AkhIrNya hari keluarga yang selama ni aku rancangan dengan officemate telahpun berjalan dengan lancar.syukur pertama sekali padaNya yang memberikan keizinan untuk aku melaksanakan hari keluarga cawangan kuantan 2006 untuk kali yang terakhir buat aku!walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan dari segi kewangan, tempat yang dipilih dan juga ada segelintir ahli kelab sukan yang tidak mempercayai aku..dan akhirnya aku dah buktikan pada dia yang aku blh jalankan dan pikul tanggungjawab ni..
pada 16 dan 17 september 2006..tarikh ni adalah merupakan hari keluarga bagi ahli kelab sukan sme bank cawangan kuantan..dan aku sebagai presiden kelab sukan bertanggungjawab melaksanakan semuanya ..bermula dengan kutipan wang dan juga hamper aku dengan sokongan semua berjaya mengumpul almost R13K dan 52 hamper! setakat ni kira inilah majlis paling besar di adakan oleh kelab sukan cawangan!aku memegang jawatan ni tak sampai pun 6 bulan dan aku mampu laksanakan beberapa aktiviti termasuk hari keluarga ini..
so berbalik pada family day ni..pada 16 sept 06 bersamaan 23 syaaban 1427 hijriah semua bergerak ke awana menaiki kenderaan masing-masing..janji jumpa jam 12.30 untuk makan tengahari kat awana..so dah sampai sana check in ..aku bagi masa semua berehat dan jam 4.30 pm ada telematch tapi disebabkan cuaca tak elok ..dengan hujan renyai-renyai aki decide hanya main beach volleyball ngan beach soccer untuk orang dewasa saja .yang wanita dan kanak2 buat aktiviti bebas..!
so dah penat game..malam ada bbq dan korang tahulaa kan alsedia maklum ada cabutan bertuah ..aku dapat rasakan semuanya gembira...sbb semua dapat hanya rezeki besar dan kecil saja..bbq ni juga cam majlis perpisahan untuk aku so dapatlaaa hadiah lain eheh ..nak tahu ke sssshhh biarlaa rahsia ..aku akan ingat diorang semua sebagai satu kenangan terindah buatku!!
so pada 17 sept lak aku sambung ngan telematch..ringkasnya its so fun and enjoyable..!aku betul2 menikmati saat ni..!lagi satu kenangan yang terindah!so korang tgklaa picture yang aku bagi so nilaikan laah sebuah senyuman dari setiap wajah dipaparkan.!!
selepas lunch semuanya bertolak balik ke rumah masing-masing! ..satu ungkapan buat semua !
besttt sangat..sekali lagi ianya kenangan yang teramat indah!!
aku kiranya minggu-minggu terakhir kat negeri pahang kerana selepas ini aku akan kembali menjejakkan kaki ke kota metropolitan yang penuh ngan liku yang berduri dan ranjau kehidupan yang panasnya takkan ke petang dan mendungnya takkan ke malam..!! aku dah bulatkan tekad, semoga dealova yang aku cari, harapnya kenangan terindah yang menjelma dengan yang teristimewa!..
4 Comments:
Aren't you proud of yourself? You did it buddy :)
tggl kn la kenangan terindah 2 bersama teman yg lama agar mereka sentiasa mengingati adi...
dan bina la kenangan terindah yg baru bersama teman yg akan dtg agar mereka sentiasa menghargai adi...
Tahniah....
BR,
Dealova
Madi, well congrats for the success of organizing such fun events!.. all it took were courages & commitments to make it happens yeah.. infact, that`s part of the Event Management stuffs you`re into so at least u`ve got some of the hints to be one of it hehe..
Dun wanna comments much since we`ve been talking abt the stuffs quite few times not long ago i guess.. Once again, "TAHNIAH!"
Wslm!
- Q Smoker!
FRI 22 Sept 2006 0200 hrs
Post a Comment
<< Home