Wednesday, April 26, 2006
kisah benar


Kisah Benar...
Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru kearah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkanbungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuktangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejutkerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentangtarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya merekaterlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanyasaya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenishadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargaipemberian dan ingatan mereka. "Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkanterima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipigebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih. "Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah.
Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kataanak kecil itu bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa,cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buatcikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidakmahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusahpayah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orangsenang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencaridaun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasabersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan diatidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah d! uit yang ada itudigunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikanbaju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dekpeluh.Saya gembira mendidik murid seperti Mariam.
Biarpun ibu Mariam sudah lamameninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinyamenyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiappagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya,berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, ditengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam.Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi danbalik. Begitulah setiap hari.Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali inidatang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam.Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Gurutahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, ! pagi itu saya berdiri dihadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datangmenghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorangbapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu sayabenar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargaioleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.
Dari halaman, saya lihatMariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgnsenyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgnkeadaan tubuh yg bermandikan peluh.Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa."Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan cikgudah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusaprambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam. "Takapa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariammeletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip begsekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari."Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Sayalihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaikmenghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya."Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan. Matanyamembulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anakmurid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan."Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yangbulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalumenyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebaksebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya.Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya."Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkusdengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya li! ncah sambil sebiji demisebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawakawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanyamerenung saya dengan pandangan yang cukup sayu."Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihatsaya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atasmeja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya."Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacanya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapatsaya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masihbermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itumembawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Sayakucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih sayabisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terimakasih, ya," ucap saya lagi. Anak k! ecil itu mengangguk. "Tengok, Mariampun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambiltersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kenabungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yangmasih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya. "Takapa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama.
Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hatidan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapatitis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi.Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersihitu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yangbergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang denganperasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapihadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh dansenyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itusambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasamenelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasihMariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dancikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.
aku saja nak kongsi cerita ngan korang semua sempena ngan hari guru yang bakal menjelma pada 16 Mei ni..banyak jasa guru-guru yang takkan aku balas sampai ke hujung dan akhir hayat aku..!terima kasih cikgu ..nantilaa ada harinya sampai aku buat citer ek ni hanya selingan penuh penghayatan sebuah drama berselang seli pengajaran dan iktibar!


Tuesday, April 25, 2006
aku kembali








setelah sekian lama aku menitik kan noktah dalam penulisan blog ni ..nampaknya atas sokongan kawan2 blog yang ada serta kunjungan teman yang sudi menjenguh ke dalam blog aku rasa sangat terharu ..yelaaa aku ingat blog ni takda sapa yang sudi nak baca..bukan menda blog aku biasa saja takdalaa cam sesetengah blog yang ada citer2 panas dan juga pic yang cun melecun ..blog aku hanya lah tentang aku dan orang2 di sekeliling aku..aku mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian korang melawat blog aku yang tak seberapa ni..seingat aku dah almost 2 minggu kot blog ni kering kontang tanpa ada apa2 yang di update ..aku pun sedih gak .bukan niat aku nak menghampakan korang semua tapi kesuntukan masa dan kerja yang dok penuh atas meja ni jadi penghalang paling besar kat aku skrg ni...so mulai hari ni insya allah aku akan sentiasa ada utk bagi citer2 terbaru pada korang..tp semuanya adalah tentang aku insanseni bernama Tengku Asmadi...

setelah bertungkus lumus bekerja siang dan malam ..ada yang aku bawa balik ke umah buat ngan laptop masih gak tak habis2 keja aku ni ..nak buat cam mana kan takkan habis..ni pun korang dah bising dok bertanya citer pasal percutian aku kat miri..insya allah 1 day aku akan bagitahu..so buat permulaan ni aku nak bagitahu latest citerlaa pasal majlis perpisahan, majlis hari lahir dan majlis menyambut staff baru ke cawangan..so aku sbg presiden kelab sukan dah arangge satu majlis bagi mereka semua..so tepat pada 24 april 2006 aku telah adakan majlis ni ..bertempat di Season Boutique Hotel Kuantan..makan western food!!nice place nice food juga..biarpun majlis nampak ringkas tp bagi aku ingatan tu yang penting ..dengan budget yang ada aku dapat kerjasama yg amat baik dari opis mate aku yang tolong settlekan ..kalau nak ikutkan aku memang tak menang tangan nak arrange semua ni..have too laa kerjasama mereka semua aku ucapkan dengan thank you so much dan tuhan saja yang mampu membalasnya.

jam 8 mlm semua berkumpul kat Season Boutique Hotel..dining room ok juga ada ruang juga..semua staff datang semuanya dalam lingkungan 40org ngan anak2 serta isteri dan suami masing2..yg den ni biasalaa dtg sololaa nak angkut sapa laagi masih blm terlekat kat sapa2 eheh..majlis berjalan lancar semua orang layan saja makanan kat sana.happy gak aku tgk semua sekali sekala blh berkumpul cam ni takda beban kerja nak fikir just keseronokan saja..!pada majlis yang sama kita org turut buat sambut bday utk staff yang hari lahir pada bulan januari hingga april..kiranya ada 4 jejaka dan 4 wanita anggun eheh..buat mat salehin, yoe, sam, saupi, kak ina, kak ida, dot dan wani..happy bday laa buat korang semua aku doakan semoga bertambah rezeki dan dimudahkan segala urusan..amin!

malam ni juga kiranya perpisahan ngan staff yang ambil vss dan tukar cawangan..buat saupi, kak zaa dan wak nan..apa jua korang buat dan keputusan yang telah terpahat diluahkan ..semoga korang semua berjaya .di mana saja korang boleh berjaya aku yakin!..

dan majlis menyambut kedatangan orang baru ke cawangan buat bakri, wani dan zan..semoga dapat bekerjasama dengan baik..!oklaa majlis akhirnya tamat jam 10.00 malam ..aku puas sekurangnya aku dah laksanakan sedikit tanggungjawab yang telah diamanahkan!dah selesai majlis yang aku rancangkan dalam masa seminggu..dah malam tido..zzzzzz

hari selasa menjelma jua akhirnya..mahu atau tidak inilah hakikat selasa kau datang jua..!hari ni kawan aku ex-ukm satu tempat belajar ngan aku dulu akan balik kampung kat kedah..dia balik kg sebab majlis konvokesyen kat perlis sempena diploma pendidikan yang dia ambil..aku ucapkan tahniah pada kawan aku ismanor,..semoga sampai ke destinasi yang ditujui..bawa keta jangan dok laju sangat ngantuk berehat dulu..wokeh!tahniah juga walaupun dah kerja kau masih gigih dan tabah mengejar ilmu dan penuhkan di dada!.see u next week aku just nak tahu citer menarik kat kampung ..nanti kau balik kg jumpa buah hati jangan lupakan kawan-kawan yang ada eheh mana tahu dah seronok jumpa buah hati kawan ni lupalak eheh!!

selasa cam biasa rutin harian aku malam ni ada game badminton ..dah 3 minggu aku tinggalkan badminton ni pun badan rasa tak selesa..kena juga join ni tak blh dok membesarkan badan aje eheh...ni aku ambil kesempatan yg ada lpk opis utk korang semua aku update blog..aku harap ada yg sudi menunggu dan membacanya! hari ni setelah lama juga 3 hari kot aku tak telefon kg ..so aku gunakan kemudahan opis ehe call mek sat..kak nor aku yang angkat phone..dia cakap mek tak sihat deman lak..aku nak juga cakap ngan mek..rindu kat dia..mek aku suara terketar-ketar cakap ngan aku ..laa kesianya kat mek..nilaa antara perbualan aku ngan mek..

aku : mek deman ko?

mek: deman sikit ..sakit palo balik noreh tadi..

aku:laaa noreh jugok ko mek deman2 tu..bglaa kat kak noreh kalau mek tak segar.

mek:laaa tadi noreh sikit pastu balik deman..

aku:mek make ubat dah ko?make nasi doh?

mek:make doh tadi..

pastu aku dengar suara kakak aku cakap kat belakang

"tu mek deman rindu ko mu tuu.." aku hanya mampu tersenyum cam nak menangis dah control ada opismate lagi emmm..oklaa pastu mek aku ltk telefon aku suruh dia rehat tak payah nak menoreh lagi..aku fikirkan kenapa laa mek aku di usia tu masih kena pi menoreh ..aku ni akan yg tak guna kan..sanggup biarkan ibu tua memerah tenaga dan kudrat yg dia sepatutnya habiskan utk membanyakkan amal ibadat ..aku tak mampu lagi ya allah ..anak derhaka ke aku ni?korang tgk aku ...pastu aku sambung borak ngan kakak aku sat just tanya pasal anak2 buah then apa perkembangan kat kampung sekarang..kak aku cakap mek aku menangis masa borak ngan aku..aduhh aku lagi syahdu ingatkan ni..insya allah aku akan balik kg lps ni.mek tunggu madi ek!!!madi pun rindu sangat kat mek ..dan madi ada sesuatu utk mek.Tungggu madi ek..madi akan balik ..muaaaaaaah utk mek dan semua!!...

oklaa aku rasa emosi aku tak berapa elok laa rasanya dah kot rindu korang kat blog aku..kalau ada yang rindu laa kan ehe..nantilaa jumpa lagi!!....




Thursday, April 06, 2006
Cuti panjang



salam pertemuan di titik noktah ini..waa aku mula2 dah guna bahasa puitis ni blh ke ahah ..ehe kalau dalam radio ada iklan kata "aiman tak kisah " ahah so aku tukar versi "madi dok heran" minggu ni ..adalah minggu yang paling memenatkan bagi aku bukan menda dok rushing terkejar sana sini nak siapkan keja ..korang nak tahu kenapa eheh sebabnya den nak cuti ahaah puas hati ...lps ni kalau laa blog ni sunyi sepi lbh kurang dalam masa seminggu sbb aku berehat kan minda legakan kepala otak yang dok berserabut ni..!!
tu aku saja letakkan gambar kawan aku..kenal dia masa mula2 masuk kat bank ni ..aku masih ingat tanggal 1 DEc 04..titik perkenalan aku dan dia ehhe cam bercinta lakk takdlaa dia dah jadi bini orang tak blh nak buat apa2 dah eheh ..tapi aku ngan dia memang kawan baik ..org kata kamcing ehe..banyak benda juga yg dok kongsi bersama as a friend..kepada Ct aku doakan kau bahagia ngan pilihan hati ..dugaan dan cabaran dalam alam rumahtangga adalah asam garam yang akan memberikan kenangan yang manis..ke akhir hayat aku doakan cinta kkau ngan suami kau!....
so yang buat aku kalut ribut adalaa nak kena siapkan projek paper boss aku dah bagi warning kena siapkan keja dulu baru blh cuti eheh ..hope so aku blh siapkan sblm esok menjelang tiba!aku akan bercuti pada 8 April sehingga 16 April 2006..tak pernah aku apply cuti lama ..tapi nilaa biar pun dah apply banyak tp masih ada 35 hari lagi cuti tahunan aku cam mana tu blh ke aku nak cuti lain kali ni..susah nak fikir.!
ambil masa nak tenangkan cuci otak ni..lps cuti ni aku harapkan dapat semangat baru nak mulakan hari yang baru dengan titipan diari yang baru ..harapnya begitulaa kan!!doakan aku !
so pada kawan2 semua harap dapat jumpa lagi selepas ni..jaga diri hiasi peribadi..!!


Tuesday, April 04, 2006
Pesta air!








pastinya korang nak tgk gambar masa pesta air aku minta maaflaa aku cam takda mood nak ke tempat cam tu bagi aku kalau takda hal penting lbh senang habiskan masa dok umah rehat sbb sabtu ngan ahad sajalaa aku ada masa nak rehatkan badan!aku tgk ada juga blog lain yang paparkan pasal pesta air ni keseronokan yang ada semualaakan..kalau korang ada masa lawat blog ni http://rolandhashim.blogspot.com/ ada macam pic yang kalau korang sukaa its up to u all .. yang aku tahu masa pesta air ni dibuat jalan kat kuantan ni jam giler sampai aku yang nak kuar makan pun rasa malas dok berkurung dalam umah lagi bagus..so wknd lps aku ada sedikit aktiviti ni libatkan kelab sukan ..aku sebagai presiden kelab sukan bagi cawangan ni..telah buat satu lawatan ke umah salah seorang staff bank yang baru dikurniakan cahayamata perempuan.anak dia yang ke5 so aku arrange hari sabtu jam 2 ptg aku ke rumah staff bank ni beramai-ramailaa..
korang tahulaa kan kalau ramai2 ni dah tak ingat pasal pejabat sbb ni bukan masanya nak bincang pasal hal2 opis lagi..masing2 bawa anak2 lagilaa meriah suasana ..rindu laa aku kat suasana riuh rendah ngan suara budak2 ni teringat pada anak2 buah aku kat kampung waaa bestnya kalau dapat saat cam ni ngan diorang semuakan!seronok sangat sambil makanan yang dihidangkan nasi impit, rendang ayam, daging masak kicap syokknya besttt tuu makanan ni mak kawan aku dari parit perak yang masak .ehe sedap hingga menjilap kuku dan jari wwaaha !!
lpk lama gaklaa kat umah ni sampai petang..dah habis petang tu aku terus jah pi umah member aku lpk layan astro ..takda menda nak buat sampailaa ke malam..hajat nak juga pi kat pesta air tp tgkkan keadaan jalan yang jam aku decide tak nak laa pi penat kan badan baguslaaa lagi dok umah layan tv betul tak??
nak balik umah pun problem gak ..semenjak aku dok kuantan dah almost 1 tahun 3 bulan ni tak pernah nak balik umah ambil masa lama dok kat traffic light pun dah 30 minit cam mana tuu..biasanya nak balik ke umah ambil masa 15 minit saja ngan kelajuan 80km sejam eheh kelisa nak pecut laju2 kan tercabut enjin waaa!!tulaa harta dan hutang yang aku tanggung buat masa ni..tensiionn den stuck dalam jam ni..eeeee gerammmmm pakcik dah laa penat ni!
ahad takda menda pakcik cuma habiskan masa basuh baju saja...ptg tu ada laa sikit ke pesta air tp lupa nak ambil gambar lak camera dok tertinggal kat umah..menyesalnyaaa..tp sebelah ptg takda menda sgt biasa saja jualan di gerai2 kraftangan..ada baju batuk , kraftangan semua cantik gak..jumpa booth client aku jual baju batik..waauu cantiknyaa design diaa cam nak beli aahah budget takdaa..blh tempah dulu sbb client aku ahah..aku yg buat paper dia dulu..emem ada jalinan perhubungan kira oraittlaakan!!
round sat kat sana ..tak menarik sangat jah ada persiapan majlis yang akan bermula pada sebelah malam..aku decide baliklaa dulu penat saja dan nak tgk kat dalam tv saja..kononya adala kot!balik umah dah maghrib siap segala dok dpn tv waaa kecewa pakcik takda siaran langsung ke..geram tul aku ngan RTM ni bila ada event cam ni tak nak lak buat liputan sampai habis..nilaa RTM tak tahu nak ambil kesempatan ..kalau setakat upacara perasmian ucapan ke dah bosan dah dgr semua tuuu..betul tak yang penting nak tgk apa acara yang ada..aku terlepas percikan bunga api, pertunjukkan CT kot dan macam2 lagi..ni semua bila dah isnin opismate aku citer..alaa aku tak menyesal tak pi sbb buat penat badan jah aku bukan minat sgt tempat penuh ngan lautan manusia ni rimas pakcik baik dok umah rehat,,isnin keja melambak menanti...hope enjoylaa sapa yang pi pesta air ..den takda daya nak pi wokeh jumpa lagi sebab isnin dan menjelma dan sekarang selasa pula menyapa membawakan angin weeeh kau korang semua buatlaa keja cam biasa!!


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box