Thursday, September 14, 2006
sekadar renungan!dan ingatan buat AKU !!


Sayangilah IBU!!
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkan mu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
dah banyak yang aku tulis pasal pengorbanan seorang ibu..dan aku tahu dan sedar sebanyak mana pun aku coretkan..pengorbanan seorang insan yang bernama bonda, mama, ummi, mek, mak dan apa jua panggilan korang takkan ada penghujungnya..dari nafas pertama dihembuskan sehinggalah nafas terakhir seorang ibu hembus takkan ada penghujung dan nilai yang boleh diberikan.!dan aku sedar insan bernama MEK yang aku sayang adalah insan penuh ketabahan dan dia tak pernah meletakkan nilai kepada sebuah pengorbanan..dan aku percaya semua ibu korang yang diluar sana adalah sama..kerana insan bernama ibu teramat MULIA disisiNya!
Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat ibu reez ..semoga ibunya sihat dan dipanjang usia!dan takziah juga buat reez kerana kehilangan kawan sepejabat..al-fatihah buat arwah abg Di..semoga rohnya dicucuri rahmat!...
buat kat kasih ..semoga kesihatan dirimu bertambah baik..adik-adik kak yg ada doakan semoga kak cepat sembuh dan blh main futsal lagi heeh..jangan lupa makan ubat!!
coretan aku pada minggu takda apa sangat just pada 16 & 17 september ni aku ada family day kat Awana Kijal Kemaman! 2 hari 1 malam..dan aku setakat ni persediaan almost 80% cuma ada sikit saja hal tak selesai..dari segi hadiah, hamper yang kena arrange..insya allah kalau takda apa2 halangan ke sana aku dan semua staff yang ada.!!thanks atas semua sumbangan yang diberikan oleh client dan juga sumbangan peribadi yang diperolehi dan membolehkan kitaorg melaksanakan family di tempat yang kira cam eksklusif gak.!!
aku pun sekarang ni duk menghitung hari pada sapa yang tahu..sure dah tahu aku menanti hari terakhir aku kat kuantan pahang ni!..semakin lama aku kat sini ..makin banyak konflik aku dengan boss aku ..rasanya nak tumbuk saja ..entahla ni darah muda aku merasakan cam tu..kerenah dia macam2 ..sampai ke saat ni aku masih ada pertimbangan!!
wokehlaa nanti bila balik dari family day bagi pic yg ada buat tatapan bersama!
p/s :pic kat atas tu aku ambil kat http://yusrii.fotopages.com !thanks !

6 Comments:

At 3:25 pm, Blogger mizie912 said...

Salam.. Madi.. Sebagai seorang Islam, Allah menuntut kita supaya bersabar dan tahu berterima kasih... Saya tahu yang saya tidak layak untuk memberi nasihat tapi mungkin ini boleh jadi peringatan pada kite semua...
Ibu yang kita ada hanya satu,
tanpa had atau batasan tenaga, ibu itulah orang yang pertama sedia berkorban untuk kita...
tapi kadang-kadang kita selalu lupa untuk berterima kasih dan tanpa kita sedar ibu kita telah melelehkan air mata... Kita tahu??? jarang sekali untuk kita ambil tahu, kerana apa yang biasa kita buat hanya buat tak tahu...
Sedih kan?...
Jadi berterima kasihlah kepada ibu atas segalanya...

Kasih Ibu membawa ke syurga...

:: Forever in Allah Love...::

 
At 5:53 pm, Anonymous Anonymous said...

sometimes we always take her as granted. She has been forgoten when we have someone specials in our life. Like me, when i have been dumped by a guy, just realised my mother still have tears to cry with me. To cheer me up and said it is ok. I love you mak.

 
At 10:38 am, Anonymous Anonymous said...

kasih ibu membawa ke syurga....

pd anak lelaki - andai telah beristeri tanggung jawap pada ibu masih kuat....

pd anak pompuan - bl dh kawen mmg syurga isteri adalah suami, tp ibu juga tdk bole dilupakan...

krn perjanjian perkawenan suami isteri cuma smtr selagi jodoh, tp ikatan antara ibun dan anak membawa ke mati....

jgn la sekali2 menderhaka pada ibu... krn syg ibu membawa ke syurga, syg nya ayah hgg ke mati....

layan dan penuhi la segala kemampuan mereka selagi ada, krn bl smp masa mereka tlh dijemput pulang masa 2 tiada guna lg tuk kita meratapi nya....

biar jd anak yg miskin harta dunia, tp jd lah anak yg kaya harta akhirat.... amin....

 
At 10:44 am, Anonymous Anonymous said...

makacih gak krn mendoakan akak... ingat akak sentiasa ada gan adi dan reez walau lam apa keadaan skali pun....

krn kedua2 nya adalah adik akak... yg akak syg dunia akhirat.... take care...

 
At 3:21 am, Anonymous Anonymous said...

Hi Madi,
Sorry lama tak visit ur blog, so arinie terbukak plak nk ckodeng2 blog member2 ... Js one comment from me, "Kasih ibu tiada duanya!".
- Q Smoker!
-Sun,17 Sept

 
At 12:33 am, Blogger Orlando Bloom said...

Uwaaaa...sedeynya..pakcik teringat ibu pakcik yang meninggal seminggu lepas raya, terlalu ramai yang terkilan dengan pemergiannya termasuk pakcik, kakak pakcik, jiran pakcik.. kita rasa tak penting nak buat sesuatu yang baik untuk ibu kita dan kita rasa penting sesangat hanya setelah pemergiannya..Ibu ampunkanlah anak-anakmu..tapi apakan daya, semuanya dah terlambat

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Di LeMMa
  • Perubahan !!
  • KawAn
  • SeriBu sAtu MalAM
  • EntaHLaaaa..CabaRaN
  • kembali selamat ..!
  • BaLIk KaMpUnG..TeraMat RindU..
  • WaJaH KeSayanGaN
  • Hari semakin mengejar aku , masa sering menghampir...
  • KelAb iNSANsEnI...


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box