Monday, January 16, 2006
episop hidup II


cam mana aku nak mulakan kat mana aku nak hidupkan kembali kisah memori silam ini..aku kebuntuan juga sebenarnya!!sesungguhnya terlalu banyak kisah duka dari gembira aku pun tak nak nanti aku dikatakan menjaja cerita tapi ni hakikat yang sebenarnya aku lalui dalam menempuhi ranjau sepanjang hayat aku sekarang ni!! kata orang "sesusah mana kita, masih ada lagi yang lebih susahkan'' aku faham masih ada yang lebih susah dari aku tapi nilaa ranjau perjalanan hidup insan bernama Asmadi!!!oklaa aku sambung kisah perjalanan hidup aku semula
semasa berusia 5 tahun aku bersama ibu danadik aku tinggal dibangsal kebun getah jauh dari bekalan elektrik jauh dari bekalan air yang menjadi sumber cayaha kepada kami adalah pelita minyak tanah , yang menjadi sumber menghilankan kehausan dan kedahagaan adalah sebuah sungai yang mengalir lesu, selesu dan sedahaganya aku pada kasih sayang seorang ayah!!
aku berpisah ngan kakak dan abg aku jauh dari mereka..entah apa terjadi pada mereka adakah mereka mendapat kasih sayang seorang ibu dari nenek aku..aku harap mengharapkan semoga nenek aku dapat memberikan sebuah kasih sayang buat kakak2 dan abg2 aku kat sana!!

semasa aku berusia 6 tahun aku dah kembali semula ke kampung asal aku..semua keluarga aku masa ni dah bersatu..mak aku membanting tulang menoreh getah berapalaa sgt hasilnya nak membesarkan 6 orang anak yang semakin menuntut pelbagai keperluan!! kakak aku hanya tamat belajar sampai darjah empat umur 10 tahun dah kena berhenti sekolah tak sempat nak mengecapi alam persekolahan lbh lama, kakak sulung aku terpaksa menolong ibu aku menjaga aku dan adik aku ..dan menolong mak aku menoreh sama..ya allah aku tak blh nak bayangkan di usia semuda itu kakak aku memikul beban seorang gadis sedangkan anak2 skrg berumur 10thn masih bermain ngan anak2 patung bersukaria masih blm mengerti apakah sebenarnya hidup ini!!itulaa bezanya anak2 sekarang dengan anak2 di tahun 80-an...terlalu besar jurangnya!!

kakak aku di usia semuda tu memikul beban yang amat berat ..di kala saat kakak aku bercerita semula apa yang telah dia lakukan demi aku dan adik2 yang lain air mata laju mengalir aku sedih sbb kakak aku takda peluang langsung merasai nikmat kehidupan..lantaran kemiskinan yang kami lalui.sukarnya saat itu!!!dan di usia 16 tahun kalau aku tak silap kakak aku telah mendirikan rumah tangga dengan anak jiran kami..tak jauh pun jarak umah kami hanya 200mtr saje..itulaa jodohnya..wauu di usia ni kakak aku sekali lagi memikul bebanan seorang isteri, anak ,dan kakak kepada kami yang amat memerlukannya di saat itu!!kakak aku berkahwin dengan seorang askar,..masa tu kiranya kerja askar memang orang pandang .nak pinang anak sapa pun sure blh punyer..so kakak aku bergelar isteri orang di usia 16 tahun..

cerita kakak aku yang ke 3 pula kerana yang ke 2 telah diserahkan pada makcik aku yang kat penang ..kami tak tahu apa cerita pada masa tu..so aku citer pasal kakak aku yang ke3..ni yang paling rapat ngan aku..kakak aku hanya menamatkan pelajaran sampai darjah 6 sahaja..ni aku salahkan 100% pada ayah aku..dia kata perempuan takpayah belajar tinggi nanti dok dapur juga..kolotnya fikiran ayah aku!!aku amat marah masa ni..my god kakak aku menangis sepuasnya sbb dia nak belajar dan dia juga digolongan pelajar yang cerdik..ruginya entah ke mana arah tujuan kakak aku berbekalkan sijil darjah 6 apa kakak aku dapat..apa kan daya mak aku tak mampu nak teruskan pelajaran kakak sbb dia perlu tanggung adik2 yang lain..kakak aku ikut jejak kakak yang sulung menoreh getah..kenapa ini berlaku pada keluarga aku walaupun aku tak mengerti apa2 masa tu tp aku dapat rasakan kekecewaan kakak aku!!dugaan besarnya pada keluarga aku!!kenapa orang lain bahgia ada ayah kenapa aku tidak???kenapa??? kerja kampung sampai bila harus begini hidup kami..aku masih tersimpan secebis memori bersama ngan kakak aku..masa kakak aku darjah 6 aku bersekolah darjah 1..ranjau nak dilalui ke sekolah..wauu memang masih kukuh terpahat di memori aku ini..seawal jam 5 pagi kami dikejutkan disebalik kedinginan subuh yang hening kami sudah memulakan perjalanan menyusuri landasan keretapi..kerana inilah satu2nya jalan bagi kami ke sekolah ..kami berjalan sejauh 10km ke sekolah lbh kurang 7 pg baru sampai ke sekolah..aku dengan kudrat kanak2 terpaksa demi mencari secebis ilmu..aku nekad nak ubah hidup keluarga ku tak nak jadi cam ni lagi!!!dengan beban buku dan kadang2 diganggu oleh orang siuman , itulah liku kami bagi mencari ilmu..dikejar anjing gila dan biasa menangis kerana ini biasa...dah kering air mata kdang dengan dugaan ni..tp aku harus kuat bagi menghadapinya...mana ayah aku/kenapa orang lain ada ayah yang hantar mereke ke sekolah kenapa mereka naik motor ada basikal aku hanya menggunakan tulang empat kerat ni gagahkan diri hadapinya!!kerana inilaa kami takda kemampuan untuk merasai nikmat itu semua!!aku berhenti di sini dahulu ...

"ingatlah pengalaman lepas mendewasakan aku, dan juga menjadi kan aku gagah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidup di dunia ini"



3 Comments:

At 11:46 pm, Blogger Unknown said...

Hehe..time kasih lerr...sbb bg kebenaran!!lagi pun ko jgk yg perkenalkan dunia blog ni kat aku!!
satu lagi aku tk der member yg ada blog..ko sorang je aku tahu!!
tapi aku tabik la kat ko pasal sudi kongsi citer hidup ko...sedikit sebyk berkesan kat aku
Aku suka part citer pasal kluarga tu...sbb rasa dekat ngan kluarga aku!!OOoo psl nak letak link tu ko klik je kat edit me bwh link tu!! dia ada bg tutorial..klu tak dpt jgk bg tau aku!!A'kum...

 
At 9:16 am, Blogger Asmadi said...

tu laa pasal yang jadio tu kat atas terletak link dia!!thanks gak kau selalu baca blog aku..sama2 kita kongsi citer!!

 
At 8:19 pm, Blogger Unknown said...

kalau ko tak percaya pun ko kena percaya gak psl tak der maknanyer aku letak link ko klu aku sendiri tak baca!!Iya dak???heheh

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • episop hidup aku I
  • pengorbanan!!
  • kasih suci!!
  • kawan!!!
  • motivasi diri
  • CHINESE ASTROLOGY 2006
  • nasi lemak
  • saje
  • lama punyer..
  • sayang!!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box