Wednesday, July 26, 2006
EntaHLaaaa..CabaRaN



salam pertemuan kembali di arena blog ni ..aku lama gak tak buat apa2 kat blog ni hanya dok layang kat msjbox jah..thanks pada kak kasih, honey, meow , hapizx, cuya dan semua sanggup melayan kerenah dan keletah pokcik ni yang dah jauh dari korang semua..biasalaa kan bila dah keja banyak ni mana nak update..lagipun aku takda apa2 berita atau cerita hangat nak dikongsikan bersama..melainkan kehangatan dan keganasan rakus isreal melontarkan peluru berpandu pada insan yang tak bersalah..begitu kejamnya manusia hinggakan nilai nyawa manusia lain bagikan tiada apa2 di mata mereka..memang panas membara dalam dada aku bila tgk semua tu..sampaikan satu tahap aku dah tak dapat menahan air mata jernih mengalir melihat kesengsaraan yang mereka rakyat Lubnan perlu lalui..entahlaaa..ini kah erti sebuah cabaran..!! tulaa antara kehangatan dunia skrg sebuah cabaran yang terbantang luas di depan mata..perlukan seribu kekuatan untuk memulihkan sebuah harapan ...yang menanti di sana penuh debaran bilakan semuanya akan berakhir..!buat rakyat Lubnan dan palestin , aku hadiahkan sebuah doa ..Insya allah Ketabahan dalam menempuhi onak berlaku akan sampai ke penghujung jua akhirnya..!
oklaa tu kehangtan dunia luar..ni serba sedikit pasal apa yang telah terjadi kiranya dalam masa 2 minggu ni..aku ngan team aku nama "togo' ni kiranya pasal piala dunia yang dah berakhir ..kitaorang cam kira cawangan kat kuantan ni telah menghantar 1 team ke sri petaling endah parade bagi menyertai kejohanan Futsal bagi tahun 2006 anjuran Kelab Sukan Kumpulan Bank Pembangunan kat Kl..so kejohanan pada 15 hb julai ni di sertai oleh 16 pasukan cam seluruh malaysia gak yang dtg..!secara ringkasnya ada 4 kumpulan dan kitaorg berjaya sampai ke separuh akhir dan kalah..so penentuan tempat ke 3 dan ke 4 ..eheh apa lagi pokcik telah tukar posisi dari penyerang jadi goalkeeper..nak tahu apa jadi eheh pokcik berjaya selamatkan penalti dan hadiahya adalah tempat ke 3..dengan tempat ke 3 ni team kita org dapat RM300.00 beserta medal ehe yahuuu horaiooooo tak sia2 dtg jauh ke kl ni kan..berbaloii juga..!
ok tu satu dah kira cam berjaya laa hasil kerja keras selama ni..dengan latihan kerap dan kerjasama berpasukan pasukan "togo'bolehh cewaaah puji pasukan sendiri pokcik kan ahah asure korang mengata ni,..!sebelum korang mengata baik pokcik kata dulu eheh..!
dah habis pasal futsal dan aku tumpukan lak pada badminton sbb aku ada kejohanan anjuran bank juga pada 29 Julai 06 kat Dewan Badminton bandar Tun razak ..aku tak tahu mana tempat ni kenalaa mencari lak tuu..so doakan aku berjaya ek Cayookk Pokcik Buleehhhh!
ni satu lagi benda terjadi dalam masa aku tak update blog ..korang nak tahu ke ..kalau laa korang masih ingat dulu2 aku ada cakap ngan korang kan pasal aku nak tukar keja..ingat ke beb!tak ingat tak pa dok penting pun kan ahah..so nak tahu ke keputusannya..aku dah memang nekad nak tukar kerja baru dengan persekitaran kerja yang baru dan aku akan kembali semula ke kl..so tungguu kedatangan pokcik bila di mana eeh biarlaa rahsia.!setelah pertimbangkan segala pendapat dari mek dan juga kawan2 terdekat ..aku dah betul bulatkan tekad nak berhijrah ke tempat baru...nantikan aku di sana....!
so aku rasa tu saja kot peristiwa yang terjadi dan yang lainnya adalah rutin dan cabaran biasa bagi aku dalam hidup..melayari hidup memang indah bila ada orang sayang pada kita...


Friday, July 14, 2006
kembali selamat ..!























salam kembali semula ke persada kerja ..dah balik kampung last walaupun hanya 2 hari rasa cam berbaloi gak aku drive jauh jumpa ngan mak dan anak2 buah aku..tak banyak sgt aku nak tulis idea cam kering kontang ni huhuu dok fikir pasal keja dan excited nak ke kl sbb nak main futsal ,..nantikan pokcik nanti di kl pada 15 julai game di sri petaling cf4..tunggguu.!
kat kampung just nak citer serba sikit yang lain gambar menceritakan segalan..1st day aku sampai umah kg jam 4 pg sabtu ..dah lewat pagi ..mek aku terkejut sbb aku tak inform dia nak balik kg buat suprise..tapi awal2 aku dah bagitahu kakak aku yang no2..bukan apa elemen suprise ehehe aku bagi kat mek .terkejut dia tgkaku buka pintu jam 4 pg eheh sapa lagi nak buat cam tu kalau bukan anak dia sorang ni ...
pastu dah tak tido sgt mek aku bertanya banyak citer ..atpi aku tak tahan ngantuk sgt landing terus..eheh sedar pagi solat subuh..landing balik hheeh..sedar jam 7 lebih tgk2 anak buah aku nama fitri dok landing atas perut aku emem apa lagi dah tak leh dah nak tido bukak gak mata..layan jelaa anak2 buah jarang sekali balik kampung kan..pg kalau cuti sekolah memang riuh rendah umah aku ..ramai anak2 buah yang ada ..kebetulan lak hari sabtu hari 'kutip pok getah' kalau korang nak tahu maksud dia ..emem kutip getah segerap kot cam tulaa lebih kurangnya...
ptg aku kuar beli buah durian ngan beras pulut yahoo mek aku buat pulut durian..korang tgklaa cam mana rasa nak ke eheh..then aku tambah lagi ngan 300 cucuk sate..bergumbira ngan anak2 buah .sambil tgk tv ramai2 seronok sgt..bestlaa korang kalau ikut ehh,,..
ada lagi mek masak ikan patin gulai tempoyakk..sodap tuu huhuuu...
ahad takda menda lpk join2 anak2 buah main depan umah saj a..lbh kurang jam 3 lbh aku bertolak balik ke kuantan..adalaah dalam jam 12 malam selamat sampai ke kuantan semula..
minggu ni banyak training futsal ngan badminton sbb ada tournemant cam yang pokcik dah bagitahu kan ..so tunggu ajelaa kedatangan kami semua team togo ke endah parade mengegarkan ...Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm hebohhhh!!semoga pokcik success and the team !!!


Thursday, July 06, 2006
BaLIk KaMpUnG..TeraMat RindU..

bqx
salam hari jumaat eheh sbb aku buat post ni untuk hari jumaatnya ..ni kiranya advance laa blog .minggu ni kiranya aku banyak juga keja ..maaflaa masa layan kat msjbox ada yg pokcik layan ada yang atok cuba balas dan ada yg lewat kawe reply sorry ..cam biasa keja kan ..!
aktiviti minggu ni cam biasa ada badminton dan juga ada futsal dan berita kedatangan staf baru ke cawangan aku ..skrg bahagian aku kredit ada 2 staf baru seorang perempuan .orang kelate..eheh kampung kawe ni..dan sorang lelaki asal kuantan jah..tp semua junior aku rasa cam tua jah pokcik ni kan..!so bebanan keja dah ada kurang sikit bila ada kawan baru ni dan jadi tanggungjawab aku untuk sbg rujukan..nak buat cam mana aku tolong mana yang mampu saja..
kehidupan berjalan seperti biasa hanya yang bermain dalam kotak fikiran aku adalah pilihan sama ada nak berhenti kerja setelah ada tawaran yang datang ..bidang yang akan aku ceburi totally adalah jauh dari apa pengalaman yang aku ada sekarang ..kalau korang dalam situasi aku sekarang ni..apa pendapat korang ..apa aku patut consider ni sebagai satu langkah dalam ceburi bidang baru dan juga pengalaman baru..ni adalah syarikat yang aku hadiri temuduga www.innogen.com.my korang boleh bagi pendapat kat aku ..sbb maybe next week on tuesday aku akan ke kl untuk hadiri temuduga..!!
yeaaaa balik kampung yeaaa balik kampung gumbira pokcik dapat juga akhirnya bertemu orang yang dirindui eheh sapa lagi kalau mek and family ..nak tgk anak2 dah membesar ke alia, atikah dan si botak ehehe..esok insya allah dalam pukul 7 ptg lepas kerja aku akan balik ke kuala krai kelate..ni bukan aku sorang ada lagi 2 buah kereta ..kawan aku yg dok tanah merah ngan family dia nak balik makan buah kat kampung biasaa musim buah beb kat kampung kawe lo ni ...doakan semoga pokcik selamat kembali ke kampung dan pulang semula ke kuantan.amin...
sebelum pokcik hentikan noktah ni..kalau teramat rindu pada eheh pokcik ko atok ke bacalaa sebuah bingkasan dan fikirkan bersama dengan hati dan perasaan..!sat-sat buat honey, kasih, mr.shai, hafizx, retna, akak, meow, dan semua yang menceriakan hari pokcik thanks so much komen yang membina dari korang akan dipertimbankan akhirnya hayati tilaa kawan2 semua..!
Korang sunyi. Korang mahukan seseorang sebagai teman bicara. Korang cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Korang rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga Korang, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. korang amat-amat rindu.
Ada ketikanya korang akan berasa seperti ini. Pada saat-saat sunyi di petang hari, tiba-tiba nostalgia korang mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti pernah dilalui. korang seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar.
Ah, dia yang pernah mencuri hati korang.Suatu ketika dahulu tatkala alam keremajaan korang. Di mana dia kini. korang tertanya-tanya. Jawapannya tidak akan pernah korang temui. Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini anda lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. korang keliru dan tidak tahu. Yang nyata korang seperti merindui seseorang.
Ada ketikanya korang lemas dan tenggelam. korang sayu. Perasaan korang bagaikan dilayat-layat rindu. Korang bukan tidak tahu korang telah berpunya sekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. korang amat tahu itu.Yang nyata korang amat rindu...
Tika ini korang dalam arus theta atau delta; dua arus yang membawa manusia pada kemunduran. Arus ini adalah arus khayalan yang melemahkan. korang seolah-olah tiada bertenaga. Badan terasa lemah sekali dan ada kalanya dahi terasa sakit.
Arus ini akan terus membuai perasaan korang dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah lagu nostalgia yang mungkin berkumandang di corong radio. korang benar-benar lemas.
Anda cuba-cuba mengagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja, tapi hasilnya selalu tidak menjadi.
Korang benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan? Entah, jawapan tiada di hati korang.
korang mungkin cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan korang murni, hendak membebaskan dari dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali.
Tapi keluarnya korang dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah korang patut senyum; tidak pasti apakah korang patut tertawa atau terus bermuram.
Apa yang korang tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang. Perubahan korang itu nyata, terang lagi bersuluh. Orang dengan mudah dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang mengambil tempat dalam diri korang.
Lalu korang pun mungkin disapa seseorang. Dalam keadaan demikian jawapan korang mungkin melambangkan kesedihan, kemurungan mahupun kegembiraan yang dibuat-buat. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya.
Jika dia lelaki dia mungkin merasakan bertanggungjawab membantu korang. korang yang dalam kekosongan dan kesepian, sapaan pastinya amat didambakan. Tanpa sedar korang mungkin menceritakan gundah gulana yang membungkus di hati. Suara korang tentu lemah, melambangkan arus theta dan delta yang mencetus dari diri korang. korang sedar korang mengundang simpati. Orang yang mendengar kata-kata anda mungkin terkalih, daripada ikhlas hendak mendengar permasalahan korang pada perasaan yang tidak terduga. akhirnya sebuah cinta yang berbunga oleh kerinduan yang teramat mendalam perasaannya..inikah cinta!!!


Tuesday, July 04, 2006
WaJaH KeSayanGaN


Wajah Kesayangan.....

Pernahkah korang menatap wajah orang² terdekat korang saat mereka sedang tidur?.Kalau belum cubalah sekali saja menatap wajah mereka,saat mereka sedang tidur.Pada saat itu adalah eksperesi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.Seorang artis yang ketika dipentas nampak cantik dan hebat,tapi akan jadi biasa dan jauh berbeza jika sedang tidur.
Perhatikanlah ayah korang saat dia sedang tidur.Sedarilah betapa badan yang dulu kuat dan gagah kini semakin tua dan lemah.Betapa rambut² putih mulai menghiasi kepalanya,betapa kerutan mulai terpahat diwajahnye.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan anak²nye..Orang inilah rela melakukan apa saja asal perut kita kekenyangan dan pendidikan kita lancar dan berjaya.
Sekarang lihatlah ibu korang.Kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai² tubuh korang ketika masih bayi,kini bertukar kasar.Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan korang.Orang ini lah yang rajin palin mengingatkan dan membebel korang,semata² kerana rasa kasih dan sayangnye yang sering disalah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang² tercinta itu: Ayah,ibu,suami,isteri,abang,kakak,adik,anak sahabat,semuanya.Rasakan kuasa cinta yang mengalir perlahan²,disaat menatap wajah mereka yang terlelap itu.Rasakan getaran cinta yang mengalir deras,ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang² itu untuk kebahagiaan korang.Pengorbanan yang kadang² tertutup oleh kesalahan kecil,yang entah kenapa selalu nampak besar.
Secara ajaib tuhan mengatur agar pengorbanan itu boleh dinampakkan lagi melalui wajah² jujur disaat mereka sedang tidur.Pengorbanan yang kadang kala melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.Namun ekspresi wajah mereka ketika tidur mengungkap segalanya.Tanpa kata,tanpa suara dia berkata "Betapa lelahnya aku hari ini,dan penyebab lelah itu? Untuk sapa aku berlelah²? Tidak lain hanyalah untuk korang.Kenanglah,hargailah,sanjungilah ibu,bapa,kakak,abang,suami,isteri,anak,sahabat yang telah melewati hari² suka dan duka bersama korang.
Bayangkan lah,sekiranya hari esok ,mereka tidak lagi membuka mata untuk selama-lamanye.....
aku sekadar nak berkongsi sesuatu yang betul menyentuh perasaan aku setelah aku baca..betapa besarnya pengorbanan wajah2 orang yang terdekat ngan kita..wajah2 inilah yang mewarnai hidup kita seharian ..dan wajah ini jugalaa yang menemani kita semasa melayari bahtera kehidupan yang penuh ranjau..
minggu ni takda menda sangat yang aku buat just lepak umah layan world cup ..waduh team aku kuar sudah ..brasill..skrg aku fokus kat portugal pulak..hope boleh kalahkan france..cayokk Portugal..hidup Cristiano Ronaldo..ehh.
aku skrg dalam stage nak consider kerja lain..apa pendapat korang aku ada laa saru keja ni as a event management exec..ni deal ngan kerajaan dan semi-gov..!big company gak ..so harus kah aku kuar dari compani ni nak cari pengalaman dan pengetahuan baru??...oklla titik noktah berakhir sini dulu..bersua kembali.....


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box