Permata hati aku …
Hari ni tanggal 31 januari 06 aku telah selamat sampai ke kampung yang tercinta dari Bandar kuantan aku bertolak dalam jam 10.00am dengan bertemankan anak buah aku dan juga kawan anak buah aku…kiranya 3 org,..perjalanan takdalaa bosan kalau ada teman nak buat bicarakan, aku hanya membawa kereta kelisa aku tu slow2 jah ingat pesan mek aku …bawak2 slow jah..so aku hati2 aku sorang saje yang blh drive dan ada lessen..aku singgah kat ajil kuala berang hantar kawan anak buah aku ..dia belajar lagi kat situ…kemahiran..aku meneruskan perjalanan pulang ke kampung berdua dengan anak buah aku saje…dalam jam 3pm aku sampai ke kampung yang tercinta kampung pak jelak..aku first sampai mencium tangan ibu aku yang baru saje balik dari menorah pastu aku bersalam ngan abg aku yang keja askar ngan wife dia..pastu mencium pipi anak buah aku yang baru saje lahir 2 weeks ago..alia nama dia..cutenya geram aku tgk ..pastu aku ke umah kakak aku yang sulung eheh kat bawah saje 10 meter jah dari umah mek..aku terkam anak buah aku nama dia Muhamad Fitri dah berusia 3bulan ..cute,,,,,cute -…gerammmmmnya aku..gembira aku tak terkata akhirnya aku ada kesempatan nak melihat secara langsung anak-anak buah aku..bila dah sudah umah kakak aku ni aku pula ke umah kakak aku yang ke3 jauhnya hanya 50meter dari umah mek eheh satu kawasan saje dalam kebun getah yang sama..atas tanah hasil pencarian mek aku ngan ayah aku!!!aku nak tengok anak buah aku yang ke3 ni nama dia Nur Atiqah..cute..cute..cute eheh sukalaa meriah balik kampung ni tak sunyi rasanya hidup aku dimeriahkan oleh gelagat tingkah laku anak2 buah aku ni..merekalah permata hati harta yang aku ada ..tiada siapa dapat memberikan aku kebahagian dan kegembiraan di saat dan tika ini melainkan mereka semua..I LOVE U ALL 24 orang dah anak buah aku..kaya anak buah aku ni..takpa biarpun aku ni miskin harta tapi yang pasti aku kaya anak-anak buah itu yang lebih pentingkan..buat apa kalau kaya harta tapi miskin kasih sayang hidup sunyi sepi tanpa sesiapa di sisi..biar pun kami tidaklaaa hidup mewah tapi syukur padaNya kami mampu hidup dengan kebahagian dan penuh kesederhanaan..tak nafikan masalah selalu timbul ini biasa laa asam garam kehidupan yang semua orang akan hadapi dan yang membezakan hanyalah apakah masalah yang di hadapai dan bagaimana menyelesaikan masalah yang korang semua hadapi..
Aku kat kampung tak da ke mana ..tapi aku ada juga buat lawatan semula ke sekolah lama aku semasa aku tingkatan 6 bawah dan 6 atas .aku ni student STPM so aku ajak sorang lagi kawan aku yang sama2 sekolah dan kebetulan dia juga bercuti..so aku hari rabu ke SEkolah Menengah Kebangsaaan Kuala Krai ..wau memori lama mengamit kembali..pertama kali dalam tempoh 6 tahun aku menjejakkan kaki semula ke sekolah ini..SM3K..pelbagai kisah suka duka pahit manis terimbau datang menjengah minda aku ini..aku nak jumpa sangat ngan cikgu2 yang aku pernah memberikan ilmu mereka pada aku yang bersusah payah melayan kerenah pelajar yang cam aku ni memang nakal ehe walaupun tahun 1997 aku berusia 18 tahun korang tahu laa kan perangai pelajar masa umur ni ..emem ngan masalah displin ponteng kelas ..mengacau tido dalam kelas semua ada ..tapi biasalaa..nilaaaa kenangan yang aku masih bawa sehingga ke saat ini..cikgu Rosnani, cikgu azmin, cikgu hasiah , cikgu asiah , cikgu Tan , cikgu rosli semua nya masih kukuh dalam ingatan aku ni nama2 mereka semua ..harap2 pada hari ni aku dapat bersua muka dengan mereka semua..langkahan pertama ke sekolah ni aku dah nampak perubahan 1st dah ada pengawal keselamatan nak kena daftar dulu baru blh jumpa ngan cikgu ataupun ada urusan lain..emm baik juga ada pak guard nikan yelaa masa zaman aku dulu mana ada semua main hentam kromo jah ..blh kuar sesuka hati ..sikalang dah tak bebas nak ponteng kelas eheh..so selamat perubahan yang baik!!..pasti aku juga nampak kelas aku dulu juga dah berubah..korang bayangkan aku habis belajar kat sM3k ni tahun 1998..kali terakhir aku datang ke sekolah ni tahun 2000 tu pun semester 2 semasa aku UKM ..so lebih kurang dah 6 tahun aku t ak menjejakkan kaki aku ke sekolah ni…bayangkannlaaaa perubahan apa yang akan berlaku dalam tempoh masa yang lama ni kan!! So aku pertama sekali mencari cikgu Rosnani .cikgu bahasa melayu penulisan yang mengajar aku dulu..aku jenguklaa bilik guru tengok2 semuanya guru baru sorang pun aku tak kenal..semuanya baya aku dalam umur 27- 30 tahun ,.generasi cikgu baru kat sekolah ni..so aku bertanya pasal cikgu ni,,dia dah berpindah ke bilik guru yang lain bersebelahan dengan perpustakaan..eheh sebut perpustakaan nikan aku rasa tak sampai 10 kali aku masuk sepanjang bersekolaah kat sini emmm bukan budak rajin aku ni malas sebenarnya nakal adala..pendek citer aku jumpa ngan cikgu ni..emem terpaku dia tengok aku ..sbb dia cam tak cam ngan aku ..tp kawan aku tu familiar muka dia sbb dia rajin ke sekolah lagipun dia ni masa sekolah budak rajin baik so senang cikgu nak ingat ..emem bila aku sebut nama aku “tengku’ semua memori cikgu aku datang kembali emm apa lagi semua citer terus start!!alhamdulilaah cikgu masih ingat aku lagi..alaa dalam kelas aku dulu lelaki 7 orang jah lagi 18 orang pompuan so sonang juga dia nak ingat walaupun dah lama tahun 1998 -2006 bape lama tu kan…dah jumpa ni banyaklaaa citer yang nak disembangkan apalagi semualaa 1st Tanya pasal kerjaya biasalaa cikgu kita nak tengokkan setakat mana dah anak2 murid dia pergi dan sejauh mana kerjaya mereka berkembang..aku biasa citer pasal kerjaya aku sekarang dan aku nampak senyuman bangga terbayang di wajah cikgu aku ni..dia yang paling rapat ngan aku dulu..nampaknya tak sia-sia ilmu yang cikgu curahkan dahulu pada aku kan!! Macam biasaa bila dah lama tak jumpa ni banyak topic yang nak diborakkan..pasal kawan-kawan yang lain apa perkembangan yang terbaru apa yang terjadi pada mereka semua..so banyak masa di habiskan ,,..sambil minum kat kantin sekolah..kami laju berborak ngan dia..sikit blhla aku citer pasal kawan2 yang lain sbb aku juga dah lost contact ngan mereka semua ..kalau yang lelaki 7 orang tu yang dah kahwin hanya sorang ..tu pun sbb dia takda rezeki nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..lagi 6 orang bujang dan masih available eheh termasuklaah aku..topik hangat dan soalan cepumas biasalaa beb ..cikgu Tanya bila lagi nak mendirikan masjid emem aku ngan kawan aku ni tersipu-sipu senyum jelaa beb nak buat apa lagi senyum jelaaa jawapan takda takkan nak cakap jugakan!!lama juga borak tengok perubahan yang ada kat sekolah ni..aku ikut cikgu ke kelas saje nak rasa cam mana nak jadi murid semula..saat-saat aku kat sekolah memang antara saat yang tak mungkin aku lupakan..cam mana nak lupa ..korang nak tahu episode pertama bila aku lihat padang perhimpunan terus aku teringat peristiwa di rotan beramai-ramai..ahaa semuanya budak2 form 6 .korang bayangkan depan perhimpunan ni..aku yang dah kira paling senior kat sekolah pun kena rotan..ahah nak tahu kenapa apa lagi kalau bukan ponteng sekolah laa tak datang sekolah ..masa dulu kira cam gedebe juga yelaa dah senior ikut suka nak buat apa emm dan akibatnya di rotan beramai-ramai ..bila ingat balik aku ketawa ngan cikgu ahah lucu betul kan ..bagi aku inilah kenangan yang tak kaan aku lupakan ..dan inilaa juga saat yang aku selalu imbas bila berjumpa ngan kawan-kawan yang lain…
Bila kat kantin lak aku masih ingat lagi kita orang pernah buat persembahan nasyid masa kat sekolah dulu …aku jadi lead singer korang bayangkan aku nasyid ahaha..lucu beb aku pun kalau sekarang ni ketawa jah kalau ingat saat..kan masa tu nasyid tengah dok hot so ambil kesempatanlaa buat persembahan..kitaorang budak2 form 6 buat group nasyid sempena hari guru..kiranya nilaa hadiah yang aku blh bagi pada cikgu semua ..aku tahu suara aku bukan sedap sekadar dipinngiran saje eheh..tp nak buat cam mana den dah kena pilih jadi lead singer terima sajelaa..kalau tak silaap aku masa tu kita orang nyanyi lagu Hijjaz ngan raihan aku tak ingat apa tajuk….ahaha selepas persembahan cikgu komen ..dia kata suara aku sedap gak tapi sengau ahah dah tahu ..memang akan sengaunya eheh..
Kat kantin ni juga aku berlatih dikir barat..aku jadi awak-awak jah ..kitaorang banyak buat persembahan sampai ke peringkat negeri dengan dikir barat ni memang banyak enjoy sangat kalau kat sekolah masa tu ..aku kira aktif juga masa kat sekolah ..then sebut pasal nyanyi ni aku ada satu lagi kenangan eheh..aku jadi lead singer gak untuk koir sekolah untuk pertandingan Koir peringkat negeri kelantan ..korang bayangkan mat sengau jadi lead singer hancusssss beb..tp kitaorang berjaya dapat NO.2 beb dalam negeri kelantan..tp yang dah confirm bukan akulaa yang dapat 1st prize untuk lead singer..korang tahukanmat sengau mada blh ..tp yang penting sekolah aku dapat no2 tu dah kira berjaya pada aku..ahah banyak lak kenangan kat kantin ni bukan hanya tempat menjamu selera tapi center of seni people eheh so sbb ni aku jadi insanseni eheh..nantilaa kenangan lain aku buat lain citer ni kira sikit-sikit jah dulu…intro beb!! Kalau nak diikutkan memang masa tak cukup nak imbas bercerita tentang kisah silam kat sekolah ni ngan cikgu tp di lain masa mungkin ada kesempatan..aku spend almost 3 hours gak kat sekolah tak semua cikgu aku jumpa hanya sebahagian saja sbb ada yang dah pindah ke tempat lain..
Kemudian aku ke pekan Kuala Krai takda apa yang berubah sama saje pada pandangan aku takda bangunan pencakar langit tiada traffic jam..so korang tahulaa kan pekan ni biasa saje..hanya ada satu daya tarikan Zoo Kuala Krai yang tempat lain takkan ada ..kat kelantan ni sajalaa zoo yang ada ..aku dah dekat 10 tahun tak masuk ..aku tak minat so aku tak tahu apa perkembangan yang berlaku pada zoo ni..kalau korang nak tahu masa musim perayaan khasnya masa raya puasa memang ramai sangat orang kat zoo ni ..so masa ni saja..tp masa lain sunyi saje zoo ni..
Aku tak singgah mana2 hanya beli lauk ngan sayuran saje kat pekan ni..so aku balik umah nak ambil anak2 buah aku balik dari sekolah..
Hari pertama rabu kalau korang nak tahu pagi2 buta ngan kedinginann yang berkabus anak2 buah aku kejutkan aku nak suruh hantar mereka ke sekolah..memang laa bangun solat subuh tp ni jam 7pg slps aku solat ingat nak tido sat sbb sejuk tapi dikejutkan oleh mereka semua nak naik keta pi sekolah ..kalau korang nak tahu kereta kelisa aku yang hanya blh muatkan 5 orang nak tahu bape penumpangnya 8 orang ..4 sekolah rendah lagi 4 sekolah menengah ..bayangkan la cam mana aku sumbat semua dalam sebuah keta..aku nampak wajah kegembiraan terbayang di mata mereka semua ..ini sudah cukup buatkan aku gembira im so happy …walau pun sejuk tp ini saje yang aku mampu lakukan bagi melihat sinar dan senyuman kegembiraan di bibir mereka..aku faham dan mengerti perasaan mereka..tp buat masa ni ini saje yang mampu aku lakukan!!!aku minta maaf tak dapat sediakan kenderaan yang lebih besar tp ini saje aku ada….aku mohon rezeki yang lain ..di masa depan aku berjanji memberikan keselesaan pada mereka!!doakan kejayaan aku beb!!
Lps hantar ke sekolah aku yang seperti citer ke sekolah lama aku SM3k…ptg aku join budak2 kat kampung main sepak takraw..aku bukan pandai beb tapi nak meriahkan suasana saje..kira oklaa saje nak kuarkan peluh!!malam cam biasa takda ke mana aku hanya bermain ngan anak2 buah aku dan inilah hiburan yang takkan dapat aku beli ngan wang ringgit dan kekayaan! Kegembiraan ni ditambah lagi ngan bertambah 3 lagi permata hati aku ! kalau nak tahu aku dok umah mek aku ada baby pi umah kakak sulung aku ada baby pi umah kakak aku yang ke3 pun ada baby tak puas rasanya masa nak spend ngan mereka semua..nilaa saat yang terluang aku ada nak bermain ngan mereka semua,…lps ni entah bila lagi ada kesempatan bila kerja dah mula banyak nantikan!! Aku tido lewat bila dah semua anak buah aku dah tido aku aku lelapkan mata..tu pun lps mengajar anak2 buah aku buat kerja sekolah..selesai semua aku pun masuk tido jam 1pagi..jam 2 pagi kakak ngan abg ipar aku bangun ..nak tahu mereka buat apa emem ..oklaa sebenarnya mereka keluar menyuluh ..apa ni menorehlaa..diorang selalu menoreh awal pagi sbb takda sapa nak jaga yang baby tu kalau siang hari ..so jam 2am sampai subuh mereka siap menoreh ..lps kakak aku kena sediakan anak2 ke sekolah lak ..makanan pagi baju sekolah semua..mana dia nak tido lagi..aku betul2 kagum ngan ketabahan dan kerajinan kakak aku…dia sumber kekuatan aku juga..seorang ibu dengan 10 orang anak berusia 40 tahun menggunakan kudratnya yang ada dalam membesarkan anak-anak..walaupun hanya penoreh getah dan tidak mempunyai pendidikan..ibu mana yang sanggup untuk melihat anak2nya hilang arah tujuan..
banyak lagi kisah nak aku coretkan tp hari tanggal 7 februari 2006 bersamaan 8 muharam 1427..aku dah mula bekerja dan banyak juga yang nak kena settlekan ni..ni kiranya my 1st update selepas bercuti..dan Selamat Bertemu Kembali..im Back Now! tu adalah gambar anak-anak buah aku yang paling terbaru!!!
seribu peristiwa mengajar aku seribu panduan, seribu panduan memberi aku sumber membina kekuatan!!
aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!
4 Comments:
hey madi. Angah dan syahir ada cerita pasal u.
kenapa tak singgah?
baby u botak tu ada iras2 muka u la madi...... :)
Asmadi ,
Bila baca blog u nie , ermm u seorang yang caring n a lot of love kat hati u ..perhhh susah nak cari orang mcm u ...kasih sayang u tlalu indah ...kasih u pada mak , adik beradik , anak saudara u ...as u say "tak kaya harta"..but u kaya ngan kasih sayang
thanks jengah blog akak....blog dia pun best....
Post a Comment
<< Home