Permulaan..’
Hari selasa aku dah mula kerja dan semestinya banyak benda yang menanti aku ..yelaa dah cuti panjang dan semestinya aku mempunyai sesuatu yang sudah tersedia menanti untuk dikerjakan..aku anggap hari ni adalah permulaan bagi aku ..bukan apa permulaan bagi tahun baru dalam Islam Awal muharam 1427 Hijrah dan aku dah memutuskan sesuatu yang penting juga dalam hidup aku ni..aku dah memutuskan nak berhijrah memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan masa depan aku..hari ni bersaksikan langit biru awam memutih dan deruan angina yang memanggil manusia berubah dan berhijrah dalam diri sendiri..mungkin penghijarahan ini akan memberikan faedah pada aku ataupun aku nak gunakan sebagai batu loncatan dalam kerjaya aku..oklaa tentu korang tertanya dan tertunggu apalaa sgt hijrah yang aku nak buat kan ..kalau korang nak tahu aku dah buat keputusan nak bertukar cawangan..aku dah hantar permohonan nak bertukar ke cawangan Miri Sarawak..dah seminggu aku memikirkan hal dan sudah aku Tanya mek dan juga kakak-kakak aku..walaupun berat mereka nak lepaskan aku tapi apakan daya aku ..dah aku tekad dengan keputusan ni..perubahan demi mereka juga..aku jelaskan sebaik mungkin bahawa kalau ada rezeki aku akan pergi kalau tak diizinkan tuhan aku akan tetap kat kuantan tak berganjak ke mana-mana..aku lakukan semua ni demi mereka ..kalau aku kesana akan dapat banyak elaun so aku nak guna Bantu mek …masa balik kampung minggu lepas mak aku ada suarakan nak baiki umah yang dah usang ni dan minta sedikit bantuan dari aku..tapi apakan daya aku tak mampu nak tolong walaupun sedikit ..aku tak mampu ..sedih aku ..apaaa guna aku sebagai anak kalau tak dapat nak memberi bantuan semasa keluarga aku perlukan..aku meronta-ronta nak tolong tp hajat hati nak mengapai bintang apakan daya tak kesampaian ibarat begitulaa keadaan aku sekarang..aku sekarang blh katakana Bantu mak aku ngan sikit sgt kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah dia korbankan pada aku..dan keluarga..mak aku berjanji berikan aku sedikit masa dan aku akan cuba tunaikan walau macam mana sekalipun aku sanggup buat asalkan keluarga aku bahagia..ini hasrat dan impian aku..aku tahu takda sapa yang nak lihat keluarga dalam kesusahan dan setiap anak mempunyai hasrat untuk melihat kebahagian insan yang di sayangi dan begitu jua aku..tapi aku masih buntu kehilangan arah cam mana nak tolong repair umah usang kat kampung..kalau orang tengok umah tu emm teruk juga tapi bagi aku dah biasa ngan keadaan umah yang lantai berlubang dan atap bocor ..mak nak upgrade sikit jah ..modal pun bukan besar kata dia dalam RM3000.00 tapi bagi aku jumlah tu bukan senang nak aku cari dengan keadaan kerja aku yang gaji mati ni…kalau ada ot dah aku buat gila-gilanya asalkan hasrat mak aku tercapai!doakan kejayaan aku!!
semalam hari rabu lak...aku dapat satu berita dari UUM anak buah aku yang ada kat sana kehilangan handphone dia ..menangis call aku...nak buat cam mana ..susah gak aku nak tolong nak bagi duit emm aku pun dah kira nyawa-nyawa ikan jah ni cukuplaa nak isi minyak keta ngan makan..aku tak kisah kalau bab makan aku dah biasa control alaa makan bila perlu jah sekali sehari malam makan roti tu dah kira ok kan...emm nampaknya aku takblh nak tolong anak buah aku tu....semalam juga ada mesyuarat kelab sukan cawangan ..aku entahl;aa nasib ke memang diorang nak bagi jawatan ni kat orang muda .eme muda lagi ke aku ni!!so aku diundi secara majoritinya menjadi Presiden baru Kelab Sukan PKK Pahang..atas sebb presiden lama ambil VSS yang ditawarkan dan aku juga ada bagitahu diorang kalau aku ada rezeki ditukarkan ke Miri so diorang kena cari pengganti yang lain pula..ni semua belum tentu lagi dan aku blm tahu sama ada peluang aku ke sana ada ataupun tidak ..aku berserah sahaja padaNya ..semoga Yang Maha Kuasa memberikan aku rezeki..so sekarang aku ada tanggungjawab baru dalam merencanakan program buat kelab sukan ..emem biasa ada game bowling, annual family day, makan-makan..aku harapkan kerjasama semua staff dan pihak dalam menjayakan apa yang dirancangkan!!
masih menunggu jawapan daru HR..tak sabar dah ni.
penantian adalah suatu penyiksaan...
ssambung semula citer masa kat kampung sikit...emem masa balik hari tu kakak aku ada buat 'bersunat' kat anak perempuan dia biasa laa kalau kat kampung kita orang panggil bidan yang tolong buatkan ....alat nak bersunat ni ada aku sertakan kat atas..adalaa benang, duit pengeras, bedak sejuk, dan minyak sedikit..mak aku pulak ambil part masak pulut kuning untuk cucu dia..emm bagi aku masakan pulut kuning pastu makan ngan sambal daging walaah memang bestlaa ..kalau kat kampung aku makan memang banyak eheh bukan kat kampung saja kat mana2 saja aku pi memang akan makan banyak tp bergantung pada ngan sapa aku kuar kalau yg memang dah biasa sgt hentam kromo jelaa aku makan apa nak kisah apa orang fikir aku yang bayarkan heheh..berbalik pada kat kampung,,kat kampung makan nasi kosong+ Budu + Ikan goreng+ulam waaa makan tambah2 byk kali tu bukan apa ulam petai jering semua adaa all time favourite ni,..eheh makan cam tu jah..cam lama sgt dah tak jumpa semua makanan cam ni!..oklaa nanti waaa ada masa waa citer lagi ni nak sambung sat buat keleja!!
kenangan membawa aku seribu pengalaman, pengalaman membina aku ke arah keteguhan jiwa..
4 Comments:
yang kuning tu apa?
ohh yang kuning pulut kuning mek buat ..eeh sedap makan ngan sambal daging !!!
semoga ko berjaya n dapat bantu mek!!n congrate ats pelantikan br tu!!Wish ko all da best!! lamo doh tok make pulut kuning ngn smbl daging!!..terliur aku!!
semoga allah decide what's the best for you. Ameen.
Post a Comment
<< Home