Friday, March 07, 2008
aKu PuNyA ImpiaN!!



Aku dilahirkan dalam keluarga serba sederhana ..punya impian untuk ditunaikan ..aku tidak mahu selamanyaa dalam kesusahan tak selamanya melihat kesengsaraan menjadi sebuah cerita ..biarlaa yang lama menjadi sejarah yang tetap abadi dalam hidup aku !!..aku tahu semua orang punya impian dalam hidup ..ada matlamat dan keinginan yang meluap dalam jiwa masing-masing ..!!tapi adakah impian itu akan digapai hanya dengan termenung dan memikirkannya tanpa memulakana langkah pertama untuk merubah sebuah impian menjadi kenyataan…beranikah korang semua berubah ..mahukan korang mengambil risiko dalam hidup demi mengapai impian yang telah lama diimpikan …aku rasa semua org ada jawapan ni semua org punya impian..


Aku memang punya impian ..impian aku hanya berlegar di sekeliling diri aku dan keluarga aku saja..impian yang aku akan cuba sedaya upaya selagi hayat ini ada..aku impikan bersama dengan mek aku mengerjakan seruanNya di Tanah Suci ..Aku nak renovate rumah aku kat kg ..aku nak lihat mek aku berhenti menoreh dan dengan usia yang ada aku nak mek aku hanya bersama dengan aktiviti balasah (surau) dan bertemu dengan kawan2 yang seusia..bermain dengan cucu dan bukan lagi mengerah keringat menoreh getah ..membanting tulang empat kerat yang sepatutnya rehatkan diri …tp aku malu dengan diri aku sendiri ..aku malu dengan adik beradik aku yang lain ..aku malu ..aku malu kerana masih membiarkan mek membanting tulang mengerah keringat yang ada..apa guna aku sebagai anak ..apa guna aku sebagai adik ..apa guna aku sebagai abg ..kalau tak dapat realisasikan impian ni ..inilah impian terbesar aku ..nak melihat mek berhenti menoreh ..tp kalau diikutkan sekarang aku masih blm mampu ..tiap2 bulan pun kadang2 terlepas nak kasi duit ..tgk laa dunia bacala dunia ..kau nilaikan laa aku ni anak yang macam mana ..aku tahu korang di luar sana mempunyai impian walaupun impian kita berbeza tapi aku yakin matlamat kita sama hanya satu ..tunaikan sebuah impian .


Sebelum nafas diambil Olehnya..sebelum jasad terbujur kaku ..aku ingin sempurnakan impian aku ..baru la aku rasa bahagia pergi tinggalkan mereka semua.aku bukan berdoa untuk pergi awal tp kalau dijemput olehNya aku mahu tunaikan dahulu impian aku ..


Aku sudah penat melihat ..mendengar ..dan menyaksikan betapa penat mek aku membanting tulang semenjak aku kecil sehingga usia mek sekarang 63 tahun ..masih melakukan kerja yg sama ..apa kan daya aku ..apa kan upaya aku ..aku masih blm ada kekuatan dan sumber untuk melihat mek aku duduk di rumah berehat ..aku pernah suarakan pada mek supaya rehat aje di rumah dan berhenti menoreh .aku sure korang tahu apa jawapan mek kan ..aku tahu bukan niat dia nak cakap macam tu tp aku rasa itu adalah tanggungjawab aku sbg anak yang masih blm punya tanggungjawab besar ..belum punya keluarga sendiri ..aku yang perlu merealisasikan impian ini ..


Tak guna bercerita panjang …masih sama penghujungnya aku punya impian tp masih blm terlaksana..aku perlu mengambil langkah pertama .perlu mengambil risiko dalam hidup..aku tahu kalau dengan makan gaji sekarang ni aku tetap tidak akan ke mana ..aku akan masih di tapuk yang sama ..sekuat mana aku bekerja ..tiap2 bulan aku akan dapat slip gaji dengan tulisan yang sama ..nombor yang sama ..takda yang akan berubah …


Aku bertanya pada diri ini ..adakah aku mengalami sebarang perubahan dalam jangka masa 3 tahun yang lepas ..aku fikir kembali ..aku masih ditakut yang sama .malahan aku rasa makin complicated ..hutang makin banyak ..tak habis2 lagi .hutang belajar ..hutang kereta ..hutang credit card yang aku tempah sendiri ..entahla makin hari nampaknya hidup makin mencabar ..dalam masa 3 tahun ..kerjaya aku masih di tahap yang sama …masih bergelar Executive tp hakikat sebenar jika diselak aku masih makan gaji menghambakan diri demi orang lain ..dalam masa 3 tahun ada ke perubahan dalam pendapatan ..jawapan aku memang ada tp ..korang fikir gakkan memang pendapatan naik tp korang sure tahu harga barangan , harga petrol, harga tol semua naik ..jadi tak ada apa pun perubahan tp makin membebankan ..dengan kenaikan gaji 10% tp kenaikan barang2 lain almost 20% apa bezanyaa ..aku rasa makin teruk adala..!korang fikirkan laa adakah dengan apa yang korang dan aku buat sekarang ni boleh mencapai impian yang korang dan aku ada ..aku dengan berani cakap kalau aku masih dengan kerja sekarang aku takkan ke mana ..aku tetap dalam kesempitan dan hanya bermimpi di siang hari ….impian aku hanya terkubur begitu saja..


Aku bertanya lagi pada diri ini ..Adakah aku berpuas hati dengan apa yang aku ada..cuba aku bertanya pada diri ni ,,,apa sebenarnya aku ada..aku takda apa2 ..kereta memang aku ada tp itu adalah liability ..hutang bukan hak aku ..kalau aku tak bayar 2 atau 3 bulan sure kena tarik …apa lagi aku ada ..rumah ??takda..hanya rumah sewa ..aku bayar tiap bulan tp bukan jadi hak milik aku ..apa aku ada.??aku hanya ada mek dan family di kampung ..itu hak tak di nafikan !!korang semua ada..tp apa yang korang ada ..korang puas hati ke ?kereta waja, kelisa,satria , kia spectra myvI .apa lagi jenama kereta yang ada ..korang puas hati ke ?korang renungkanlah ..aku memang tak puas hati dengan apa yang aku ada ..sebab aku takda apa2 ,..aku bukan tamak tp aku punya sebuah impian untuk memuaskan hati aku dan hati mek serta keluarga di kampung!!


Aku persoalkan diri ini..adakah aku redha dengan apa yang berlaku pada aku .???korang redha ke dengan apa yang terjadi pada korang selama ni ..bukan aku mempersoalkan kekuasaanNya ..tp kalau kita tak bertindah merubah kita tetap akan berada di tahap yang sama !!macam ni la .kata mudah, korang redha ke dengan kedudukan korang sebagai kuli ..sebagai hamba org lain ..buat keja demi orang lain ..bunyi macam kasar tp memang hakikat sebenar yang berlaku dalam hidup aku dan korang kan ..korang tak nak ambil langkah dan kita jangan mudah redha dengan apa yang telah kita ada tp berusaha untuk berubah demi sebuah IMPIAN ..!!


Jika korang rasa korang tak puas hati dengan kedudukan , kewangan dan apa yang korang ada ..tanyalaa diri sendiri dan aku juga bertanya pada diri ini ..!!Inginkah aku berikan diri aku ini sebuah peluang sekali lagi untuk merubah diri aku ..korang jawab laa dalam hati masing2 korang punya jawapan dan aku jua punya jawapan yang tersemat di dalam jiwa ..aku ingin berubah dan bawalaa angin perubahan dalam hidup sendiri ..demi sebuah IMPIAN dan KeJAYAAN.!!


Aku percaya pada hakikat “orang yang Yakin untuk berubah dan mengambil risiko dalam hidup adalah orang yang berjaya merubah sebuah impian menjadi kenyataan..dan orang yang tidak yakin adalah orang yang takut pada perubahan dan hanya mahu kekal dengan keadaan sedia ada “ untuk aku dan korang semua ..setiap orang ada kelemahan dan kekuatan yang telah diberikan olehNya ..tp jangan jadikan kelemahan satu alasan untuk tidak berjaya dan jangan jadikan kekuatan untuk bermegah ..tp jadikan kelemahan satu titik pelajaran yang panjang dan kekuatan sebuah peluang yang ada untuk dikongsi bersama dengan orang lain.!


Aku jadikan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tokoh perniagaan serta tokoh Maal Hijrah 1429 sebagai idola dalam mencapai kejayaan..!sebagai tokoh berjaya masing2 ada cerita disebaliknya ..sama juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tanpa punya pendidikan tinggi ,bukan dari keluarga yang senang sekarang dengan sebuah titik perubahan yang beliau ingin lakukan dan buktinya beliau adalah orang ke 7 terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM4.16 billion. Aku bukan nak cerita pasal kekayaan beliau tp aku hanya ingin berkongsi rahsia kejayaan dan kata2 azimat disebalik sebuah kekayaan .!aku ingat satu tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan tp usaha dan kerajinan adalah sumber utama ..kejayaan lahir di dalam sebuah kesengsaraan ..!!


Aku punya impian ..korang punya impian ..bersama kita berubah dan mengambil risiko demi realisasikan IMPIAN..!aku percaya dan yakin BOLEH..!IMPIAN JADI KENYATAAN..!


BELIEVE IN YOURSELF AND IN YOUR DREAM .ALWAYS BELIEVE YOU HAVE WHAT IT TAKES TO SUCCEED !!

4 Comments:

At 12:34 pm, Blogger Unknown said...

Way to go mate!
May all ur dreams come true!

 
At 3:02 am, Anonymous Anonymous said...

SEMOGA DEMO TERUS BERJAYA DALAM HIDUP.. INGAT ORG2 KAT KG NIH..DEMO PASTI KENAL SAPO KAWE NI...KAWE DOAKAN DEMO DARI JAUH..INSYALLAH...
LANGKAH PERTAMA MENGGERAKKAN LANGKAH SETERUSNYA....

SALAM IKHLAS..

 
At 4:55 pm, Blogger Unknown said...

mmm... cik jah pun ader gak nk wat perubahan dlm idup... x mo mkn gaji ajork... try baca buku rich dad, poor dad... ala2 bukak minda giteww... kawe ni oghe johor tp kijo pasir mas.. la ni kawe kecek klate la..

 
At 5:15 pm, Anonymous Anonymous said...

padan la mcm penah tgk...
main boling ahas lepas kat south city
ok.. good luck

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Cuti Raya & Kenduri Kak Sha
  • Pengacaraan..!!
  • Lawatan ...
  • Fursal Lelaki Korporat 2007
  • Myspace pengerat pertemuan ..!!
  • Raya KembaLi lagi
  • DI Kesempatan Ni ..pokcik nak ucapkan salam lebar...
  • BerbuKa BagaN laLang ..!
  • BerbUka MidValley !
  • SALAM RAMADHAN ..!!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box