Tuesday, January 16, 2007





















Setia ku Di sini..

Walaupun ombak yang melanda..aku masih di sini
Walaupun guruh yang berdentum aku tetap masih di sini
Ku tetap setia di sini walaupun apa jua berlaku

Orang kata aku ni bodoh kerana tetap menanti
Orang cakap aku ni tak malu ,yelaa menagih kasih pada yang tak sudi
Orang bilang apalaa kau ni..usahlaaa menunggu orang dah tak nak kau lagi
Apa pun orang kata aku tetap dan masih setia di sini

Adakah cinta itu penuh misteri
Adakah setia untuk dipermainkan
Adakah kasih lahir untuk dipersiakan …
Biar apa erti semuanya aku tetap dan masih di sini ..!

Kenapalaa sengsaranya menanggung rindu
Kenapa rasa pedih untuk menanti kata yang satu
Tak pastikah aku pada yang satu atau realitikah cinta padanya



Hanyalah nukilan dari hati sanubari yang pernah terluka dan jiwa yang kecewa tetapi itu hanyalah sebuah kenangan 2006 dan kini 2007 telah pun menjelang dan aku tak perlu lagi menagih pada yang tak sudi melutut pada yang tak mahu menjalin hubungan persahabatan..so what to do yang lepas dah berlalu..hidup mesti diteruskan ..so happy kan diri sendiri ..walaupun aku sendiri tetap boleh bahagia..jadi apa kata korang..happykan hidup korang dengan apa yang korang suka buat..



So tahun 2007 ni dengan kerjaya yang masih baru pada aku menitihkan noktah cabaran yang menggunung ..Dugaan..Rintangan..serta kesabaran perlu kuat dalam menghadapi semua ini ..dah nak masuk 4 bulan aku dengan kerjaya baru..balik lewat.sampai kul 3pagi..nak siapkan tender..kena buat appointment layan kerenah pelbagai jenis manusia..ada yang nak buat temujanji..ada yang acah tak acah ..yelaa keja aku buat marketing kena tebalkan muka demi buktikan pada bos yang dia ambil orpang yang boleh memberikan sumbangan kepada syarikat..ni satu peristiwala .nak kejar tender punya pasal..korang nak tahu tak..masuk opis kul 9am .sampailaa kul 3am keesokan harinya semata-mata nak siapkan tender hantar keesokan harinya..dah siap compile segala aku kena bertolak lak ke penang kul 5am..korang bayangkan seharian aku tak tido ..nilaa harga yang perlu aku bayar bila dah berhijrah dalam kerjaya baru ni..sampai ke penang kul 9am.then hantar tender ke USM ..layan lak kerenah orang USM yang entahlaa tak tahu sapa yang incharge..sesudah hantar..aku terus balik ke Kuala Lumpur ..emmm nak tahu tak korang sepanjang perjalanan balik ke kl aku tido di semua hentian huhuh bayangkanlaa susahnyaaaa nak cari sesuap nasi.!!alhamdulillah selamat gak aku sampai ke kl semula dalam kul 7pm..mujurlaa aku tak sorang ..tapi aku pi ngan office mate aku!!SELAMAT SyuKur padaNya..tulaa antara rintitan sepanjang keja kat company baru..bagi aku walaupun penat aku rasa happy sebab puas dah dapat laksankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.!!



Adalagi cabaran yang pernah aku lalui ..baru sehari masuk keja aku dah diberi kerja jaga akaun KLCC..emm korang nak tahu masa nak dismantle selepas event habis adalah jumaat malam 20 Oktober 2006.tahun lepas punya dehh ..tp ni aku nak kongsi laa cam mana rasanya keja baru ni..ni bulan puasa ..yelaa keesokan harinya aku kena balik kg nak rayaalaa beb..nak tahu keja aku habis kul berapa..emm hampir 12 tghmalam..!!huuhu penat tak leh nak cakap laa.tp nak buat cammana dah tugaskan..rehat jap kat umah ..dalam kul 5am lps sahur aku balik terus ke kuala krai..!!emm dah laa masa raya lepas aku kena drive almost 14 jam ..korang nak tahu mula kul 5am tu aku drive aku sampai kat umah kuala krai kul 8pm..uhuhh camnak patah kaki jam gilooss…!!tu jeaaa..antara pengalaman aku setelah hampir 4 bulan memerah keringat kat syarikat baru ni..aku harap dan berdoa semoga aku diconfirmkan keja kat sini..risau gak kan ..company yang berorientasikan prestasi ni kena tunjukkan betul2!!insya allah amin!!



Tu kiranya citer yang dah lepas..tahun 2006..so yang latest sekali minggu lepas 14 januari 2007 aku ke sungai buaya rawang..korang jangan nak fikir tempat tu ada banyak buaya lak ehhe..manalaa tahu korang ni kan pelik2 ajooo..!!aku ke umah family angkat aku..abg Muhammad dan kak zura..suami isteri ni takda kat umah sekarang mereka menunaikan fardhu haji mula 12 dec 2006 hinggalah 25 januari 2007 ..so sepanjang ketiadaan mereka aku dah diamanahkan untuk menjenguk dan menjaga rumah mereka & anak2 mereka..abg aku ni ada 5 orang anak..semuanya perempuan ..yang sulung 11 tahun dan paling muda 3 tahun..dan yang paling rapat ngan aku wawa..yang paling muda !!dah almost 3 minggu aku tak sempat nak melawat mereka ..dah kebetulan minggu ni aku takda wat apa2 so aku melawat laa anak2 abg aku ni..dan wawa lak deman rindukan ayah ngan mak mereka..cian aku tengok budak2 ni ..tak pernah berpisah lama dengan ibubapa mereka…



sebelum pemergian abg aku ke tanah suci banyak benda yang di amanahkan pada aku..aku kena jaga kereta waja dia, rumah dia dan juga segala bil-bil yang boleh aku selesaikan..ni bagi aku satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar perlu aku laksanakan..ni amanah sepanjang dia kat sana..dan paling aku terharu bila amanah dan perbualan dia ngan aku ..benda yang aku perlu lakukan sekiranya abg aku tak pulang dari tanah suci buat selamanya..di pertanggungjawabkan kepada aku untuk menjaga anak-anak dia, tolong tengukkan kak zura , dan juga barang2 peninggalan dan hak milik dia di amanahkan kepada aku..masa mula2 aku terima amanah ni aku betul2 terharu dan sedih sebab ada orang yang memberikan kepercayaan yang amat besar kepada aku …ada sekeping nota yang penuh makna yang akan aku simpan buat selamanya sehinggalaa akhir hayat dikandung badan…insya allah kepada abg muhamad dan kak zura ..madi akan cuba sedaya yang mampu dengan kudrat yang dikurniakan olehNya untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ni..!!terima kasih sebab memberikan kepercayaan kepada Madi!!



Masa aku kat umah tuuu walaupun sekejap ..dari kul 12 tghari hinggalah ke petang ..dapat laa aku mengubat kerinduan mereka pada ibubapa mereka…aku just layan mereka..makan sama.gurau2 .peluk2..gitu jelaa semampunya yg boleh..emm sedih lak aku tgk masa duk borak-borak tu abg muhamad call aku dari mekah ..sbb dia selalu sms kat aku ..bagi ingatan tolong jenguk anak2 dia..masa dia call aku happy gak sebab mereka sihat dan anak2 lak dapat lepaskan rindu dengar suara ayah dan mak mereka…gitulaa kiranya minggu aku terisi ..aku masih ada mereka ..!!aku dah anggap mereka sebagai keluarga aku sendiri dan anak-anak mereka adalah anak buah aku .sekurangnya boleh juga aku melepaskan kerinduan pada anak-anak buah aku kat kampung..!!dan juga ada tempat menumpang kasih..!!


Wokehlaa korang panjang lak aku berceloteh ..lama kan blog aku bersarang..dah macam2 jenis serangga buat menumpang ..dan aku ucapkan terima kasih pada korang semua yang masih sudi jenguk blog pokcik ni walaupun penuh ngan sampah sarap..tak sempat nak bersihkan…akhir kata dari aku yang sendiri tapi happy “ FRIENDSHIP IS SINGLE SOUL LIVING IN TWO BODIES” ..arioassss



Tuesday, January 09, 2007
Aku MasiH dan Akan seNdiRi









Dalam melangkah Ke Dunia baru yang aku sendiri blm tahu mana arah yang betul dan arah mana yang salah...sebab aku masih lagi mencari yang satu..kadang2 aku rasa dah jumpa yang sesuai tp aku tak tahu isi hati dia ..adakah dia hanya suka2 main2..hanya meluahkan kata2 melahirkan sesuatu yang bukan datang dari hati...aku selalu dipermainkan dengan kata2 ..aku yang mudah percaya senang terpedaya dengan senyuman yang palsu kata yang satu..tp bukan itu maksudnya..!!tahun 2007 nampaknya aku akan kekal dan masih akan sendiri sebab hati ni dah bingung dan keliruu....mana yang harus ..umur dah 28 tahun beb tua dah ni....entahlaaaa kadang2 serahkan pada takdir tp aku kena juga mencarikan ..ontahlaaa pokcik dah tua,..2007 malas nak fikir..azam 2007 aku nak sendiri dan tak nak susahkan sapa2 selagi mampu..wpun aku sakit ke apa tanggung adalah sendiri..aku ada mek dan keluarga tersayang..merekalahh buah hati pengarang jantung guaaa sekarang ..tiada sapa blh isi tempat mereka..aku pernah sayang dia dan masih sayang dia wpun aku rASA dipermainkan ..biarlaa dia bahagia dengan apa yang dia buat dan semoga dia menemui kebahagiannya sendiri ..kesengsaraan aku adalah demi kebahagian dia!!!

oklaaa lupakan pasla yang sedih2..kalau korang nak tahu aku ke PD pada 5-7 jan 2007 ada company trip..best gak laa blh bergaul dengan officemate baru ..cina dan melayu...roomate aku cina ..tapi aku no halnya sapa2 aku ..beressss..so apa yang aku lalui kat PD besttt Siotttttttttttt..tp kenapa aku masih sunyiiiiii!!!diwajah ada senyuman dan ketawa riang tapi hati tak pernah merasakan..wokehklaaaa korang hayatilaa bait2 kata2..hasil nukilan seorng teman yang kuat bagi kesan pada aku..!!!ariossss..!!



Kekadang kita tak tahu apa yang kita nak …
dan kekadang kita tak tahu apa yang kita cari …
Seringkali apa yang kita nak dan yang kita cari …

kita tak akan dapat perolehi ke dua duanya sekali …

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
di biarkan begitu sahaja …tiada tambah dan tiada kurangnya
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. kerana bukan aku yang meminta dan bukan aku yang memutus kata
aku takut sekadar bertepuk sebelah tangan …

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
di teruskan dengan sulaman kasih sayang … agar bercambah cintanya
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. aku hanya mampu berharap …

pada harapan yang aku sendiri tak pasti




Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Ditamatkan riwayat kisahnya .. agar ada hati tidak terluka, berendam air mata tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. telah kering airmata … namum derita juga yang ku terima

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Di eratkan dengan tali kejujuran … bukannya kepura puraan
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. kejujuran yang di beri … sering di salah tafsir kan … mungkin kurang bahasa agaknya

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Sekadar bertanya berita … bertanya khabar bukan rahsia …
Sekadar menyapa … bukan mengata…
Sekadar memanjangkan silaturahim … bukan memutuskannya ..

Apa yang pasti … aku tahu apa yang ku cari


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box