Friday, December 02, 2005
20 madah cinta























alam percintaan merupakan alam yang pasti dilalui oleh hampir setiap insan.keasyikan berada dalam alam percintaan membuatkan kita hanya menumpukan kpd sesuatu yang indah dan baik sahaja. kita mahukan perasaan cinta itu lahir tanpa sebarang gangguan. tetapi cinta akan terganggu apabila hanya menurutkan kata nafsu. cinta tersangat indah kepada sesiapa yang betul2 memahaminya dan ikhlas menikmatinya. buktinya hayatilah 20 madah tentang cinta yang aku cari ni buat panduan kat korang semua...20 madah bercinta cewaaaahhh

1. usah kerana cinta korang semua tertewas di medan perjuangan dan jangan biarkan falsafah hidup lenyap kerana cinta..eheh korang ni bercinta sakan jgn lupa lak prinsip diri eheh tergadai diri dan body kerana cinta...kerana cinta tak semestinya berakhir dengan ikatan ....

2. kesetiaan mengukuhkan cinta , kecurangan menghancurkan segala keindahan cinta. sesebuah ikatan perhubungan akan terlerai jika cinta tidak lagi bersama. betulkan dalam cinat ni perlukan kesetiaan dan jgan sesekali curang pada pasangan korang semua..eheh jgn dok pandai main kayu 3 ke kayu empat ke eheh berkayu yg korang main ..hancuss nanti cinta

3. cintailah seseorang kerana ketulusan hatinya, siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. usah membangkitkan kisah silam sekiranya kamu mencintai setulus hati..emem ada kebenaran juga yelaa korang kalau bercinta dah bongkar semua kisah silam dia buatkan diapun tak selesa gakkan so seharusnya korang cintakan pasangan tu sebab dirinya pada masa skrg bukan yang telah lps..tp jadikan yang lps sebagai panduan dan pengalaman sahaja..betul ke ni???

4. apabila kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mengingati dan mendoakan kesejahteraannya walaupun dia tidak disisi kita...bagusllaa doa tu akan selalu bersama insan yang kita cintai walaupun dimana dia berada didoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia!!

5.cinta yang suci luhur bukan berlandaskan nafsu semata-mata. dengarlah bisikan hati kerana hanya hati yang dapat menilai erti cinta sejati..

6. usahlah mengelak diri dari cinta apabila ia muncul di dalam hidup mu kerana suatu hari nanti korang pasti akan teringat kembali dan menyesalinya ...pernah ke aku alami dulu mencinti ngan setulus hati tp tak pernah dihargai :(

7.berhati-hatilah dengan cinta kerana ia boleh membuatkan hidup korang jadi tak keruan ..cam orang gila laaa...yang gemuk jadi kurus, yang sihat menjadi sakit, yang kaya menjadi miskin sekiranya cinta suci disambut oleh pendurjana cinta...

8. janganlah mengharapkan orang yang korang cintai menjadi pasangan yang diimpikan. biarlah dia menjadi dirinya sendiri dan jika tidak korang akan hanya mencintai biasan diri sendiri yang korang cipta di dalam dirinya..maknya jgn korang paksa orang yang dicintai jadi boneka ikut telunjuk korang saja biarkan dia bebas menjadi diri sendiri ..

9. cinta akan hadir di dalam setiap insan dan perasaan itu akan membuatkan diri manusia mengenal erti kasih sayang. namun cinta yang diterima berbeza. apabila cinta hadir kepada pendusta cinta maka cinta itu akan musnah.tetapi cinta yang hadir dari mereka yang jujur makan akan suburlah ikatan cinta itu ....bermakna bagi aku kepada dia....!!!

10. siapa kata cinta itu buta kerana cinta itu tidak bermata ???tetapi cinta akan buta apabila korang membutakannya tanpa ada pertimbangan yang waras sehhh/...waras kamu

11.sekali kamu menerima cinta jagalah ia sebaiknya agar terus mekar tanpa layu dipenghujungnya.....insya allah di jaga hubungan cinta ini..kalau ada yg sudi :)

12.pepatah perancis ada mengatakan tiada cinta yang wujud tanpa perasaan cemburu ..emmm betulkan buat apa kita cintakan seseorang kalau kita tak cemburu dia ke mana dengan sapa kuar cemburu tu tandanya sayang okehhhh

13.perkatan cinta amat sukar dihuraikan melalui kata2 tetapi boleh dirasai dengan segala kenyataan ketika bercinta!!!

14.usahlah korang impikan sebuah cinta jika korang tidak pernah berusaha mencarinya ..ahah kadang2 cinta datang juga tanpa undangan kan :)

15. percayalah gitu cam lagu ct lak ..cinta yang hanya memuaskan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa...

16. cinta menjadikan korang terus bersemangat untuk hidup kerana cinta adalah rangsangan indah di dalam kehidupan.

17. hamka pernah mengungkapkan bahawa kehidupan ini umpama bunga maka cinta adalah madunya.

18. mahatma gandhi pernah mengatakan cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta juga membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. di mana ada cinta di situ ada kehidupan manakala kebencian membawa kemusnahan.

19.hamka mengatakan cinta bukan mengajar korang menjadi lemah tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat!!!!

20. kadang kala korang tidak pernah menghargai orang yang dicintai setulus hati sehinggalah suatu hari dia hilang dalam hidup korang. usahlah disesali kerana pemergiannya adalah kerana sikap kamu sendiri..:( beringatlah sebelum korang kehilangannya jaga laa cintanya dengan setulus hati semurni kasih embun pagi..bila dia dah pergi jangan menyesali kerana itulaaa kesilapan korang jarang menghargai semasa dia ada di depan mata!!!

emm susah bila berbicara pasal cinta kan ..memang akan ada pihak yang kecewa sengsara kerana penangan cintakan...sakit, pedih bila kita didusta pasal cinta...aku minggu ni kiranya buat sinopsis seminggu laa ..sbb takda banyak yang terjadi sangat sebenarnya ..kita mulakan dengan 28 Nov 05 isnin just ada roadshow sme bank kat vistana hotel + ngan open house bank sekali laa ..ok selasa, rabu khamis dan hari ni jumaat secara senang citer takda apa2 yang berlaku masa kat opis dan balik umah saje..then semalam khamis hantar kawan aku nak ke bangkok bercuti katanya...oklaa cam kering jah idea ni .....cau cin cauuuu..eheh sebenarnya ada peristiwa bersejarah berlaku tapi ni kira jadi kenangan dan panduan berguna buat aku mengenal erti sahabat kawan dan teman serta cinta !!!!!
gambar kat atas tu kawasan kampung aku memang bersebelahan dengan landasan keretapi so pagi2 subuh dah dengar jeritan keretapi ni yang gerak kitaorang bangun nak soalt subuh ngan siap ke sekolah ..aku gunakan landasan ni sebagai jalan utama....cauuu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • pantun kasih
  • tak tahu
  • hilang tension ...!!!! lawak sikit
  • bahagia
  • hadiah
  • apa ek..
  • persahabatan!!!
  • MASA
  • malam ..lewat
  • kereta


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box