Wednesday, June 28, 2006

Hari semakin mengejar aku , masa sering menghampiri aku yang dan tiap tika ini menanti saja aku berkata-kata ..bukan nak bermadah pujangga bukan nak bermain ngan kata-kata tapi nilaa hakikat aku yang kadang-kadang mat jiwang gak..kalau ikutkan kawan aku kat sekolah dulu kiranya aku ni mat bunga eehhh..kira oklaa jugakan..

Aku saja nak mulakan coretan ni dengan sesuatu yang indah semoga keindahan ini sentiasa akan menghampiri hidup aku..minggu lepas merupakan hari yang cukup juga memenatkan aku..dari segi mental aku dah tak kuat nak hadapi tugasan yang semakin mengejar aku

Sengsara yang melanda jiwa tak da siapa yang tahu hanya senyuman yang diukir menyembunyikan segalanya..tetapi manusia tetap manusia sekuat mana setabah mana hatinya tetap akan tergugat jua dengan rintangan dan halangan yang sering melanda..itu laaa manusia namanya..kegagalan dalam hidup kemusnahan di depan mata kesakitan yang di alami membuatkan diri ni lemah dalam menghadapi begitu banyak dugaan ! namun kelemahan dan kegagalan bukanlah halangan tapi peluang untuk memajukan diri..

Wokehlaa celoteh lak aku ni,..nampaknya dah nak hampiri bulan Julai aku masih ada banyak benda yang nak kena fikirkan..coretan bulan jun ni kiranya rezeki gak bagi aku sebabnya benda yang aku nantikan sekian lama dapat gak akhirnya eeh korang nak tahu ke menda yang aku dapat tu …sabar ek nantila bagi suspen sikit baru citer orait..ahah kalau nak tahu dah tak sabar ek ..sebenarnya aku baru dapat increment 1st alhamdulillah dah lama sangat aku tunggu almost 6 bulan sbb aku dah keja hampir 1 tahun 6 bulan dan secara logiknya aku sepatutnya dapat awal bulan januari 06 dan disebabkan bank aku ni merge so aku ngan officemate yang lain kena tanggunglak akibatnya kena tunggu lama..kadang-kadang aku dah putus asa cam segala kerja yang kita buat selama ni takda yang appreciate susah betulkan makan gaji ni..increment ni takdala besar sgt tapi ok la daripada takda langsung betul tak? So dengan duit yang ada nila juga aku dah banyak rancang dalam kepala ni .eheh biasalaa manusia ni kan kalau ada duit lebih sikit macam-macam yang nak dibeli emm termasuk laa aku..

Dalam kepala ni dah rancak fikir dan akhirnya dengan duit yang ada aku beli satu set raket badminton harga RM199.00 dengan pakej ni aku dapat raket, grip, kasut serta beg !so aku rasa berbaloi dah lama juga aku fikir dan seharian last week aku ke pertama kompleks survey harga raket yang ada..bukan kat kuantan takda tapi dah alang-alang aku ke kl last week so cari jelaa..dan berbaloi dengan apa yang aku dapat dan yang paling penting kepuasan diri dalam perolehi raket sendiri setelah raket lama patah( raket yang patah sebenarnya milik kawan aku pinjam jah dan aku baru minta maaf ngan dia pasal raket dan ada rezeki aku kena ganti gak sbb itu hak milik orangkan..buat kawan aku ni yang baru kembali bertugas dan baru habiskan masa bersama ngan orang yang tersayang,.eheh nanti aku cuba gantikan.)ehhe kalau kau baca blog aku ni kan ..sorry beb pokik dok sengaja ghairah sangat main badminton ! jadi hasrat pertama aku dah tercapai akhirnya ..habis satu !

Ni setan dah mula mainkan peranan ngan nafsu membuak aku tak leh nak tengok ada duit banyak ni ehhe .ni laa manusia cam pokcik ni tak tahan godaan dugaan bila ada duit lebih sikit.dan masa tu gak ada sale kat sogo apalagi pokcik menjalankan tugas yang ada dengan membeli sepasang persalinaan kerja kira cam oraitlaa baju ngan seluar kerja dah lama sangat aku tak beli apa2 rasanya dah hampir satu tahun aku tak beli pakaian kerja baru jadi hasrat kedua dah tercapai..apa lagi ek kalau ikutkan nafsu satu sogo au nak borong ahhaa cam laa banyak sangat duit laa adalaa seciput ni..

Habis hari pertama ponat ni berjalan ngan kawan aku kat sogo ngan pertama dah dapat balikllaa lepak umah jah tgk bola lak pulok musim dia dah ni kan ..malam tu aku berjaga sampai jam 5 lbh habis game argentina vs mexico best siot! Keesoakan harinya pada hari ahad kawan aku ajak pi tgk Japan GT kat sepang ..korang tahukan kalau benda yang tak minat free ke paksa cam mana pun aku tak perginya so aku sms office mate aku yang dok kat hq ajak dia kuar..laaa rupanya pagi ahad dia ada kat opis so aku lepak jelaa kat opis hq kat jalan sultan ismail ngan dia jelaa ..tengok jelaa kawan aku ni buat keja..lunch ngan kuar ngan dia ke plaza low yatt cari antivirus ngan game apa lagi aku beli Command & Conquer Generals kata jurujual yang paling baru kira latest laa ni balik umah ada masalh nak install tak leh sbb aku tak jumpa cd key dia eheh minta tolong pak sapa yang tahu bagitahu pokik cam mana nak install..tima kasih deh! Tu jelaa hari ahad , balik opis semula petang sikit aku lepak klcc jalan2 window shopping jah takda menda sangat nak beli barang pun dah overbudget ni ..tahu jelaa kan !tengok aje kawe..malam tu aku balik ke kuantan dan sampai almost 12.30 malam ..

Dan satu jelaa yang rasa tak sampai hajat ke kl ..aku nak jumpa brother Joe ngan Wife dari singapore tapi kita hanya merancang dan Tuhan akan tentukan..masa sabtu aku sms Bro. Joe ada berita sedih pakcik dia kembali ke rahmatullah al-fatihah buat arwah ! dan takda kesempatan lagi dan benda yang tak diduga takpaa insya allah buat Bro joe dan familah takziah dan akan bertemu jua akhirnya! Al fatihah buat arwah sekali lagi!


Hari isnin keja cam biasa dan malam menjelang tak sabar nak guna raket baru ehh puas rasanya sampai jam 1 pagi aku main badminton..selasa semalam tak turun sebab semua nak tengok bola brasil vs Ghana..ni masih perancangan next week aku mungkin akan balik kampung ada office mate aku perempuan pun orang kelate so senang aku nanti nak balik maybe 7 ,8 & 9 Julai aku balik Kuala Krai kampung halaman jumpa mek dan anak-anak buah!insya allah kalau takda aral melintang dan dimurahkan rezeki nanti..


Just nak tahu sesiapa yang baca blog !cam mana ngan cadangan aku nak buat kelab rekreasi kita semua arrange aktiviti yang patut..pokcik masih menunggu jawapan.setakat ni dah ada Meow, akuadk,joe & wife,Lan, dan beberapa orang lagi yang pokcik tak ingat nanti pokcik update !

Sebelum pokcik tutup mata .nak tidola ni just ada benda nak kongsi bersama ..buat renungan pokcik dan kawan-kawan semua.kalau korang rasakan diri korang lemah semangat atau tidak menghargai diri ..ingatlah!

Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi korang dan setiap malam ada seseorang yang mengingati korang sebelum dia tidur! Dan ingatlah juga Kenangilah segala pujian yang korang terima ,lupakan segala maki hamun cacian dan celaan! Arios…




4 Comments:

At 3:55 pm, Blogger ontahsapo said...

canggih blog mung ni...hehhehe sesajer jalan2.... kawe sokong german ni....dak pung portugal..heheheh

 
At 2:18 am, Blogger syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

salam, blog yang sungguh menarik!

 
At 4:31 am, Anonymous Anonymous said...

Hi Madi ic so dh dapek raket baru kire ok arr so xdeler kliau2 mcm kucing nk beranak lagik hehehe...PEACE! So long tak bukak rupanya dh update blog.. Sowey bngt xleh nk join as per my msg tuh..Masuk after my last onshift, keje keje almost 3mggu str8 so keje ot almost 1wk gak sbb nk support keje2 shutdown kt my worksite nih... Nih td tertdo awal sket jam 3 plus dh t`bangun tuh yg terus terjaga skrg bukak tenet terus sbb tingat kt Madi sbb dh lama xbukak blog nih... Then bukak gak td ur previous posting comment box & ternmpk nama NZ kt situ, penah email Novelist nih, he`s a gud guy & tak lokek share abt himself sket2 at least.. he`s a very gud writer & suke cara dier put words into his e-Novel. Drpd situ dpt tahu bapak dier dh meninggal, so i dh email kt NZ & ucapkan salam takziah sama.. So mggu depan Madi dh balik kg, smoga slmt dlm spnjg perjlnn nnt ok... Insyaallah ada rezki di lain kesempatan yea Madi. Hrp dh kebah fever masa u baca my komen nih kt ur opis... Selamat pagi & slmt kembali bertugas, semoga ceria & cemerlang di pagi senin.. I kene gi keje nnt, 0715 nnt dh kene kuau umah n cam biase balik ptg nnt... ok dh pnjg sgt nih melalut aka merepek hehe... Pagi, Smekom & Wslm!
- Q Smoker!

 
At 9:31 pm, Blogger Reez said...

Kehidupan seorang insan memang penuh pancaroba... Adakala kita berada diatas, kadang2 di bawah.. Lumrah hidup yang sentiasa berputar; tiada penghujungnya...

Memang payah bila diingat kembali sejarah silam yang menjadi lipatan dalam kehidupan kita sekarang.. Sedikit sebanyak, kita dibesarkan dengan seribu satu keadaan yang berliku liku; membuatkan kita lebih kuat dan tegar... Justeru, ape daya kita sekarang? Hanya mampu mengenang kembali.. Malah, kita sendiri boleh memilih untuk mengenang nasib lama atau terus melangkah tanpa menoleh kebelakang...

Alhamdulillah... Tercapai jua hasrat hang memiliki yang dihajati! Syukur pada yang Maha Esa kerana telah memakbulkan doa hang...

Eloklah macam tu... Dah ada raket baru, semoga ianya dapat menyuntik semangat hang untuk terus bermain.. Haa.. lepas nie, jangan sampai patah lak raket tu.. Kang, tak pasal2 kene turun KL lagi cari raket baru...

Amboiii... shopping sakan! Tak apalah, asalkan hang puas hati... Cuma next time, beringat sikit... Belanja, belanja gak... Tapi jangan sampai overspent ! Bahaya tuh...

Turun KL, kenape x keluar dengan kengkawan KL yang lain? Ape, semua telah menghilangkan diri ke??? Ke hang tak alert dia orang?

Nanti balik kampung, jalan bebaik.. Kirim salam kat famili hang esp. mek hang...

Ermm... memang benar.. Tapi hang jangan lupa, kita seharusnya mengingatiNya sebelum tidur juga.. Kerana DIA lah segala galanya untuk kita..

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • KelAb iNSANsEnI...
  • YanG TErsAyaNg
  • JaDUal BaRu
  • AlOr StaR
  • NiLai PerSaHabTan
  • Mek.
  • bola sepak.
  • masih ada!!
  • kisah benar
  • aku kembali


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box