merenung jauh melayan fikiran entah ke mana..bawa diri sorang..!sabtu lepas ..pokcik sebenarnya banyak melayan perasaan ni entahlaa apa kena dengan diri ni pokcik pun tak tahu ..mungkin fikirkan ke mana arah tuju hidup ni..ke mana haluan nak di bawa ..usia dah makin bertambah ni banyak nak kena fikirkan ...bermacam-macam ada dalam kotak fikiran ni ..
pagi hari dah bangun memang pokcik dah tak boleh nak lelapkan mata..nak pejamkan mata ni ada saja yang berlegar dalam fikiran ...datang pasal kerja , pasal family kat kampung , pasal kerja yang tak pernah nak habis melayan kerenah customer yang tak pernah faham diri pokcik ..segalanya ada..
dah pagi2 tak leh tido ..pokcik buat la kemas rumah yg takda apa2 tu ..lps tu drive keta kesayangan pokcik tu pi servis ..kesian kat dia pokcik bawa lasak2 balik kg ..this time around dia lak nak kena di manjakan ..pi cuci kasi bersih dalam luar , lps tu lak pi servis tukar minyak hitam ngan buat allignment ..dah lari kiri kanan keta pokcik ni...dah habis memanjankan keta pokcik ni ..pokcik dah takda arah tuju ..oleh kerana dah dekat dengan putrajaya pokcik ..terus ke sana..maybe mencari ketenangan di sana ..
biarlaa diri ini sendiri ..bawa tanpa arah tujuan ..akhirnya pokcik sampai kat tasik putrajaya mungkin di situ pokcik akan menemui kedamaian yang dicari selama ini ..sebuah ketenagan yang diterokai dengan minda yg tenang tanpa gangguan dari sesiapa ..beginila pokcik kalau sapa2 nak kenal pokcik ..pokcik senang mencari ketenangan sebegini tanpa kacau sesiapa tanpa ganggu hidup sesiapa..pokcik ucapkan terima kasih laa pada sesiapa yg cuba buat pokcik tak tenang..pokcik anggap tu semua dugaan dariNya ..apa saja kita buat takkan memuaskan hati semua orang ...apa saja perilaku kita tentunya mengundang sebuah kebencian entah dari mana ..biarlaa pokcik tak heran semua tu ..sbb pokcik tahu apa yang pokcik buat ..dan pokcik tahu siapa diri pokcik ini ..
walaupun takda yang memahami diri ni..biarlaa kedukaan pokcik tanggung sendiri tapi kegembiraan yang pokcik perolehi akan dikongsi bersama keluarga tersayang pokcik ..hanya mereka bertakhta di hati ..
di tasik ni..pokcik merenung jauh ...sedih pun ada ..air mata jernih kadang-kadang terlepas jua tanpa pokcik sedari bila terkenangkan apa semua yang telah berlaku dan semua peristiwa silam yang telah mendewasakan pokcik menjadi pokcik sekarang ..!pokcik terfikir dan terhenti seketika bila persoalan "apa pokcik sudah sumbang kan pada family pokcik" Berguna kah pokcik , berbaloi ke pengorbanan mek pokcik selama ni ..aarrrggghh ..!persoalan sebegini timbul bila mereka memerlukan pertolongan pokcik tp pokcik tak dapat hulurkan ..apa guna pokcik jadi anak , apa guna pokcik jadi adik , apa guna pokcik jadi bapa sedara ..apa guna semua ni ...di saat mereka semua memerlukan pokcik tak mampu ..arrrrghhh !aku benci diri aku sendiri ..aku benci ..kenapa aku tak da upaya semua ni......!
di tasik yang tenang ini jua ..berbagai persoalan hidup datang ..ke mana arah tuju akan pokcik bawa diri ni ..belum terungkai sebuah misteri dalam diri ini..kadang-kadang pokcik belum faham siapa diri pokcik yang sebenarnya ..masih jauh di sudut hati ..sebenarnyaaa aku kesunyian.....!sunyi tu perlu tp bila terlalu sunyi itu membunuh aku...!