pokcik mulai selasa hinggalaa ke hari khamis (9 Ramadhan -11 Ramadhan ada kat EON HQ Glanmarie ada buat promotion untuk staff EON..kira sambutan setakat ni la boleh tahan juga ..at least pokcik dah berusaha nak dapatkan sales .dari pokcik duduk kat opis takda apa2 baik buat roadshow sekurangnya boss pokcik nampak ada usaha ke arah tu kan ..!
selasa pokcik amat busy masuk aje opis settlekan masalah ptg dalam kul 1 lbh baru ke shah alam , gitu gak laa hari rabu ..pagi2 dah customer call ada masalah situ sana sini .nak buat cam mana kan dah komitmen pokcik kena buat gak ..lagi pun sumber rezeki pokcik kan ..adala pokcik rasa macam berat gakla bila customer ni dok ugut pokcik katanyaa kalau tak dapat apa dia nak dia nak tukar ke service provider yang lain ..emmmm pokcik pujuk gak laa wpun dalam hati pokcik ni sebaliknya ..rasa hangin semacam aje ..mentang la dorang ni always right ..tak taula tang mana betulnya tu ..kenala turutkan juga kehendak kan ..angguk ajelaa kan !
khamis ni agak lewat masuk opis , ada lak otw datang opis ni client call kata tak leh nak wat call out ..dan untuk pengetahuan kawan2 pokcik semua hari ni dari kul 6pg hingga ke 1pm nanti berlaku service failure dalam proses nak upgrade system..so itu jelaa pokcik leh kasi tahu ..ek kalau ada apa2 call aje terus 1111 heh customet hotline ..tu bukan pokcik punya hotline hehe..apa kata kalau pokcik letak no pokcik kat sini jadi hot ke jadi suam ek hehe...
last few days pokcik dapat khabar gembira ..pokcik lulus ujian jadi agen etiqa yahoooo lepas ni dah blh nak gerak wat side income ..lagi busy laa ..sebenarnyaa pokcik nak busykan diri dan kalau boleh tak nak kacau sapa2 dalam hidup dorang biarlaa pokcik jalani hidup tak kacau orang..dan 13 ngan 14hb ni pokcik ada kursus etiqa kat ampang ..jom join ..
dan berita paling happy bagi pokcik .......adalaaaahh MEK dah sihat ..alhamdulillah amin ..tuhan makbulkan doa hambanya yang hina ni ..mek semalam baru boleh mula berpuasa ..hari2 pokcik akan call mek pantau dari jauh dan semalam masa pokcik call suara dia dah gagah .tak bunyi lemah dah dan mek puasa ..amin ..apa pun pokcik sentiasa doakan dia...mek !Love U ..!
oklaa pokcik gerak dulu laa ya ..selamat menjamu mata ..jemputlaa pokcik buka posa hheh !
aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!
5 Comments:
Sedap nyer Lauk Terliur..!!
arghh..!!! Nak makan Ayam Percik..!!
jom laa Remyzal best tu ..tapi ayam percik kl tak best sgt ..ayam percik kelate gak yg best !
jom laa Remyzal best tu ..tapi ayam percik kl tak best sgt ..ayam percik kelate gak yg best !
aler..nape ler sume peberet2 akok ade kt sini eh
kalu g kb mmg nk carik nasik kerabu jah...
ahah kan adik akak ni tahu apa peberet akak ehhe jom laa kak buka puasa sama2 ek !
Post a Comment
<< Home