Friday, January 27, 2006
sebab!


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

SEbuah kisah untuk panduan semua ..aku bercuti 28 januari 2006 sehingga 6 februari 2006 ..aku ucapkan pada yang berbangsa tionghua aku ucapkan " happy chinese New Year" Gong Xi Fat Chai"

happy holidays berhati-hati di jalanraya!!!aku balik kampung!!

~*~TRUST AND SINCERITY IS SOMETHING YOU HAVE TO EARN IN TIME ...

LOVE AND RESPECT YOU HAVE TO EARN WITH ACTIONS NOT NAME NOR WORDS






Dalam hidup ini penuh dengan warna-warni kehidupan..ada yang berwarna putih, hitam, biru dan kelabu..warna-warna inilah yang akan memberikan aku kekuatan dalam mengharungi ranjau kehidupan yag penuh berliku..aku pernah membaca artikel yang mengaitkan warna dan juga karekter seseorang dan perkaitan dengan tarikh lahir juga..oleh kerana aku lahir 7 disember 1979 aku tergolong di dalam warna kelabu…dan kaitan ngan karekter yang berkaitan bagi mereka yang warna kelabu adalah kata artikel ni laa bukan aku yang kata emem “ Anda seorang yang menarik dan aktif, tidak menyembunyikan perasaan dan sering meluahkannya, tetapi ada perasaan mementingkan diri pada satu-satu masa, tidak suka kejutan dan layanan yang tidak adil, mampu menceriakan org lain kelakar dan bijak meluahkan pendapat mengikut kesesuaian masa…emem cam ada yang kena ngan aku gak ,,tapi bab menarik tertarik kau memamg daboom tu aku tak leh nak cakap apa2 sebab ni subjektif ada orang yang kata eheh aku menarik ,,sorry terpuji diri sendirilak jangan marah beb dah korang tak nak puji aku so terpaksa memaksa aha aku memuji diri sendiri dan ada org hanya memandang aku biasa saja..itulah manusia mempunyai pandagan yang berbeza so guys what ur vote cewaah cam dah masuk AF4 ahha.so orang yang pernah mengenali aku dengan dekat tahu karektar aku yang sebenarnyakan takda laa semuanya sama seperti apa yang tertulis dalam artikel ni tapi kan aku ni ada orang cakap dan kawan-kawan akiu say that aku ni jenis mat ceria yang sentiasa tersenyum dan mudah ketawa..inilah aku cuba menyembunyikan sengsara pada masa lampau di hadapan mereka semua..aku tak nak kawan2 aku turut mengetahui kisah silam aku yang pudar warnanya..ahaa kadang-kadang aku melepaskan kegusaran jiwa ini dengan hilai tawa bersama mereka semua..aku tak mahu kenangan ini menghantui kemelut hidup aku selamanya…biarlah kenangan lalu aku jadikan sebuah cerpen indah buat tatapan korang semua ,buat peringatan dan panduan bahawa tak semua yang kita impikan dalam dunia ini akan tercapai..”bijaklah mengambil peluang yang ada, selagi ada usia, selagi masa mengizinkan, langkah ku tetap pantas mengejar impian”

Jumaat dah kembali lagi..esok hari terakhir aku bekerja sebelum memulakan cuti panjang bukan apa aku jarang sangat mengambil cuti so dikesempatan ini aku nak bercuti..hari selasa lps aku memohon cuti pada 28 Januari sehingga 6 Februari 2006..tak aku sangka lulus ke..syukur sangat aku dapat meluangkan masa bersama ngan keluarga aku kat kampung yang teramat aku rindui sekarang ni..aku dah jarang bercakap ngan mak aku bukan apa telefon kat kampung buat halla pulak susah nak call handphone bukannya ada line sangat 019, 013, 012, 017, 016 eemmm semuanya cam hidup segan mati tak mahu …kalau blh pun hantar sms jah..emem mak aku bukan nya reti yang dia tahu nak dengar suara anak-anak dia jauh diperantauan.aku ngan adik aku yang askar kat pd selalu call mak Tanya cam mana keadaan dia ..tapi lately kitaorang dah tak leh call sbb …..so yang menjadi penghubung adalah bila abg ipar aku kuar berniaga ke kawasan pecan blh laa dia atau aku yang call..oklaa korang kalau nak tahu abg ipar aku ni berniaga apam balik kalau orang sabah panggil kuih bulan betul ke bah!! Tadi dia ada call aku dan jumaat ni 3 Feb 06 ada kenduri cukur kepala apa entah orang lain panggil..kenduri cukur kepala anak-anak kakak aku yang abru lahir ..anak kakak aku yang no.3 lahir last year 21 dis 05 dengan yang abg aku yang keja askar anak dia baru jah lahir 20 jan 06 ..beza sebulan tapi kalau ikutkan setahun la tak leh nak skolah sekali kedua-duanya perempuan..ni yang buatkan aku excited sangat nak balik bukan apa dah tak sabar sangat nak balik tengok mereka semua…waa rindu, sayang, pada mereka semua!yang terlebih excited nak tgk cam mana rupa eheh mereka dan tak sabar-sabar dah nak cium belai mereka aku suka sangat ngan baby..suka..suka..suka!!
So sepanjang aku bercuti ni lebih kurang 10 hari juga laa aku takkan update blog ni bukan apa mana ada kemudahan nak update semua benda ni..kat kampung internet jauh sekali kalau line phone clear kira dah syukur sangat ni tak kalau nak call kena kuar pekan waa susah-susah aje..kalau sebut nama kampung pun dah kelakar aku dulu kalau cikgu Tanya apa nama kampung kamu eheeh aku dengan muka segan malu beb nama kampung aku ni cam ganjil jah ehe nak tahu apa nama kampung emem korang ni mesti gelak cam class mate aku semua gelak bila aku sebut nama kampung ni..nama kampung saya cikgu Kampung Pak Jelak..aku sendiri nak gelak boleh bukan apa nak sebut tu rasa cam satu beban pada aku so sekarang lega den ..aku sendiri tak tahu cam mana asal usul kampung aku ni,..dari mana pun aku tak tahu ..kan ada masa sekolah dulu cikgu ada suruh korang buat pasal salasih nama kampung kan dari mana asalnya sapa yang buat yang bina kampung ni..puaslaa aku dok fikir apa mendalaa yang blh buatkan kampung aku ni dapat nama cam ni punyer pelik bunyinya..aku rasa kalau korang nak tahu nama kampung sekitar pun lebih kurang sama jah ganjil nama ..nak tahu ke,ok aku sebut ek..kampung bedal, kampung bukit sireh, kampung keroh, kampung pasir gajah..cam mana korang rasa adakah nama kampung aku ni rasa ganjil ke..masalah problem paling besaq den tak tahu cam mana muncul nama kampung eden ni…puas aku bertanya ngan mak aku, dengan orang-orang tua kat kampung yang diorang bagaitahu cam mana citernya..pada satu hari eeh dah jadi penglipur lara la aku ni..citernya lebih kurang cam ni aaa..ada orang kampung nak keluar menjelak burung, nak tahu dulu korang faham ke makna menjelak ni..makna dia lebih kurang laa cam menahan atau memasang perangkap burung kot..ni kena Tanya DBP ada ke perkataan dalam kamus..lupakan ..ok pemuda ni pi menjelak burung, oleh kerana banyak burung yang dia dapat hasil dari “menjelak’ ni makin ramai orang yang datang dan masa ni kampung nib lm wujud yang ada hanya hutan belantara..oleh kerana dah ramai orang datang dan hutan ni dah nampak cam terang sikit mulaa bina rumah sendir di kawasan ni dan kerana terkenal dengan aktiviti menjelak burung mereka yang ada masa tu namakan kawasan ni sebagai kampung pak jelak ..ehe cam ni ;aa aku kelentong cikgu entah betul ke tak ni semua hasil cerita orang tua-tua kat kampung ni..

pasal kampung aku ni hanya ada lebih kurang 10 buah rumah dan penduduk dalam 50-100 saje tak ramai semua kenal so hubungan dalam kampung ni kira rapatlaa..mak aku dihormati sebab dia terer masak pulut kuning dan juga jadi ketua masak kalau ada apa2 kenduri atau majlis perkahwinan..aku tak nafikan langsung masakan mak aku memang berhantu dan orang semua hormat kat dia bab2 pulut kuning memang expert .kat sini mak aku diorang panggil “mok ku” gelaran dia..alhamdulillah aku juga turut berbangga dengan mak aku ..she deserve it..dah banyak keperitan, kesedihan kepiluan dalam hidup dia sebagai ibu, sebagai ketua keluarga dialaa segalanya..Mek I LOVE U..saat dan ketika ni rindu ni begitu membuak-buak pada mek sesungguhnya tiada insan lain yang aku cintai selain dia pada masa ni dan selamanya..selamanya!!! MAK yang membesarkan aku diberi nama Raja Yah Binti Haji Raja Omar dilahirkan ke dunia ni pada 22 November 1945 masa ni jepun dok kat tanah melayu dan mek merasai sengsara hidup di zaman ubi kayu ..sebagai anak sulung dia juga memikul beban yang teramat besar menjadi anak yatim di kala usia belasan tahun ..apa nak dibuat dia menjadi ayah dalam keluarga dalam usia semuda itu..bertemu jodoh dengan lelaki pilihan keluarga pada usia 13 tahun ..lelaki yang diharapkan dapat memberikan kebahagian pada dia ..kesenangan, senyuman dan hilai tawa rupanya menjadi mimpi ngeri, terik tangis dan airmata..apalaa sangat dia mengerti tanpa ada pendidikan tanpa pelajaran mak aku buta huruf dia tak tahu membaca tak tahu menulis tapi keajaiban tuhan aku akui dia cukup pandai dalam ilmu hisab..ni aku tak nafikan memang cepat mengira dan pandai berjimat..tanpa pelajaran mak aku hilang arah tujuan sebab itu aku nampak dalam matanya dia tak inginkan anak-anaknya tanpa pendidikan kerna dia tahu dengan pelajaran saja akan merubah kehidupan keluarga kami semuanya..tapi apakan daya itu hanya impian saje dan hakikatnya dalam keluarga aku ..hanya aku dan adik aku yang tamat SPM yang lain semuanya dipertengahan jalan..bukan disebabkan kemalasan tapi kesempitan hidup memaksa melupakan alam persekolahan..aku bersyukur pada Mu aku mempunyai kesempataan itu dan ini semua hasil dari kekuatan dan ketabahan insan bernama ibu..dialah yang berjaya merubah aku..kerana aku juga menerima nasib malang dengan kakak dan abg aku semua ..ayah aku nak berhentikan persekolahan aku semasa aku nak memasuki sekolah menengah tapi mujurlaa ada mek kalau tak aku tak tahu apakah nasib dan masa depan aku..adakah aku bejaya dalam melayari kehudupan penuh fantasi ni tanpa mek ..aku rasa aku tak mungkin mampu hadapinya jika tiada dia..ayah aku dah tak nak menanggung persekolahan aku lagi..mak aku mengambil tanggungjawab ni dalam menyekolahkan aku dan adik aku….peristiwa perit aku pernah hadapi ..masa ni kampung aku kiranya tanah merah lagi ada laa jalan yang blh dilalui dengan motosikal saje..citer ni masa aku form 2 dan adik aku darjah 5 kot ..masa ni gak aku dah ada adik ngan mak lain sek darjah 1..ayah aku menghantar anak dia ngan motosikal tapi aku dengan adik aku ni berjalan kaki .bukan dia tak tahu pernah berselisih kami tengah berjalan nak ke sekolah dia membonceng anak dia sorang tak pandang pun pada kami..aku balik bagitahu mak ..apakan daya aku lihat wajah suram ibu aku..aku ni bukan anak dia ke aku ni bukan darah daging dia ke sampai hati cam tu buat kat kita orang..aku hari2 bangun subuh jam 5pagi..bertemankan cahaya pelita dan bermandikan air perigi yang sejuknya sampai ke tulang..selesai sarapan biasanya adalaa cekodok atau biskut kering ngan air teh berbekal duit sekolah 50sen dan memulakan jalan kaki seawall jam 6 pg..apa kudrat kami masih budak terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km nak ke sekolah kiranya sehari kami berjalan 20km kuar jam6pg sampai sekolah jam 7.00pg kiranya loceng sekolah dah nak berbunyi baru sampai ngan baju tak yah cakap dah basah..lps tu balik lak ngan panas terik mentari memancar tepat di atas kepala .sama berjalan 10km sampai umah dah petang..penatnya hanya tuhan yang tahu ,,begitulaa hari2 yang aku lalui dalam mengejar dan mendapatkan ilmu dalam mendapatkan secebis ilmu demi membela nasib keluarga aku..aku nekad dengan pelajaran dan ilmu saja akan merubah keluarga aku..aku tak nak lagi orang pandang hina pada kami..

bukan ayah aku tak bagi langsung duit belanja sekolah tapi ada caranya aku kena dapatkan duit dari dia..dia takkan bagi dia tapi aku kena minta..dia duduk di hujung kampung lbh kurang 5km dari umah kami ..kena lalui hutan getah berjalan menyusuri hutan gelap ni ke umah dia..aku terpaksa sebenarnya mak tak mampu nak tanggung semuanya apa;aa kudrat dia menorah berapa sangat dapat rm50.00 pun mujur masa tu..biasanya hari jumaat ptg aku ngan adik aku akan pergi ke umah ayah aku semata-mata nak daopatkan duit utk belanja sekolah..aku selalunya akan menangis sblm pi umah dia bukan apa tak larat nak pi jauh juga tu jalan kaki lak..tp demi mak aku terpaksa aku tak nak dia susahkan diri demi kami..kalau aku pi semata-mata hanya duit bukan sebab lain ..aku dah tebal muka walaupun dia ayah kandung aku tp mak tiri aku selalu menyindir “ni datang takda kerja lain nak duit tu”’ apakan daya kami anak kecil hanya mampu tersipu malu dengan sindiran sebegitu..kami tak duduk lama hanya sekajap sbb ayah aku dah tahu tujuan aku nak duit saja takda perbualan takda pertanyaan tentang hal sekolah ..kami biasa akan dapat dalam Rm10.00 utk belanja sekolah seminggu..kira dah berbaloi juga dapat sikit sekurangnya beban dah takda sgt ..akan berlari-lari balik umah bagitahu mak , ayah bagi hanya RM10.00.. jauh beza kami dilayan antara anak dia ngan kami bagaikan langit ngan bumi layanannya..kami ke sekolah jalan kaki , anak dia pergi dan balik dijemput berhantar, duit belanja sekolah RM2.0 sehari ni sekolah rendah ,,,adik aku 50sen sek rendah aku rm1 sekolah menengah separuh dah habis tambang bas..biasanya aku tak makan kat kantin jarang sgt aku makan ..dan aku hanya ikat perut balik umah baru makan..anak ayah aku apa dia nak semua bagi..mainan semua dapat kami langsung takda mainan..kayu-kayu, buah getah mainan kami bukannya patung , kereta remote control..anak dia semua dapat asalkan sebut saja cuba kami sebut nak apa bukan di bagi tapi diberi ngan herdikan..di mana keadilan kami dilayan seperti anak orang lain sedangkan hakikatnya kami anak hasil darah daging dia juga kenapa?kenapa?mengapa/double standard???kalau cam nak buat kami baik tak yah kami dijadikan anak dia..sorry laa kawan nanti korang nampak aku cam kurang ajar tak mensyukuri nikmat yang telah telah takdirkan aku menjadi anak dia bila aku lahir ke dunia ni..aku bukan apa cuma kemarahan aku ni..kenapa dia sanggup buat cam ni kat kami , anak dia sendiri ..aku tak kisah kalau kami ni anak tiri ke anak angkat tapi kami ni anak darah daging hasil hidup dia ngan mak aku!!
Aku pernah juga bertanya ngan mak aku ..pernah tercelupar mulut aku bila persoalan ni timbul aku tanya mak cam ni " Mek orang ni anak angkat dia ke anak buluh betung ke" sendu mak aku dengar pertanyaan ni..cam mana dia nak jawab.. anak beluh betung" ni aku selalu dengar abg-abg dan kakak aku sebut bila aku gaduh ngan diorang ..mereka selalu panggil aku anak pungut ada mak aku jumpa kat pokok buluh semua adallaa..masa tu aku ngadu laa kat mak tanya betul ke tak ..mek aku nak jawab apa melainkan dia senyum dan marah pada mereka semua..aku tahu aku anak mak aku ..dan aku ni rapat sangat ngan dia ..so kalau cam ni yang selalu kena abg2 akuaa...suka aku tgk ahah bangga mak bela aku!!
'siang takkan selalunya cerah, mendung tak semestinya hujan"
ranjau berliku bukanlaah halangan tapi peluang
hati yang luka pasti terubat jua
penderitaan membuatkan aku tabah, menjadi insan sedia menempuh pelbagai cabaran dalam merealisasikan impian indah ini"


Wednesday, January 25, 2006
masih samar!!!




Ketika insan lain dibuai oleh perasaan gembira aku sebaliknya terpaksa merasai perasaan duka , bukan apa kerana aku menjadi saksi segala kekejaman dunia pada aku dan seluruh keluarga aku…aku ingin mencari sinar keadilan dan menyalakan obor keberanaian dalam menempuh dugaan dan membuktikan bahawa aku dan keluarga aku takkan selamanya begini…bermula episode luka kembali..aku telah menjadi seorang budak yang pendiam dan suka menyendiri…aku tak punya kawan sebaya yang ramai tak punya teman bicara kerana aku lebih senang menyendiri..tahap kepercayaan aku terhadap manusia bernama ayah telah pudar.


bagi aku mak aku adalah ayah dan dia juga ibu pengubat di kala suka..dan duka.!!!selepas peristiwa perit yang menghiris perasaan itu sebenarnya aku menerima kembali kakak aku yang diserahkan pada makcik aku yang berada di penang ada sebecis kegembiraan kerana aku tak pernah melihat wajahnya seumur aku..di kala umur menjangkau 7 tahun aku menerima kembali kakak yang bagi aku dulu hanyalah sebuah khayalan dan aku tak pernah menaruh harapan akan bertemu dia kembali..rupa-rupanya episode luka juga yang diterjemahkan oleh kakak ke 2 aku..aku seperti tidak percaya kenapa masih jalan cerita yang sama mengapa kami yang harus menghadapinya..di sepanjang kakak aku di jaga oleh makcik aku dia juga diperlakukan seperti orang gaji pendidikan entah ke mana sebaliknya mentari cerah yang diharapkan bertukar mendung penuh gelap.yang turun hanyalah siraman air mata kesedihan..baru aku tahu kakak aku pulang sebab dia juga sudah tidak tahan dengan semua yang di hadapi..aku diusia 7 tahun memang belum mengerti apa-apa tapi satu saja yang aku faham penderitaan telah bermula tiada penghujungnya…

Kakak aku telah menceritakan episode lukanya cam mana dia dilayan seperti orang gaji “ harapkan pagar, pagar makan padi’ ini lah perumpamaan yang sebaiknya aku berikan dalam menggambarkan keadaan sebenar dia..makcik aku yang diharapkan agar dapat memberikan secebis bahagia rupanya memberikan mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupan kakak aku..apa lagi yang boleh aku kata..semua telah tersurat..tp hakikat ni..susah utk aku terima..di kejauhan perantauan kakak aku..rupanya dijadikan ‘hamba” manusia yang tak pernah menganggap dia seperti darah daging sendiri..sungguh aku tak sangka begini perihal manusia..”merayu nakkan kakak aku ,sebab takda anak tp bila dah dapat cam ni pula balasannya”
Bagi makcik aku sekeluarga kalau aku blh menuturkan kata-kata di masa itu akan aku ucapkan begini “ makcik: kalau cam ni lah layanan pada kakak aku lupakan tali persaudaraan yang ada jangan nak tambah lagi duka dalam hidup kami semua” ingat tuhan tu maha Adil “


Aku tahu bunyinya cam kurang ajar tapi entahlaaa..aku takda kekuatan nak meluahkan pada mereka..aidilfitri tidak pernah aku sambut bersama ngan kakak aku..sepanjang usia aku yang dah menjangkau 27 tahun ni hanya 2 kali dapat merayakan aidilfitri bersama!! Selepas mengetahui segalannya ibu aku tak benarkan lagi kakak aku ke sana dan dia tinggal ngan mak dan aku sekeluarga di kampong..tak lama dia bersama..kakak aku membawa diri ke kota metropolitan pada masa itu untuk mencari rezeki bagi membantu mak membesarkan kami sekeluarga!!! Perjalanan penderitaan kakak aku tak berhenti begitu saje…rupanya masih ada kesakitan perit yang perlu tempuhi..langkah kanan yang diharapkan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagian buatnya..kota KL yang diimpikan sebuah syurga rupanya ada khayalan semata-mata tanpa ada pendidikan di mana nak cari rezeki sekadar menjadi gadis kilang..inilaa hakikat bagi yang tidak berupaya,,aku tak nafikan bukan nak berbangga tp kalau diikutkan blh dikatakan ahli keluarga kami adalah di antara golongan yang bijak dalam pelajaran tapi apa nak dah dikata semuanya dah tersurat kemiskinan telah menghentikan sebuah pelayaran yang disinari mentari pagi tapi rupanya ribut taufan yang melanda dilambung ombak gila mengganas di lautan yang tak pernah ketemu mana hujungnya….sekejap saje persinggahan akhirnya dia karam juga..tak tahan dengan kehidupan di sana ..kakak aku kembali ke kampong menjadi gadis pingitan menyambung tradisi yang ada menjadi penoreh getah..apa kan daya inilah yang termampu dilakukan cam mana org sekeliling tak pandang hina pada kami..tradisi yang gemilang rupanya tak da ke mana ..arah tujunya kacau bilau , matlamatnya terpesong dek kerana sengsaranya menanggung sebuah penderitaan…dipendekkan cerita pasal kakak aku ni..dia akhirnya dipertemukan dengan jejaka dari kampung lain..secara ringkasnya dia ditunangkan..entah apa yang terjadi aku pun tak tahu ..hubungan yang diharapkan ke jinjang pelamin akhirnya musnah entah di mana silapnya..aku hanya berserah padaNya…akhirnya aku kehilangan kakak aku semula dia membawa diri sekali lagi ke kota besar KL mencari haluan sendiri.entah ke mana haluannya aku sendiri pun tidak tahu..!!semuanya hilang dalam sekelip mata!! Dia mendiamkan diri membawa haluan sendiri di kota besar yang sedia menunggu mangsanya!!akhirnya sepucuk surat yang dilayangkan..ku harapkan sebuah berita gembira yang bakal memberikan sinar..tapi suratnya adalah menjelaskan kakak aku telah bertemu jejaka idamannya.tanpa ada ayah disisi dan kami menjadi saksi kakak aku berkahwin dengan lelaki yang diharapkan dapat merubah nasib hidupnya..tp itulah hanya sebuah mimpi yang tak mungkin menjadi reality..rupanya kakak aku menjadi hamba dalam rumahtangga sendiri diperlukan seperti orang asing..dia pula menjadi mangsa kemalasan seorang suami..kenapa ?kenapa?mengapa nasib malang berterusan!!aku dah semakin tidak mengerti apa yang telah berlaku sebenarnya!!AKU Akhiri kisah malang kakak aku , aku tak nak lagi mengingatinya sebab itu sebuah kisah duka..dia akhirnya dia hidup bersama lelaki pilihannya bersama 5 orang anak!!selesai kisah dia ..sudah !!

Kisah silam ini tiada penyudahnya ..tiada kata penghujung aku tahu dan sedar kisah silam inilah yang membina diri aku..menjadikan aku insane sensitiv …yang senang menitiskan air mata..menjadi manusia yang tak tahu apa itu nilai kemanisan disayang!setelah semua kenangan ini berlalu aku semakin tabah melangkah semakin berani berlari menyentuh awan biru mengapai bintang dilangit menyeru pada angin biarlah kisah ini berlalu pergi bersama nilai nostalgia yang tak mungkin ada gantinya!!!

Di kala aku sedang berehat kat umah di saat ini , tiba2..kisah lama terutus kembali..bukan apa kerinduan aku pada mereka semua sudah tidak tertahan ..Ya Allah Aku rindu pada mereka..hari ni bersama 24 januari 2006, 24 zulhijjah 1416 hijrah tak lama lagi kita umat islam akan menyambut tahun baru ..aku melalui saat-saat sukar kerana aku di pejabat dihujani bebanan kerja yang amat banyak membuatkan aku mudah marah..hari ini juga mencatatkan seribu persoalan dalam hidup ini.semakin lama aku berfikir semakin luas dunia ini aku nampak dan aku pula merasa begitu kerdil..sudah 24 hari melalui 2006 tapi aku masih blm menampakkan tanda akan mendapat seseuatu ..yang amat aku impikan,…memang masih terlalu awal nak menjangkakan apa yang bakal terjadi tapi naluri aku berkata “kau masih jauh dalam mengejar impian ini” aku sedih aku tak punyer banyak waktu dalam menjadikan mimpi aku sebuah reality yang indah..korang tahukan mimpi dan impian aku nak bahagiakan mak dan kakak-kakak dan anak2buah aku ang seramai 24 orang..dan tahun ini nampaknya aku sudah menjadi tua, jumaat lps tanggal 20 januari 2006 aku mendapat berita kelahiran anak buah aku yang ke24..alhamdulillah segalanya adalah rezekiNya..anak abg aku yang ke2..dia seorang askar wataniah!! Banyak kenangan aku bersama dengan dia..abg aku yang berusia 29 tahun sudah mempunyai 3 orang anak..tidak mempunyai pendidikan hanya setakat tingkatan 3 tetapi tiada sijil inilah penghalang kepadanya mengejar cita-cita yang terpendam! Dia berhenti sekolah kerana mak aku tak mampu menyekolahkan dia..di usia 16 tahun abg aku dah bergelar seorang buruh.seorang buruh dibumi asing! abg aku telah membawa diri ke singapura bersama dengan orang kampong yang tak sebaya dengannya ..dia sepatutnya memegang sebatang pensil bukannya memegang besi tapi apakan daya itulaa saja pilihan yang ada tiada arah lagi nak di bawa ..di mana ada rezeki kesitulah kami diibaratkan seperti “semut..di mana ada gula, manis disitulah arah yang dituju” ibarat semut yang lemah ditiup angin terus hilang’ aku tak dapat bayangkan diusia sebegitu muda sepatutnya dia bersama rakan sebaya menikmati suasana yang paling menyeronokkan dalam hidup menjadi seorang pelajar!!tapi tiada siapa mampu menduga , tiada siapa mampu berkata-kata bila takdir sudah di depan mata!! Begitu peritnya hidup di bumi asing jauh di mata ibunda jauh di mata kami adik-adiknya.terus terang aku katakan kami langsung tak mesra ..aku pun tak dapat ingat apakah memori yang ada bersama ngan abg aku ini..yang aku tahu setiap kali dia balik kg adalah hulurkan sedikit bantuan bonda..itulaaa saja yang mampu abg aku lakukan..anak bujang seperti dia tentunya mempunyai keinginan sendiri tapi aku bersyukur sekurangnya dia masih ada sikap tanggungjawab dalam keluarga..abg aku ni jenis yang degil dan keras kepala..yang dia tahu dia yang betul dan nasihat orang jarang yang didengar kecuali nasihat ibunda barulaa dia nak dengar…tp dia laa pelindung aku dari kena buli..aku kat sekolah selalu kena buli sebab pakaian aku ke sekolah tak mcam orang lain..aku berkasut plastic yang takkan basah, baju sekolah sehelai seluar sehelai mana ada nak tukar itulah saja aku pakai seminggu ke sekolah berbekalkan duit 20sen..nilai 20sen masa tu besar kat kampong aku 20sen boleh beli nasi berlauk dah cukup mengisi perut..bila aku balik umah bagitahu yang aku kena ejek abg aku, akan pergi cari sapa yang ejek aku..aku tahu dia sayangkan adik dia dan tak mahu melihat adiknya menjadi mangsa kemiskinan kami sekeluargara!! Dia telah meninggalkan kemanisan dunia remaja dan menjerumuskan diri ke dunia dewasa yang tak sepatutnya dia tempuhi pada waktu itu!!biar pun hubungan aku dan dia tidak rapat tapi darah yang mengalir dalam badan aku adalah darah yang sama mengalir di dalam badan abang aku…aku mengucapkan terima kasih pada dia dan sememangnya tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan sekarang ni mencium tangan mengucapkan terima kasih dan hakikatnya dia lah abg aku..aku bangga dilahirkan dan mempunyai abg seperti dia..

Masih terpahat dalam ingatan aku ini..aku pernah kena pukul ngan abg aku sebab aku korang nak tahu ..eemm ni masa aku mengaji al-quran kiranya aku ni jenis degil sikit ..aku tak nak bagi al-quran yang aku selalu guna tu pada dia ..apalagi naik beranglaa dia lalu dia tumbuk muka aku pecah berdarah hidung aku ..yang aku mampu lakukan menangis saje..aku tak blh melawan dia..dah nasib adikkan eheh tapi saat ni ketika bersama-sama keluarga berkumpul bercerita tentang kisah silam..aku hanya mampu tersenyum mengenangkan peristiwa ini ahahahah ..lucukan aku kena pukul atas kedegilan aku ahhahah…ada satu lagi memori yang kukuh disanubari aku ini..ni pasal baju raya…masa tu aku beli sehelai baju raya menggunakan hasil titik peluh aku menorah getah kalau tak salah masa tu umur aku 15 tahun..aku dah blh menorah pokok getah tua yang ada di kampong aku..aku lakukan aktiviti menorah ni untuk cari duit membeli pakaian raya,,..ni setelah balik sekolah petangnya aku menoreh sementara menunggu waktu berbuka..bukan banyakpun yang dapat hanya dalam RM3.00 sehari ..aku beli baju ni kononnya baju adidas eheh ni adidas siam harga tak mahal pun RM15.00 tapi bagi aku masa tu..inilaah baju paling mahal yang aku miliki dan aku bangga membelinya dengan hasil titik peluh sendiri !!aku tak nak susahkan mak aku fikir apa nak beli utk aku hari raya nanti..cukuplah sekadar sehelai baju utk aku dengan hasilnya datang dari kepayahan aku mencarinya…bagi kitaorang sekeluarga hanya sehelai baju baru setahun kiranya 2 helailaa masuk ngan baju sekolah..kami semua tak kan dapat baju baru melainkan menjelang hari raya..kalau ada raya haji ,baju yang sama masa raya puasa adalah baju baru bagi kami semuanya..aku syukur kerana masih lagi mempunyai peluang memakai baju baru..alhamdulillah ..ok kembali pada citer ni..pasal baju aku ni..emem abgaku masa ni nampak aku beli baju baru dan dia tahu aku memang sukakan baju ni..satu hari tanpa aku tahu dia ambil baju ni pakai .ya Allah apa lagi aku yang mudah menangis ni tak blh buat apa hanya mengadu pada mak saje..emem mak pun tak blh nak cakap apa..gaduh besar aku ngan dia..baju adidas ciplak warna biru ni jadi rebutan ..abg aku ni pun satu dah tahu adiknya ni suka merajuk mudah kuarkan air mata nak juga..aku hanya mampu mengalirkan air mata melihatkan baji baru aku dah takda utk hari raya..aku menangis sepuasnya bukan apa sedihnya mengenangkan betapa sayangnya aku pada sesuatu yang hasilnya datang dari kudrat sendiri….aku pasrah..hari raya yang bakal menjelma dan sekali lagi aku telah susahkan mak aku gantikan dengan baju baru adidas juga tp mak aku sanggup berhutang dengan makcik jual kain semata-mata untuk melihat anaknya mengukirkan senyuman gembira di hari yang mulia…walaupun harganya RM15.00 mak aku terpaksa berhutang ..kejamnya aku sanggup lakukan sedemikian memerah kudrat ibu tua…kejam aku kejam…sebuah pengorbanan yang takkan mampu aku balas dengan wang ringgit hanya sebuah kebahagian aku janjikan pada mak..tapi bila?bila?bagaimana?persoalan yang tak mampu aku ungkaikan!!!

Sedang asyik aku merehatkan diri merebahkan badan di atas katil empuk rumah bujang aku ini..terimbas kembali kenangan di rumah di kampung yang damai ditumbuhi kehijauan hutan getah dan dikelilingi oleh bukit bukau yang seolah-olah mengerti akan penderitaan yang kami alami..aku sebenarnya tidak pernah menikmati bagaimana nikmat enaknya dapat tidur di atas tilam..yang pernah aku rasakan hanyalah tido beralaskan tikar plastik dan diselimuti kain nipis buat memanaskan badan di kala angin sejuk menyapa kami…aku tak pernah tidur di bilik..mana ada bilik umah aku semuanya bilik di mana mata nak lelap di situlah bilik aku..yang pasti setiap hari bilik aku adalah berbeza..hari ini di penjuru kanan umah , hari esoknya penjuru kiri umah , lusa pula ditengah-tengah rumah aku melepaskan keletihan badan..inilah gambaran rumah aku yang tercinta…sehingga kini aku dah menjangkau 27 tahun masih sama keadaannya dan disebabkan inilah aku jarang sangat bawa balik kawan dan aku takkan bawa balik kawan yang orang yang pernah merasai tido bertilamkan tilam empuk, diselimuti ‘toto’, di hembusi angin ‘air-cond’.aku bukan malu tapi segan tak nak nanti kemudian akan terjadi sebab aku pernah di hina..aku berhati-hati dalam memilih kawan ..biarlah kawan yang mengerti akan cara hidup kami ini…biarlah bersama insane yang memahami dari bersama mereka yang hanya tahu mengeji dan memuja diri sendiri…aku rela berkawan ngan orang yang setaraf asalkan aku tahu di mana kedudukan aku!! Sedih pilu aku bila kawan kata ‘apalah kau ni duduk kat kampung cam orang asli’nak masuk kampung pun kena jalan kaki..mana ada kenderaan!! Nantilaa aku ceritakan bab sekolah ni kemudian kerana masih panjang coretan ini buat tatapan kawan-kawan aku semua….

Aduh penatnya aku hari ni …masih terasa akan kepenatan semasa bermain bola pada sabtu lepas..kan aku ada tournament 9 sebelah kelab sukan bank aku yang anjurkan aku yang dah memang minat bola ni tak nak melepaskan peluang bersama-sama meriahkan suasana pertandingan..jumaat petang aku berlepas ke kl menaiki bas..dalam jam 9.45 malam aku dah menjejaki kaki ke Kota Kuala Lumpur,…biasa excited takdaaaa sangat dengan kesibukan ibukota ni aku dah biasa..aku pun pernah meredah hutan konkrit kat KL ni dalam mencari rezeki..tahun 2004 aku meninggalkan Kota yang penuh pancaroba ini untuk mencuba nasib di negeri Mat Kilau ini..bermulalaa episode baru 1 dec 2004 aku ke kuantan memulakan kerjaya dalam bidang banking..eehh apalah aku dah melalut jauhkan ..ememm sedikit imbasan pasal bermulanya episode hidup di di negeri pahang ..aku sendirian tanpa ada saudara tanpa ada kawan..use to it dah!!!buat kawan2 semua aku ada sertakan sedikit kenangan semasa bermain bola minggu lepas..dapat no.3 saja...
"jadikan kekalahan itu sebagai sumber mencari kekuatan yang kau ada"
"kesamaran yang hadir, perlukan cahaya yang menyinari"


Friday, January 20, 2006
senyuman


sebuah senyuman yang terukir memberikan seribu makna kepada aku..kadang-kadang senyuman yang diberikan bukanlah datang dari sepenuh hati tp dalam keterpaksaan bagi menjaga sebuah hubungan!!bagi aku 'senyuman dalam tawa , ketawa dalam rindu, menangis dalam sendu' terpahat sebuah pengertian yang susah nak dileraikan oleh logik akal aku sebagai manusia milikNya..bukan apa bila membicarakan soal senyuman yang memberikan pengertian pada aku adalah bagaimana nak mengukir sebuah senyuman yang ikhlas datang dari hati yang akan memberikan kepuasan bila kita menatapnya!!yang aku bicaran ini ada kaitan dengan persoalan hidup yang aku tempuhi hari ni..walaupun orang sekeliling aku selalu memandang dan melihat aku tersenyum riang tapi diorang tak tahu yang aku menanggung sarat bebanan perasaan yang begitu tinggi menggunung harapan dari sebuah keluarga dikampung..aku tahu dan sedar aku tak nak orang disekeliling dan rapat ngan aku (emm rapat ada ke) mengetahui bahawa akulaa harapan paling besar dalam keluarga aku..demi meneruskan cita-cita mak aku yang begitu mengharapkan anak lelakinya berjaya membawa perubahan kedalam hidup kami semua...kami tak nak lagi dihimpit perasaan malu sebab kami miskin , kami tak nak lagi ditimpa perasaan dan kaku bila orang bertanyakan 'mana ayah kamu'..kami tak mahu semua persoalan ini menganggu fikiran dalam ranjau kehidupan yang penuh berliku ini..yang aku takkan dapat jangkakan apa yang menanti aku dihadapan sana..sama ada sebuah kebahagian yang amat aku impikan ataupun sebuah kehancuran dan kekecewaan kepada kehidupan dan impian aku..aku tak tahu tapi yang satu pasti adalah aku terpaksa menempuhinya dengan ketabahan yang telah lama terpendam dalam jiwa ini...berkat ajaran dan pengalaman aku belajar bagaimana menghadapi semua ini dengan penuh kesyukuran!!

senyuman ini lah yang aku impikan dari wajah-wajah insan kesayangan aku..bukan apa sekadar sebuah senyuman susah ke nak mengukir sebuah senyuman..bagi aku senyuman bukan boleh dibuat2 tapi ianya datang adri keikhlasan hati sendiri..aku jarang melihat ibu tua aku tersenyum..aku jarang melihat kakak aku melemparkan sebuah ketawa hilai bahagia aku kadang-kadang menjenguk adakah tika ini telah terpahat sebuah senyuman bahagia dalam keluarga aku..adakah sengsara yang selama ni aku hadapi dan adakah penat lelah aku dibesarkan mampu memberikan sebuah senyuman????aku sendiri blm pasti ada jawapan atau pun tidak!!

selepas peristiwa yang lampau yang aku cuba imbas kembali adakah wajar sebuah senyuman aku ukirkan dalam pahit getir yang penuh liku ini...aku rasa banyak air mata yang pernah tumpah dari sebuah senyuman yang telah terukir..apabila selesai ibu dan kakak aku kena pukul ayah aku dengan tiada perasaan tinggalkan kami semua begitu saja..melihatkan sekujur tubuh aha 2 sebenarnya tubuh mak dan kakak aku di hadapan mata yang menjadi saksi segala kekejaman dunia ini pada aku...mak aku dapat rawatan kat hospital dan kakak aku hanya mampu terbaring menahan kesakitan...bermulalaa lagi episod duka dalam hidup aku..mak aku failkan perceraian tp yang aku paling pelik kenapa ayah aku tak nak lepaskan mak aku..pada hal dia tak pernah ambil tahu pasal mak aku slps kejadian tu ..dia tinggalkan kami terkapai-kapai dalam dunia yang kejam ini bagi aku..mak aku digantung tak bertali ..sekali lagi bermula episod keperitan aku dan mulaa jiwa kecil ini terseksa ...

masa ni abg-abg aku dah tak sekolah..abg sulung hanya habis tingkatan 2 abg ke 2 habis tingkatan 3..tak ambil pun peperiksaan yang akan menjamin kehidupan mereka..tinggallah aku masa tu seorang saja yang meneruskan pelajaran!!
aku perlu pergi dahulu nanti aku sambung lagi .'derita dalam senyuman ini"


Wednesday, January 18, 2006
episop hidup aku IV


salam hari rabu buat kawan2 semua....hari ni semua ada dalam perjalanan seharian aku suka duka pedih semua bercampur...kesedihan aku disembunyikan oleh senyuman yang aku lemparkan pada orang yang ada disekeliling aku..entah kenapa hari ni aku rasa masa berlalu begitu cepat dan kadang2 jam yang berputar seakan memberitahu aku..akan kesedihan yang aku alami..aku tak tahu apa puncanya tp perasaan aku terasa amat pilu pada ketika ini..mungkin terlalu banyak berfikir pasal diri sendiri dan keluarga kot..entah..ada kaitan!!!entah aku memang takda mood hari ni entah apa akan aku coretkan yang aku tahu malam ni aku akan balik lewat jam 10 mungkin juga jam 11 atau lagi lewat no idea ,,really perasaan aku betul2 berkecamuk entah !!!kenapa???


Tuesday, January 17, 2006
episop hidup aku III


semalam aku berhenti di titik noktah perjalanan kakak aku yang ke3..tp kisahnya masih belum berakhir belum ada titik noktah yang sebenarnya dalam coretan hidupnya!!! selepas ayah aku bagitahu yang dia hanya boleh bersekolah sampai darjah 6 tiada apa yang dapat dia lakukan hanya air mata mampu mengingi nya ..mak aku tiada upaya besarnya bebanan mak aku masa tu..dengan aku yang masih kecil blm tahu ke mana arah tujuan aku sendiri cam mana aku nak tolong...aku aku hanya bekerja kampung berbekalkan sijil upsr dia hanya mampu menolong ibu aku mengerjakan kebun getah bersama-sama menjadi penoreh getah..bila dia berusia 16 tahun kakak aku berpeluang menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan di sana..tanpa pengetahuan ayah aku!!berlayar kakak aku ke KL bersma teman sebaya..aku nampak kakak aku gembira dengan haluan yang di bawanya ...di sana biar dia melepaskan segala beban yang ditanggung tp sebagai anak kakak aku tetap ada tanggungjawabngan adik2 serta mak..satu berita gempar..satu telegram ayah aku kirim pada kakak aku mengatakan mak aku sakit..tapi sebenarnya ada udang sebalik mee tomyam!!ayah aku tak restui dia pergi ke KL katanya " biar semurni mana niat kita, tetap ada pihak memandang serong'..ini yang terjadi pada kakak aku ada orang buat hal kata kakak aku buat benda bodoh kat KL..siapalaa yang tak blh nak lihat orang senang...aku benci manusia yang cam ni..keluarga kami tak kacau pun peruk nasi diorang apa kejadahnya korang nak dengki ngan keluarga aku yang takda apa2 ni!!!kenapa????..kakak aku terpaksa balik ...

aku gembira kerana dapat melepaskan rindu pada dia..tapi hari pertama sampai ke umah di kampung sesuatu yang amat buruk menanti kakak..korang nak tahu ke???...ayah aku..ya ALlah sesekali aku terfikir kenapa aku mesti ada ayah yang mcam dia ..kakak aku kena pukul dengan teruk dan menjadi saksinya adalah aku..di depan mata aku ayah aku takda perasaan tanpa rasa belas kasihan menyepak menampar kakak aku ..masa ni aku hanya mampu berdoa..semoga kakak aku takkan dikerjakan sekejam itu..tp tak berhenti kakak aku nyaris kehilangan nyawa pada hari tu ..aku tak mampu kenapa aku tak blh halang ayah kenapa ...kakak aku sesak nafas..aku berlari memanggil mak aku tyang kuar mencari rezeki kerana melihatkan keadaan kakak aku..mak aku dengan kudrat yang ada berlari ke arah kakak aku....masa ni tuhan saja menjadi saksi mak aku mengalirkan air mata melihat anaknya yang dikandung 9 bulan 10 hari diperlakukan seperti ***** ahah aku tal blh nak cakap tahap kebencian pada insan bernama ayah semakin menebal...masa ni mak aku pula bergaduh ngan ayah ..sekali lagi aku menjadi saksi mak aku kena pukul ..air mata aku begitu laju mengalir...kenapa kami yang harus terseksa begini..maafkan aku aku tak dapat teruskan cerita pada saat ni aku tak dapat tahan air mata bila mengenangkan kisah pahit memori duka dalam hidup kami sekeluarga!!

"ssetiap yang berlalu memberikan aku kekuatan,setiap yang terjadi menjadikan aku insan tabah'


Monday, January 16, 2006
episop hidup II


cam mana aku nak mulakan kat mana aku nak hidupkan kembali kisah memori silam ini..aku kebuntuan juga sebenarnya!!sesungguhnya terlalu banyak kisah duka dari gembira aku pun tak nak nanti aku dikatakan menjaja cerita tapi ni hakikat yang sebenarnya aku lalui dalam menempuhi ranjau sepanjang hayat aku sekarang ni!! kata orang "sesusah mana kita, masih ada lagi yang lebih susahkan'' aku faham masih ada yang lebih susah dari aku tapi nilaa ranjau perjalanan hidup insan bernama Asmadi!!!oklaa aku sambung kisah perjalanan hidup aku semula
semasa berusia 5 tahun aku bersama ibu danadik aku tinggal dibangsal kebun getah jauh dari bekalan elektrik jauh dari bekalan air yang menjadi sumber cayaha kepada kami adalah pelita minyak tanah , yang menjadi sumber menghilankan kehausan dan kedahagaan adalah sebuah sungai yang mengalir lesu, selesu dan sedahaganya aku pada kasih sayang seorang ayah!!
aku berpisah ngan kakak dan abg aku jauh dari mereka..entah apa terjadi pada mereka adakah mereka mendapat kasih sayang seorang ibu dari nenek aku..aku harap mengharapkan semoga nenek aku dapat memberikan sebuah kasih sayang buat kakak2 dan abg2 aku kat sana!!

semasa aku berusia 6 tahun aku dah kembali semula ke kampung asal aku..semua keluarga aku masa ni dah bersatu..mak aku membanting tulang menoreh getah berapalaa sgt hasilnya nak membesarkan 6 orang anak yang semakin menuntut pelbagai keperluan!! kakak aku hanya tamat belajar sampai darjah empat umur 10 tahun dah kena berhenti sekolah tak sempat nak mengecapi alam persekolahan lbh lama, kakak sulung aku terpaksa menolong ibu aku menjaga aku dan adik aku ..dan menolong mak aku menoreh sama..ya allah aku tak blh nak bayangkan di usia semuda itu kakak aku memikul beban seorang gadis sedangkan anak2 skrg berumur 10thn masih bermain ngan anak2 patung bersukaria masih blm mengerti apakah sebenarnya hidup ini!!itulaa bezanya anak2 sekarang dengan anak2 di tahun 80-an...terlalu besar jurangnya!!

kakak aku di usia semuda tu memikul beban yang amat berat ..di kala saat kakak aku bercerita semula apa yang telah dia lakukan demi aku dan adik2 yang lain air mata laju mengalir aku sedih sbb kakak aku takda peluang langsung merasai nikmat kehidupan..lantaran kemiskinan yang kami lalui.sukarnya saat itu!!!dan di usia 16 tahun kalau aku tak silap kakak aku telah mendirikan rumah tangga dengan anak jiran kami..tak jauh pun jarak umah kami hanya 200mtr saje..itulaa jodohnya..wauu di usia ni kakak aku sekali lagi memikul bebanan seorang isteri, anak ,dan kakak kepada kami yang amat memerlukannya di saat itu!!kakak aku berkahwin dengan seorang askar,..masa tu kiranya kerja askar memang orang pandang .nak pinang anak sapa pun sure blh punyer..so kakak aku bergelar isteri orang di usia 16 tahun..

cerita kakak aku yang ke 3 pula kerana yang ke 2 telah diserahkan pada makcik aku yang kat penang ..kami tak tahu apa cerita pada masa tu..so aku citer pasal kakak aku yang ke3..ni yang paling rapat ngan aku..kakak aku hanya menamatkan pelajaran sampai darjah 6 sahaja..ni aku salahkan 100% pada ayah aku..dia kata perempuan takpayah belajar tinggi nanti dok dapur juga..kolotnya fikiran ayah aku!!aku amat marah masa ni..my god kakak aku menangis sepuasnya sbb dia nak belajar dan dia juga digolongan pelajar yang cerdik..ruginya entah ke mana arah tujuan kakak aku berbekalkan sijil darjah 6 apa kakak aku dapat..apa kan daya mak aku tak mampu nak teruskan pelajaran kakak sbb dia perlu tanggung adik2 yang lain..kakak aku ikut jejak kakak yang sulung menoreh getah..kenapa ini berlaku pada keluarga aku walaupun aku tak mengerti apa2 masa tu tp aku dapat rasakan kekecewaan kakak aku!!dugaan besarnya pada keluarga aku!!kenapa orang lain bahgia ada ayah kenapa aku tidak???kenapa??? kerja kampung sampai bila harus begini hidup kami..aku masih tersimpan secebis memori bersama ngan kakak aku..masa kakak aku darjah 6 aku bersekolah darjah 1..ranjau nak dilalui ke sekolah..wauu memang masih kukuh terpahat di memori aku ini..seawal jam 5 pagi kami dikejutkan disebalik kedinginan subuh yang hening kami sudah memulakan perjalanan menyusuri landasan keretapi..kerana inilah satu2nya jalan bagi kami ke sekolah ..kami berjalan sejauh 10km ke sekolah lbh kurang 7 pg baru sampai ke sekolah..aku dengan kudrat kanak2 terpaksa demi mencari secebis ilmu..aku nekad nak ubah hidup keluarga ku tak nak jadi cam ni lagi!!!dengan beban buku dan kadang2 diganggu oleh orang siuman , itulah liku kami bagi mencari ilmu..dikejar anjing gila dan biasa menangis kerana ini biasa...dah kering air mata kdang dengan dugaan ni..tp aku harus kuat bagi menghadapinya...mana ayah aku/kenapa orang lain ada ayah yang hantar mereke ke sekolah kenapa mereka naik motor ada basikal aku hanya menggunakan tulang empat kerat ni gagahkan diri hadapinya!!kerana inilaa kami takda kemampuan untuk merasai nikmat itu semua!!aku berhenti di sini dahulu ...

"ingatlah pengalaman lepas mendewasakan aku, dan juga menjadi kan aku gagah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidup di dunia ini"




Friday, January 13, 2006
episop hidup aku I


hari ni tanggal 13 zulhijjah 1416 hijrah bersamaan 13 januari 2006...jumaat ..aku hari badan tak sihat batuk + sakit tekak + selesema..masih lagi sakit2 badan terasa sbb main bola sabtu lps bukan apa masa tu main bola dalam hujan so aku kalau kena hujan renyai sure deman dan pening..tp kalau hujan lebat terus ok lak ..cammana tu eheh!!badan yang tak sihat ni effect kerja memang takda mood sgt nak buat kerja ni kan..hari ni hanya buat kerja sekadar yang mampu dan juga layan client tak ramai sgt biasa saje mereka ni..
esok dah wknd ke apa aku nak buat ni aduh pening kepala nak memikirkannya senang pi jelaa jogging kat tepi pantai sepat 5 minit lebih kurang dari umah sewa aku kawasan memang canti pantai kira bersih juga so sesuai kalau nak lakukan aktiviti jogging ni...tu maybe sebelah petang saje aku blh buat ...emm apa ek nak buat !!

hari ni rasanya aku takkan stay lama kat opis takda mood beb emem pg tadi aku telan vit c 2 biji eheh aku bukan jenis yang suka makan ubat susah laa sikit kalau terpaksa sgt barulaa aku makan tu pun kalau ada orang yang paksa eheh..

emm korang pernah dengar tak pepatah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah kan!!aku rasa pepatah ni akan effect kalau kita betul2 dapat rasakan makna disebaliknya..bagi aku laa pepatah ni mengajar aku erti tidak putus asa dan berusaha gigih dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam mengapai impian aku yang selama ini aku impikan sgt...aku sebenarnya mempunyai impian yang sangat besar ..sebesar setinggi gunung everest seluas lautan hindi sepanjang sungai nil..tapi aku belum punyer kekuatan dalam menjadikan impian aku ni satu kenyataan..kalau ada laa syukur sgt..nak tahu apa impian aku!!!Sebenarnya Impian aku hanya rasanya kalau korang tahu cam tak logikkkan..impian aku hanya nak bahagiakan mak dan keluarga aku..aku sanggup korbankan apa yang aku ada agar mereka bahagia dan tersenyum kerana untuk melihat sebuah senyuman dari wajah-wajah insan yang aku sayang adalah begitu sukar..jadi aku ingin dan punyer impian bagi mengukir sebuah senyuman girang diwajah mereka semua..biar aku korbankan sebuah kebahagian yang aku ada demi mereka semua..begitu berharga mereka semua dalam hidup aku..

aku tetap teguh berpegang pada kata-kata mak aku "biarlah kita miskin harta tapi jangan miskin budi bahasa" mak aku cakap masa ni aku dah tak tahan ngan cara sesetengah orang kampung yang memandang hina ngan keluarga aku yang miskin..aku pernah melihat ngan mata kepala aku sendiri kakak aku menangis depan aku sbb mak mertua dia tak dapat terima dia sebagai menantu..aku tahu masa tu kitaorang memang susah sgt..dalam kesusahan ni aku lak ditinggalkan oleh ayah aku...aku nak imbas kembali sejarah dalam hidup aku..maaflaa ni laa aku yang sebenarnya disebalik wajah dan nama ni terpahat sebuah memori hitam dalam hidup aku!!masa tu yang aku masih ada sisi-sisi memori dalam ingatan aku sekarang ni..kalau tak silap aku berusia 5 tahun then adik aku umur 2 tahun masa tu..dok umah kampung then ayah aku masa tu dah ada bini baru then kitaorang tak pernah tinggal ngan ayah ..sepanjang usia aku 26 tahun 1 bulan 7 hari ni tak pernah mendapat belaian dari insan bernama ayah!! masih tergiang di telinga aku sekarang cam mana ayah aku memukul mak aku depan kita orang semua aku tak mampu nak buat apa2 aku cuma blh menangis .apakan daya aku di usia tu tak mengerti apa2 pun yang aku tahu mak aku di masukkan ke hospital dan mendapat beberapa jahitan akibat perbuatan ayah aku..aku citer semua ni bukan nak burukkan ayah aku tp dia tetap ayah kepada kami yang tu hakikatnya yang aku tak blh nak ubah langsung..tp aku disini hanya ingin berkongsi kisah silam agar sama2 kita merasai kepedihan hidup ni..aku tahu semua orang ada kisahnya dan ada lagi yang tak bernasib baik dan hidupnya lebih teruk dari aku tp nilaa aku ..
ok mulakan dengan sekilas memori yg masih terpahat ni ..masa aku umur 5 tahun slps peristiwa mak aku kena pukul aku ngan adik aku yang bongsu mak aku bawa ke tempat lain jauh dari ayah aku..kakak sulung aku dan kakak no.3 diserahkan pada nenek aku, abg-aku juga bersama ngan nenek aku, kakak aku yang ke2 dierahkan pada makcik sebelah ayah aku yang ada kat penang ..semuanya berpisah..citer aku cam movie lak telemovie TV3 eheh!!tapi ni hakikat sebenarnya berlaku dalam keluarga aku..aku di bawa ke satu kawasan pendalaman yang jauh dari pekan yang jauh dari kampung aku..yang jauh dari adik beradik yang lain..ni membuatkan hubungan kita orang semua renggam...masa tu yang aku ingat makcik2 aku sebelah mak aku pun ada sama..yang membezakan mereka ngan mak aku adalah diorang semua ada suami disisi di saat susah dan senang tp mak aku hanya ada aku dan adik aku yang masih belum mengerti apa2 erti perpisahan..aku tak pernah ada perasaan rindu pada seorang ayah pada masa tu!!

Aku bersama di kawasan pendalaman kawasan kebun getah tinggal hanya kami bertiga..tiada sekolah tadika bagi aku sama ngan adik aku tak pernah merasai apa itu sekolah tadika..yang aku tahu bau busuk getah , gigitan nyamuk menjadi teman kami berdua tiada alat mainan robot ke apa hanya kayu2 yang jatuh , buah getah jadi permainan ..adik akulaa teman bergurau teman bergaduh teman semuanya,..sapa lagi yang ada dalam kebuin getah ni melainkan kami bertiga..entah masa umur aku 5 tahun cam tak pernah ada suasana hari raya..aku takda langsung memori pasal hari raya,..entah ada ke tak baju baru ada ke tak kasut baru aku takda memori itu semua ..kelam bagi aku..yang ada dalam ingatan aku ini hanyalaa sebuah keperitan hidup tiada senyum tawa ...emem aku rasa setakat ni dulu akan aku buat sambungan kemudian kisah hidup aku takkan ada penghujungnya selagi ada nafas diberikan olehNya selagi ada tenaga olehNya..aku akan terus berkarya..
sebelum tu ada berita gembira buat aku permohonan anda untuk membeli notebook telah diluluskan oleh bahagian sumber manusia..alhamdulillah aku tak payah susahkan orang lain ..!!

sesungguhnya dalam hidup yang terindah hanyalaah sementara, selagi ada nyawa selagi itu kisah ini akan berputar !!


Wednesday, January 11, 2006
pengorbanan!!

rindu datang lagi wauau syahdunya rasa eeheeh rindu pada sapa ek....sejak dua menjak ni nampaknya perasaan rindu aku pada seseorang semakin membara..entah kenangan lama datang kembali umpama kisah cinta antara 2 benualak aku ni..sebenarnya selama ni perasaan aku pada dia tak pernah pudar tp semakin membara tapi aku menahannya demi kebaikan kedua belah pihak ..walaupun aku sudah jauh dari ingatan dia tapi aku telah berjanji pada diri aku ..bahawa sayang, cinta aku pada dia takkan pernah pudar dan aku doakan kebahagian dia saje..walaupun dari jauh aku cuba mengintai melihat wajahnya..dari kejauhan aku hulurkan tangan menyentuh bayangan wajahnya ..kehampaan jelas terbayang di wajah ku..hanya kerinduan ni aku kirimkan pada angin lalu harapnya sampai ke telinga dia!!!

di saat dan minit yang berlalu ni...kesayuan jelas terbayang di wajah dan kelopak mata aku bak cahaya matahari dibayangi mendung yang berarak..hujan yang menitis menambahkan kesayuan hati ni...i miss u..pada dia harap mendengar luahan hati ni...eeh dah macam novel lak aku ni tp tulaa hakikatnya aku alami skrg saat aku berseorangan alangkah indahnya ada insan yang bernama teman disisi!!

hari ni rabu 11 zulhijjah jemaah haji sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci mekah..alangkah indahnya alunan suara memujiNya ..sayu hati mendengarnya..pada yang mampu kerja kan haji dan semoga di doakan mendapat haji mabruh (betul ke) kalau salah sbt tolong betulkan eheh!! tapi ingatlaa bahawa besar pengorbanan nabi Ismail A.s yang sanggup disembelih oleh ayahandanya bagi dijadikan korban..aku sedar aku ni begitu lemah apaala pengorbanan yang telah aku lakukan pada keluarga aku..nakkata beri kebahagian kepada mereka rasanya jauh sekali aku tak dapat memberikan pada mereka kesengan ..aku kalau ada kemampuan tak nak lagi melihat ibu tua aku memegang pisau menoreh getah..tapi apakan daya ..kemampuan aku pada masa ni amat terbatas sekali..aku tgh cari jalan cam mana nak dapatkan income tambahan..ada yang nak tolong ke bagi idea!!!pls kalau ada yang sudi bagi aku buat kerja part time masa wknd ke aku sanggup..

ni hanyalaa kecil sangat pengorbanan kalau nak bandingkan apa yang telah mak aku korbankan demi melihat anak-anaknya berjaya..tanpa seorang insan bernama ayah disisi yang meninggalkan tanggungjawabnya..aku begitu mengerti setiap titisan air mata yang jatuh tiada nilai tiada harga yang blh aku bayar..cuma secebis kejayaan aku dapat memberikan sebuah senyuman pada mak aku..begitu besar pengorbanan mak aku dalam membesarkan aku sekeluarga..seluruh tanggungjawab dipikul sebagai ibu sebagai ayah yang mencari rezeki..aku tahu kperitan jiwa mak aku tapi tidak pernah diperlihatkan wajahnya sentiasa senyum walaupun pernah merasa kelaparan ..aku pernah lalui detik yang disiarkan dalam episod bersama mu ..sbb tu aku begitu mudah menitiskan air mata bila melihat keperitan yang mereka semua alami..aku bersama mereka pernah alaminya dan aku pernah berada di tempat mereka!!!

bukan apa ni saje nak ingatkan diri aku dan kalau ada kawan2 semua dalam mencari erti pengorbanan yang sebenarnya sempena ngan Hari raya Qurban ini..bagi aku seluas mana ilmu aku sedalam mana cinta aku sekaya mana harta aku ..takkan dapat membayar semua pengorbanan yang pernah mak aku lakukan dalam melahirkan aku adik beradik dan juga membesar kan kami semua..tu hanya secebis kisah pengorbanan seorang ibu..tak terkata habis air laut pun aku takkan berhenti menyanjungi dan mengasihi seorang insan yang penuh memberi makna dalam hidup aku..banyak kisahnya..insya allah ada kelapangan akan aku kongsi bersama coretan hidup aku dari kecil sehinnga aku di tahap ni di kala aku dari usia 1 hari sehingga usia aku sekrang 26 tahun 1 bulan 4 hari!!!semua aku simpan dalam memori dan terpahat kukuh dalam ingatan aku sehingga kini!!!

hari ni rabu kan ..aku datang opis agak lewat juga bukan apa semangat nak kerja hari ni sedikitlaa takda bukan apa aku dah "bosan"..bukan bosan ngan kerja cuma bosan ngan diri aku sendiri..entah kenapa aku rasa cam ni..hari ni mood nak buat kerja takda sgt biasa saje layan2 client then sambung buat projek paper..mood ni ditambah ngan tgk kawan2 aku masih lagi bercuti alangkah seronoknya mereka semua kan!!rasanya hari ni aku takkan balik terlalu lewat sgt ..entah rasa cam nak saje balik sikalang ni...eheh sat lagi danh nak jam 5.30pm eeh tajkdaaa 5.30 tu terus nak balik relaks sat solat asar then baru rasanya nak caukan eheh..emm nak balik basuh bajulaa pulak ada yang direndam semalam tak basuh lagu ehe basuh manual perlukan tenaga ni..eehoklaa nanti ada kelapangan berjumap lagi..akhir kata

"kejayaan , kebahagian menuntut 1001 pengorbanan"



Tuesday, January 10, 2006
kasih suci!!



Kasih suci...how sweet~~
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang.
Dia amat suka membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel
yang ada tertulis nama& alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Tertulis disitu"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis.
Setelah pulangke rumah, jejaka itu menulis surat
untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu.
Beberapa hari kemudian si jejaka
mendapat balasan daripada gadis bahawa dia
juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan.
Persahabatan mula bertukarkepada perasaan sayang.
Namun begitu masing-masing masih belum bertemu.
Sijejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing,
tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari,
si jejaka dipanggil oleh bala tentera
untuk pergi kemedan perang.
Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat berbunyi
"kalau Tuhan panjangkan jodoh kita,
dan kamu masih sayang padaku,
kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar
kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti.
Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah.
Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah.
Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku.
"Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu
...Beberapa bulan kemudian...Pada hari pengumuman perang tamat,
si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar
tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.
Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu
sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi
dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah...
sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...
Si jejaka agak terkejut
tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis."Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.
Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata
"aku amatmerinduimu." Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam.
Orangtuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu..
" sambil kemudian mencium tangannya.
Si gadis itu terus bersuara..
"aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.
Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.....
"Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa..
dia telah mengotakan janji nya
dan tetap berpegang kepada perasaan sayang
walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????
Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah..............
aku dapat email ni kawan aku yang kirimkan nak kita kongsi bersama dan fikrikan apa disebaliknya.!!!hari ni 10 zulhijjah 1426 hijrah bersamaa 10 januari 2006..salam aidiladha aku ucapkan pada semua.masa ni aku kat opis bukan apa ..aku tak leh balik kg then takda menda nak buat kat umah aku ambil keputusan nak lepak kat opis sekurangnya aku blh buat sedikit kerja kalau ada idea...sedih juga tp nak buat cam mana aku dah terpaksa merantau nak cari rezeki di negeri orang ..di opis sambil ditemani alunan muzik dari album NIkki Maharani..dah berapa kali putarr..ni laa teman aku di sini si hari yang sepatutnya aku bersama dengan keluarga di kampung!memang sedih aku tak dapat cakap call mak kat kampung tak tahu kenapa ..takda yang jawab ni menambahkan lagi kesedihan aku..tergiang ditelinga suara anak2 buah aku berlari girang sekeliling umah bermain kejar..waaaa sedihya aku rindukan sgt mereka saat ni..teramat rindukan kalian semua...disaat aku terlalu merindui mereka hanay gambar jadi ubatnya!!I LOVE U ALL !!MEK..maafkan madi Di hari Mulia ni madi tak dapat balik bukan kehendak hati tpi tuntutan rezeki yang buatkan madi jadi begini..maafkan madi!!!
sapa lagi nak jadi teman aku selain dari mereka pengubat di saat aku dilukai dirundung sengsara perasaan mereka sentiasa di hati aku walaupun jauh di mata tapi mereka anak2 buah aku begitu hampir tersemat dijiwa dan sanubari aku!!terfikir juga aku di saat ni alangkah indahnya ada teman disisi yang dapat berkongsi suka duka hidup emmm namun itu adalah impian dan mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan dalam masa terdekat..bukan aku memilih bukan tp kehendak hati blm aku ketemu lagi..walaupun dulu aku begitu menyayangi insan bernama K dan sampai skrg sayang dan rindu aku pada K masih sama, masih membara tapi apakan daya aku nak buat dia milik orang ..takda upaya aku nak mengapai bintang sedangkan aku hanya manusia biasa yang selalu ditimpa perasaan..
salam aidil adha sekali lagi pagi ni surau kat kawasan perumahan aku tinggal buat qurban..aku hanya menyaksikannya sbb dah ramai yang menolong...cam biasa aku bangun awak juga slps solat semua aku lpk jah tgk tv sambil baca baki komik yang masih ada ...dah bosan aku basuh baju..yg dah direndam 1 hari ..emem baju masa main bola kat kl...slps tu aku dahtghari rasanya siap2 kuar umah lbh kurang jam 2..aku on the way pi umah opismate aku dia call ajak makan2 oklaa ada rezeki tgahri ni..dah makan kenyang aku ke opis..nampaknya lengang juga kuantan maybe ramai yang balik kampung kot...sedihnya aku tak dapat balik raya!! nampaknya aku akan stay kat opis sampai malam eheh saje jah nak hilangkan bosan what to do..ada cadangan ke?
lps ni aku akan sibukkan diri dengan latihan bola sepak bg sukan gemaputra then akan byk guna duit sbb kena ulang alik ke kl every wknd..what to do aku rela berkorban demi benda yang memberikan keseronokan pada aku..itu saja yang blh buat kan aku gembira pada ketika dan saat ni!!harap korang doakan kejayaan aku!!
oklaa nak buat keja sikit nanti kalau ada masa membebel lagi bf4 bali..sekali lagi salam aidiladha!!nilaa pengorbanan bagi aku!!!


Monday, January 09, 2006
kawan!!!





Around the corner I have a friend,
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before I know it, a year is gone.
And I never see my old friends face,
For life is a swift and terrible race,
He knows I like him just as well,
As in the days when I rang his bell.
And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men.
Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.
"Tomorrow" I say! "I will call on Jim
Just to show that I'm thinking of him."
But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance between us grows and grows.
Around the corner, yet miles away,
"Here's a telegram sir," "Jim died today."
And that's what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend.
Remember to always say what you mean.
If you love someone, tell them.
Don't be afraid to express yourself.

Reach out and tell someone what they mean to you.
Because when you decide that it is the right time it might
be too late.
Seize the day. Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friendsand family, for they have helped make you the person that you are today.


wau penatnya aku rasa hari ni bukan apa ..badan ni slps main bola pada sabtu pagi jam 8.00am aku kena deman bukan apa dah main dalam hujan ..nak buat cam mana dah minat punyer pasal..kena tanggunglaa ..cek minat betui ngan bolasepak cek sanggup buat apa saje eheh..nampaknya usaha aku berbaloi sanggup ke kl semata2 nak main bolasepak wakil bank aku ke sukan gemaputra yang akan dilangsungkan di Melaka datenya 15-17 mac 2006..alhamdulillah akhirnya aku terpilih..manager yang incharge pasal pemilihan ni call aku pagi tadi then bagitahu yang aku akhirnya masuk dalam 18 orang yang akan wakili bank ke game ni..wau hasrat dan impian aku akhirnya tercapai....gembira beb ada juga hasilnya kalau kita buat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh kan!!

masa wknd tu aku dok kl main bola dari jam 8-10am dalam keadaan hujan tpkan memang seronok sgt sbb aku buat benda yang aku memang suke..lps tu aku terus balik ke umah kawan aku kat pantai dalam..badan memang rasa penat then aku deman lak kena hujan so hari sabtu aku dok kat umah saje tido..sampai laa ke malam ..aku kuar hanya makan tp diorang semua kuar jalan then aku tak leh nak join semua kesihatan tak mengizinkan....ahad lak dalam j am 10am cam tu aku dah on the way balik ke kuantan tumpang kawan aku ni dia nak balik kg kat ganu so tumpang saje...alhamdulillah jam 2.30pm dah sampai kat kuantan ..then pi ambil anak buah aku kat bengkel dia keja..cuti dia panjang sampai khamis baru keja.....so balik umah takda menda eheh aku ada hobi baru sikalang ni ..nak tahu buat menda eheh..aku baca komik ,,laaa komik masa budak2 dulu aku memang baca ehe komik "dewata raya, pedang setiawan eheh, ada byk lagi at least aku adaaa benda yang nak buat dok melayan perasaan sorang2 ni..byk gak aku pinjam ngan kawan sini komik ni semua..nak habiskan semua ....

new hobbies nampaknya..lps ni aku akan kerap ke kl sbb dah kena training kat sana utk bola ..ikut plas every saturday akan ada game ngan ahad!!so belanja ke tambah lagilaa nampaknya kena kurangkan benda2 yang takda guna sgtkan..eme kena plan betul2kan..sbb ni pasal duit...


esok dah nak raya aidiladha ...eemm nampaknya aku merantau lagi beraya kat pahang tahun ni tak dapat nak balik kg..sedihnya dah masuk tahun ke2 aku tak raya haji k at kg..last year aku kena kursus kat hq..cuti sehari saje..samalaa tahun ni aku cuti hanya sehari esok saje (selasa) rabu aku dah kena kerja...officer yang lain cuti waaaaa :( sedihnya kena kerja..kuatkan semangat ni..malam ni nampaknya kena call kg cakap ngan mek , kakak aku jap then semua ..takda peluang lagi nampaknya aku nak nengok anak buah aku yangh baru nurul atikah + mohd fitri..tunggu saje CNY ...insya allah aku akan balik....nak sgt tgk muka diorang nantikan..wait and see jelaa ada rezeki panjang umur aku ni takkan ke mana !!

AKU NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..KEPADA KAWAN SEMUA YANG MENGENALI ..SEMOGA AIDILADHA MEMBAWA 1001 KEINSAFAN KEPADA KITA SEMUA!!CARILAH ERTI PENGORBANAN YANG SEBENARNYA!!!



Thursday, January 05, 2006
motivasi diri


aku nak mulakan 2006 dengan sesuatu yang positif dan aku harap walaupun takda azam yg sgt aku impikan tp berharap segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa..ni just peringatan buat diri sendiri dan korang semua pasal motivasi dalam kerja kerna tahun 2006 aku nak fokuskan pada kerjaya dahulu..bangunkan diri lengkapkan senjata bagi mengharungi 2006 dengan jayanya...ni kira motivasi dalam kerja...

1st kompromi dengan pihak atasan...emm aku tahu semua orang akan hadapi benda ni termasuk aku sendiri,..bayangkan boleh ke korang nak bawa ur big boss duduk dan mencari kata sepakat eemm i dont think so..jangan terrlalu memikirkan pasal mereka dan tumpukan pada kerja ..kalau korang dok ingat pasal depa saje lagilaa tertekan betul tak..so jangan nak campur adukkan perkara pasal bos hang semua dengan kerja ..terima kenyataan semua yg terjadi di pihak atasan bukan urusan korang tpp ingat juga jadikan ianya sbg kesempatan dalam belajar sesuatu!!so stay pada posisi korang skrg dan pada masa yang sama ambil masa belajar tentang boss korang then lihatnya dalam sudut yg positif dan tumpukan pada mempelajari kemahiran baru dalam memajukan kerjaya korang

2nd pro aktif.......ni kiranya cam jangan sikap tunggu arahan dahulu tp sediakan sesuatu benda sebelum terima arahan kiranya proaktifkan!!tak da menda yang rugi kalau bersifat proaktifkan tetapi benda ni akan membantu korang mengekalkan prestasi yang tinggi dan mungkin dan mungkin bila nanti kitakan bertemu lagi eheh soryy tersasarlak eheh mungkin sikap korang ni akan dapat perhatian boss then adaaaa ganjaran maybe dalam pemberian insentif atau bonus atau juga pangkat eehe so be proaktif beb!!!azam 2006!!

3rd menentukan tujuan...emm bab ni kiranya korang tahu menda nak dibuat maknanya selalu ada tujuan dalam pemikiran ..buat satu tujuan yang jelas dan konkrit maknanya satu tujuan yang korang nampak kat mana arahya kerjaya korang akan pergi dan memberi gambaran jelas beb dalam langkah kerjaya dan selalu satu motivasi ke arah mencapai tujuan yang disasarkan itu!!

4th kembangkan hubungan ....ni dalam erti kata mudahnya kabellaa beb..bina kabel korang ngan rakan sekerja, klien ke , supervisor emem yg ni cam tak bape blh jah ngan aku ehe (kes terpencil) , ..ni utk membina hubungan yang kukuh dan memajukan karier korang tapi awas kena ingat ni bukan mengampu tau ,,sendiri mau ingat;laa cam mana nak bina hubungan ni...ni ada kemahiran sendiri kena belajar ok!!!

5th sabar,,kan sabar tu separu daripada iman!!!think what u doing!!cewwwah org putih laa aku ni ..kirannya cam ni laa kawan2 semua janganlaa korang dok merendahkan pekerjaan korang tu walaupun korang tu kerani tp korang ada degree tp ingat ni langkah permulaan jgn dok hina rendahkan jawatan yg ada dan jangan lak dok fikir jawatan ni tak sesuai ngan korang tp berkat kesabaran semua akan ada hasilkaan..so kena ada sabaraa,.bukan sabariah tp sabar!!!anggaplaah tu semua batu loncatan kepada apa yang korang impikan di masa depan!!

6th..terus belajar keep learing maa...berusahalah bbelajar tentang tugas2 rakan sekerja korang ..jgan buat bodoh saje kalau kawan minta tolong ngan alasan "aku tak tahu beb"..masa ni laa korang nak belajar benda baru ..cara ni blh berikan perspektif yang lbh luas pada korang fikiran yang lebih terbuka yang paling mustahak hok pentingnyooo...ada manfaat dalam mengembangkan kerjaya korang semua;aaa.....

so fokus pertama tahun 2006 adalah kerjaya memantapkan kerjaya bagi aku...eme aku tahu aku kerja bank ni everyday adasaje benda baru ada saje polisi prosedur baru so aku kena cepat belajar benda2 yang baru ni keep learning every second..
wau dah almost a week aku tak update blog ni eemm tapi yang buat aku tak nak update tu bukan apa solly waa manyak keleja..mahu beres eehe...so ni ada kesempatan sekejap kiranya aku balik lewat malam cause nak settlekan kerja ..esok aku cuti sebeb eheh eyg tu kemudian mahu citer....sebenarnya jeng jeng ..aku esok cuti nak ke kl sbb ikutkan jadual awal esok aku ada game bola sepak bagi pemilihan utk pemain bank bagi sukan gemaputra yang akan dilangsungkan pada 15-17 mac 2006..aku harap sgt blh terpilih dalam game ni yang aku teramat minat..jadual pertama sepatutnya esok jumaat 5.30 akua da game bola kat padang kelab sultan sulaiman kg baru..tp jadual dah bertukar pada hari sabtu jam 8.00am kat tempat yang sama..so aku dah terambil cuti awal nak buat cammana teruskan juga aa esok tg baru aku ke sana...itu citernya so tak leh nak tinggalkan kerja cam ni saje ..kena settlekan gak ngan client ni..susah-susah aku dibuatnya..eem berhenti dulu sambung sat nak solat!!!



Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box