Friday, February 10, 2006
air mata..



















semalam 9 feb 06 aku balik awal dalam jam 6.30 pm bukan apa my ex manager masa aku keja ngan developer dulu datang kuantan buat visit projek dia kat kuantan ni..so aku jadi guide kat dia mana nak pi dan dia gak stay umah aku..buat malam ni esoknya dia dah nak balik ke kl biasa orang yang dah ada keluarga ni tentunya balik nak tgk anak bini kan..so malam ni aku bawa dia pi Taman Sri Mahkota Aman projek perumahan yang dah hamper nak siap dan dia pulak kena jual projek ni..

Dalam jam 10.20mlm cam tu anak buah aku ada call menangis teresak-esak bimbang aku beb ingatkan apa yang terjadi ..rupanya dia tension belajar dan tension sebab phone dia hilang dia salahkan diri dia sbb hp tu hilang …aku cakap kat dia kalau tuhan dah tulis itu bukan rezeki kita so takda apa nak buat kena redha saja..dan jangan fikirkan sangat ..satu lagi dia tension esok ada exam tu yang buat dia rimas..aku yang dah pernah lalui situasi biasa melalui asam garam bergelar pelajar nasihatkan dia jangan dok tension dalam belajar ni enjoy masa ni ..bukan enjoy apa buat pelajaran ni menyeronokkan jangan fikir sangat..memang laa exam tu penting dalam menentukan hala tuju ke mana arah kita tapi kalau meletakkan harapan yang terlalu tinggi tu yang menyebabkan kita tension ..aku suruh dia relaks sembahyang hajat dan aku cakap kat dia .kita dah berusaha tp semuanya adalah di tanganNya..so ku berserah!ewahhh cam lagu amylia lak aku ni eheh..segalanya berserah padaNYa..dah redha sikit tension dia bila aku cakap cam tu ..takda sapa tempat dia mengadu selain dari bapa saudara dia nilaa..aku memang rapat ngan anak-anak buah aku dah akulaa yang paling memahami mereka so tu yang buat mereka senang dekat ngan aku..and one more thing its happen bila aku balik kampung semua anak-anak buah aku ikut saja mana aku nak pergi ,,aku gerak sikit dah ada yang follow..korang bayangkan aku nak pi jalan2 kat kebun getah pun ada yang ikut tak tahu laa aku nak ke jamban pun nak ikut gak nilaa buktinya aku memang terlalu rapat ngan diorang….tp dengan bapa2 saudara yang lain especially adik aku diorang semua tak macam mana dengan aku..kalau adik aku balik semua diam..adik aku jenis yang garang tak leh buat salah marah tu yang diorang takut ..bagus juga at least ada orang yang diorang takut gak kan!!aku ngan adik aku jauh perwatakan dan perangai ..adik aku jenis yang pendiam tak banyak cakap..ehh kalau aku korang tahulaa jenis yang banyak cakap..gitu gak masa kecil2 dulu aku yang terlebih manja sedangkan adik aku yang bongsu tp semua abg dan kakak aku kata aku ni bukan bongsu tapi manja aku mcam aku yang bongsu emmm pahamlaa maknanya aku ni memang manja eheh..senang menitiskan air mata emem tak aku nafikan semua ni..ni adalah salah satu sifat semulajadi yang terbentuk dengan perjalanan dan pengalaman hidup yang aku hadapi..kerana titisan air mata begitu mudah jatuh dan aku selalu melihat air mata jatuh berderai dari pipi insan yang aku sayang!!kesedihan air mata mereka menjadikan aku manusia yang mudah rasa simpati dan mudah mengalirkan air mata bila melihat insan lain dalam kesusahan..dan bila aku juga berada dalam keadaan gelisah dan tak tentu hala air mata ni begitu senang jatuh berguguran ke bumi..apa pendapat korang kalau lelaki senang mengalirkan air mata..hilang ke ego seorang lelaki..bagi aku air mata bukan menunjukkan kita lemah tapi menunjukkan kita juga mempunyai perasaan..!!
banyak kalau nak imbas kembali lembaran hidup aku ni yang melibatkan air mata ...aku tak malu nak menyatakan kat sini even umur aku dah 27 tahun ...senang sekali air mata aku mengalir bila mengenangkan kembali rentetan hidup aku dan dari mana aku dapat kekuatan untuk membina hiduP hingga ke saat ini...KALAU nak tahu juga setiap kali rancangan Bersama mu TV3 disiarkan aku tak nak miss kalau blh bukan apa ni nak mengingatkan pada aku sesusah mana pun aku dulu makan nasi garam dan budu saja tapi ada lagi manusia insan yang lebih lagi susah dari aku...dan aku juga tak nak jadi manusia yang tak tahu bersyukur dengan apa yang di kurniakan olehNya..mungkin dah begini catatan hidup aku Tuhan dah tuliskan yang aku begini perjalanan melalui pahit getir dan ujian dariNya nak melihat sejauh mana umatNya mensyukuri segala yang telah diberikan..aku tak nafikan juga setiap kali rancangan bersama mu air mata jantan aku ni akan berguguran entahlaa senang sgt ..sebenarnya aku dapat merasai getir perasaan mereka bagai mana nak hadapi keadaan dengan anak2 yang ramai then keja yang tak menentu makan entah apa2 semua tu aku dah lalui dan perasaan bersama yang aku bawa bersama mereka membuatkan aku terlalu senang menitiskan air mata..murah sgt ke air mata aku ni!!!
kisah airmata ni aku akan bagitahu kemudian..seee u all
happy holidays weekends..aku dok umah jelaa nampaknya..basuh baju siapkan keja..
air mata menyatakan seribu perasaan...kekuatan, kelemahan semua terpacak kukuh dalam deraian air mata!!

2 Comments:

At 12:13 pm, Blogger artisticklytouch said...

Bro, thanks for dropping by..

Minat teater ye..show aku kebanyakkannya di Penang. Kalau nak datang bagitahu. coming up From My Bed..bulan Mac ini.

Kuantan pun aktif juga dengarnya dengan teater...jenguk2lah ke Taman Budaya Negeri..

 
At 10:27 am, Blogger Asmadi said...

adie nak ke..eheh ramai lagi baby yang ada eheh..tp sayang semuanya!!

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • PERMULAAN
  • Permata hati aku..
  • sebab!
  • warna
  • masih samar!!!
  • senyuman
  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III
  • episop hidup II
  • episop hidup aku I


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box