Tuesday, December 27, 2005
lama punyer..




eheh tu kat atas gambar aku ngan kawan aku nama dia zul + anak2 buah diorang rasanya kalau aku tak salah dah dkt almost 1 tahun setengah kot pic ni di ambil..kalau aku tak salahlaa ni kat Mcd shah alam seksyan bape aku memang tak tahu..so skrg kawan aku dah kerja kat melaka..lama gak tak dgr kabar citer dari dia dan aku harapkan dia selamat kat sana..emem ehe masa tu aku kira rockers sikit rambut panjang ehe saje ..eme skrg rasanya dah tak rimas ngan rambut pendek emem apa pendapat korang ngan aku dulu dan sekarang ni..ada apa2 beza ke!!nanti aku letak pic latest korang compare ek eehh...saja nak tahu apa pendapat korang ...so aku nak buat soalselidik ceeeewaah imej mana yang nak dikekalkan so vote for me aahah...cam akedemi fantasia lak kan..emm


dok menghitung hari ni kiranya bukan apa tahun baru dah bakal menjelma kan..so adakah aku punyer azam emmm ada ke azam aku this year ahah cam rasa takda jah ...kalau bukan azam pun kiranya cam ..impian khayalan dan segala macam angan2 yang entah jadi kenyataan ke tak ahah...tinggal beberapa detik saat jam hari lagi 2005 akan meninggalkan kita semua kan..banyak kenangan manis , pahit, suka duka dalam 2005 yang aku alami nanti aku review semulaa sedikit demi sedikit untuk tahun 2005..bermula dengan kerjaya..

permulaan 2005 adalah satu tahun rezeki bagi aku kerana ditawarkan kerja sebagai eksekutif unit pemasaran dan kredit bagi bank pembangunan cawangan pahang ni rasanya adalah rezeki tahun baru...alhamdulillah memang pada permulaannya aku rasa berat nak terima tawaran ni kerana ia akan buatkan aku jauh dari kawan2 yang dah lama ngan aku kat Kuala Lumpur kawan2 futsal, kawan2 bola kawan2 bowling semua dah takda ..so aku kena cari semula geng2 bola semua kat pahang ni..start from zero semula..aku bertitih rasanya dalam bidang ni..kerana ni pengalaman pertama aku dalam banking then aku memang mula dengan kosong belajar dari scrath ..semuanya belajar..rasanya 1st month adalah hari2 yang begitu sukar buat aku nak jalani sbb benda2 baru orang2 baru aku terpaksa hadapi semuanya..sedih , pilu, masa ni kekuatan aku adalah pada semangat aku yang mengatakan di mana bumi di pijak di situ bumi dijunjung so aku kena sesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini..

bulan ke2 dalam kerjaya aku .aku dapat kursus ke kl selama 3 minggu ..wau memang aku dok nantikan sangat2 bukan apa pengetahuan baru then juga nak balik ke kl tak sabar rasanya nak jumpa kawan aku kat sana!!dalam kursus ni aku kiranya didedahkan apa kerja aku sebenarnya..buat penilaian ke atas permohonan pinjaman..byk kena cover bab undang2, kewangan , pasaran dan macam2 lagi..new input utk aku..pengetahuan ilmu baru..dalam 3 minggu ni aku kenal ramai kawan baru bayangkan kami dari all branch kat malaysia berkumpul then 3 minggu so bersama2 jadi kawan..dah ada kawan baru alhamdulillah

bulan 3 dan seterusnya sampai sekarang dah setahun aku kerja rasanya cepat betul masa yang berlalukan dan byk betul benda yangaku belajar dalam kerjaya ni..paling aku rasa best officemate walaupun semua dah kahwin tp oklaa at least kalau ada peluang selalu join main bola ngan futsal then ada makan2 aktiviti,,tu kemudian cerita ek..ni kira review sikit pasal 2005..so pic 2005 di atas yg baju merah then pic 2005 yg baju biru ..tu perubahan 2005 yang aku buat pada imej..eeh kononnya aa..nak cari angin lain sikitkan..so vote for me once again kan eeheh..dah citer pasal kerjaya sikit dalam 2005..blm lagi pasal kehidupan suka duka silih berganti..bykkedukaan rasanya 2005 dalam diari hidup aku..blh buat satu novel..pasal keluarga semuanya adalah kisah kehidupan aku..kisah cinta..emem ada laa ni yang bab tragis sikit nantikan kupasan 2005..review semula kan..sbb detik2 2006 semakin menghambat dan memanggil aku ke sana..ke arah mana tujuan kerjaya , cinta dan kehidupan 2006 semuanya belun tentu lagi...

sedangkan 2005 akan melabuhkan tirainya..detik dah semakin laju minit dah bergerak pantas jam sudah berjalan seiringan dengan waktu hari sudah memanggil 2006 pasti hadir meninggalkan 2005 penuh misteri dah kenangan bagi aku ini!!

emem hari ni dah 27 disember 2005 jam 5.52pm maknanya masih ada 4 hari sebelum tirai 2005 menutup diari dan menutup segala kenangan lalu..aku hari ni kiranya mood kerja rasa cam malas biasalaakan dah cuti panjang xmas ni..nak start kerja semulaa laa susahnya...ni aku mulakan dengan coretan sikit masa wknd ni kiranya ringkas saje..kan..jumaat ptg aku ke kl dengan officemate aku tumpang + kawan dia dorang altoghter 3 orang so sampai kl dalam jam 9mlm aku singgah umah kawan aku tumpang tido ...then sabtu pagi aku dah kuar tak ke mana pun sbb sabtu bekerja kan bank semua aku ambil kesempatan pi bayar bil kredit kad yang ada kat ampang park then plan nak bayar keta tak sempat sb kawan aku kat UKM bangi call nak jumpa..dia sambung master kat sana so aku just ambil kesempatan nak jumpa diorang ..borak2 petang baru balik ke kl semula..hajat nak tgk movie..kat klcc hampeh penuh ya allah punyer aaa ramai manusia so lupakan saje...pusing2 klcc takda menda balik umah kawan kat bangsar lpk saje;aaa takda buat menda memang aku tak kuar malamnya..lpk umah lagi bagus..

ahad..emem kuar umah kawan aku dah pukul 5pm emem nakke klcc nak tgk wayang tapi sama saje ..penuh sapai ke malam ..aku nak tgk NArnia tp takda kesempatan lagi buat gano deh!!!eem sms abg bad nak ambil cd nikki yang aku kirimkan pada dia janji jumpa kat bukit bintang sbb dia and the geng ada nak tgk show dayang kat planet holloywood!!janji jan 9.30 kat sana..aku dari kl cc menapak ke bkt bintang dalam hujan renyai2 basah gakaaa sikit..aku call sultam muzaffar sama jumpa kat bukit bintang..so sampai sana diaorang lpk kat dome makan malam sblm tgk show ..aku diperkenalkan ngan penulis lirik lagu 'pinta' by nikki namadia kalau aku tak salah rudy maafkan aku kalau silap...then neo ni aku dah kenal ...lpk sambil tgu abg bad ..akhirnya dia sampai tapi emem dia lupa cd nikki so just borak biasa jah then kena buat temujanji emem kira jumpa semula keesokan harinya di midvalley lak ..so aku tak join diorang tgk dayang lagipun aku menumpang umah org so tak bagus balik lewat2 then buat cam umah sendirikan..so dalam jam10.30 aku balik tinggalkan diorang semua ke show dayang..thanks u guys..have fun kat sana...

esoknya isnin janji ngan abg bad + sm kat midvalley aku sampai dalam jam 11.am gaklaa then sm pun sama..jumpa kat midvalley...round2 midvalley sama manusia memang ramai sgt..eemm aku ngan sm ke topshop eeh bukan shopping just tgk2 jah mana ada budget beb..akhirnya sm yg shopping ..dalam jam 11.30 gitu ke madam kwan have bfast +lunch sekali laa nampaknya aku makan nasi lemak + air carrot /..sedapnya..akhirnya abg bad tiba jam 12.15 its ok dia lambat biasala jem kat midvalley ni pun sekejap jumpa dia sbb susah nak dapat parking dia serahkan cd nikki then borak jap dia dah pergi ceeehh pergi ke ahah bukan pergi tapi emem apa2 saje;aa thanks abg bad!!cd nikki + tandatangan dari nikki sekali laa eheh!! bonus!!then aku ngan sm just round msuk mph then cari buku2 sikit beli majalah so jam 3pm gitu blah baliklaa mana lagi..sampai umah jam 4.00pm so lpk aku tido kepenatan call member aku dia cakap jam 9mlm baru nak balik apa lagi bantai lena...so lps maghrib dah jam 8mlm aku kuar ambil lrt ke terminal putra tunggu kawan aku ni...ok dah sampai pun ..jam 11.30pm dah kat kuantan..along the way aku tido saje ahah ..best.sampai umah dalam jam 12.15am kesian anak buah aku..eehe dok sorang2 sajekan eeemem nak buat cammana kan!blm dapat kerja lagi ni ..nak buat lagu mano deh...ok isnin dah pagi so kerja ..so aku nak ucapkan thanks pada abg bad, sm dan kawan2..cause entertain aku masa kat kl..maybe hujung minggu ni ke sanalagi ada bowling game kat ampang tapi tak sure tgk budget beb!!ok see u next year eheh adalaa esok review 2005!!!


3 Comments:

At 6:55 pm, Blogger Aku said...

ha ha ha kecil nya dunia.

Rudy and neo adalah jiran block adi.

sm adalah kawan yang adi kenal dari 2001.

kalau dah dapat cd nikki, dengar second cd. perghh power giler.best.

kenapa tak tengok dayang? adi tengok minggu yang pertama. OK lah.

 
At 10:32 pm, Blogger sultanmuzaffar said...

wah 2001...

sajer lah tuh...

 
At 6:00 pm, Blogger Asmadi said...

bukan tak nak tgk dayang..adi tahu madi kan tak suke tempat yg penuh camtu so tak enjoy sgt so malas juga!!

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • sayang!!
  • buah
  • penat!!
  • cinta lagi part III
  • sekadar picisan segaran minda !!
  • cinta partII
  • teladan
  • hari ni
  • dunia sebenarnya...
  • cinta


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box