Tuesday, February 14, 2006
banjir..



Waa cuti sabtu ahad dah datang tapikan dah 2 hari negeri pahang terutama kuantan dah kena dilanda hujan tak berhenti dan ada sesetengah tempat banjir sudah melimpah..dah kuar pun dalam berita malam ni seorang telah menjadi mangsa banjir..kalau difikirkan pada masa lps laa seingat aku kejadian banjir ni hanya akan berlaku dalam bulan disember saje.tp sekarang kita dah tak blh nak jangka bila di mana musim tengkujuh ini akan tiba..so kita kena selalu berjaga-jaga! Pagi sabtu ni kiranya aku stay umah layan kartun sepanjang pagi saje..nak ke mana nak keluar pun hujan lebat juga so aku stay umah lagi bagus dah ada bekalan makanan roti + kaya..so jadi makanan aku laa nampaknya..plan asal ngan office mate nak ke sg lembing berkelah ngan keluarga mereka semua cancel tahulaa kan sbb apa ..hujan;aaa..jadi sepanjang hari akan kat umah ..dalam tengahari kawan aku call dia ajak ke kenduri kahwin sepupu dia kat pekan..so aku dah fikir rezeki hari ni tak yah nak kuarkan belanja makan tengahari eheh jimat ..ni semestinya kena ikut dah makan free sapa tak nak kan ehehe..so aku ke pekan dalam tengahari dalam hujan ni pun ada juga orang buat kenduri kahwin ..dari kawan aku dia cakap kenduri ni kira besar juga..tumbang 4 ekor lembu waaa aku kira ni memang besarlaa..4 ekor beb dah macam satu kampung dijemput! Kemeriahan majilis ni kurang sikit disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan..so aku spend almost 5 hours kat pekan ..yelaa lps makan lpk kat umah mak kawan aku yang dok pekan ni..saje jah bukan menda balik awal pun bukan blh nak buat apa so baik aku dok kat pekan melayan anak2 buah kawan aku at least kurang sikit rindu kat anak2 saudara aku kat kampung..tiap-tiap malam gambar diorang jadi tatapan sebelum melelapkan mata melabuhkan tirai malam..

Kalau bercakap pasal musim tengkujuh ni rasanya terimbas semula kenangan masa kecik dulu..bukan apa musim tengkujuh ni dulunya menyeronokkan juga..yelaa kalau banjir umah aku jadi uamh tumpangan sementara menunggu surut banjr yang jadikan best tu yelaa ramai kat umah dan makan ramai-ramai ni menyelerakan walaupan makan nasi ngan budu pastu kena lak pucuk ubi kayu rebus waaa sedapnya berpinggan-pinggan tambah..pastu lak makan ubi kayu rebuss lagi tambah ummph..masa ni laa banyak ubi kayu dicari,,senang jah kampung kita orang ni berhampiran landasan keretapi so banyak ubi kayu liar yang tumbuh dan memudahkan kerja kami mencari buat alas perut musim tengkujuh ni..bestnyaa kalau ingat semula kenangan ni..ni antara kenangan yang tak akan aku lupakan sbb masa ni ikatan antara penduduk kampung begitu erat sbb saling toloong menolong.disebabkan umah aku yang kira strategik dok atas bukit so jadi tempat perpindahan mangsa banjir..biasanya besan-besan mak aku yang akan duduk sini..selalu umah besan mek kena banjir dan umah ditenggelami banjir then masa ni adalaa orang kat umah aku ramai sangat eheh!!! Masih terpahat kukuh difikiran aku sehingga saat ini adalah semasa terjadi banjir di kampung aku , aku tak sure tahun bila tp masa ni kalau tak silap aku tahun 1996 umur aku dalam 17 kot..aku telah menyelamatkan kawan aku dari lemas.tapi kawan aku sekarang dah meninggal dunia..dia menemui penciptaNya pada usia awal 20-an..arwah ni sebaya ngan adik aku..tp kat kampung tak kisah kau sebaya ke tak tetap kawan juga..arwah ada penyakit sawan babi..aku rasa korang tahu cam mana penyakit ni kan dia akan kejang seluruh bdan dan kesian aku tgk bila arwah kena serang ngan penyakit ni.peristiwa aku selamatkan arwah cam ni..kita orang biasala kalau musim tengkujuh ni naik sampan pi memukat nak cari ikan sungai yang memang banyak masa banjir..arwah,aku dan adik arwah satu sampan ..mendayung sampan kayu usang ..dah biasa!!semasa kat tengah2 air banjir yang memang dalam ni , arwah diserang penyakitnya aku tak blh nak buat apa dia terjatuh ke dalam air..ya allah masa ni aku tak blh nak bayangkan apa akan terjadi dan perasaan aku masa ni memang berkecamuk cam mana nak tolong dia ..aku tanpa fikir panjang terjun ke dalam air sebab masa ni aku dah tak nampak dia sbb dia terus saja tenggelam di telan oleh kepekatan air banjir,..aku dah tak nampak dia aku nekad terjun ke dasar dan alhamdulillah umur arwah masa tu masih panjang aku sempat memegang rambut dia..dan tarik dia naik ke atas semula ke dalam sampan ..deyutan nadi aku memang bergerak pantas sbb aku tak blh nak bayangkan apa akan terjadi sekiranya aku tak dapat selamatkan dia…tp akhirnya kini arwah pergi jua..Al-fatihah buat arwah semoga arwah ditempat bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya..amin.inilah antara kenangan aku semasa musim banjir ni..alaa setakat pi memancing, memukat, tolong orang kampung punggah barang dah biasa sbb dah selalu lakukan masa musim sebegini!!but aku realy enjoy semua ni..emm sekarang aku dah jauh dari semua ni ..yelaa beb aku ni di lahirkan lak bulan Disember..masa banjir mak kawe citer eheh masa aku lahir banjir besar terjadi kat kampung aku so aku ni anak musim banjir tu yang jenis tak takut air eheh ..yelaa tu kan !!!tu yang pandai berenang ..kira bolehlaa kalau setakat nak bersenam takda terer sangat setakat gaya bebas, kuak kupu-kupu , kuak lentang ke selamba jah boleh buat ..tp semenjak aku kat kuantan ni dah takda kesempatan nak berenang ,..best dok Kl dulu blh join berenang kat apartment aku stay dulu..kisah lama…..

Ahad aku takda buat apa sangat bangun pagi layan kartun dan alhamdulillah cuaca hari ahad cerah nampakanya..so aku decide nak cuci pakaian kerja yang do menimbun dalam baldi..kiranya hari ni aku basuh 2 baldi pakaian gosok jangan tak gosok berusla mana ada washing machine..tangah jah..dah biasa ..selesai basuh pakaian semua aku just lpk layan tv ..then officemate aku call inform ptg ahad ada game bola sepak..perlawanan persahabatan kat padang Kubang Buaya IKIP.kat kuantan..ni geng bola aku kat kuantan game pertama tahun 2006..slps solat semua selesai dalam jam 5.00pm aku kuar umah ke padang bola..blh jumpa geng bola ni semua cikgu-cikgu yang mengajar sekitar kuantan…aku kenal melalui officemate aku yang kenal mereka semua..nampaknya kat padang team aku tak cukup org so kena pinjam team sebelah,…ala kawan juga..game persahabatan kan..aku di posisi biasa striker..hari ni main memang semput dah laa lama aku rehat dari main bola dan hari ni 1st time turun padang mana ada stamina sgt lari sekajap rehatnya panjang nak kejar bola pun tak berapa larat sgt dah..aku ada injured sikit..kena butt goalkeeper sakit beb berbekas kat betis aku ni sampai laa saat aku menulis ni masih terasa sgt dan kesan kat betis ..aku dah biasa setiap kali ada game ..cam ni laa ada saja kesannya…so kitaorang kena belasah 5 – 0 nak buat cam mana 1st game heeh..kira okala..alaa nak panaskan badan maybe akan ada game yang seterusnya kena tunggu dan lihat ..sekurang-kurangnya cuti aku terisi dengan aktiviti yang aku enjoy dan realy like..harap2 next week ada laa game lagi!!!jam 7pm lbh dah habis game ..sampai umah lpk tgk tv layan segala citer yang ada sampai habis ..malam jam 12.30am gitu aku dah melelapkan mata penat!!!

Isnin dah kerja..dan cam biasa Monday blues ditambah lak dengan hujan dah mulai turun semula buatkan aku cam malasnya dan hari ni boss aku lak cuti eheh so semangat nak ke kerja datang semula..aku tak tahu kenapa ek kalau bos cuti memang aku semangat nak kerja..memang aku suka sgt .sbb aku tak suka sgt kalau ada boss selalu jah nak tgk kita buat kerja ke tak..aku tahu kalau boss takda aku lebih selesa buat kerja..ehe tak tahulaa kenapa!!
Hari ni gak aku ada Tanya kawan aku cam mana nak buatkan blogaku ni kiranya blh menarik orang nak baca..antara pendapat yang diberikan “katanya..aku kena tulis yang memang realy me maknanya bukan yang ditipu dan ditokok tambah..dan aku cakap memang semua yang ada dalam blog aku ni datang dari pengalaman aku sepanjang usia yang dikurniakan olehNya ini..takda rekaan itulaa diri aku yang sebenanya..kisah benar yang aku nak kongsi dengan sapa-sapa yang sudi nak membaca dan berkongsi..sbb ni satu kenangan dan pengalaman bagi aku yang sepatutnya dapat dikongsi bersama dengan kawan, teman , sahabat dan buah hati (kalau ada @ jauh di mata tp dia memang selalu dekat di hati ) eheh coming soon kot! Semuanya adalah dari hati aku dan ikhlas nak kongsi bersama!!aku harap semuanya dapat menerima aku dengan seadanya kerana inilah diri aku yang sebenarnya!! MUNGKIN ada perkara sensitive yang aku tak paparkan demi menjaga nama baik keluarga dan juga insan tersayang..aku tak nak menguriskan dan melukai hati sesiapa..harapan aku hanya satu ..semoga kisah aku jadi panduan dan pengalaman ni satu pedoman kepada mereka yang senasib dengan aku..bahawa kemiskinan takkan menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita dan jangan biarkan kemiskinan membelenggu kita..isnin ni tak da menda sgt masa lunch kuar ngan kawan2 officemate satu kereta pergi ke Benting , bersebelahan sungai kuantan pi makan tengahari eheh suasana best sgt kawasan ni dengan air sungai yang mengalir dengan pulak hujan renyai-renyai disapa oleh angin bayu membuatkan nafsu makan aku ni makin kuat dah laa dari ptg semalam aku just makan pisang so ni buatkan aku bertambah lapar..eme yummy makanan semua best juga..aku makan dengan nasi tambah + sayur taugeh + paru goreng + sambal belacan + ulam pucuk gajus ( org kelate panggil daun ketereh ) + limau suam ..habis eheh utk bekalan malam sekali ni ..sekarang aku dah jarang makan malam..budget ngan takda member nak pi makan..so tak da selera sgt..malam biasa aku makan biskut , roti atau beli pisang kira oklaa..aku bab makan semua yang ada kat opis dah tahu memang aku ni jenis manusia yang makan banyak yang selalu habiskan makanan kat opis akulaa sapa lagi..yang diorang heran sebanyak mana aku makan badan tetap maintain ..berat badan dalam range 68-71kg tak lari jauh sgt..eheh petua dia jaga badan emem makan banyak tp yang berkhasiat..aku tak minum soft drink dan minuman berkarbonat ..then kurangkan minyak dalam makanan pilih makanan yang di masak tu ..kiranya cam kukus, rebus semua nilaa ..tp kadang-kadang semua aku hentam ikut selera juga..kata orang masa sihat ni makan sajalaa tak yah nak fikir dah masa sakit nanti ni…ada benar dan ada salah juga pasal ni ..tak semestinya masa sihat kau nak pelahap semua berpada juga jangan lak sampai memudaratkan diri..heh dah jauh merepek aku ni..lps lunch balik opis teruskan keja.perut lak meragam dan hari ni ada ramai lak client ..dalam kesakitan tu aku layannnn..kata farah fauzana eheh!! Hari ni juga aku tak sabar rasanya nak tahu keputusan permohonan aku bertukar ke Miri ..doakan kejayaan aku bersama !! ada juga terima surat untuk pi exam PTD 15 dan 16 feb 2006di Kl sekolah mana aku pun dah tak ingat ni .nampaknya aku tak sempat nak pi exam cause mana laa nak dapat apply cuti ..surat ni lewat sgt..so aku decide tak nak pilaa ..ptg dalam jam 6.15pm aku dah balik umah ..layan tv rehat..cerita kegemaran aku Bersamamu..aku tersentuh juga dengan kegigihan seorang kakak yang memberikan dorongan dan motivasi kepada adik-adiknya semoga berjaya dalam pelajaran dan mengubah nasib keluarga..dengan bersukan menceburi olahraga jarak jauh…kakak sulung, angah dan aishah memberikan kekuatan kepada mereka untuk berjaya dalam kedua-dua bidang!!terusik aku bila babak ‘sajak”yang ditulis pada dinding reput di rumah mereka..tulisan berbunyi camni “ kakak selalu bangun pagi sediakan makanan untuk , kakak memang sayangkan adik-adik dan aishah tak nak buat peranga’..its realy touching my heart..kalau di baca dengan intonasi yang sebenarnya ianya menusuk kalbu..impian dan harapan akan memberikan sinar yang akan menyuluh kebahagian..aku doakan semoga keluarga ini akan mencapai cita-cita yang diimpikan!! Selesai semua aku just sambung buat kerja sikit ngan laptop ni..dalam jam 1am aku tido ….

Kepedihan menanggung duka , kegigihan mengubat luka, memberikan kebahagian di masa depan!!

3 Comments:

At 12:35 pm, Blogger Aku said...

dah lama tak makan ubi rebus

 
At 4:21 pm, Blogger Rush Murad said...

panjangnya citer pasal banjir, pic cuma dua keping jek, dah tu blurrrr....
sapa ler nak tolong u betulkan chatbox dan alignment segala ni???
ooooo... dah ada buah hati ek? jauh di mata dekat di hati.... best arrr ada org sayang....
sekatil... best arr nick kau...

 
At 4:35 pm, Blogger Asmadi said...

buah hati tu..mungkin saya sorang kot dok ingat kat dia tp dia entah..maybe ni cinta sertepuk sebelah tangan saja!!

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • air mata..
  • PERMULAAN
  • Permata hati aku..
  • sebab!
  • warna
  • masih samar!!!
  • senyuman
  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III
  • episop hidup II


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box