Tuesday, September 26, 2006
kenangan TerIndaH
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh...
aku akan melangkah pergi dari sini sebuah kenangan yang terindah kekal abadi dalam ingatan selamat tinggal..warga SME Bank Cawangan Kuantan..korang semua kenangan terindah!
aku akan pulang ke kampung esok dan memulakan perjalana baru di bandar metropolitan..
aku akan bercuti sambut puasa di kampung sehinggan snd OKt aku akan sunyi..doakan aku semoga selamat dalam perjalanan..
semoga berjumpa lagi di lembaran baru..kaulaa kenangan yang terindah!..selamat berpuasa!!
Thursday, September 21, 2006
DeaLovA
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh kerana hati telah letih
Aku inginmenjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hati
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada kau selalu ada…
deolova..ada orang cakap singkatan "dia Love You" aku pun not sure apa maksud disebalik perkataan dealova..yang aku pasti dan tahu lirik lagu ni begitu menyentuh perasaan aku ditambah lak dengan melodi yang mendayu-dayu..!!aku tujukan khas buat seseorang yang jauh di sana ..biarlaa dia itu menjadi rahsia ehe..cewaaah akuni ct pun dah tak rahsia aku ada lak nak rahsia huhh..biasaakan pokcik ni ada banyak rahsia..
Tika dan saat ni juga aku duk menghitung hari yang akan mendatang..bersamaan salam ramadhan almubarak yang melambai-lambai..aku juga menantikan pengakhiran sebuah episod dan harapnya aku dapat karangkan sebuah skrip cerita yang lebih indah dengan episod yang baru..!!aku minta korang doakan semoga apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan..!insya allah..
dikesempatan yang ada ni juga aku nak ucapkan selamat datang ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa pada korang semua..teristimewa buat kak kasih, meow, honey, shai, hapizx, reez,aril, shahlom,cat,badril, dan semua yang menceriakan hari-hari aku di sini..!!semoga kedatangan Ramadhan yang mulia ni memberikan seribu keberkatan buat kita semua..!salam Ramadhan juga buat semua kawan-kawan yang ada dan korang semua yang menjadi cahaya dan pelita dalam hidup aku..!!
p/s..pic kat atas tu adalah persatuan bujang sme bank cawangan kuantan eheh ..ada kekosongan tu!!
Wednesday, September 20, 2006
fAmILy DAy AwaNA KiJaL
AkhIrNya hari keluarga yang selama ni aku rancangan dengan officemate telahpun berjalan dengan lancar.syukur pertama sekali padaNya yang memberikan keizinan untuk aku melaksanakan hari keluarga cawangan kuantan 2006 untuk kali yang terakhir buat aku!walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan dari segi kewangan, tempat yang dipilih dan juga ada segelintir ahli kelab sukan yang tidak mempercayai aku..dan akhirnya aku dah buktikan pada dia yang aku blh jalankan dan pikul tanggungjawab ni..
pada 16 dan 17 september 2006..tarikh ni adalah merupakan hari keluarga bagi ahli kelab sukan sme bank cawangan kuantan..dan aku sebagai presiden kelab sukan bertanggungjawab melaksanakan semuanya ..bermula dengan kutipan wang dan juga hamper aku dengan sokongan semua berjaya mengumpul almost R13K dan 52 hamper! setakat ni kira inilah majlis paling besar di adakan oleh kelab sukan cawangan!aku memegang jawatan ni tak sampai pun 6 bulan dan aku mampu laksanakan beberapa aktiviti termasuk hari keluarga ini..
so berbalik pada family day ni..pada 16 sept 06 bersamaan 23 syaaban 1427 hijriah semua bergerak ke awana menaiki kenderaan masing-masing..janji jumpa jam 12.30 untuk makan tengahari kat awana..so dah sampai sana check in ..aku bagi masa semua berehat dan jam 4.30 pm ada telematch tapi disebabkan cuaca tak elok ..dengan hujan renyai-renyai aki decide hanya main beach volleyball ngan beach soccer untuk orang dewasa saja .yang wanita dan kanak2 buat aktiviti bebas..!
so dah penat game..malam ada bbq dan korang tahulaa kan alsedia maklum ada cabutan bertuah ..aku dapat rasakan semuanya gembira...sbb semua dapat hanya rezeki besar dan kecil saja..bbq ni juga cam majlis perpisahan untuk aku so dapatlaaa hadiah lain eheh ..nak tahu ke sssshhh biarlaa rahsia ..aku akan ingat diorang semua sebagai satu kenangan terindah buatku!!
so pada 17 sept lak aku sambung ngan telematch..ringkasnya its so fun and enjoyable..!aku betul2 menikmati saat ni..!lagi satu kenangan yang terindah!so korang tgklaa picture yang aku bagi so nilaikan laah sebuah senyuman dari setiap wajah dipaparkan.!!
selepas lunch semuanya bertolak balik ke rumah masing-masing! ..satu ungkapan buat semua !
besttt sangat..sekali lagi ianya kenangan yang teramat indah!!
aku kiranya minggu-minggu terakhir kat negeri pahang kerana selepas ini aku akan kembali menjejakkan kaki ke kota metropolitan yang penuh ngan liku yang berduri dan ranjau kehidupan yang panasnya takkan ke petang dan mendungnya takkan ke malam..!! aku dah bulatkan tekad, semoga dealova yang aku cari, harapnya kenangan terindah yang menjelma dengan yang teristimewa!..
Thursday, September 14, 2006
sekadar renungan!dan ingatan buat AKU !!
Sayangilah IBU!!
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkan mu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
dah banyak yang aku tulis pasal pengorbanan seorang ibu..dan aku tahu dan sedar sebanyak mana pun aku coretkan..pengorbanan seorang insan yang bernama bonda, mama, ummi, mek, mak dan apa jua panggilan korang takkan ada penghujungnya..dari nafas pertama dihembuskan sehinggalah nafas terakhir seorang ibu hembus takkan ada penghujung dan nilai yang boleh diberikan.!dan aku sedar insan bernama MEK yang aku sayang adalah insan penuh ketabahan dan dia tak pernah meletakkan nilai kepada sebuah pengorbanan..dan aku percaya semua ibu korang yang diluar sana adalah sama..kerana insan bernama ibu teramat MULIA disisiNya!
Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat ibu reez ..semoga ibunya sihat dan dipanjang usia!dan takziah juga buat reez kerana kehilangan kawan sepejabat..al-fatihah buat arwah abg Di..semoga rohnya dicucuri rahmat!...
buat kat kasih ..semoga kesihatan dirimu bertambah baik..adik-adik kak yg ada doakan semoga kak cepat sembuh dan blh main futsal lagi heeh..jangan lupa makan ubat!!
coretan aku pada minggu takda apa sangat just pada 16 & 17 september ni aku ada family day kat Awana Kijal Kemaman! 2 hari 1 malam..dan aku setakat ni persediaan almost 80% cuma ada sikit saja hal tak selesai..dari segi hadiah, hamper yang kena arrange..insya allah kalau takda apa2 halangan ke sana aku dan semua staff yang ada.!!thanks atas semua sumbangan yang diberikan oleh client dan juga sumbangan peribadi yang diperolehi dan membolehkan kitaorg melaksanakan family di tempat yang kira cam eksklusif gak.!!
aku pun sekarang ni duk menghitung hari pada sapa yang tahu..sure dah tahu aku menanti hari terakhir aku kat kuantan pahang ni!..semakin lama aku kat sini ..makin banyak konflik aku dengan boss aku ..rasanya nak tumbuk saja ..entahla ni darah muda aku merasakan cam tu..kerenah dia macam2 ..sampai ke saat ni aku masih ada pertimbangan!!
wokehlaa nanti bila balik dari family day bagi pic yg ada buat tatapan bersama!
Tuesday, September 05, 2006
Di LeMMa
Dalam dilemma..
Ahhh kenapalaa dalam kehidupan yang perlu aku jalani ni menempuh sebuah dilemma yang melibatkan orang yang aku sayang…dan insane yang pernah membuatkan hidup aku penuh sengsara..sini aku nak berkongsi dengan korang semua sebuah dilemma yang dihadapi oleh kakak aku kat kampong..
cam ni citer dia ..dalam 1 bulan yang lepas sebenarnya bertimpa-timpa peristiwa yang aku alami sebenarnya melibatkan orang-orang yang aku sayang.!
first pasal hal yang berlaku kepada mak tiri aku ni sebenarnya dilemma yg dihadapi oleh kakak aku dan aku letakkan situasi aku pada kakak aku sekarang..alkisahnya mak tiri aku ni jatuh pokok rambutan dan masa dia jatuh tu takda sapa2 kat umah ayah aku ke masjid solat asar , adik perempuan aku masa tu dok asrama, dan adik lelaki aku nu entah laa aku tak tahu dah apa nak jadi ngan dia..korang bayangkan dia jatuh masa tu takda sapa2 kat umah mujurlaa sebelah ptg tu adik aku dia balik dari asrama tgk mak dia terlentang sorang2 bawah pokok rambutan dan takda sapa2 yang tolong ..adik aku call mak aku cakap yg mak dia jatuh..kau tahulaa kan kalau bab ni..mak aku just call kakak aku bagitahu mak tiri dia jatuh pokok ni bergegas la kakak aku pi hantar hospital kat kuala krai ..ok settlelakan mak tiri aku kiranya kena tahan kat hospital dan ada beberapa tulang yg patah..alaa korang bayangkan mak tiri aku ni dah 50an umur dia dan tahulaa cam mana keadaannya..!!walaupun aku bukan anak darah daging dia aku tetap ada rasa susah hati..!!
sebuah dilemma bermula apabila hari berikutnya kakak aku ni bawalaa mak tiri aku jumpa bomoh urut patah ni kat satu kawasan kg so cam dia take care laa ngan mak tiri aku ni..benda ni happen sbb ayah aku ni entah laa aku sendiri no idea dia jenis yg tak hirau keadaan bini dia aku tak tahulaa bapa aku ni..!!so kakak aku bawa;aa mak tiri ni berubat then korang tahu apa jadi ??? tragis juga bagi aku dan aku dah rasa cam susah hati sangat dan kesian dengan apa yang kakak aku hadapi..korang nak tahu apa jadi..nak tahu?? Gini mak aku yang duduk kat umah sebenarnya terasa kecil hati dengan perhatian ngan kakak aku berikan pada mak tiri aku ni dan terjadilaa peristiwa mak aku cakap cam ni..
“puak mu ni jaga mak su mu serupo jago mak sendiri..aku ni mu tak jago gitu pun”
dan buatkan lebih tragis mek aku titiskan air mata..aku pun tak sangka benda cam ni can happen kat kampung..yelaa rupanya mek aku dah kecil hati dengan perhatian yang kakak berikan pada mak tiri ..so bila mek dah luahkan rasa hati dia kakak aku dah berhenti terus tolong hantar mak tiri aku pi berubat dan lepaskan tanggungjawab tu pada ayah dan anak dia laa kan.!!so aku nak tahulaa apa korang akan rasa pada tahap dan keadaan yang dialami oleh kakak aku ni..begitu susah dilemma yang dihadapi dan aku kalau ditempatnya juga susah nak cakap .yelaah di sebelah kanan mak kandung yang melahirkan dan membesarkan kitaorang semua dan disebelah kiri seorang insane yang hadir dalam hidup kitaorang sebagai insane yang merampas seorang ayah dari kita orang semua..tp kitaorg tak pernah di ajar oleh mek membenci mak tiri..tp dilemma ni begitu pedih..cam mana ada jalan penyelesaian ke?aku harapkan sebuah pandangan dari korang semua..please help me my dear friend!!
Itu adalah satu peristiwa dalam bulan lepas terjadi dalam keluarga aku ..dan sebuah lagi tulisan sebuah kesedihan dan kemarahan yang terbuku dalam dada aku..korang percaya ke pada sihir, ilmu hitam,buatan orang??bagi aku yang dah banyak kali menyaksikan bukti kehadiran benda ni dalam hidup aku..yang menyebabkan kemarahan aku meletup pada masa ni adalah bercerita tentang arwah kawan aku..cam ni laa citernya arwah ni seorang perempuan , kawan baik aku masa di kampong dialaa kawan aku bersekolah bersama-sama , menyusuri landasan keretapi bersama-sama ke sekolah , menaiki bas yang sama ke sekolah dan berlari dipetang bermain bersama-sama di kampung..dipendekkan cerita arwah ni setahun lebih tua dari aku ..dia tamatkan persekolahan hanya SPM dan merantau ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur..!!mencari sesuap nasi dan rezeki kepada keluarganya..kat kampung takda yang hidup senang…samaa ngan aku..dan ketika aku menjejakkan kaki ke menara gading arwah meneruskan penghidupan di shah alam .bekerja di sana..dan bila aku tamatkan pengajian dan mula menjadi seorang yang berkerjaya ..aku mendapat pengkhabaran dari kakak aku mengatakan arwah ni kena penyakit ganjil..so masa hari raya aku melawat dia..alhamdulillah kat kampung arwah dah sembuh dan daripada apa yang aku dibagitahu oleh mak arwah yang arwah ni kena ‘buatan orang @sihir “ alkisahnya sebab arwah menolak cinta seorang lelaki..!so habislaa kisah ni kena sihir bab pertama ..so arwah tak lagi ke shah alam ..arwah duduk saja di kampung dan bertemu jodoh dengan pemuda kampung sebelah dan selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac 2006..sebuah ikatan dan sebuah masjid dibina.!!alhamdulillah.!
Tapi panas berpanjangan yang diimpikan rupanya hujan ditengah jalan..pada malam selepas akad nikah selesai..arwah pitam dan tak sedarkan diri..keesokan harinya arwah dah tak tahu sapa diri dia dan hilang ingatan..jadi cam kosong saja dalam jiwa dan perasaan dia.!arwah dah tak kenal orang-orang disekeliling.!bermula lagi sebuah episode kedukaan dalam hidup arwah.!dari saat itu;aa arwah hidup seperti tunggul dalam sebuah perkahwinan yang dibina..aku tak tahula pasal tanggungjawab arwah seorang isteri tetapi dari apa yang aku tahu arwah mengalami penyiksaan dan maki hamun dari suami yang sepatutnya memahami keadaan isteri..!sehingga laa saat arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang amat tragis dan menyedihkan..pada malam 20 Ogos 2006, arwah dihantar balik ke umah mak dia , ni kampung aku laa ..umah dia adalah bersebelahan landasan keretapi..!kira2 jam 8 malam cam tu laa keretapi dari tumpat ke kuala Lumpur telah melalui landasan tuu.dan korang sure dah mengagakkan apa yang terjadi..betulaaa kalau apa korang fikirkan tu arwah pergi meninggalkan kami semua sekampung dengan cara yang tak disangka..arwah mati dilanggar keretapi..dulu landasan keretapi yang menjadi taman permainan telah bertukar menjadi landasan maut dan kubur buat arwah..korang bayangkan cam mana keadaan badan arwahkan,,..masa kakak aku call bagitahu arwah dah tiada meninggal dunia dilangagr keretapi aku dah rasa seram sejuk dan terbayangkan yang hancur semua bahagian badan arwah..tp ini semua disangka tak berlaku..korang nak tahu inilah kuasa Yang Maha Esa..arwah cukup sifat semua ada ..hanya mengalami kecederaan dimuka saja.!innanalillah dan al-fatihah buat arwah yang bernama Siti Rokiah Binti Mamat..aku doakan arwah bahagia di sana..kerana aku tahu hidup arwah dah tak bahagia..disebabkan perbuatan manusia yang takda perasaan dan pegangan agama.!!
Kalau korang nak tahu..pada malam perkahwinan arwah sekali lagi kena “buatan orang @ sihir” ..kenapala manusia ni tak boleh nak tengok kebahagian orang.aku begitu geram dengan manusia yang lakukan begini pada kawan aku..aku doakan orang yang menganiaya kawan aku ni takkan tenang hidupnya..!!sekali lagi alfatihah pada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.!!
Demikian peristiwa yang berlaku dan memberikan kesan dalam kehidupan aku pada 1 bulan yang lepas.kesan yang amat mendalam dan tika saat ni aku masih teringatkan arwah..!arwah kawan yang amat baik, mengaji al-quran bersama…berhari raya bersama..arrggh tahun ni aku sendiri tanpamu Teman..!!!!