Selamat Hari Raye Aidilfitri
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpakemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan kawe sekiranya pokcik pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati korang semua....
SEMPENA LEBARAN YANG AKAN MENJELMA INI ..POKCIK MENYUSUN SEPULUH JARI TANGAN DAN SEPULUH JARI KAKI YG MASIH SEMPURNA INI MEMOHON KEMAAFAN SEKIRANYA TERLANJUR BICARA TERSALAH MENYUSUN BAHASA DAN TERKASAR TUTUR BICARA ..POKCIK HANYA INSAN BIASA YG BANYAK KELEMAHAN DAN PERNAH MENGURISKAN PERASAAN SESIAPA JUA YANG PERNAH MELABUHKAN TIRAI DAN MENJEJAKKAN KAKI KE PERMAIDANI POKCIK NI ..DI RUMAH YANG TAK SEBERAPA LAMAN YANG BERSELERAK.AL MAKLUMLA POKCIK NGAN KEJA BARU..BUAT KAK KASIH, REEZ, HONEY, MEOW, BADRIL, CAT, SHAHLOM,ARIL DAN KAWAN2 SEMUA YANG TERSEBUT KAT SINI ..POKCIK DENGAN MERENDAH DIRI MENGUCAPKAN SALAM LEBARAN BUAT KORANG SEMUA ..MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEMUA KESILAPAN POKCIK YANG SENGAJA DAN JUGA TANPA DISEDARI..AKHIR SEKALI SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...POKCIK BERCUTI DARI 21ST OKT HINGGA 29 OKT 06..SELAMAT BERCUTI..BUAT YANG MEMANDU TU BALIK KG BALIK LA DENGAN SELAMAT DAN PANDU DENGAN CERMAT ..BERATUR MENGIKUT BARISAN DAN INGATLAA ADA ORG YANG SAYANG KORANG SEMUA..@@SALAM LEBARAN!!