Friday, January 27, 2006
warna



Dalam hidup ini penuh dengan warna-warni kehidupan..ada yang berwarna putih, hitam, biru dan kelabu..warna-warna inilah yang akan memberikan aku kekuatan dalam mengharungi ranjau kehidupan yag penuh berliku..aku pernah membaca artikel yang mengaitkan warna dan juga karekter seseorang dan perkaitan dengan tarikh lahir juga..oleh kerana aku lahir 7 disember 1979 aku tergolong di dalam warna kelabu…dan kaitan ngan karekter yang berkaitan bagi mereka yang warna kelabu adalah kata artikel ni laa bukan aku yang kata emem “ Anda seorang yang menarik dan aktif, tidak menyembunyikan perasaan dan sering meluahkannya, tetapi ada perasaan mementingkan diri pada satu-satu masa, tidak suka kejutan dan layanan yang tidak adil, mampu menceriakan org lain kelakar dan bijak meluahkan pendapat mengikut kesesuaian masa…emem cam ada yang kena ngan aku gak ,,tapi bab menarik tertarik kau memamg daboom tu aku tak leh nak cakap apa2 sebab ni subjektif ada orang yang kata eheh aku menarik ,,sorry terpuji diri sendirilak jangan marah beb dah korang tak nak puji aku so terpaksa memaksa aha aku memuji diri sendiri dan ada org hanya memandang aku biasa saja..itulah manusia mempunyai pandagan yang berbeza so guys what ur vote cewaah cam dah masuk AF4 ahha.so orang yang pernah mengenali aku dengan dekat tahu karektar aku yang sebenarnyakan takda laa semuanya sama seperti apa yang tertulis dalam artikel ni tapi kan aku ni ada orang cakap dan kawan-kawan akiu say that aku ni jenis mat ceria yang sentiasa tersenyum dan mudah ketawa..inilah aku cuba menyembunyikan sengsara pada masa lampau di hadapan mereka semua..aku tak nak kawan2 aku turut mengetahui kisah silam aku yang pudar warnanya..ahaa kadang-kadang aku melepaskan kegusaran jiwa ini dengan hilai tawa bersama mereka semua..aku tak mahu kenangan ini menghantui kemelut hidup aku selamanya…biarlah kenangan lalu aku jadikan sebuah cerpen indah buat tatapan korang semua ,buat peringatan dan panduan bahawa tak semua yang kita impikan dalam dunia ini akan tercapai..”bijaklah mengambil peluang yang ada, selagi ada usia, selagi masa mengizinkan, langkah ku tetap pantas mengejar impian”

Jumaat dah kembali lagi..esok hari terakhir aku bekerja sebelum memulakan cuti panjang bukan apa aku jarang sangat mengambil cuti so dikesempatan ini aku nak bercuti..hari selasa lps aku memohon cuti pada 28 Januari sehingga 6 Februari 2006..tak aku sangka lulus ke..syukur sangat aku dapat meluangkan masa bersama ngan keluarga aku kat kampung yang teramat aku rindui sekarang ni..aku dah jarang bercakap ngan mak aku bukan apa telefon kat kampung buat halla pulak susah nak call handphone bukannya ada line sangat 019, 013, 012, 017, 016 eemmm semuanya cam hidup segan mati tak mahu …kalau blh pun hantar sms jah..emem mak aku bukan nya reti yang dia tahu nak dengar suara anak-anak dia jauh diperantauan.aku ngan adik aku yang askar kat pd selalu call mak Tanya cam mana keadaan dia ..tapi lately kitaorang dah tak leh call sbb …..so yang menjadi penghubung adalah bila abg ipar aku kuar berniaga ke kawasan pecan blh laa dia atau aku yang call..oklaa korang kalau nak tahu abg ipar aku ni berniaga apam balik kalau orang sabah panggil kuih bulan betul ke bah!! Tadi dia ada call aku dan jumaat ni 3 Feb 06 ada kenduri cukur kepala apa entah orang lain panggil..kenduri cukur kepala anak-anak kakak aku yang abru lahir ..anak kakak aku yang no.3 lahir last year 21 dis 05 dengan yang abg aku yang keja askar anak dia baru jah lahir 20 jan 06 ..beza sebulan tapi kalau ikutkan setahun la tak leh nak skolah sekali kedua-duanya perempuan..ni yang buatkan aku excited sangat nak balik bukan apa dah tak sabar sangat nak balik tengok mereka semua…waa rindu, sayang, pada mereka semua!yang terlebih excited nak tgk cam mana rupa eheh mereka dan tak sabar-sabar dah nak cium belai mereka aku suka sangat ngan baby..suka..suka..suka!!
So sepanjang aku bercuti ni lebih kurang 10 hari juga laa aku takkan update blog ni bukan apa mana ada kemudahan nak update semua benda ni..kat kampung internet jauh sekali kalau line phone clear kira dah syukur sangat ni tak kalau nak call kena kuar pekan waa susah-susah aje..kalau sebut nama kampung pun dah kelakar aku dulu kalau cikgu Tanya apa nama kampung kamu eheeh aku dengan muka segan malu beb nama kampung aku ni cam ganjil jah ehe nak tahu apa nama kampung emem korang ni mesti gelak cam class mate aku semua gelak bila aku sebut nama kampung ni..nama kampung saya cikgu Kampung Pak Jelak..aku sendiri nak gelak boleh bukan apa nak sebut tu rasa cam satu beban pada aku so sekarang lega den ..aku sendiri tak tahu cam mana asal usul kampung aku ni,..dari mana pun aku tak tahu ..kan ada masa sekolah dulu cikgu ada suruh korang buat pasal salasih nama kampung kan dari mana asalnya sapa yang buat yang bina kampung ni..puaslaa aku dok fikir apa mendalaa yang blh buatkan kampung aku ni dapat nama cam ni punyer pelik bunyinya..aku rasa kalau korang nak tahu nama kampung sekitar pun lebih kurang sama jah ganjil nama ..nak tahu ke,ok aku sebut ek..kampung bedal, kampung bukit sireh, kampung keroh, kampung pasir gajah..cam mana korang rasa adakah nama kampung aku ni rasa ganjil ke..masalah problem paling besaq den tak tahu cam mana muncul nama kampung eden ni…puas aku bertanya ngan mak aku, dengan orang-orang tua kat kampung yang diorang bagaitahu cam mana citernya..pada satu hari eeh dah jadi penglipur lara la aku ni..citernya lebih kurang cam ni aaa..ada orang kampung nak keluar menjelak burung, nak tahu dulu korang faham ke makna menjelak ni..makna dia lebih kurang laa cam menahan atau memasang perangkap burung kot..ni kena Tanya DBP ada ke perkataan dalam kamus..lupakan ..ok pemuda ni pi menjelak burung, oleh kerana banyak burung yang dia dapat hasil dari “menjelak’ ni makin ramai orang yang datang dan masa ni kampung nib lm wujud yang ada hanya hutan belantara..oleh kerana dah ramai orang datang dan hutan ni dah nampak cam terang sikit mulaa bina rumah sendir di kawasan ni dan kerana terkenal dengan aktiviti menjelak burung mereka yang ada masa tu namakan kawasan ni sebagai kampung pak jelak ..ehe cam ni ;aa aku kelentong cikgu entah betul ke tak ni semua hasil cerita orang tua-tua kat kampung ni..

pasal kampung aku ni hanya ada lebih kurang 10 buah rumah dan penduduk dalam 50-100 saje tak ramai semua kenal so hubungan dalam kampung ni kira rapatlaa..mak aku dihormati sebab dia terer masak pulut kuning dan juga jadi ketua masak kalau ada apa2 kenduri atau majlis perkahwinan..aku tak nafikan langsung masakan mak aku memang berhantu dan orang semua hormat kat dia bab2 pulut kuning memang expert .kat sini mak aku diorang panggil “mok ku” gelaran dia..alhamdulillah aku juga turut berbangga dengan mak aku ..she deserve it..dah banyak keperitan, kesedihan kepiluan dalam hidup dia sebagai ibu, sebagai ketua keluarga dialaa segalanya..Mek I LOVE U..saat dan ketika ni rindu ni begitu membuak-buak pada mek sesungguhnya tiada insan lain yang aku cintai selain dia pada masa ni dan selamanya..selamanya!!! MAK yang membesarkan aku diberi nama Raja Yah Binti Haji Raja Omar dilahirkan ke dunia ni pada 22 November 1945 masa ni jepun dok kat tanah melayu dan mek merasai sengsara hidup di zaman ubi kayu ..sebagai anak sulung dia juga memikul beban yang teramat besar menjadi anak yatim di kala usia belasan tahun ..apa nak dibuat dia menjadi ayah dalam keluarga dalam usia semuda itu..bertemu jodoh dengan lelaki pilihan keluarga pada usia 13 tahun ..lelaki yang diharapkan dapat memberikan kebahagian pada dia ..kesenangan, senyuman dan hilai tawa rupanya menjadi mimpi ngeri, terik tangis dan airmata..apalaa sangat dia mengerti tanpa ada pendidikan tanpa pelajaran mak aku buta huruf dia tak tahu membaca tak tahu menulis tapi keajaiban tuhan aku akui dia cukup pandai dalam ilmu hisab..ni aku tak nafikan memang cepat mengira dan pandai berjimat..tanpa pelajaran mak aku hilang arah tujuan sebab itu aku nampak dalam matanya dia tak inginkan anak-anaknya tanpa pendidikan kerna dia tahu dengan pelajaran saja akan merubah kehidupan keluarga kami semuanya..tapi apakan daya itu hanya impian saje dan hakikatnya dalam keluarga aku ..hanya aku dan adik aku yang tamat SPM yang lain semuanya dipertengahan jalan..bukan disebabkan kemalasan tapi kesempitan hidup memaksa melupakan alam persekolahan..aku bersyukur pada Mu aku mempunyai kesempataan itu dan ini semua hasil dari kekuatan dan ketabahan insan bernama ibu..dialah yang berjaya merubah aku..kerana aku juga menerima nasib malang dengan kakak dan abg aku semua ..ayah aku nak berhentikan persekolahan aku semasa aku nak memasuki sekolah menengah tapi mujurlaa ada mek kalau tak aku tak tahu apakah nasib dan masa depan aku..adakah aku bejaya dalam melayari kehudupan penuh fantasi ni tanpa mek ..aku rasa aku tak mungkin mampu hadapinya jika tiada dia..ayah aku dah tak nak menanggung persekolahan aku lagi..mak aku mengambil tanggungjawab ni dalam menyekolahkan aku dan adik aku….peristiwa perit aku pernah hadapi ..masa ni kampung aku kiranya tanah merah lagi ada laa jalan yang blh dilalui dengan motosikal saje..citer ni masa aku form 2 dan adik aku darjah 5 kot ..masa ni gak aku dah ada adik ngan mak lain sek darjah 1..ayah aku menghantar anak dia ngan motosikal tapi aku dengan adik aku ni berjalan kaki .bukan dia tak tahu pernah berselisih kami tengah berjalan nak ke sekolah dia membonceng anak dia sorang tak pandang pun pada kami..aku balik bagitahu mak ..apakan daya aku lihat wajah suram ibu aku..aku ni bukan anak dia ke aku ni bukan darah daging dia ke sampai hati cam tu buat kat kita orang..aku hari2 bangun subuh jam 5pagi..bertemankan cahaya pelita dan bermandikan air perigi yang sejuknya sampai ke tulang..selesai sarapan biasanya adalaa cekodok atau biskut kering ngan air teh berbekal duit sekolah 50sen dan memulakan jalan kaki seawall jam 6 pg..apa kudrat kami masih budak terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km nak ke sekolah kiranya sehari kami berjalan 20km kuar jam6pg sampai sekolah jam 7.00pg kiranya loceng sekolah dah nak berbunyi baru sampai ngan baju tak yah cakap dah basah..lps tu balik lak ngan panas terik mentari memancar tepat di atas kepala .sama berjalan 10km sampai umah dah petang..penatnya hanya tuhan yang tahu ,,begitulaa hari2 yang aku lalui dalam mengejar dan mendapatkan ilmu dalam mendapatkan secebis ilmu demi membela nasib keluarga aku..aku nekad dengan pelajaran dan ilmu saja akan merubah keluarga aku..aku tak nak lagi orang pandang hina pada kami..

bukan ayah aku tak bagi langsung duit belanja sekolah tapi ada caranya aku kena dapatkan duit dari dia..dia takkan bagi dia tapi aku kena minta..dia duduk di hujung kampung lbh kurang 5km dari umah kami ..kena lalui hutan getah berjalan menyusuri hutan gelap ni ke umah dia..aku terpaksa sebenarnya mak tak mampu nak tanggung semuanya apa;aa kudrat dia menorah berapa sangat dapat rm50.00 pun mujur masa tu..biasanya hari jumaat ptg aku ngan adik aku akan pergi ke umah ayah aku semata-mata nak daopatkan duit utk belanja sekolah..aku selalunya akan menangis sblm pi umah dia bukan apa tak larat nak pi jauh juga tu jalan kaki lak..tp demi mak aku terpaksa aku tak nak dia susahkan diri demi kami..kalau aku pi semata-mata hanya duit bukan sebab lain ..aku dah tebal muka walaupun dia ayah kandung aku tp mak tiri aku selalu menyindir “ni datang takda kerja lain nak duit tu”’ apakan daya kami anak kecil hanya mampu tersipu malu dengan sindiran sebegitu..kami tak duduk lama hanya sekajap sbb ayah aku dah tahu tujuan aku nak duit saja takda perbualan takda pertanyaan tentang hal sekolah ..kami biasa akan dapat dalam Rm10.00 utk belanja sekolah seminggu..kira dah berbaloi juga dapat sikit sekurangnya beban dah takda sgt ..akan berlari-lari balik umah bagitahu mak , ayah bagi hanya RM10.00.. jauh beza kami dilayan antara anak dia ngan kami bagaikan langit ngan bumi layanannya..kami ke sekolah jalan kaki , anak dia pergi dan balik dijemput berhantar, duit belanja sekolah RM2.0 sehari ni sekolah rendah ,,,adik aku 50sen sek rendah aku rm1 sekolah menengah separuh dah habis tambang bas..biasanya aku tak makan kat kantin jarang sgt aku makan ..dan aku hanya ikat perut balik umah baru makan..anak ayah aku apa dia nak semua bagi..mainan semua dapat kami langsung takda mainan..kayu-kayu, buah getah mainan kami bukannya patung , kereta remote control..anak dia semua dapat asalkan sebut saja cuba kami sebut nak apa bukan di bagi tapi diberi ngan herdikan..di mana keadilan kami dilayan seperti anak orang lain sedangkan hakikatnya kami anak hasil darah daging dia juga kenapa?kenapa?mengapa/double standard???kalau cam nak buat kami baik tak yah kami dijadikan anak dia..sorry laa kawan nanti korang nampak aku cam kurang ajar tak mensyukuri nikmat yang telah telah takdirkan aku menjadi anak dia bila aku lahir ke dunia ni..aku bukan apa cuma kemarahan aku ni..kenapa dia sanggup buat cam ni kat kami , anak dia sendiri ..aku tak kisah kalau kami ni anak tiri ke anak angkat tapi kami ni anak darah daging hasil hidup dia ngan mak aku!!
Aku pernah juga bertanya ngan mak aku ..pernah tercelupar mulut aku bila persoalan ni timbul aku tanya mak cam ni " Mek orang ni anak angkat dia ke anak buluh betung ke" sendu mak aku dengar pertanyaan ni..cam mana dia nak jawab.. anak beluh betung" ni aku selalu dengar abg-abg dan kakak aku sebut bila aku gaduh ngan diorang ..mereka selalu panggil aku anak pungut ada mak aku jumpa kat pokok buluh semua adallaa..masa tu aku ngadu laa kat mak tanya betul ke tak ..mek aku nak jawab apa melainkan dia senyum dan marah pada mereka semua..aku tahu aku anak mak aku ..dan aku ni rapat sangat ngan dia ..so kalau cam ni yang selalu kena abg2 akuaa...suka aku tgk ahah bangga mak bela aku!!
'siang takkan selalunya cerah, mendung tak semestinya hujan"
ranjau berliku bukanlaah halangan tapi peluang
hati yang luka pasti terubat jua
penderitaan membuatkan aku tabah, menjadi insan sedia menempuh pelbagai cabaran dalam merealisasikan impian indah ini"

2 Comments:

At 10:35 am, Blogger Iz said...

selamat bercuti panjang and menghabiskan masa dgn keluarga.
Have fun.

p/s : I've sent you an email kat die077@yahoo.com...betul ke email tu?

 
At 3:15 pm, Blogger Unknown said...

Kesusahan dan jerih payah, pengalaman hidup kita dibesarkan sebenarnya menjadikan kita "orang" yang tahu menilai erti kehidupan yang sebenar...

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • masih samar!!!
  • senyuman
  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III
  • episop hidup II
  • episop hidup aku I
  • pengorbanan!!
  • kasih suci!!
  • kawan!!!
  • motivasi diri


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box