Tuesday, May 16, 2006
Mek.


Ibu(MEK)

Aku titipkan sebuah kata khas buat mu ibu
Kau dilahirkan pada tanggal 22 November 1945
Lantas kau diberikan sebuah nama yang indah Raja Yah Binti Haji Raja Omar’
Seorang puteri sulung yang dilahirkan memeriahkan sebuah ikatan keluaga nenek dan datuk
Kehadiran ibu menyambung zuriat mereka..

ibu dibesarkan dalam penuh dugaan dan cabaran
Masih kukuh terpahat saat ibu menceritakan betapa kehidupan di saat itu begitu sukar selepas tanah melayu dijajahi jepun , ibu hanya makan ubi kayu sebagai pengalas perut dan air kosong sudah menjadi kebiasaan..garam dan gula adalah asam biasa buat ibu..

aku pun tidak tahu bagaimana akan aku hadapi saat itu jika aku dilahirkan sezaman ngan ibu..
aku mengerti hidup ibu tak pernah senang..dalam kamus kehidupan ibu yang dah menjangkau 61 tahun ibu blm pernah merasai erti kesenangan yang sebenarnya…

Ibu
membesar dengan penuh ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup yang tak pernah putus badai yang melanda..ibu kau tak pernah mendapat pendidikan walaupun sekolah rendah ..kau tidak tahu membaca apatah lagi menulis ..ibu sebagai anak sulung kau menggalas bebanan dengan menjaga adik2 yang lain.disinilah aku dapat lihat ketegasan ibu dalam mendidik kami adalah kerana ibu adalah pemimpin dalam keluarga..ibu telah kehilangan ayah dalam usia yang masih belasan tahun dan ibu adalah anak yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas seorang kakak kepada adik-adiknya!

Ibu
di usia belasan tahun juga kau telah bergelar isteri kepada insan bernama Ku Din bin Ku Salim kau dijodohkan dengan insan yang kau tak pernah jumpa dan juga tak pernah kenal..kau dijadikan isteri kepada orang asing dalam hidup kau..kau tak seperti pasangan muda mudi kini yang bercinta sakan tp akhirnya ke mana cinta yang dicari maruah diri yang hilang entah ke mana..Ibu kaulaa pujaan hati aku takkan ada insan lain yang dapat menawan hati aku walaupun secantik bidari sehalus kulit secerah menyinar mata ini ..tapi kau tetap jua terpahat kukuh disanubari..

Ibu
Hasil perkongsian hidup dengan ‘Ku” Mek kau melahirkan 5 putera dan 4 puteri tetapi 2 telah menemui penciptaNya yang hakiki…tapi kau tetap tabah membesarkan kami semua tanpa insan yang sepatutnya menjaga mu sehingga akhir hayat. “ku” tinggalkan mek dengan kami semuanya mencari kebahagiannya sendiri dengan perempuan lain..kami semua terabai tapi mek tak biarkan kami terus hayut di arus kemiskinan..kami tidak dibiarkan hidup melarat tidak menjadi meminta sedekah untuk membesarkan kami..mek kau sungguh tabah mek ambil tugasan seorang ayah dan juga ibu kepada kami ..

Mek
jasamu tak ternilai dengan wang ringgit, emas berlian dan juga kekayaan dunia..
ketabahan mu membesar 7 orang anak tanpa suami di sisi sungguh aku kagumi ..kau tak pernah mengeluh dengan nasib yang menimpa, kau tak pernah merintih apakan lagi menitiskan air mata disaat sukar dan susah..kau tabah mek kaulaa insan istimewa kurniaanNya pada kami semua..kami semua bertuah mempunyai mek kecekalan mek membesarkan kami menjadi insan yang berguna pada keluarga amat kami sanjungi..

Mek

walaupun bukan kesenangan yang kau berikan pada kami, tapi kami bersyukur kerana kami lahir dan membesar sebagai anak yang sempurna walaupun tanpa ada insan bernama ayah di sisi..mek kau laa segalanya buat kami semua..mek di usia mu menjangkau 61 tahun kau masih memerah kudrat yang ada ..membuat kerja..sedangkan mek sepatutnya di usia sebegini menghabiskan masa menambahkan iman dan tumpukan pada diri sendiri..itulaaa mek yang tak pernah pandai duduk diam ..mek I LOVE U..

takda apa yang dapat aku berikan sempena hari ibu sebab kita pun tak pernah tahu apa erti semua ini , ada yang menyambut dengan meriah..ada yang memberikan hadiah buat ibu tersayang..pada kami semua adik beradik tak pernah tahu apa itu hari ibu dan bila kah semuanya hari ibu sbb hari-hari yang berlalu pada kami adalah seperti hari yang biasa tiada yang istimewa ..tp buat mek ..madi minta maaf takda hadiah yang dapat diberikan hanya secebis doa semoga mek sihat sentiasa..dan kesihatan mek ini memberikan kami kekuatan untuk terus menghadapi hari yang mendatang..mek tiada siapa dapat menggantikan tempatmu..kau laaaa segalanya!Mek




18 Comments:

At 1:43 pm, Anonymous Anonymous said...

.. apa lah jiwang sangat ... lelaki kalau jiwang sangat sama mcm pompuan .. kalau tak pun naluri mcm pompuan ... !!

 
At 2:27 pm, Blogger Asmadi said...

naluri manusia ni tak sama ngan sesiapa pun tak kira lelaki ke perempuan ..tahu tak lelaki yang gagah perkasa pun punya jiwa yang lembut dan penyayang..tak kisah sapa yg beri komen thanks juga tp ingatlaa manusia tu adalah ciptaan tuhan yang unik ..lelaki ke perempuan!jiwanya adalah berbeza!

 
At 3:05 pm, Blogger Aku said...

kalau macam pompuan tu apa? bapok?

anyway, sayang ibu sepatut nya hari hari.Bukan terbatas semasa hari ibu sahaja.

take care

 
At 4:06 pm, Blogger DBI said...

madi..dah ucapkan i love u tu pada ibu...kekadang ucapan lebih bagus drpd geraklaku...

 
At 8:08 pm, Anonymous Anonymous said...

kenapa entry nieh pun nak di jadikan issue ek? sudah sudah laa nak dengki ngan kehidupan org... jaga lah hidup sendiri dr sibuk duk jaga tepi kain org lain...

nway nice entry madi... my mom is my dad too.. cam ur mom gaks.. ibu tunggal... moga ibu kite di beri kebahagiaan dr NYA.. amin

 
At 8:22 pm, Blogger Asmadi said...

entah honey ..kenapa ada saja yang tak senang ngan apa yang pokcik tulis!salah ke jiwang ni??

 
At 8:42 pm, Anonymous Anonymous said...

ihiks.. tu laaa tak salah kan nakmeluah kan appreciation kat mom ngan ayat ayat camtueh... sukerr!!

 
At 12:40 am, Blogger Iz said...

people are so judgmental. blm kenal siapa itu Madi, dah kata jiwang lah, naluri lah...ish ish ish.
let him be whatever he wants to be. He is such a good friend - that's what really matters.

 
At 8:42 am, Blogger Asmadi said...

thanks semua kerana bagi sokongan ..ada saja manusia yang tak senang ngan apa kita lakukan padahal takda pun ganggu hidup dia!

 
At 11:29 pm, Blogger husni said...

hi madi,
thanx for visiting my blog, and yes...you are welcome anytime to kedaimakan and gemarimba gallery whenever u in kl. ajak ross sekali :-)

 
At 2:59 am, Anonymous Anonymous said...

saya pun mengkagumi ibu mu dan anak2 beliau yg turut tabah. syabas!

 
At 4:33 pm, Blogger saiff budiman said...

Madi ,

Ermm nice , really enjoy when i read , tiba2 ingat kat mak ermmm ..anyway madi just ingore orang yang mcm tu , u nak jiwang ker apa ker , bukan dia yang bg duit or makan kat u madi , just do whatever u nak buat okay ..

Biasalah madi , hidup tanpa tomohan n cacian adalah lumrah , nak nak sbangsa ngan kita , just tabah okay ...

 
At 4:46 pm, Blogger Asmadi said...

Thanks Saif..insya alalh pokcik tabahkan hati..dah banyak pokcik lalui maki dan keji ni dah selalu dari kecil hingga dewasa/..

manusia tak pernah puas!

 
At 4:06 am, Anonymous Anonymous said...

Really terharu bace coretan madi pasal mek tuh, bersaboler beb,, setiap ibu akan lebih bhg melihat anak2 dibwh jagaannya membesar menjadi insan yg berguna... kite dh xde both parents so rasa terkilan gak sbb xsempat nak coretkan aper2 pasal ibu nih, btw hope ure gonna be strong as usual since ure the main support of ur beloved family now madi... Kisah2 pahit nan lalu jadikan shj sebagai teladan hidup,,, but pls, listen to my advise madi, watever bad memories ure hvg, continue to berdoa, me too as well here that one day, ur dad gonna accepts his mistake & patch things up at least for the sake of ur other siblings there..Jgn benci dier madi! Setiap ketentuan Illahi ader hikmah tersembunyi dimana kite makhluk Nya yg lemah lagi daif ini cuma mampu melihat secara luaran shj... pe2 sampaikan salam kt mek & yg lain2 kt kg.. all the best 2u madi! Bye n Wslm!
- Q smoker!

 
At 9:21 am, Blogger Asmadi said...

To JOE, Q Smoker, dan Nazri
thankslaa semua atas sokongan yang korang semua berikan...
Pokcik rasa bahagia ada kawan yang sentiasa bagi sokongan..!

 
At 11:20 pm, Blogger Reez said...

"Duhai apakah gerangan budi balasan...
Bagi insan melahirkan, membesarkan..

Bercucuran airmata bila mengenangkan...
Betapakah besar budi ibunda berikan...
Siang malam, menderita hingga entah bila...
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan...

Tiada bahagia jika tiada doa puja restu...
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu..."

Lagu yang banyak memberi makna kepada den.. Alhamdulillah hang menyayangi mak hang dan meletakkan dia ditempat yang paling tinggi sekali selepas yang Maha Esa.. Den takkan putus berdoa semoga hang sekeluarga gembira dan bahagia..

Jagalah mek hang baik2.. She deserves your attention.. Memang kadangkala kita berkecil hati dengan orang tua, tapi sampai bila? Dialah yang membawa kita kedunia ini... Dia juga telah memberikan segala galanya kepada kita... Tanpa sungutan dan rungutan... Ape lagi yang kita mahu?

Madi, kita tidak perlu memberikan hadiah kepada orang tua kita.. Sampai mane sangat hadiah dapat bertahan? Apa yang hang lakukan cukup besar dan bermakna... Jangan lupa tanggungjawab hang walau dimana hang berada!

Seperti yang lain, den rasa berbangga dengan apa yang dah lakukan... Balaslah budi mek hang sebanyak dan sebaik mungkin...

Jaga diri...

Assalamualaikum..

 
At 3:44 pm, Anonymous Anonymous said...

...Siapalh yang tak sayang Ibu , mak , Mek , mama Atau apa saje panggilan .. sebagai anak memang kita sayang .. tapi sayang kita tu ... tak perlu dipaparkan atau di beritahu pada orang lain. Kecuali awak nak berkongsi pengalaman .. tu lainlah .. dan kepada yang lain2 tu .. nape emosional sangat ? Ini pandangan ikhlas ... Kasih & Sayang sebenarnya pahat kan dalam hati dan luah kan didepan Ibu kita .. dan bukannya luah kepada kawan2 ... sekadar tulis buat sedap mata memandang nak buat ape ? .... Kasih sejati kepada Ibu kita .. dgn berdoa kesejahteraan beliau setiap hari without fail .. manusia boleh menilai .. keikhlasan dan kepura-puraan seseorang ., tetapi tidak bermaksud pada awak ...

 
At 5:28 pm, Anonymous Anonymous said...

bagusnye ko..1st time aku jumpa lelaki yang punya jiwa yg berbeza dgn lelaki yang lain..yg lain tu..konon diaorang macho laa..bagi aku diaorang tak macho langsung! cehh..teruskan usaha ko..caiyo!

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • bola sepak.
  • masih ada!!
  • kisah benar
  • aku kembali
  • Cuti panjang
  • Pesta air!
  • sorang-sorang
  • bdminton
  • rehat
  • kembali II


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box