Wednesday, February 15, 2006
KeSuNyian..



Lonely..
Aku rasa semua orang pernah merasai perasaan lonely apa dalam bahasa melayu kesunyian atau keseorangan lebih kuranglaa kan…hari ni mencatatkan perkataan ni dalam hidup aku ..tiba-tiba saja perasaan sunyi ni menerpa jiwa aku ..sedang aku tgk tv kat umah lps solat maghrib perasaan ni datang menyerang aku..kenapa persoalannya kenapa?? Adakah aku kesunyian ..perlukan teman atau kawan yang dapat memenuhi ruang kosong hati aku buat masa ini..memang aku akui..aku dah biasa tinggal sorang dan selalu keseorangan..tp entah sukar nak aku jelaskan buat masa kini apa yang terjadi sebenarnya..terdetik juga di hati ni kenapa orang lain boleh hidup bahagia walaupun mereka sebenarnya kesunyian ..terus terang just nak kongsi ngan korang semua aku at this moment jam kat umah dah pukul 11.51pm aku ada admire seseorang dari jauh ..dan dia pun jauh dari mata dan pandangan aku ni..alaa biasalaa kan kita kalau minat kat seseorang dan aku ni jenis yang susah sikit nak luahkan perasaan bukan kerana apa ..yang paling aku takut adalah rejection@penolakan ..pedih beb aku dah merasainya tahun lalu dan memang luka ni sebenarnya masih ada..cam mana? Aku juga sedar takda sapa yang sukakan penolakan dan mungkin ada sesetengah org yang langsung tidak dapat menerima penolakan ..bagaimana korang semua menerima penolakan ..bagitahulaa at least aku bersedia untuk menerima semua ni kan..sediakan payung sebelum salji eheh walaupun Negara kita takda salji eheh…bagilaa nasihat aku masih mentah dalam bab bercinta ni dan walaupun aku dah 27 tahun sepatutnya masa ni sesuai mencari cinta ..bukan nak masuk rancangan mencari cinta TV3l lak..kata orang usia aku niu dah cukup ranum dalam menerima cinta..dah setua ni aku tak pernah betul2 merasai nikmat dicintai dan mencintai dalam tempoh masa yang panjang..aku nak kan hubungan yang berkekalan..aku lihat kawan2 disekeliling semuanya asyik seronok dibuai perasaan cinta..ada orang jaga, ada orang sayang ada orang bertanya khabar ..waa cam best jah tp aku tak pernah laluinya!!emm what to do!!! Kat umah hari ni serba tak kena aku buat baring rasa salah, tido memang dah takkan lena.susah aku nak lelapkan mata ni ingatkan dia ..dia datang selalu dalam fikiran aku..kejap2 datang, kejap menyapa minda ni yang dah memang fikirkan dia..Aku menunggu sesuatu..yang tak pasti kunjung tiba!!entah;aa beb aku pun tak tahu mungkin cinta ni bertepuk sebelah tangan atau aku saja yang tergila terbayangkan dia tp entah dia dah ada orang yang tersayang ke..aku ni selalu cam ni ..jatuh cinta fall in love ke eehh kira cam tulaa sikit2 ..jatuh cinta ngan orang yang tak pasti sama ada dia tu dah berpunya ke atau tak suka kat aku ke..emm pening den fikirkan semua ni..dah laa mood kerja hari ni terganggu ngan meeting lama..tadi Boss dari KL datang .penerangan terperinci tentang pertukaran dan juga pasal VSS kedudukan kitaorang semua dalam Bank..semua dah dapat jawapan yang pasti dan aku juga sudah dapat jawapannya..aku kena kembali berkerjasama ngan boss aku dulu..emm ni buat aku lemah semangat aku tak tahulaa bila bersua muka aku ngan dia memang aku terus down dan ni juga salah satu sebab aku nak tukar ke Miri..tapi aku tak tahu cam mana status permohonan aku ..aku harapkan sangat dan selalu berdoa semoga ada rezeki aku kat sana..walaupun harapan adalah tipis..aku serahkan segalanya pada Nya yang Maha Kuasa..Ya Allah kau tahu yang terbaik buat hambamu..

Hari ni 14 hb februari ..kata orang valentine day..bagi aku takda makna sgt cam biasa jah takda special apa pun ..maybe yang ada pasangan kekasih rasa kot hari ni istimewa dan bagi aku yang single mingle ni buat dono jah..aku 27 tahun tak pernah sambut dan disambut bersama hari ni..tak da apa sangat biasa jah..hari ni berlalu begitu saje tanpa ada apa-apa makna sgt..blh kata biasa cam hari-hari yang lain..yang memadu kasih aku ucapkan selamat berbahagia!!

Jam 12.05 am dah aku masih tidak dapat melelapkan mata asyik teringat kan dia..kenapa dengan aku ni what happen to me!!aku jadi gelisah tak tentu hala semua yang aku buat tak kena..perasaan aku keruan..fikiran aku berkecamuk dengan pelbagai persoalan.di mana titik noktahnya..sehari tak pandang wajahnya bagaimana begitu seksa jiwa ini..apalagi kalau tak dapat mendengar suaranya..episod luka dahulu kembali semula ..aku takda kuasa nak menghalang apalagi nak menyekat perasaan dari terus berkembang mekar..aku hanya manusia biasa yang punya kelemahan ..dan punya perasaan untuk dicintai disayangi dan menyayangi seseorang!! Tapi aku perlu ingat dan tahu perlu aku kawal perasaan ini supaya tidak memakan diri.aku harus belajar dari pengalaman hidup yang lepas..aku tak punya hak dalam memaksa orang suka dan cinta kat aku..bagi aku dalam percintaan takkan hadir keindahannya kalau perasaan itu adalah dipaksa kerana simpati atau benda lain bukan keikhlasan mencintai sepenuh hati..buat dia yang jauh di mata tp selalu hampir dan dekat di hati aku ..Kau selalu dalam diri aku seolah-olah telah bersemadi bersama!!ni Cuma impian dan khayalan kot..hanya mainan perasaan aku seorang..dia bagaimana!!sama ke perasaan pada aku, dia dapat rasa ke apa yang aku rasa!! Hanya dia saja yang tahu..aku rindukan belaian mu , tanpa mu disisi aku kesepian!! Ku mengharapkan kasih sayang mu!! Entah laa aku hanya berserah..kalau ditakdirkan aku tidak dapat bersama dia..aku terima ngan hati yang terbuka..apa yang boleh aku buat itu saja yang termampu..aku harus ingat tiada paksaan dalam percintaan dan juga persahabatan!!tak tahu jam berapa ku blh lelapkan mata..serba salah aku dibuatnya hari ni ..kiranya seksaan jiwa juga aku ni!!susah nak berbicara tiada siapa disisi hanya suara hati ini menjadi teman setia mendengar luahan hati ni..aku harapkan kehadiran kau!!! …..aku cuba tidur tapi tak dapat..

akhirnya aku lena dalam kesunyian!! tidolaa ..best!!

9 Comments:

At 10:50 am, Blogger Iz said...

loneliness...it kills.
but, teruskan percaya pada diri dan love will find its way, eventually. In the meantime, friends are always there whenever you need them.

 
At 11:10 am, Blogger Asmadi said...

thanks!!iz

 
At 2:23 pm, Blogger Aku said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 2:41 pm, Blogger Asmadi said...

gelak laa ketawa laa sekatil sesuka hati setelah kamu bahagia di sana..thanks atas ketawa kamu!!

 
At 3:39 pm, Blogger Rush Murad said...

sedihnya dengar 'monolog' madi. bab perasaan ni memang susah nak cakap dan dijelaskan... memang datang tanpa dipaksa..... waktu akan menentukannya. sabar+tawwakal. nak komen banyak2 pun rasanya..... u dah cukup dewasa utk memahami hidup... fikir secara waras dan terbuka. tak semestinya yang kita suka/sayang/cinta tu adalah yg terbaik buat kita.

 
At 3:43 pm, Blogger Rush Murad said...

anyway, ur pic ni macho la beb.....

 
At 4:35 pm, Blogger Asmadi said...

terima kasih abg rush..saya faham apa yang di maksudkan..bawa hati ni sendiri lagi nampaknya!!

 
At 6:33 pm, Blogger Aku said...

bukan ketawa kan sebab saya ada some one.

u know me!

ko cari apa yang ko dapat, anyway.

 
At 11:19 am, Blogger Unknown said...

....sigh.....

 

Post a Comment

<< Home


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • banjir..
  • air mata..
  • PERMULAAN
  • Permata hati aku..
  • sebab!
  • warna
  • masih samar!!!
  • senyuman
  • episop hidup aku IV
  • episop hidup aku III


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box