Monday, November 21, 2005
persahabatan!!!





persahabatan!!!!!!

aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni..tp sajer jah nak update blog aku ni..kalau nak bincang isu semasa emm cam ada yang tak kena ke ??atau dah byk sebenarnya blog yg lain cakap pasal mawi, apa lagi af semua tu aku kureng minat sangat just ambil tahu adalaa sikit-sikit..emm nak citer pasal hari minggu aku yang entah apa2 sama gak kan semua orang ada memori hari minggu juga cam aku takda nak citer kalau bagitau nanti orang bosan lak..ye laa aku wknd ke tak wnkd samaaa saje buat menda opis dah macam rumah pertama aku ye laa masa aku spend kat opis ..ni aku nak sekadar berkongsi pasal persahabatan ..friendship ..kata Aristotle…’friendship is a single soul living in 2 bodies’ wau penuh bermakna kata2 nikan ..teruja lak aku terfikir terus pasal dia dan aku tak nak nilai persahabatan antara aku dan dia terputus begitu saje dan sebenarnya aku tak sanggup sangat2 kalau persahabatan antara aku dan K terputus tergantung tiada kesudahannya…

Berbalik kepada nilai persahabatan yang sebenarnya bagi aku tak blh nak kita ukur ngan wang ringgit dan harta benda ..bila persahabatan tu dibandingkan dengan nilai aku rasalaa ianya takkan berkekalan ..aku lebih suka kalau persahabatan tu tak yah nak letak tanda harga berapa ringgit sepuluh ke seratus ke bagi aku semua tu tak penting dan yang paling penting ko tahu apa maknanya sahabat tu untuk kamu kan..bukan hanya masa ko susah tapi selama-lamanya bersama walaupun apa jua yang korang semua hadapi..akulaa tp tak tahulak orang lain kawan ni ibarat harta yang tak boleh nak ditukar ganti..K bagi akusahabat” ‘ Kawan’ teman “ yang aku takkan gantinya kerana dia adalah nilai sahabat yang aku cuba pertahankan walaupun kebelakangan ni..aku begitu terasa cam aku dan K berjauhan dan dah jarang berutus berita tetapi aku akan tetap setia padanya menanti jawapan sebuah persahabatan yang tak mungkin sama sekali aku lupakan…kerana K terlalu istimewa sebagai sahabat..walaupun saat ni dia terlupa pada aku..aku tetap dan akan selalu mengingatinya ..kerana K kaulah harta yang aku ada..harta nilai sebuah persahabatan yang insya allah kekal buat selamanya…amin

Persahabatan nak cakap pasal ni takkan habis kerana dalam dunia ni ada bermacam jenis sahabat ..betul tak??ada sahabat ketika suka sahaja , ada sahabat ketika senang sahaja, ada sahabat ketika susah saje..emm ada ke yg tika susah ni cam takda sgt jah..apa2 pun tepuk dada Tanya iman masing-masing..ada yang masa gembira disisi kita selalu , saat air mata berguguran ada kot sikit2 jah sahabat tapi yang bestnya bila kaya semua mengaku akulaa sahabat ko aaalaa yang masa study dulu pernah nampak ko jalan sorang2..ekeleeeh kalau cam ni nak mengaku kawan semua boleh blah .aahah kenapa masa aku jalan kaki dulu tak nak mengaku kwan lak ..J ni dah lumrah manusia kan..faham nilaahh erti persahabatan buat mereka..orang kata ada udang di sebalik tomyam ehhh..sebab udang sekarang dah upgrade dari mee ke tomyam lak ..J….aku ada banyak pengalaman yang mengajar aku erti persahabatan yang sebenarnya …ada orang nak kawan ngan aku nak cuba ambil kesempatan atas kemurahan hati aku..aku bukan kaya jauh lagi nak jadi jutawan ..kalau ada rezeki nak juga tapi alhamdulillah adalaa sedikit duit ..yang aku tak faham-faham nikan orang cakap aku ni muka baik senang kena tipu ..aku akui gak yang senang kena tipu tu..aku ni kelemahan utama mudah sangat percayakan orang dan mudah sangat tersentuh perasaan ni dengan kesusahan orang ,,yelaa aku ni orang susah dan kalau boleh aku tak nak ada orang yang turut sama merasai kesusahan yang aku rasa ni..selama ni…so aku pernah kena tipu duit laa terlalu banyak kali sgt…dah berapa ekk..bagi aku nilai tu takdalaa besar sgt bg orang yang kaya tapi bagi aku yang agji secukup rasa jah ni ..penat beb nak kumpul ..almost terkumpul dalam RM1000.00 lebih laa tapi aku hanya berserah pada Tuhan aku kata dalam hati kalau ada rezeki dan hak aku insya allah aku akan dapat then kalau tak aku anggap ni sebagai bukan rezeki yang sepatutnya untuk aku dan insya allah akan ada rezeki untuk aku di masa depan nanti..amin kena fikirkan yang positifkan…

Nilai persabatan adakah hanya dengan sepinggan lasagna secret recipe ataupun sepinggan lamb chop secret recipe emm menarik gak kan kalau ada orang blh meletakkan nilai sebegitu pada nilai sebuah persahabatan yang takkan ada nilainya bagi aku..pada K aku harap kau dapat tahu yang aku takkan dan tak pernah meletakkan nilai dalam hubungan yang dibina biarlah persahabatan ni kekal selamanya dan penuh bermakna bagi aku..pada hari aku kenal Kamu K aku telah berjanji bahawa kamulah “sahabat, teman, kawan” yang tak kan aku lupakan..sehingga saat dan ketika ni aku masih berpegang pada janji yang satu ni biarpun kau kat sana diam tanpa kata membisu seribu bicara aku masih tak sanggup musnahkan persahabatan ni yang tak ternilai harganya..pada K ketahuilah bahawa persahabatan ni takkan terhenti sehinggalaah nyawa ni terhenti pada masa tu pun takkan buat kan aku lupa pada seorang kawan seperti kamu K selamanya manusia ni senang berbicara pada kata senang berpegang pada dia tapi sanggupkah mengharunginya bersama-sama jadi nilaikanlah sebuah persahabatan ni sendiri…

Persahabatan juga seperti seliparkan …sepasang selipar yang saling melengkapi emm ada ke orang pakai selipar sebelah eheheh ada den beramboi jah …kalau pakai selipar sebelah jah rasa tak complete tak selesa macam-macam lagila..begitu juga dengan persahabatan rasanya hidup cam tak lengkap tanpa insane yang bernama sahabat kan..begitu juga pada K hidup ni rasa kekosongan tanpa kehadiran kamu sebagai sahabat aku…aku tahu faham kau jauh di mata tp ini bukan alas an nak buatkan tali persahabatan ni goyahkan walaupun kau ada insane lain harapnya persahabatan kita takkan terputus jangan jadikan alasan insane lain penyebab terhalangnya sebuah persahabatan…K

Pada kawan2 semua nilaikan lah persahabatan yang kamu ada sekarang jangan kamu biarkan kawan kamu hilang tanpa sebab..jangan di saat kamu kehilangannya barulah kamu tahu siapa sahabat siapa kawan dan siapa teman..fikirkanlah semua kerana persahabatan ni terlalu luas ertinya dan masing-masing ada fahaman dan fikiran sendiri mengenai sahabat ini……..K kaulaah “SAHABAT, KAWAN DAN TEMAN AKU SELAMANYA

HARI NI 21 NovEmBer 05 alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran pada yang maha ESA ..aku dah sempurnakan posa 6 dan hari ni hari terakhir puasa..alhamdulillah tuhan berikan aku kekautan melaksanakannya ..esok dah hari raya pada aku so pakai baju raya ke datang opis eheh ..takdalaa walaupun aku dah selesai rasanya seronok pulak berpuasa ni..terasa manisnya puasa ..saat2 yang berlalu sekejap saje..insya allah ada kekuatan nanti aku masih nak berpuasa pada hari2 yang seterusnya .kawan2 doakan semoga tuhan berikan aku kekuatan dalam menghadapi rindu ni…pada K


Saat ni juga 8.09pm aku masih lagi di sini di pejabat ..kan aku dah cakap pejabat dah jadi my 1st house dan umah sewa tu hanya sekadar tempat balik berehat ..yelaa bayangkan balik umah dalam jam 10.30pm baru sanmpai tu pun kalau kuar opis jam 10pm laa ok balik umah kalau isyak dah siap aku mandi kejap hanya basuhkan badan then lepak atas katil baca novel ..sekarang aku cuba habiskan novel ‘bisikan rindu’ karya Mimie Afinie..baru jah mula ni novel dari officemate bacaan sebelum lelapkan mata saje…rasanya 15minit baca mata dah nak lelap ….tido biasanya aku akan terjaga malam pkl 5 gitu dah ada dgr orang baca al-quran then lelap jap bangun subuh dah nak pi kerja..bayangkan kat umah aku spend lbh kureng laa 10jam tp kat opis ni 14 jam so cammana ek..aku memang jarang sgt2 kuar pi mana2 kecuali ada game futsal atau badminton ..takda menda dah nak cakap kan ..aku tinggalkan korang ngan erti sebuah persahabatan can carilah sahabat yang sebenar.bagi aku dia K dah aku anggap sahabat aku yang sebenar walaupun apa yang terjadi dia sentiasa ada di dalam diri aku K….



A void negative people, places, things and habits.

B elieve in yourself.

C onsider things from every angle.

D on't give up and don't give in.

E njoy life today, Yesterday is gone. Tomorrow may never come!

F amily and friends are hidden treasures. Seek them and enjoy their riches.

G ive more than you planned.

Hang on to your dreams.I gnore those who try to discourage you!

J ust do it!

K eep trying no matter how hard it seems. It will get easier!

L ove ! yourself first and most.

M ake dreams happen.

N ever lie, cheat or steal. Always strike a fair deal.

O pen your eyes and see things as they really are.

P ractice makes perfect.

Q uitters never win and winners never quit!

R ead and learn about everything important to you.

S top procrastinating!

T ake control of your own des tiny.

U nderstand yourself in order to better understand others.

V isualize your dreams.

W ant your dream more than anything.

X-ccelerate your efforts.

Y ou are a unique individual. Nothing can replace YOU! !

Z ero in on your goals and GO FOR THEM!


3 Comments:

At 2:04 am, Blogger Aku said...

you like who like lah...wang ringgit kekadang "penting" juga...

 
At 8:34 am, Blogger Asmadi said...

wang ringgit emm memang penting tu ukur ke erti persahabatan???

 
At 10:21 am, Blogger Aku said...

sudah gaharu cendana pula...

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • MASA
  • malam ..lewat
  • kereta
  • tanpa dia
  • isnin
  • my mom
  • new baby
  • koleksi raya 05
  • raya dah habis ...
  • anak yatim 05


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box