setelah bertungkus lumus bekerja siang dan malam ..ada yang aku bawa balik ke umah buat ngan laptop masih gak tak habis2 keja aku ni ..nak buat cam mana kan takkan habis..ni pun korang dah bising dok bertanya citer pasal percutian aku kat miri..insya allah 1 day aku akan bagitahu..so buat permulaan ni aku nak bagitahu latest citerlaa pasal majlis perpisahan, majlis hari lahir dan majlis menyambut staff baru ke cawangan..so aku sbg presiden kelab sukan dah arangge satu majlis bagi mereka semua..so tepat pada 24 april 2006 aku telah adakan majlis ni ..bertempat di Season Boutique Hotel Kuantan..makan western food!!nice place nice food juga..biarpun majlis nampak ringkas tp bagi aku ingatan tu yang penting ..dengan budget yang ada aku dapat kerjasama yg amat baik dari opis mate aku yang tolong settlekan ..kalau nak ikutkan aku memang tak menang tangan nak arrange semua ni..have too laa kerjasama mereka semua aku ucapkan dengan thank you so much dan tuhan saja yang mampu membalasnya.
jam 8 mlm semua berkumpul kat Season Boutique Hotel..dining room ok juga ada ruang juga..semua staff datang semuanya dalam lingkungan 40org ngan anak2 serta isteri dan suami masing2..yg den ni biasalaa dtg sololaa nak angkut sapa laagi masih blm terlekat kat sapa2 eheh..majlis berjalan lancar semua orang layan saja makanan kat sana.happy gak aku tgk semua sekali sekala blh berkumpul cam ni takda beban kerja nak fikir just keseronokan saja..!pada majlis yang sama kita org turut buat sambut bday utk staff yang hari lahir pada bulan januari hingga april..kiranya ada 4 jejaka dan 4 wanita anggun eheh..buat mat salehin, yoe, sam, saupi, kak ina, kak ida, dot dan wani..happy bday laa buat korang semua aku doakan semoga bertambah rezeki dan dimudahkan segala urusan..amin!
malam ni juga kiranya perpisahan ngan staff yang ambil vss dan tukar cawangan..buat saupi, kak zaa dan wak nan..apa jua korang buat dan keputusan yang telah terpahat diluahkan ..semoga korang semua berjaya .di mana saja korang boleh berjaya aku yakin!..
dan majlis menyambut kedatangan orang baru ke cawangan buat bakri, wani dan zan..semoga dapat bekerjasama dengan baik..!oklaa majlis akhirnya tamat jam 10.00 malam ..aku puas sekurangnya aku dah laksanakan sedikit tanggungjawab yang telah diamanahkan!dah selesai majlis yang aku rancangkan dalam masa seminggu..dah malam tido..zzzzzz
hari selasa menjelma jua akhirnya..mahu atau tidak inilah hakikat selasa kau datang jua..!hari ni kawan aku ex-ukm satu tempat belajar ngan aku dulu akan balik kampung kat kedah..dia balik kg sebab majlis konvokesyen kat perlis sempena diploma pendidikan yang dia ambil..aku ucapkan tahniah pada kawan aku ismanor,..semoga sampai ke destinasi yang ditujui..bawa keta jangan dok laju sangat ngantuk berehat dulu..wokeh!tahniah juga walaupun dah kerja kau masih gigih dan tabah mengejar ilmu dan penuhkan di dada!.see u next week aku just nak tahu citer menarik kat kampung ..nanti kau balik kg jumpa buah hati jangan lupakan kawan-kawan yang ada eheh mana tahu dah seronok jumpa buah hati kawan ni lupalak eheh!!
selasa cam biasa rutin harian aku malam ni ada game badminton ..dah 3 minggu aku tinggalkan badminton ni pun badan rasa tak selesa..kena juga join ni tak blh dok membesarkan badan aje eheh...ni aku ambil kesempatan yg ada lpk opis utk korang semua aku update blog..aku harap ada yg sudi menunggu dan membacanya! hari ni setelah lama juga 3 hari kot aku tak telefon kg ..so aku gunakan kemudahan opis ehe call mek sat..kak nor aku yang angkat phone..dia cakap mek tak sihat deman lak..aku nak juga cakap ngan mek..rindu kat dia..mek aku suara terketar-ketar cakap ngan aku ..laa kesianya kat mek..nilaa antara perbualan aku ngan mek..
aku : mek deman ko?
mek: deman sikit ..sakit palo balik noreh tadi..
aku:laaa noreh jugok ko mek deman2 tu..bglaa kat kak noreh kalau mek tak segar.
mek:laaa tadi noreh sikit pastu balik deman..
aku:mek make ubat dah ko?make nasi doh?
mek:make doh tadi..
pastu aku dengar suara kakak aku cakap kat belakang
"tu mek deman rindu ko mu tuu.." aku hanya mampu tersenyum cam nak menangis dah control ada opismate lagi emmm..oklaa pastu mek aku ltk telefon aku suruh dia rehat tak payah nak menoreh lagi..aku fikirkan kenapa laa mek aku di usia tu masih kena pi menoreh ..aku ni akan yg tak guna kan..sanggup biarkan ibu tua memerah tenaga dan kudrat yg dia sepatutnya habiskan utk membanyakkan amal ibadat ..aku tak mampu lagi ya allah ..anak derhaka ke aku ni?korang tgk aku ...pastu aku sambung borak ngan kakak aku sat just tanya pasal anak2 buah then apa perkembangan kat kampung sekarang..kak aku cakap mek aku menangis masa borak ngan aku..aduhh aku lagi syahdu ingatkan ni..insya allah aku akan balik kg lps ni.mek tunggu madi ek!!!madi pun rindu sangat kat mek ..dan madi ada sesuatu utk mek.Tungggu madi ek..madi akan balik ..muaaaaaaah utk mek dan semua!!...
oklaa aku rasa emosi aku tak berapa elok laa rasanya dah kot rindu korang kat blog aku..kalau ada yang rindu laa kan ehe..nantilaa jumpa lagi!!....
aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!
6 Comments:
thanks eva..insya allah dalam masa terdekat ni ada juga plan nak balik kag..den pun rindu gak kat mek..
Eva..ajak reez jah ke secret recipe emem den pun suka kek kat sana..lebih2 lagi blueberry cheeecake..bestt..
nate thanks juga..kek tu bkn den punya opismate punyer bday..
den dah tua2 ni takda pernah pun sambut bday!
Assalamualaikum...
Madi, hang pi lah balik.. Kesian den kat mek hang tu.. Hang pun dah lama dah tak jenguk dia kan?
Den tahu perasaan dia cam mane.. Den nie walaupun dok ngan mak dan abah, kalau den balik lewat pun mek sanggup telepon tanya kat mane.. dah makan ke belum.. Rasa sayu gak... Tu yang den sayang sangat kat mak den...
Anyway, kita sebagai anak.. jangan sesekali lupa kat ibubapa.. Walaupun ade perkara yang kita rasa tak puas hati.. pendamkan aje.. Dia yang besarkan kita dan susah payah didik, jaga dan sekolahkan kita.. Tak terbayar kita budi yang mereka curahkan...
Tulah Madi, orang tua perangai macam tulah.. Mane boleh duduk diam... Mereka mesti nak buat sesuatu...
:-)
rindu dengan keluarga di kampung lepas bace entry ni huwakkk
Reez..
betul apa yang hang cakap memang cam tulaa mek dia akan risau pasal anak2 dia ni kemana pergi dah makan ke keja lewat ke semua dia nak tahu syukur sgt ada mek yang cam ni..insya allah dalam masa terdekat den nak balik kg ni.!
cherry nilaa kita anak2 janganlaa lupakan diorg mak kitakan..rindu gak ni!
jaga mek tuh sebagai anak yg berbudi madi! - skype-Q
thanks skype-Q..peringatan buat den ingatkan mereka semua!
Post a Comment
<< Home