dah lama aku tak bertandang ke blog sendiri ..tp minggu lepas adalah minggu yang paling banyak dugaan pada aku ..dugaan semua pasal kerja dan kerana hanya seorang manusia yang aku nak cakap cam mana ya ..dia sebenarnyaa boss aku ..put it this way ..laa she make my life difficult dan aku tak leh nak tido lena dan tak cukup tido langsung fokus aku dah entah ke mana2..
aku dah takda tempat nak mengadu..dah tak tahu kat siapa aku nak bercakap ..kat blog yg dah usang dan berhabuk ni laa aku meluahkan perasaan ..
Walaupun blog ni tak bersuara dan tak mengatakan ya atau tidak ..tp aku puas meluahkan sesuatu yg terpendam dalam dada yg telah lama tersarat ..biarlaa blog ni menjadi mangsa ..aku bukan tak nak mengadu pada kawan2 yg sanggup mendengar tp aku tak tahu isi hati dan perasaan dalaman dorang ..asyik-asyik citer pasal masalah dorang pun ada masalah sendiri dan aku tak nak menjadi bebanan kepada kawan2 aku semua..oleh itu aku ambil keputusan nak menulis kembali ..moga hati aku lega ..tak kisah ada org baca atau pun tidak ..yang penting hati aku lega meluahkan segala yg telah lama terpendam ..
Cam mana aku nak mulakan ..tak tahu dari mana .aku tak nak buat serangan personal tp ini pandangan aku sebagai seorang pekerja yg menilai siapa boss dan layak ke kau bergelar seorang manager atau boss…
Segalanyaa bermula dengan email complain dari customer yg mengatakan aku tak jawab call , kurang ajar letak telefon dan tak layan customer .customer ni dari maybank terus terang laa aku cakap ya ..malas dah nak pendam2 ..aku dapat email tu cc kat aku punya GM dank at boss aku ..then dorang perlukan penjelasan apa yg berlaku .aku pun jelaskan laa dalam email atas apa yang berlaku .aku jelaskan butiran yang dah agak jelas atas complain tu yang bagi aku tak betul sama sekali..aku jawab call , takdaa aku hempas2 meja ke cakap perkataan kotor ke ..yang aku dapat adalah maki hamun dari customer guna perkataan kasar2 pada aku .tp aku diamkan buat senyap dan kalau korang leh bayangkan setiap 30 minit this lady and guy akan call aku tanya benda yang sama dan aku dah cakap aku reply call bila semuanya dah sedia seperti yang dorang nak ..kalau Korang nak tahu masa ni aku bincang dengan credit department nak settlekan pasal bil seperti yang maybank nak ..ikut ajerlaa ..kan customer is always right dengan gunakan pepatah ni aku jadi mangsa ..hari pertama aku buat kerja masa hujan lebat takda excuss nak gak anak buah aku hantarkan .tak nak fax tak nak scan ..susah kan ngan org yg tak faham ..first copy reject katanyaa bukan itu yang dorang nak ..kali ke 2 reject lagi ..tak sama ..kali ke 3 pun sama gak …last2 aku cakap apa yg korang nak sebenarnyaa dan boleh lak salahkan aku sbb tak bg apa yg dorang nak ..yg penting aku rasa kat sini dorang nak lari dari membayar bill dan selebihnya adalah maki hamun yg aku terima ..
Last day sbb aku dah tak tahan sgt aku minta tolong head credit tolong aku bercakap dengan perempuan maybank ni ..rupa-rupanya pecah laa rahsia selama ni kenapa tanya itu ini ..sebabnya tak leh nak baca excel ..korang leh bayangkan kerja bank tp tak leh nak baca excel..apa ke halnyaa ..head credit sound perempuan ni ..cam mana leh kerja bank tak tahu baca excel ??terus tak cakap dah dengan org Celcom ..dah hantar semua dan aku dah minta head credit jumpa dorang explain satu2 ..pasal excel dari mana dtg jumlah tu semua tiba2 aku dapat email complaint kata aku kurang ajar jawab call tak angkat phone dan tak kasi apa yang dorang nak ..finally aku find out this people are always looking at my weakness point and use their power as a customer and say that all the report are right .
My GM email aku dan need my explanation on this complaint ..dan boss aku lak Mrs L ni lak minta esoknya nak jumpa aku 3.30pm kat opis talk about the same email..ok laa aku reply email GM and explain apa berlaku lbh kurang macam kronologi pasal complain. Aku rasa my GM puas hati dengan penerangan aku sebab aku kata cam ni ..dari email penerangan yg aku hantar My GM tak kata apa2 that mean all ok ..insya allah . jadi aku ingat semua dah berakhir sbb bagi aku semua account manager (ni jawatan aje indah ) tp sebenarnya tipu segala ..bukan account manager tp kuli yg lebih teruk dari dispatch ..opppss lari tajuk lak ..sbb semua account manager kat Celcom ni tak terlepas dari complaint dan ada saja yang tak puas hati even ada yang request nak tukar account manager .tp benda ni tak berlaku pada aku dan aku anggap complaint ni dah lumrah yg buatkan aku peningkan kepala ..
Sangkakan panas ke petang tp rupanyaa hujan ditengahari ..nak tahu apa berlaku ..ingat Mrs L ni nak jumpa aku 330pm jumaat ..batang hidung pun tak nampak kat opis ..aku ni seharian laa menunggu dia tak dtg opis rupanya dan ke mana dia pergi pun aku tak tahu ..nak kata tolong anak buah dia yg lain takda lak sbb semua account manager under dia masih ada kat office masa tu ..so where are u Mrs.L..so aku tak jumpa dia nak talk face to face pasal complaint ni …pendek kan cerita hari isnin all about yang buatkan aku naik marah dan hangin sangat2 ..Mrs.L ni jumpa aku dan membebel dan kasi aku surat explanation pasal complaint dari customer dan juga tingkah laku aku yang berlaku tahun lepas ..sure korang nak tahu kan apa kejadian tahun lepas yang telah di ungkit kembali ..aku hangin gila beb..benda yg berlaku tahun lps boleh nak di ulang dan di kasi aku explanation letter nak aku jelaskan apa yang berlaku ..sungguh aku marah ..kalau korang nak tahu selain complaint tu dalam surat tertulis pasal aku marah dia dan hempas laptop sbb dia suruh aku buat kerja ..sure korang ingat ni aku panas baran dan tak leh nak buat kerja tp korang tahu ker situasi kejadian ni ..kalau laa korang leh letakkan aku di tempat kejadian yang berlaku ..jam 630pm tahun 2008 hari jumaat ..aku tak tahu laa apa ke halnya dia ,masih ada kat opis ..tak pernah nak stay back ..tp nak nampak ada kat opis pun susah ..mana entah menghilang ..hari tu aku dah siap kemas laptop dah nak berangkat balik ..hari jumaat beb esoknyaa dah nak cuti dan jumaat tu gak aku ada training bola dan kawan seperjuangan aku team bola duk tunggu kat loby nak tumpang kereta aku ..korang nak tahu bodohnyaa perempuan ni .dia boleh suruh aku buat kerja dan nak hantar hari tu gak padahal aku dah galas beg nak bersedia balik ..so korang nilaikan sendiri laa ya ..apa korang rasa dan berada di tempat aku ..yg sebabkan aku hangin dan hempas laptop ..so fikirlaa sendiri aku ker dia yg ada masalah ..dalam keadaan marah aku tetap buat gak kerja ..tp kerja yg aku buat ni sebenarnyaa pun bukan kerja aku ..department lain yang kena buat ..tp dorang tak buat ..so aku laa yg tak reti pasal design apa2 ni kenala buat ..nak tahu apa aku kena buat .,,kena design pamphlet utk roadshow ..padahal ada department sales planning yg buat to dorang refuse katanyaa ni kerja account manager ..apa kejadahnyaa semua kerja nak kena tolak pada account manager ..multi task kan account manager Celcom ni …
Aku buat laa kerja tu sampai ke malam aku ingat 9pm lbh aku balik tp perempuan tu .lps bg arahan kat aku leh dia balik lak ..bangang punya boss nak suruh aku buat kerja tp kau tak da lak kat situ .bagi aku perempaun ni .langsung takda tokoh nak jadi seorang boss..kau leh tinggalkan anak buah kau terkapai2 sedangkan kau balik ..tahu pun kau hari jumaat kan ..so stupid ..tak pernah aku semarah ni ..aku nak luahkan segalanyaa kat sini biarlaa apa korang nak fikir pasal aku ..sapa yang kena aku secara peribadi akan tahu sapa aku yg sebenarnyaa ..
Secara ringkasnyaa isnin 2 minggu lepas aku kena panggil sbb complaint dari client dan juga kejadian yg dah already past ..last year 2008 ..so dia dah lama pendam dan nak tunggu masa nak kenakan aku rupanyaa …dia kasi surat pada aku dan juga bebelan dan Tanya nape aku satu hari suntuk tak jawab call dia ..sbb apa aku tak nak jawab call dia ..kerananyaa suara dia boleh buat aku marah ..bila aku dah geram dengan seseorang aku bukan jenis yg depan senyum.aku ni jenis yg tunjukkan perasaan aku secara langsung ..kalau tak suka terus terang aku tak suka..call dia aku takkan jawab ..tp email dan sms aku akan jawab ..dia bagi aku tempoh sampai 8 July 09 balas surat tu …tp aku Tanya kawan2 lain suruh balas that letter ..tp sampai laa 9 jUly dia antar sms ..remind aku katanyaa your date to reply the letter expired lebih kurang cam tu laa..korang fikirkan laa sendiri mana pentingnyaa kerja ataupun benda surat tu pada dia ..malas aku nak fikir banyak lagi benda lain aku nak kena buat ..banyak lagi customer dari aku nak layan ..dari aku layan perempuan ni baik aku focus cam mana nak dapatkan sales dan aku bergerak sendiri tanpa dia..aku boleh ..kalau ada apa2 permasalahan kau rujuk pada Manager lain ..
Aku ingatkan semua ni berakhir laa kan ..rupanyaa sangkaan aku salah belaka ..aku dapat call dari HR 17 July katanyaa nak jumpa aku pasal surat tu ..tahu laa aku rupanyaa perempuan ni dah bawa perkara ni ke HR macam nak kenakan aku ..its ok takda masalah ..aku pun ada bukti yang akan aku tunjukkan pada HR ..kau cuba nak tunjukkan aku bermasalah takpaa aku percaya pada Dia yg Maha Kuasa ..what goes around comes around..kalau Tuhan tak balas cash kat dunia .kau ada anak suami ..aku tak berdoa pada Tuhan tp tahu jerlaa hati orang yang sakit ni kan macam2 boleh berlaku ..jadinyaa HR nak jumpa aku 20 July 09 .aku naik laa ke HR takda lak mamat yg nak jumpa aku ..dapat sms kata aku tak pi ..padahal 2 kali aku ke HR mamat ni takda ..aik nak main kasar nampak ..kau yg takda nak kenakan aku ker..lagi aku hangin ..
Berakhir babak pertama ..aik alih ada lagi babak ke dua ..apa laa tak habis-habisan kan nak jatuhkan aku ..ada client minta nak reduce payment so aku emailkan laa segala maklumat kat perempuan ni bagaimana nak buat atau ada ker caranya nak reduce tu semua ..jawapan dia senang saja ..difficult la ..suruh customer stick to harga yg offer..whatttttt!!!!! ni jawapan dari seorang BM manager yg katanyaa nak tolong aku close deal ..so unbelievable kau leh jawab cam tu ..mana kredibiliti kau seorang boss ..nak aku cakap kat customer susah tp kau sebenarnyaa blm cuba pun Tanya pihak atasan..macam mana kau leh jadi BM pun aku tak tahu ..kau ingat kau cantik kau leh gunakan ?sorry laa ya no beauty without brian ..gunalaa otak sikit ..usaha sikit Tanya GM ke SVP ke ..ni kau bagi jawapan bodoh kat aku ….kat client aku cakap susah sbb tak dapat approval. kalau dia nak gak call direct perempuan tu ..aku kasi contact no suruh direct call kan perempuan tu boss aku biarlaa dia menjawab buat kerja ..alih2 aku dapat complaint dari customer katanyaa perempuan tu tak angkat call walaupun banyak kali call …ok laa aku cerita laa ya ..benda ni bukan baru tp dah lama ..aku dah dapat banyak call dari customer cakap benda yang sama perempuan ni tak jawab call tak jawab sms or email ..Cuma dorang takda formal complaint pasal ni semua so kau selamat laa ya ..tp ingat kau takkan selamanyaa selamat ..teruskan cerita ..finally esoknyaa dia jawab laa kot call atau sms and suddenly sms aku “what are u talk about with Mr Z without Me” lebih kurang cam tu laa ayatnyaa ..dia sms aku kul 630pm dan kali ke 2 sms kul 930pm .aku tak reply sms ..aku sekarang after 530 takkan jawab call or sms dari dia ..im done !!esoknyaa dia hantar email cc GM aku pasal nape aku tak balas SMs Dia ..aku reply “yes I receive sms on 630pm and 930pm ..but all answer u want from me I already I email to you on Tuesday. I expect you read your email and please read your email Pn.L” lebih kurang laa ..tp reply ni hanya kat dia aku tak cc kat GM ..reply kat GM lain bunyinya polite aku just copy and paste email conversation between me and Mrs L ni ..”
Alih2 yg reply yg aku sound yg dia tak baca email tu dia copy and paste kat GM aku dan bunyi cam ni “this reply I get from asmadi “ my GM reply so what the offer to this XXX company ..langsung takda sentuh hal2 yang berbangkit tadi …aku just reply apa yg aku offer GM aku accept dan keesokkan harinyaa aku serahkan proposal dia nak tgk ..done settle takda big problem pun ..ni pandangan aku laa ya ..perempuan ni saja nak cari kesalahan aku dan nak kenakan aku ..that the way I look at this situation right now ..its ok no big problem for me ..insya allah dengan pertolongan dariNya aku boleh hadapi dengan tabah ..insya allah ..!! right now aku faham laa kenapa 2 orang account manager lelaki sebelum aku under dia sorang resign dan sorang lagi tukar department ..cause all about this women ..dia ingat dia ada kuasa sgt ker ..kau pun makan gaji ..semua makan gaji ..selalu sgt kau tutup periuk nasi orang lambat laun nanti kau tahu ajerlaa..aku tak nak citer pasal buruk ke personal life dia cukuplaa pasal yg aku nampak dengan mata kasar ni kan ..
Masalah ni aku citer pada beberapa kawan rapat dan pada sorang BM yg aku rasa really understanding dan semua masalah pasal kerja , quotation aku rujuk pada dia ..proposal ke memo ke right now aku rujuk pada dia ..aku dah tak peduli pasal perempuan ni ..aku kerja dengan Celcom aku bukan kerja dengan kau .tu falsafah aku pegang sekarang ..
Aku sekarang tengah cari peluang kerja lain ..dah banyak tempat aku apply dah beberapa kali interview aku pergi tp masih blm ada rezeki ..takpa aku cuba mana yang boleh ..bukan senang nak buat sales lagi2 yang melibatkan customer service ..falsafah company senang ajer .customer is always right ..bertimbun complaint dapat kan hari2 tp bagaimana cara kau handle tu ajerlaa..bagi aku ni pandangan peribadi laa ya ..kalau kau seorang boss yang baik dan pemimpin yang baik kau boleh handle masalah dan kau boleh handle anak buah kau …
Banyak lagi aku nak luahkan ni ..panjang betul ketidakpuasan hati aku pada perempuan ni ..sbb dia dah buat hidup aku kacau bilau ..dan tak tenteram ..semenjak aku dapat surat dan panggilan dari HR tu aku tak lena tido dan kurang juga selera makan ..banyak yang aku fikirkan sbb ni melibatkan masa depan aku .,,masa depan keluarga aku .,.bergantung pada aku ,,dan apa yang perempuan ni lakukan pada aku its unacceptable ..ni pandangan aku laa ya ..korang buatlaa pertimbangan sendiri dan analisis kejadian yang berlaku ..
Sambung lagi pasal complaint yg tak habisan ni ..yang buatkan aku bertambah marah dan merasakan perempuan ni bukan boss yang baik ..bila email dari client dia reply dan dalam email tu terus laa salahkan aku dan HR dah ambil tindakan pada aku .email ni reply kat client maybank ..dorang tahu pasal aku kena di ambil tindakan pasal complaint tu ..korang bayangkan mana aku nak letak maruah aku ..dah laa aku selalu deal dengan maybank ni ..apa pandangan dorang pada aku ,,aku bermasalah ker .aku ni tak leh buat kerja ker ?kalau laa aku tak leh wat kerja takdaa sales aku utk tahun 2009 ni kan ..kalau aku tak leh handle semua ni ..aku antara yang perform dalam group perempuan ni ..apa masalah kau nak reply email cakap aku kena tindakan by HR ..kau tak puas hati ngan aku tak perlu nak jatuhkan maruah aku laa ..aku ni manusia biasa ..bila kau dah sentuh bab maruah ni kau faham ajerlaa punca kemarahan aku pada kau dan aku hilang hormat pada kau sebagai boss..tu peristiwa terdekat berlaku ..
Biarkan aku luahkan segalanyaa aku nak rasa lega dan tak nak lagi terasa terbelenggu dengan kisah ni …kes berikutnyaa..pasal sesuka hati dia kasi account yg aku jaga pada orang lain dengan alasan aku tak leh nak handle.whatttttttt this women do ?????aku jaga company ni dengan masalah payment , masalah bill aku settlekan semua ..alih2 dia suruh aku serahkan pada orang lain ..kes ni sama gak aku dah jaga company ni agak lama ..team mate aku serahkan pada aku sbb dia suruh katanya team mate aku kena focus pada company yg lain .oklaa aku ambil last year ..aku jaga pada pandangan aku laa dengan baik company lebuhraya ni ..aku dapat sales agak banyak dari company ..dan selepas kejadian aku gaduh dengan dia dan aku tinggi kan suara pada dia ..sbb aku dah tak tahan sgt dengan perempuan ni ..al kisah nya begini ..aku terima call dari dia nak tahu laa update pasal benda yg dia nak la..aku cakap customer tak confirm itu ini laa ..alih2 dia sound aku leh cakap elok2 tak dengan dia ..aik aku apa lagi dah memang hangin dengan dia …aku cakap cam ni laa..aku dah cakap elok2 dengan kau ..kau cakap aku meninggi suara and now aku dah meninggi suara pada kau sbb kau dah mulakan dulu …I can smell that perempuan ni nak cari masalah dengan aku ..selepas peristiwa ni laa aku dapat email dari perempuan ni suruh hand over company ni pada orang lain ..errmmm kau faham laa dari mana tindakan ni kan ..dah memang nak cari pasal dengan aku ..sesuka hati gunakan kuasa kau ..kau tak fikir pasal client nak build up balik relationship dengan manager baru ..nak kena faham cara kerja org baru ..kau tahu hati kau puas leh buat semua ni ..aku pun inform client yg aku dah kena hand over company dia pada orang lain ..dia sound aku kenapa laa Celcom ni suka tukar orang ..aku dalam nada gurau cakap ..entahlaa la Mr. A maybe dia period tu kot hormon tak stabil. Gelak laa saja aku ..aku berani cakap sbb aku tahu MrA a nice person ..leh wat lawak2 walaupun dia pangkat besar dalam company tu..dia pun selalu gurau2 dan benda serius we take as a serius laa kan ..aku cakap kat dia kalau tak puas hati pasal perempuan tu handle this email saja kat SVP dan GM aku ..aku kasi email address GM aku ..so direct secara langsung complaint kat boss lagi besar dari dia ..pasal perempuan ni ..
berhenti dulu ada luahan lagi akan dtgg..aku mencari sebuah peluang ..!
2 Comments:
salam pokcik...
bnyk2 kan sabar.....
insyaAllah rezeki ada di mana2...
yanie akan try tgk kalau ada job kosong kat member2....
=)
Begitulah hidup Madi..Perjalanan hidup tidak semudah yg disangka..Dalam satu peluang itu ada terselit suatu yang kita tidak jangka..
Banyak2 bersabar dengan kerenah manusia yg pelbagai...Peluang ada dimana2..Insyallah..
Yg penting jgn putus berdoa..Hikmah sentiasa bersembunyi...
Post a Comment
<< Home