Wednesday, January 25, 2006
masih samar!!!




Ketika insan lain dibuai oleh perasaan gembira aku sebaliknya terpaksa merasai perasaan duka , bukan apa kerana aku menjadi saksi segala kekejaman dunia pada aku dan seluruh keluarga aku…aku ingin mencari sinar keadilan dan menyalakan obor keberanaian dalam menempuh dugaan dan membuktikan bahawa aku dan keluarga aku takkan selamanya begini…bermula episode luka kembali..aku telah menjadi seorang budak yang pendiam dan suka menyendiri…aku tak punya kawan sebaya yang ramai tak punya teman bicara kerana aku lebih senang menyendiri..tahap kepercayaan aku terhadap manusia bernama ayah telah pudar.


bagi aku mak aku adalah ayah dan dia juga ibu pengubat di kala suka..dan duka.!!!selepas peristiwa perit yang menghiris perasaan itu sebenarnya aku menerima kembali kakak aku yang diserahkan pada makcik aku yang berada di penang ada sebecis kegembiraan kerana aku tak pernah melihat wajahnya seumur aku..di kala umur menjangkau 7 tahun aku menerima kembali kakak yang bagi aku dulu hanyalah sebuah khayalan dan aku tak pernah menaruh harapan akan bertemu dia kembali..rupa-rupanya episode luka juga yang diterjemahkan oleh kakak ke 2 aku..aku seperti tidak percaya kenapa masih jalan cerita yang sama mengapa kami yang harus menghadapinya..di sepanjang kakak aku di jaga oleh makcik aku dia juga diperlakukan seperti orang gaji pendidikan entah ke mana sebaliknya mentari cerah yang diharapkan bertukar mendung penuh gelap.yang turun hanyalah siraman air mata kesedihan..baru aku tahu kakak aku pulang sebab dia juga sudah tidak tahan dengan semua yang di hadapi..aku diusia 7 tahun memang belum mengerti apa-apa tapi satu saja yang aku faham penderitaan telah bermula tiada penghujungnya…

Kakak aku telah menceritakan episode lukanya cam mana dia dilayan seperti orang gaji “ harapkan pagar, pagar makan padi’ ini lah perumpamaan yang sebaiknya aku berikan dalam menggambarkan keadaan sebenar dia..makcik aku yang diharapkan agar dapat memberikan secebis bahagia rupanya memberikan mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupan kakak aku..apa lagi yang boleh aku kata..semua telah tersurat..tp hakikat ni..susah utk aku terima..di kejauhan perantauan kakak aku..rupanya dijadikan ‘hamba” manusia yang tak pernah menganggap dia seperti darah daging sendiri..sungguh aku tak sangka begini perihal manusia..”merayu nakkan kakak aku ,sebab takda anak tp bila dah dapat cam ni pula balasannya”
Bagi makcik aku sekeluarga kalau aku blh menuturkan kata-kata di masa itu akan aku ucapkan begini “ makcik: kalau cam ni lah layanan pada kakak aku lupakan tali persaudaraan yang ada jangan nak tambah lagi duka dalam hidup kami semua” ingat tuhan tu maha Adil “


Aku tahu bunyinya cam kurang ajar tapi entahlaaa..aku takda kekuatan nak meluahkan pada mereka..aidilfitri tidak pernah aku sambut bersama ngan kakak aku..sepanjang usia aku yang dah menjangkau 27 tahun ni hanya 2 kali dapat merayakan aidilfitri bersama!! Selepas mengetahui segalannya ibu aku tak benarkan lagi kakak aku ke sana dan dia tinggal ngan mak dan aku sekeluarga di kampong..tak lama dia bersama..kakak aku membawa diri ke kota metropolitan pada masa itu untuk mencari rezeki bagi membantu mak membesarkan kami sekeluarga!!! Perjalanan penderitaan kakak aku tak berhenti begitu saje…rupanya masih ada kesakitan perit yang perlu tempuhi..langkah kanan yang diharapkan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagian buatnya..kota KL yang diimpikan sebuah syurga rupanya ada khayalan semata-mata tanpa ada pendidikan di mana nak cari rezeki sekadar menjadi gadis kilang..inilaa hakikat bagi yang tidak berupaya,,aku tak nafikan bukan nak berbangga tp kalau diikutkan blh dikatakan ahli keluarga kami adalah di antara golongan yang bijak dalam pelajaran tapi apa nak dah dikata semuanya dah tersurat kemiskinan telah menghentikan sebuah pelayaran yang disinari mentari pagi tapi rupanya ribut taufan yang melanda dilambung ombak gila mengganas di lautan yang tak pernah ketemu mana hujungnya….sekejap saje persinggahan akhirnya dia karam juga..tak tahan dengan kehidupan di sana ..kakak aku kembali ke kampong menjadi gadis pingitan menyambung tradisi yang ada menjadi penoreh getah..apa kan daya inilah yang termampu dilakukan cam mana org sekeliling tak pandang hina pada kami..tradisi yang gemilang rupanya tak da ke mana ..arah tujunya kacau bilau , matlamatnya terpesong dek kerana sengsaranya menanggung sebuah penderitaan…dipendekkan cerita pasal kakak aku ni..dia akhirnya dipertemukan dengan jejaka dari kampung lain..secara ringkasnya dia ditunangkan..entah apa yang terjadi aku pun tak tahu ..hubungan yang diharapkan ke jinjang pelamin akhirnya musnah entah di mana silapnya..aku hanya berserah padaNya…akhirnya aku kehilangan kakak aku semula dia membawa diri sekali lagi ke kota besar KL mencari haluan sendiri.entah ke mana haluannya aku sendiri pun tidak tahu..!!semuanya hilang dalam sekelip mata!! Dia mendiamkan diri membawa haluan sendiri di kota besar yang sedia menunggu mangsanya!!akhirnya sepucuk surat yang dilayangkan..ku harapkan sebuah berita gembira yang bakal memberikan sinar..tapi suratnya adalah menjelaskan kakak aku telah bertemu jejaka idamannya.tanpa ada ayah disisi dan kami menjadi saksi kakak aku berkahwin dengan lelaki yang diharapkan dapat merubah nasib hidupnya..tp itulah hanya sebuah mimpi yang tak mungkin menjadi reality..rupanya kakak aku menjadi hamba dalam rumahtangga sendiri diperlukan seperti orang asing..dia pula menjadi mangsa kemalasan seorang suami..kenapa ?kenapa?mengapa nasib malang berterusan!!aku dah semakin tidak mengerti apa yang telah berlaku sebenarnya!!AKU Akhiri kisah malang kakak aku , aku tak nak lagi mengingatinya sebab itu sebuah kisah duka..dia akhirnya dia hidup bersama lelaki pilihannya bersama 5 orang anak!!selesai kisah dia ..sudah !!

Kisah silam ini tiada penyudahnya ..tiada kata penghujung aku tahu dan sedar kisah silam inilah yang membina diri aku..menjadikan aku insane sensitiv …yang senang menitiskan air mata..menjadi manusia yang tak tahu apa itu nilai kemanisan disayang!setelah semua kenangan ini berlalu aku semakin tabah melangkah semakin berani berlari menyentuh awan biru mengapai bintang dilangit menyeru pada angin biarlah kisah ini berlalu pergi bersama nilai nostalgia yang tak mungkin ada gantinya!!!

Di kala aku sedang berehat kat umah di saat ini , tiba2..kisah lama terutus kembali..bukan apa kerinduan aku pada mereka semua sudah tidak tertahan ..Ya Allah Aku rindu pada mereka..hari ni bersama 24 januari 2006, 24 zulhijjah 1416 hijrah tak lama lagi kita umat islam akan menyambut tahun baru ..aku melalui saat-saat sukar kerana aku di pejabat dihujani bebanan kerja yang amat banyak membuatkan aku mudah marah..hari ini juga mencatatkan seribu persoalan dalam hidup ini.semakin lama aku berfikir semakin luas dunia ini aku nampak dan aku pula merasa begitu kerdil..sudah 24 hari melalui 2006 tapi aku masih blm menampakkan tanda akan mendapat seseuatu ..yang amat aku impikan,…memang masih terlalu awal nak menjangkakan apa yang bakal terjadi tapi naluri aku berkata “kau masih jauh dalam mengejar impian ini” aku sedih aku tak punyer banyak waktu dalam menjadikan mimpi aku sebuah reality yang indah..korang tahukan mimpi dan impian aku nak bahagiakan mak dan kakak-kakak dan anak2buah aku ang seramai 24 orang..dan tahun ini nampaknya aku sudah menjadi tua, jumaat lps tanggal 20 januari 2006 aku mendapat berita kelahiran anak buah aku yang ke24..alhamdulillah segalanya adalah rezekiNya..anak abg aku yang ke2..dia seorang askar wataniah!! Banyak kenangan aku bersama dengan dia..abg aku yang berusia 29 tahun sudah mempunyai 3 orang anak..tidak mempunyai pendidikan hanya setakat tingkatan 3 tetapi tiada sijil inilah penghalang kepadanya mengejar cita-cita yang terpendam! Dia berhenti sekolah kerana mak aku tak mampu menyekolahkan dia..di usia 16 tahun abg aku dah bergelar seorang buruh.seorang buruh dibumi asing! abg aku telah membawa diri ke singapura bersama dengan orang kampong yang tak sebaya dengannya ..dia sepatutnya memegang sebatang pensil bukannya memegang besi tapi apakan daya itulaa saja pilihan yang ada tiada arah lagi nak di bawa ..di mana ada rezeki kesitulah kami diibaratkan seperti “semut..di mana ada gula, manis disitulah arah yang dituju” ibarat semut yang lemah ditiup angin terus hilang’ aku tak dapat bayangkan diusia sebegitu muda sepatutnya dia bersama rakan sebaya menikmati suasana yang paling menyeronokkan dalam hidup menjadi seorang pelajar!!tapi tiada siapa mampu menduga , tiada siapa mampu berkata-kata bila takdir sudah di depan mata!! Begitu peritnya hidup di bumi asing jauh di mata ibunda jauh di mata kami adik-adiknya.terus terang aku katakan kami langsung tak mesra ..aku pun tak dapat ingat apakah memori yang ada bersama ngan abg aku ini..yang aku tahu setiap kali dia balik kg adalah hulurkan sedikit bantuan bonda..itulaaa saja yang mampu abg aku lakukan..anak bujang seperti dia tentunya mempunyai keinginan sendiri tapi aku bersyukur sekurangnya dia masih ada sikap tanggungjawab dalam keluarga..abg aku ni jenis yang degil dan keras kepala..yang dia tahu dia yang betul dan nasihat orang jarang yang didengar kecuali nasihat ibunda barulaa dia nak dengar…tp dia laa pelindung aku dari kena buli..aku kat sekolah selalu kena buli sebab pakaian aku ke sekolah tak mcam orang lain..aku berkasut plastic yang takkan basah, baju sekolah sehelai seluar sehelai mana ada nak tukar itulah saja aku pakai seminggu ke sekolah berbekalkan duit 20sen..nilai 20sen masa tu besar kat kampong aku 20sen boleh beli nasi berlauk dah cukup mengisi perut..bila aku balik umah bagitahu yang aku kena ejek abg aku, akan pergi cari sapa yang ejek aku..aku tahu dia sayangkan adik dia dan tak mahu melihat adiknya menjadi mangsa kemiskinan kami sekeluargara!! Dia telah meninggalkan kemanisan dunia remaja dan menjerumuskan diri ke dunia dewasa yang tak sepatutnya dia tempuhi pada waktu itu!!biar pun hubungan aku dan dia tidak rapat tapi darah yang mengalir dalam badan aku adalah darah yang sama mengalir di dalam badan abang aku…aku mengucapkan terima kasih pada dia dan sememangnya tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan sekarang ni mencium tangan mengucapkan terima kasih dan hakikatnya dia lah abg aku..aku bangga dilahirkan dan mempunyai abg seperti dia..

Masih terpahat dalam ingatan aku ini..aku pernah kena pukul ngan abg aku sebab aku korang nak tahu ..eemm ni masa aku mengaji al-quran kiranya aku ni jenis degil sikit ..aku tak nak bagi al-quran yang aku selalu guna tu pada dia ..apalagi naik beranglaa dia lalu dia tumbuk muka aku pecah berdarah hidung aku ..yang aku mampu lakukan menangis saje..aku tak blh melawan dia..dah nasib adikkan eheh tapi saat ni ketika bersama-sama keluarga berkumpul bercerita tentang kisah silam..aku hanya mampu tersenyum mengenangkan peristiwa ini ahahahah ..lucukan aku kena pukul atas kedegilan aku ahhahah…ada satu lagi memori yang kukuh disanubari aku ini..ni pasal baju raya…masa tu aku beli sehelai baju raya menggunakan hasil titik peluh aku menorah getah kalau tak salah masa tu umur aku 15 tahun..aku dah blh menorah pokok getah tua yang ada di kampong aku..aku lakukan aktiviti menorah ni untuk cari duit membeli pakaian raya,,..ni setelah balik sekolah petangnya aku menoreh sementara menunggu waktu berbuka..bukan banyakpun yang dapat hanya dalam RM3.00 sehari ..aku beli baju ni kononnya baju adidas eheh ni adidas siam harga tak mahal pun RM15.00 tapi bagi aku masa tu..inilaah baju paling mahal yang aku miliki dan aku bangga membelinya dengan hasil titik peluh sendiri !!aku tak nak susahkan mak aku fikir apa nak beli utk aku hari raya nanti..cukuplah sekadar sehelai baju utk aku dengan hasilnya datang dari kepayahan aku mencarinya…bagi kitaorang sekeluarga hanya sehelai baju baru setahun kiranya 2 helailaa masuk ngan baju sekolah..kami semua tak kan dapat baju baru melainkan menjelang hari raya..kalau ada raya haji ,baju yang sama masa raya puasa adalah baju baru bagi kami semuanya..aku syukur kerana masih lagi mempunyai peluang memakai baju baru..alhamdulillah ..ok kembali pada citer ni..pasal baju aku ni..emem abgaku masa ni nampak aku beli baju baru dan dia tahu aku memang sukakan baju ni..satu hari tanpa aku tahu dia ambil baju ni pakai .ya Allah apa lagi aku yang mudah menangis ni tak blh buat apa hanya mengadu pada mak saje..emem mak pun tak blh nak cakap apa..gaduh besar aku ngan dia..baju adidas ciplak warna biru ni jadi rebutan ..abg aku ni pun satu dah tahu adiknya ni suka merajuk mudah kuarkan air mata nak juga..aku hanya mampu mengalirkan air mata melihatkan baji baru aku dah takda utk hari raya..aku menangis sepuasnya bukan apa sedihnya mengenangkan betapa sayangnya aku pada sesuatu yang hasilnya datang dari kudrat sendiri….aku pasrah..hari raya yang bakal menjelma dan sekali lagi aku telah susahkan mak aku gantikan dengan baju baru adidas juga tp mak aku sanggup berhutang dengan makcik jual kain semata-mata untuk melihat anaknya mengukirkan senyuman gembira di hari yang mulia…walaupun harganya RM15.00 mak aku terpaksa berhutang ..kejamnya aku sanggup lakukan sedemikian memerah kudrat ibu tua…kejam aku kejam…sebuah pengorbanan yang takkan mampu aku balas dengan wang ringgit hanya sebuah kebahagian aku janjikan pada mak..tapi bila?bila?bagaimana?persoalan yang tak mampu aku ungkaikan!!!

Sedang asyik aku merehatkan diri merebahkan badan di atas katil empuk rumah bujang aku ini..terimbas kembali kenangan di rumah di kampung yang damai ditumbuhi kehijauan hutan getah dan dikelilingi oleh bukit bukau yang seolah-olah mengerti akan penderitaan yang kami alami..aku sebenarnya tidak pernah menikmati bagaimana nikmat enaknya dapat tidur di atas tilam..yang pernah aku rasakan hanyalah tido beralaskan tikar plastik dan diselimuti kain nipis buat memanaskan badan di kala angin sejuk menyapa kami…aku tak pernah tidur di bilik..mana ada bilik umah aku semuanya bilik di mana mata nak lelap di situlah bilik aku..yang pasti setiap hari bilik aku adalah berbeza..hari ini di penjuru kanan umah , hari esoknya penjuru kiri umah , lusa pula ditengah-tengah rumah aku melepaskan keletihan badan..inilah gambaran rumah aku yang tercinta…sehingga kini aku dah menjangkau 27 tahun masih sama keadaannya dan disebabkan inilah aku jarang sangat bawa balik kawan dan aku takkan bawa balik kawan yang orang yang pernah merasai tido bertilamkan tilam empuk, diselimuti ‘toto’, di hembusi angin ‘air-cond’.aku bukan malu tapi segan tak nak nanti kemudian akan terjadi sebab aku pernah di hina..aku berhati-hati dalam memilih kawan ..biarlah kawan yang mengerti akan cara hidup kami ini…biarlah bersama insane yang memahami dari bersama mereka yang hanya tahu mengeji dan memuja diri sendiri…aku rela berkawan ngan orang yang setaraf asalkan aku tahu di mana kedudukan aku!! Sedih pilu aku bila kawan kata ‘apalah kau ni duduk kat kampung cam orang asli’nak masuk kampung pun kena jalan kaki..mana ada kenderaan!! Nantilaa aku ceritakan bab sekolah ni kemudian kerana masih panjang coretan ini buat tatapan kawan-kawan aku semua….

Aduh penatnya aku hari ni …masih terasa akan kepenatan semasa bermain bola pada sabtu lepas..kan aku ada tournament 9 sebelah kelab sukan bank aku yang anjurkan aku yang dah memang minat bola ni tak nak melepaskan peluang bersama-sama meriahkan suasana pertandingan..jumaat petang aku berlepas ke kl menaiki bas..dalam jam 9.45 malam aku dah menjejaki kaki ke Kota Kuala Lumpur,…biasa excited takdaaaa sangat dengan kesibukan ibukota ni aku dah biasa..aku pun pernah meredah hutan konkrit kat KL ni dalam mencari rezeki..tahun 2004 aku meninggalkan Kota yang penuh pancaroba ini untuk mencuba nasib di negeri Mat Kilau ini..bermulalaa episode baru 1 dec 2004 aku ke kuantan memulakan kerjaya dalam bidang banking..eehh apalah aku dah melalut jauhkan ..ememm sedikit imbasan pasal bermulanya episode hidup di di negeri pahang ..aku sendirian tanpa ada saudara tanpa ada kawan..use to it dah!!!buat kawan2 semua aku ada sertakan sedikit kenangan semasa bermain bola minggu lepas..dapat no.3 saja...
"jadikan kekalahan itu sebagai sumber mencari kekuatan yang kau ada"
"kesamaran yang hadir, perlukan cahaya yang menyinari"

5 Comments:

At 11:09 am, Blogger Aku said...

tahniah walau pun no 3 ajer!

anyway, dunia TIDAK kejam.Sebenarnya manusia yang zalim.

take care

 
At 11:15 am, Blogger Asmadi said...

thanks adi!!saya betul2 enjoy the game!!

 
At 5:09 pm, Blogger Asmadi said...

bukan niat nak buat korang sedih baca tapi aku sekadar meluahkan dan berkongsi apa yang berlaku dalam hidup aku!!sekadar pengalaman lps dalam ranjau kehidupan manusia bernama asmadi!!

 
At 3:09 pm, Blogger Rush Murad said...

macam tak der kesudahan citer sedih nih.......mmmm... macam tak sanggup nak baca, tapi itu realitinya. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. anyway, suka tengok u dgn jersi bola...ehehehheeee.... should take some action shots..masa tengah tendang bola ker etc.....

 
At 5:27 pm, Blogger Asmadi said...

memang ni realiti saya hadapi sebelum dewasa..so maaflaa kalau kisah sedih buatkan kamu tak selesa saya hanya ingin berkongsi !!

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • senyuman
  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III
  • episop hidup II
  • episop hidup aku I
  • pengorbanan!!
  • kasih suci!!
  • kawan!!!
  • motivasi diri
  • CHINESE ASTROLOGY 2006


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box