Friday, January 20, 2006
senyuman


sebuah senyuman yang terukir memberikan seribu makna kepada aku..kadang-kadang senyuman yang diberikan bukanlah datang dari sepenuh hati tp dalam keterpaksaan bagi menjaga sebuah hubungan!!bagi aku 'senyuman dalam tawa , ketawa dalam rindu, menangis dalam sendu' terpahat sebuah pengertian yang susah nak dileraikan oleh logik akal aku sebagai manusia milikNya..bukan apa bila membicarakan soal senyuman yang memberikan pengertian pada aku adalah bagaimana nak mengukir sebuah senyuman yang ikhlas datang dari hati yang akan memberikan kepuasan bila kita menatapnya!!yang aku bicaran ini ada kaitan dengan persoalan hidup yang aku tempuhi hari ni..walaupun orang sekeliling aku selalu memandang dan melihat aku tersenyum riang tapi diorang tak tahu yang aku menanggung sarat bebanan perasaan yang begitu tinggi menggunung harapan dari sebuah keluarga dikampung..aku tahu dan sedar aku tak nak orang disekeliling dan rapat ngan aku (emm rapat ada ke) mengetahui bahawa akulaa harapan paling besar dalam keluarga aku..demi meneruskan cita-cita mak aku yang begitu mengharapkan anak lelakinya berjaya membawa perubahan kedalam hidup kami semua...kami tak nak lagi dihimpit perasaan malu sebab kami miskin , kami tak nak lagi ditimpa perasaan dan kaku bila orang bertanyakan 'mana ayah kamu'..kami tak mahu semua persoalan ini menganggu fikiran dalam ranjau kehidupan yang penuh berliku ini..yang aku takkan dapat jangkakan apa yang menanti aku dihadapan sana..sama ada sebuah kebahagian yang amat aku impikan ataupun sebuah kehancuran dan kekecewaan kepada kehidupan dan impian aku..aku tak tahu tapi yang satu pasti adalah aku terpaksa menempuhinya dengan ketabahan yang telah lama terpendam dalam jiwa ini...berkat ajaran dan pengalaman aku belajar bagaimana menghadapi semua ini dengan penuh kesyukuran!!

senyuman ini lah yang aku impikan dari wajah-wajah insan kesayangan aku..bukan apa sekadar sebuah senyuman susah ke nak mengukir sebuah senyuman..bagi aku senyuman bukan boleh dibuat2 tapi ianya datang adri keikhlasan hati sendiri..aku jarang melihat ibu tua aku tersenyum..aku jarang melihat kakak aku melemparkan sebuah ketawa hilai bahagia aku kadang-kadang menjenguk adakah tika ini telah terpahat sebuah senyuman bahagia dalam keluarga aku..adakah sengsara yang selama ni aku hadapi dan adakah penat lelah aku dibesarkan mampu memberikan sebuah senyuman????aku sendiri blm pasti ada jawapan atau pun tidak!!

selepas peristiwa yang lampau yang aku cuba imbas kembali adakah wajar sebuah senyuman aku ukirkan dalam pahit getir yang penuh liku ini...aku rasa banyak air mata yang pernah tumpah dari sebuah senyuman yang telah terukir..apabila selesai ibu dan kakak aku kena pukul ayah aku dengan tiada perasaan tinggalkan kami semua begitu saja..melihatkan sekujur tubuh aha 2 sebenarnya tubuh mak dan kakak aku di hadapan mata yang menjadi saksi segala kekejaman dunia ini pada aku...mak aku dapat rawatan kat hospital dan kakak aku hanya mampu terbaring menahan kesakitan...bermulalaa lagi episod duka dalam hidup aku..mak aku failkan perceraian tp yang aku paling pelik kenapa ayah aku tak nak lepaskan mak aku..pada hal dia tak pernah ambil tahu pasal mak aku slps kejadian tu ..dia tinggalkan kami terkapai-kapai dalam dunia yang kejam ini bagi aku..mak aku digantung tak bertali ..sekali lagi bermula episod keperitan aku dan mulaa jiwa kecil ini terseksa ...

masa ni abg-abg aku dah tak sekolah..abg sulung hanya habis tingkatan 2 abg ke 2 habis tingkatan 3..tak ambil pun peperiksaan yang akan menjamin kehidupan mereka..tinggallah aku masa tu seorang saja yang meneruskan pelajaran!!
aku perlu pergi dahulu nanti aku sambung lagi .'derita dalam senyuman ini"

3 Comments:

At 1:31 pm, Blogger Unknown said...

Miss my family too..dah lama tak balik..heheh

" Ya Allah,jgnlah Engkau jadikan antara kami mereka yang sakit, kecuali Engkau pulihkan sakit mereka "

 
At 3:05 pm, Blogger Rush Murad said...

nak include ur blog in my list... ok kan?

take care asmadi...

 
At 3:31 pm, Blogger Rush Murad said...

email me: rushmurad@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III
  • episop hidup II
  • episop hidup aku I
  • pengorbanan!!
  • kasih suci!!
  • kawan!!!
  • motivasi diri
  • CHINESE ASTROLOGY 2006
  • nasi lemak


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box