sebenarnya bukan aku tak nak update kat blog ni yg satunya jadi masalah kadang2 tu kering idea sbb my life takda yg seronok sgt yg byk pun pasal office ngan kehidupan aku kat sini yg little bit boring kan.. http://badrulaftersix.blogspot.com. telah menjadi tatapan aku setiap hari terima kasih kat abg badrul walaupun aku tak pernah kenal dia dan tak pernah tahu gak sapa dia ..tahu aku happy baca blog entah kenapa ia blh buat aku melekat kat blog ni dan baca satu persatu isu kandungannya..macam2 ada dalam blog ni dari citer kisah hidup dia dan resepi pun ada ..aku tgk dia punyer ramai kawan some time aku dengki jelous pun ada kenapa aku tak blh ada ramai kawan ....takda ke nak kawan ngan aku ..kan bagus kalau semua kawan dia jadi kawan aku ..apa aku dah merepet ni..kalau abg badrul ada baca ni im so sorry ..tp thanks atas blog abg yg nice dan sedap di baca..harap2 one day blh jadi kawan abg...hopely

ok bila dah masuk seminggu puasa ni terasa dah suasana raya tu dah kembali kan..kat shopping kompleks kat kuantan ni dah pasang lagu raya ..berkumandang setiap masa naik heran aku tgk semua ni..posa tak ke mana lagi aahah sambutan untuk raya dah lebih..

tak tahu aku tak tahu nak cakap apa dah..nanti la ku blurrrr


Sunday, October 09, 2005
posa ke 5

alhamdulilaah dah nak masuk 5 hari kita semua umat islam berpuasa..amin..emm seminggu ni aku memang busy dengan projek paper yg berlambak nak kena siapkan apalah nasib kan nak buat cam mana dah pintu rezeki Allah s.w.t dah bagi aku camni amin dan syukur gak aku kalau nak kira dan bandingakan ngan kawan2 aku yg dah lama grad tapi masih belum mendapat apa2 kerja yang tetap ..aku tetap bersyukur di sepanjang ramadhan ni aku terlalu banyak habiskan masa kat opis cam hari ni dan semalam wpun semua org sepatutnya cuti so aku datang jug ake opis masa hari wknd ni ..nak buat cam mana aku pun dok umah takda menda gak yg nak buat ..aku decide ke sini ..at least aku blh siapkan apa yang patut aku blh siapkan ..ni juga masa utk aku citer siket apa berlaku kan ....emm hari ni aku tak sempat bangun sahur cam mana blh terlepas biasanya jam hp aku berbunyi jam 5 am tp tadi dia buat nya bunyi 6pm so terlepas bangun laa utk solat subuh jah then sambung balik tido ...zzzzzz then 7.30am dah bangun takda buat apa gak ,...tgk tv apa lagi kartun laa favorite aku pagi2 buta ni sanggup bangun hanya nak tgk kartun kan ahahah ...aku memang layan kartun ni...emm dah habis layan kartun hari ni aku ambil kesempatan masa yg ada cabut rumput depan umah yg dah tinggi tuu ..nak bersihkan kawasan umah sikit mana tahu ada tempat pembiakan nyamuk kan ..aku risau gak dah laa dok sorang2 ni sakit pening pun bukan ada org ambil tahu kalau ada pun mak ngan abg aku kat kg jelaa tempay mengadu kasih eheh lately tak da nak call mak aku hanya 1st ngan 2nd day posa jah aku call mak masa buka posa tanya apa mak aku masak woooou best siut mak aku masak pucuk paku ngan kuih ..sedapnya ,,terkenanng lak masa sekolah dulu buka posa ngan mak ngan adik lelaki aku sbb yg lain dah kahwin dan ada yg dah kerja buruh kasar kat spore masa tu ramai anak muda kat kg aku kerja buruh binaan kat spore ..kerja berat beb..so masa posa ni time aku sek dulu yg ada aku, mak dan adik lelaki aku,,masa ni makan ala kadar jah kuih sikit then nasi..lps solat maghrib barui bantai nasi..masih terbayang kat fikiran aku masa ni sedapnya enak betul masakan dari air tangan mak ni kan bilaa laa lagi nak merasa ..tidaknya menjelang syawal ni baru aku akan balik ke kuala krai ..weee aku rindu laaa..saat begini buatkan aku titiskan air mata ..tak kisah laa korang nak fikir apa sbb air mata ni hanya utk mak dan anak3 buah aku dan juag utk kakak2 dan abg2 aku yg semuanya ada kat kg i love u all i miss u alll..sapa lagi yg ada kat sisi aku diorng semua sumber ilham ku......emm skrg aku dah berada jauh dari mak jauh diperantauan mencari rezekikan ..kalau kat pahang ni aku hanya makan ala kadar tak nak membazir sgt...hanya beli nasi kat pasar ramdhan ngan kuih sedikit saje....kira oklaa kan ..nak buat cam mana beli byk2 pun sapa nak makan ..eh kat opis 5.04pm aku sambil buat kerja sambil layan cd lagu hari raya..ct nurhaliza , anugerah aidilfitri..sedihnya aku dengar lagu air mata syawal..buat aku titiskan air mata sekali lagi kerana ingatkan mak aku..aku ni kira anak manja gak ngan mak org paling rapat ngan aku dialah tempat aku tumpang kasih skrg ...mak madi rindukan mak ...sorry beb aku emosional sikit..solly ek...ah kerjapun dah settle ni dah siapkan satu projek paper so esok aku akan hantar kat boss aku nak suruh dia check sekali lagi cam mana ...aku risau gak sebab everything skrg ni terus kat dia so kena teliti betul..ok laa kawan 2 aku jap lagi lps solat asar nak balik dah ni ada lirik lagi air mata syawal sama2 hayati:-

sayu..
hati ini makin sayu
rindu.....
terkenangkan desa permai
wajah ayah bonda
bermain di mata
mengajak ku pulang ke desa
di hari bahgia
hari raya

lama ku tunggu
bertemu di pagi mulia
namun tidak kesampaian
air mata jatuh berguguran

ku ingin berulang
manisnya bersama
menyambut hari bahagia

jarak memisahkan
rindu pertemuan
bilakan hasrat jadi nyata

duhai ayah bonda
ampunkan anakanda
tak dapat beraya bersama

jauh dari mata
dekat dalam jiwa
teguh kasih ku tak berubah

lama ku tunggu
bertemu di pagi mulia
namun tidak kesampaian
airmata jatuh berulangan

bersama kita hayati yg masih ada ayah bonda masa yg ada ni kita perlukan mereka dan mereka juga teramat perlukan kita ...


Friday, October 07, 2005
posa 2005

SELAMAT BERPUASA SEMUA KEPADA KAWAN ADI, AMEER, DAN YG SEMUA AKU KENAL SEMOGA RAMADHAN NI AKAN Memberikan seribu satu makna dalam hidup korang semua ..selain tu semoga ramdhan yang mulia ini mencurahkan rezeki yg berlimpah ruah pada korang semua..amin
1st day sahur mak aku kat kg call sbnrnya abg ipar aku yg call kejutkan nak suruh sahur eheh dia tak tahu anak lelaki dia ni takda apa nak sahur hanya ada buah kurma , emm nak buatkan rezeki jiran sebelah panggil utk sahur sama2 ..alhamdulilalh rezeki awal bulan ramadhan ...boka posa 1st day beli je laa kat pasar ramadhan depan stadium darul makmur macam-macam ada..aku beli kuih jah ,..ada member ajak buka posa kat gerai dia belanja apa lagi satu rahmat rezeki ak ni ..amin..
2nd day sahur eehh ngan buah kurma makan vitamin c , then air kosong buka posa lak ikan patin masak tempoyak ngan kuih karipad saje ...
3rd day sahur eheh sama cam hari 2day nak buat cam mana dok sorang malas nak beli apa2 boasan ekk ,,..so buka posa hari ni kat kuantan 6.59pm ehe tak tahu nak makan apa lagi ..so still turn nak pi balik dah jap lagi 4.15 ok selamat berbuka puasa semua..


Tuesday, October 04, 2005
1st day


wauu penatnya lepak kat blog jap laaa ..aha kat atas tu my 1st day picture masa secara rasminya SME Bank beroperasi..kitaorg staf lelaki dapat uniform laa warna putih then tertulis www.smebank.com.my ......1st day nak kata penat takda laa sgt tp pertanyaan dari org ramai blh tahan nak tahu apa yg kita org offer to public ..jenuh gak beb menjawab..akak tu kerani akaun then tu anak dia br lps balik exam PMR ..good luck to u Naim..emm oklaa 2nd dah pun hari ni sme bank ok...penat, letih, habis air liur semua ada sbb nya melayan client yg tak henti2 dtg..ok continue kerja wasssalam salam ramadhan untuk semua umat islam di mana jua berada semoga sinar ramadhan memberkati kita semua Amin...


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box