Kisah Benar...
Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru kearah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkanbungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuktangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejutkerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentangtarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya merekaterlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanyasaya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenishadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargaipemberian dan ingatan mereka. "Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkanterima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipigebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih. "Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah.
Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kataanak kecil itu bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa,cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buatcikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidakmahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka.Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusahpayah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orangsenang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencaridaun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasabersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan diatidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah d! uit yang ada itudigunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikanbaju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dekpeluh.Saya gembira mendidik murid seperti Mariam.
Biarpun ibu Mariam sudah lamameninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinyamenyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiappagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya,berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, ditengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam.Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi danbalik. Begitulah setiap hari.Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali inidatang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam.Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Gurutahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, ! pagi itu saya berdiri dihadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datangmenghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorangbapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu sayabenar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargaioleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.
Dari halaman, saya lihatMariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgnsenyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgnkeadaan tubuh yg bermandikan peluh.Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa."Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan cikgudah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusaprambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam. "Takapa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariammeletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip begsekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari."Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Sayalihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaikmenghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya."Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan. Matanyamembulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anakmurid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan."Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yangbulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalumenyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebaksebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya.Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya."Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkusdengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya li! ncah sambil sebiji demisebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawakawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanyamerenung saya dengan pandangan yang cukup sayu."Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihatsaya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atasmeja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya."Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacanya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapatsaya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masihbermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itumembawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Sayakucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih sayabisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terimakasih, ya," ucap saya lagi. Anak k! ecil itu mengangguk. "Tengok, Mariampun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambiltersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kenabungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yangmasih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya. "Takapa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama.
Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hatidan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapatitis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi.Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersihitu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yangbergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang denganperasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapihadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh dansenyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itusambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasamenelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasihMariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dancikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.
aku saja nak kongsi cerita ngan korang semua sempena ngan hari guru yang bakal menjelma pada 16 Mei ni..banyak jasa guru-guru yang takkan aku balas sampai ke hujung dan akhir hayat aku..!terima kasih cikgu ..nantilaa ada harinya sampai aku buat citer ek ni hanya selingan penuh penghayatan sebuah drama berselang seli pengajaran dan iktibar!
17 Comments:
dulu guru dipandang tinggi tanpi sekarang dah kurang. tanpa guru dari manalah datangnya ilmu. pensyarah saya pernah berkata, hormatlah guru seperti mana anda menghormati ilmu
Madi's back! keep writing..
cherriberi , reza dan iz
jasa guru takkan hilang..anak2 muda skrg dah kurang nak hargai guru kalau den dulu kena rotan biasa jah sbb den tahu tu rotan nak mengajar kita jadi manusia !
iz ..insya allah den akan menulis selagi ada sokongan dari korang semua!
abg madi,
xnakla kena rotan cam dulu. tak siap homework roatn 2okali. dahlah matematik setiap hari soalan dia lebih 50...mane mampu
wow, interface baru.
menarik
sgt tersentuh ngan cerita nieh... penah jd cikgu sandaran masa tunggu nak sambung blaja dulu... walaupun diorang masih kecil.. tp byk memberikan kesan yg mendalam di hati saya... waktu saya nak tinggal kan mereka.. berbagai jenis hadiah saya terima... n yg paling sedih.. ucapan terakhir saya di sambut dgn sedu sedan tangisan pelajar pelajar saya... hanya tuhan yg tahu perasaan hiba saya waktu tu...
oklah crita ni..
aku ni guru gak..
tapi kdg2 melayan budak2 tua,,,
lagi baik kalu students tu budak2 lagikan,,,
hati mereka masih....bersangka baik ngan guru,,,,
saya menangis => itu saja komen dari saya
nice story. sayang kat sumer cikgu yang pernah didik aku. salute kat sume cikgu kat mesia.
nazri78, plagarism??? or just coincident?..... or madi just copy and paste from Mastika? what a shame then.... Madi, where is your originality?
Whatever! Most importantly the morale of the story! Madi, when ru gonna post the new one! Remember u everyday fren!
- ur skype Q!
hi ..
thanks atas cadangan komen semua..for me citer ni bukan den yang tulis..citer ni memang betul 1 of my friend yang kirim dan rasanya tak menjadi kesalahan berkongsi sesuatu yang baik..jadi bergantunglaa pada sapa yang membaca dan tanggapan masing2/..susah nak puaskan hati semua orang!
DO I care where Madi got this article??Itu tak penting. Tapi yang penting, article ini dapat dikongsi bersama dan dapat kita mempelajari dari apa yang tercoret.
Aku sendiri tak rasa di tipu dengan coretan Madi ini. Keep itu up Madi.
Joe
I really don't understand some people who always commented about originality of certain entry.. What?? Are we producing books or articles here?
To me, is not a big issue... Doesn't matter whether the entry or rather posting that we've made is original or just a 'copy paste' stories as long it is suitable for reading, why not ??? After all this is all about BLOGGING.. I repeat... BLOGGING !
Bloggers are FREE to write or post anything in their blog.. There is no restriction on this especially for those entry which gives us useful knowledge or information..
Agree with Joe ! Keep it up Madi..
buat Joe dan Reez thank you for ur understanding ..
apa saja yg kita post kat sini adalah nak berkongsi ngan sama bloggers kan..so sapa yang blh terima thanks dan sapa yg rasa cam kena tipu ke menda belajarlaa menerima dengan seadanya!
Assmkm,dalam membelek-belek jari terhenti di blog ini, terpaku melihat wajah tua MEK yang cukup berseri,bagai terasa angin lembut dari celah-celah dinding kayu rumah kampung...dan tak terbendung kelopak menahan titis air mata yang tersentuh dengan keikhlasan merungkap nilai GURU dari perspektif pemikiran yang berbeda.Bagi saya yang sudah tidak mempunyai insan untuk memanggil MEK,gambar yang dipapar cukup untuk mengimbau segala kenangan yang ada...maaf saya menangis lagi dan jika diizinkan ingin saya jadikan blog ini sebagai tempat kunjungan...
Sekali baca teringin kat cikgu kolah aku....rindu kat cikgu ngan kekawan...aku tapik spring kat kau...caya eh....
Post a Comment
<< Home