Tuesday, September 05, 2006
Di LeMMa

Dalam dilemma..

Ahhh kenapalaa dalam kehidupan yang perlu aku jalani ni menempuh sebuah dilemma yang melibatkan orang yang aku sayang…dan insane yang pernah membuatkan hidup aku penuh sengsara..sini aku nak berkongsi dengan korang semua sebuah dilemma yang dihadapi oleh kakak aku kat kampong..

cam ni citer dia ..dalam 1 bulan yang lepas sebenarnya bertimpa-timpa peristiwa yang aku alami sebenarnya melibatkan orang-orang yang aku sayang.!
first pasal hal yang berlaku kepada mak tiri aku ni sebenarnya dilemma yg dihadapi oleh kakak aku dan aku letakkan situasi aku pada kakak aku sekarang..alkisahnya mak tiri aku ni jatuh pokok rambutan dan masa dia jatuh tu takda sapa2 kat umah ayah aku ke masjid solat asar , adik perempuan aku masa tu dok asrama, dan adik lelaki aku nu entah laa aku tak tahu dah apa nak jadi ngan dia..korang bayangkan dia jatuh masa tu takda sapa2 kat umah mujurlaa sebelah ptg tu adik aku dia balik dari asrama tgk mak dia terlentang sorang2 bawah pokok rambutan dan takda sapa2 yang tolong ..adik aku call mak aku cakap yg mak dia jatuh..kau tahulaa kan kalau bab ni..mak aku just call kakak aku bagitahu mak tiri dia jatuh pokok ni bergegas la kakak aku pi hantar hospital kat kuala krai ..ok settlelakan mak tiri aku kiranya kena tahan kat hospital dan ada beberapa tulang yg patah..alaa korang bayangkan mak tiri aku ni dah 50an umur dia dan tahulaa cam mana keadaannya..!!walaupun aku bukan anak darah daging dia aku tetap ada rasa susah hati..!!

sebuah dilemma bermula apabila hari berikutnya kakak aku ni bawalaa mak tiri aku jumpa bomoh urut patah ni kat satu kawasan kg so cam dia take care laa ngan mak tiri aku ni..benda ni happen sbb ayah aku ni entah laa aku sendiri no idea dia jenis yg tak hirau keadaan bini dia aku tak tahulaa bapa aku ni..!!so kakak aku bawa;aa mak tiri ni berubat then korang tahu apa jadi ??? tragis juga bagi aku dan aku dah rasa cam susah hati sangat dan kesian dengan apa yang kakak aku hadapi..korang nak tahu apa jadi..nak tahu?? Gini mak aku yang duduk kat umah sebenarnya terasa kecil hati dengan perhatian ngan kakak aku berikan pada mak tiri aku ni dan terjadilaa peristiwa mak aku cakap cam ni..

“puak mu ni jaga mak su mu serupo jago mak sendiri..aku ni mu tak jago gitu pun”

dan buatkan lebih tragis mek aku titiskan air mata..aku pun tak sangka benda cam ni can happen kat kampung..yelaa rupanya mek aku dah kecil hati dengan perhatian yang kakak berikan pada mak tiri ..so bila mek dah luahkan rasa hati dia kakak aku dah berhenti terus tolong hantar mak tiri aku pi berubat dan lepaskan tanggungjawab tu pada ayah dan anak dia laa kan.!!so aku nak tahulaa apa korang akan rasa pada tahap dan keadaan yang dialami oleh kakak aku ni..begitu susah dilemma yang dihadapi dan aku kalau ditempatnya juga susah nak cakap .yelaah di sebelah kanan mak kandung yang melahirkan dan membesarkan kitaorang semua dan disebelah kiri seorang insane yang hadir dalam hidup kitaorang sebagai insane yang merampas seorang ayah dari kita orang semua..tp kitaorg tak pernah di ajar oleh mek membenci mak tiri..tp dilemma ni begitu pedih..cam mana ada jalan penyelesaian ke?aku harapkan sebuah pandangan dari korang semua..please help me my dear friend!!

Itu adalah satu peristiwa dalam bulan lepas terjadi dalam keluarga aku ..dan sebuah lagi tulisan sebuah kesedihan dan kemarahan yang terbuku dalam dada aku..korang percaya ke pada sihir, ilmu hitam,buatan orang??bagi aku yang dah banyak kali menyaksikan bukti kehadiran benda ni dalam hidup aku..yang menyebabkan kemarahan aku meletup pada masa ni adalah bercerita tentang arwah kawan aku..cam ni laa citernya arwah ni seorang perempuan , kawan baik aku masa di kampong dialaa kawan aku bersekolah bersama-sama , menyusuri landasan keretapi bersama-sama ke sekolah , menaiki bas yang sama ke sekolah dan berlari dipetang bermain bersama-sama di kampung..dipendekkan cerita arwah ni setahun lebih tua dari aku ..dia tamatkan persekolahan hanya SPM dan merantau ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur..!!mencari sesuap nasi dan rezeki kepada keluarganya..kat kampung takda yang hidup senang…samaa ngan aku..dan ketika aku menjejakkan kaki ke menara gading arwah meneruskan penghidupan di shah alam .bekerja di sana..dan bila aku tamatkan pengajian dan mula menjadi seorang yang berkerjaya ..aku mendapat pengkhabaran dari kakak aku mengatakan arwah ni kena penyakit ganjil..so masa hari raya aku melawat dia..alhamdulillah kat kampung arwah dah sembuh dan daripada apa yang aku dibagitahu oleh mak arwah yang arwah ni kena ‘buatan orang @sihir “ alkisahnya sebab arwah menolak cinta seorang lelaki..!so habislaa kisah ni kena sihir bab pertama ..so arwah tak lagi ke shah alam ..arwah duduk saja di kampung dan bertemu jodoh dengan pemuda kampung sebelah dan selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac 2006..sebuah ikatan dan sebuah masjid dibina.!!alhamdulillah.!

Tapi panas berpanjangan yang diimpikan rupanya hujan ditengah jalan..pada malam selepas akad nikah selesai..arwah pitam dan tak sedarkan diri..keesokan harinya arwah dah tak tahu sapa diri dia dan hilang ingatan..jadi cam kosong saja dalam jiwa dan perasaan dia.!arwah dah tak kenal orang-orang disekeliling.!bermula lagi sebuah episode kedukaan dalam hidup arwah.!dari saat itu;aa arwah hidup seperti tunggul dalam sebuah perkahwinan yang dibina..aku tak tahula pasal tanggungjawab arwah seorang isteri tetapi dari apa yang aku tahu arwah mengalami penyiksaan dan maki hamun dari suami yang sepatutnya memahami keadaan isteri..!sehingga laa saat arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang amat tragis dan menyedihkan..pada malam 20 Ogos 2006, arwah dihantar balik ke umah mak dia , ni kampung aku laa ..umah dia adalah bersebelahan landasan keretapi..!kira2 jam 8 malam cam tu laa keretapi dari tumpat ke kuala Lumpur telah melalui landasan tuu.dan korang sure dah mengagakkan apa yang terjadi..betulaaa kalau apa korang fikirkan tu arwah pergi meninggalkan kami semua sekampung dengan cara yang tak disangka..arwah mati dilanggar keretapi..dulu landasan keretapi yang menjadi taman permainan telah bertukar menjadi landasan maut dan kubur buat arwah..korang bayangkan cam mana keadaan badan arwahkan,,..masa kakak aku call bagitahu arwah dah tiada meninggal dunia dilangagr keretapi aku dah rasa seram sejuk dan terbayangkan yang hancur semua bahagian badan arwah..tp ini semua disangka tak berlaku..korang nak tahu inilah kuasa Yang Maha Esa..arwah cukup sifat semua ada ..hanya mengalami kecederaan dimuka saja.!innanalillah dan al-fatihah buat arwah yang bernama Siti Rokiah Binti Mamat..aku doakan arwah bahagia di sana..kerana aku tahu hidup arwah dah tak bahagia..disebabkan perbuatan manusia yang takda perasaan dan pegangan agama.!!

Kalau korang nak tahu..pada malam perkahwinan arwah sekali lagi kena “buatan orang @ sihir” ..kenapala manusia ni tak boleh nak tengok kebahagian orang.aku begitu geram dengan manusia yang lakukan begini pada kawan aku..aku doakan orang yang menganiaya kawan aku ni takkan tenang hidupnya..!!sekali lagi alfatihah pada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.!!

Demikian peristiwa yang berlaku dan memberikan kesan dalam kehidupan aku pada 1 bulan yang lepas.kesan yang amat mendalam dan tika saat ni aku masih teringatkan arwah..!arwah kawan yang amat baik, mengaji al-quran bersama…berhari raya bersama..arrggh tahun ni aku sendiri tanpamu Teman..!!!!

10 Comments:

At 8:27 pm, Anonymous Anonymous said...

Hmm... kelu lidah hamba mendengarkan kan dilemma demo. I have been in many situations caught in between. Walaupun saya tidak beribu tiri, orang rumah saya dan kengkawan saya ramai yang mempunyai dua ibu... dan saya, me being me, akan terperangkap dalam situasi bila ibu tiri berbaik dengan saya. Hati masing-masing perlu di jaga. Memanglah, Mak (mak mertua saya) tak pernah mengajar saya memusuhi "aunty" tapi akan nampak di raut muka Mak kepedihan walaupun tersenyum, bila di sebut pasal "aunty" ... langkah seterus nya terpulang pada budi bicara masing masing. Nasihat tak berani di beri Madi... kerana saya di ajar "setitik air mata ibu keluar... tidak akan bau pintu syurga selagi ibu tidak mengampuni dosa kita" Hence, it is easier said than done... susah memberi pandangan melalui ruang yang limited ini. Banyak yang perlu di ambil kira sebelum pandangan seperti ini di bentang. Bukan sesenang belajar ABC di bentang sesuka hati.

Bagi teman demo Allahyarham Siti Rokiah, hamba ber do’a semoga beliau berada di sisi roh roh orang yang beriman. Sihir dan ilmu hitam memang ujud di mana mana di Malaysia ini selagi manusia cetek pemikiran. Kita hanya boleh berdo'a agar diri masing masing tidak di aniayai dan di zalimi... kerana ianya tidak akan berlaku tanpa izin Illahi. Hanya Allah dapat membalas mereka yang menganiayai orang sebegini. Kita yang hidup ni, beringat ingat lah.

Salams...

 
At 3:28 am, Anonymous Anonymous said...

ur mom jeles jer tuh.. hati mak mana yang tak terluka kalo kasih sayang anak seolah2 terpaksa dikongsi.. i think, ur sis patutnyer berterus terang ngan mak u, bgtau yang apa yang dia buat kat mak tiri tuh sekadar menghulurkan bantuan and kasih sayang dia sebagai anak, tetap kat mak u.. kalo dia terus stop from helping ur step mom, mesti ur step mom lak yang akan terasa lepas nie.. better kakak u still tolong mak tiri u tuh and at the same time make ur mom clear on why she tolong ur step mom.
communicate is actually very important to make things clear.
pasal ilmu hitam sumer bagai nie.. i percaya jer and mintak sesangat dijauhkan menda2 camnie..
kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berusaha and bertawakal.. aper yang terjadi pasti ader hikmahnya.

 
At 3:10 pm, Blogger AJai Zaidie said...

Kadang kadang kita tak terfikir apa yang Ader dalam pemikiran seseorang tuh!

Kadang kadang juga kita tak teragak yang orang orang itu sanggup melakukan apa apa saja demi tuntutan nafsu sehingga sanggup menganiaya orang lain.

alfatihah untuK arwah Rokiah...

 
At 10:28 pm, Blogger Joey said...

hmmm...aku tak tau nak kata apa......cuma yelah kengkadang bila kita mempunyai famili mcm ni kan...sudah tentula dilema itu tetap ada...anyway..just think positive...and move on...................

 
At 8:53 am, Anonymous Anonymous said...

Terserlah keserabutan fikiran u bila baca entry ni. Well, just pray for the best. Sometimes we tried to please everyone but the we forget to please ourselves.

 
At 4:56 pm, Anonymous Anonymous said...

adi... ingat la walau cuma mak tiri taraf nya ttp sama cam mak kandung gak.... bg la layanan sebaik mungkin... jagala ati dan perasaan mek dan ak tiri sebaik mungkin dik....

idup mmg byk ujian dan dugaan,k krn selagi Allah syg kn kita, selagi 2 la dugaan di trnkn pd kita syg...

yg penting byk berdoa dan bersabar.. mesti ada hikmah disebalik dugaan nie dik...

 
At 3:36 am, Anonymous Anonymous said...

Madi,
Just gotta be strong to confront all those facts of life especially those involving the feeling of elderly women. Try not to take sides. Of course it`s eazier to say than done. Whatever, i pray for the happiness & well-being of your 2 moms there. Gud luck yeah!
- Wslm!
- Q Smoker!
- Sun 17 Sept

 
At 9:59 am, Anonymous Anonymous said...

macam-macam kan. takut dibuatnya. kemaafan dendam yang terindah... kena banyak sabor kan.

 
At 2:14 pm, Blogger Mr K said...

time kecik2,
orang dewasa cakap budak2 jangan masuk campur dalam hal orang dewasa tapi bila dah dewasa, susah nak buat keputusan sendiri bila melibatkan hal2 dahulu. bak kata orang, kalau buat ada orang terasa dan kalau tak buat ada orang lain yang akan mengata

dugaan dalam kehidupan yang somehow akan mendewasakan kita semua

 
At 2:19 pm, Blogger Mr K said...

agak menakutkan pasal ilmu hitam ini. cuma terkilan kenapa ilmu hitam tidak diubati kalau sudah tahu dikenakan ilmu hitam.apa daya sudah takdir cuma kena belajar dari apa yang berlaku. moga2 arwah ditempatkan dikalangan baik...soleh(?)

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Perubahan !!
  • KawAn
  • SeriBu sAtu MalAM
  • EntaHLaaaa..CabaRaN
  • kembali selamat ..!
  • BaLIk KaMpUnG..TeraMat RindU..
  • WaJaH KeSayanGaN
  • Hari semakin mengejar aku , masa sering menghampir...
  • KelAb iNSANsEnI...
  • YanG TErsAyaNg


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box