Wednesday, May 31, 2006
JaDUal BaRu




akum..salam hari rabu yang suram dalam kelam buat aku ..bukan menda putus cinta ke apa..just pasal kerja saja..kalau korang nak tahu ..aku hadapi masalah besar bila virus melanda..korang nak tahu virus menda..apa lagi yang menyerang pc..habis projek paper yang aku buat rosak tak blh nak buka..nasib badan weeehh nak buat cam mana kan!..citernya kira aku pendekkanlaa..aku buat keja dalam laptop aku kat umah then save cam biasa ..bila aku bawa keesokkan harinya korang nak tahu file tu hbs tak blh buka ..hancusss harapan aku nak hantar paper tu semalam (selasa)..sakit hati beb aku kena buat semula dari 0 laa ..akaun semua ngan letter offer ..sakit hati beb..nak buat cam mana ek..dah nasib buat sajalaa..so habis citer mula mengarang semula kenalaa stayback kat opis cam biasaaa kan!
so hari rabu ni aku mulakan segalanya dari mula2 buat projek paper..aku pun satu tak buat backup langsung sedih aku ..kerja keras aku habis dik virus!antibiotik takdalaa pulok eheh!
skrg aku just nak kongsi yang aku ada jadual baru..korang nak tahu ke jadual menda..apa lagi kalau bukan badminton..sekarang aku dah join kelab badminton taman perumahan aku then lepas jadual permainan aku adalah isnin dan rabu di taman perumahan aku dijadualkan dari jam 10.30mlm hingga 12.30mlm (mungkin sampaijam 1 pg) then hari selasa cam biasa jam 9mlm -11mlm kat kompleks belia negeri..so 3 hari berturut2 aku join geng badminton ..seronok dapat bercampur ngan bermcm golongan dan peringkat usia..!bolehlaa berkenal-kenalan dan bertegur sapa kalau tak aku mana kenal sgt yelaa kuar rumah pagi balik matahari dah terbenam cam mana orang nak kenal sabtu ngan ahad datang opis gak!ada ke orang nak kenal emem!
hari rabu ni gak adalah hari lahir boss aku..manager bank 31 Mei 2006 genap 43 kot aku tak sure sangat umur dia..so aku sebagai wakillaa kelab sukan cawangan ucapkan pada ym tengku Azeman tengku jaafar selamat haRi LaHir semoga panjang umur MuRah Rezeki...dan bertambah-tambah apa yang nak ditamBah.!so kita orang raikan hari ni kat opis ngan majlis ringkas.!2 biji kek yang disponsor oleh isteri boss aku..then air teh o , milo o dan nescafe o..kat bilik mesyuarat.!so majlis ini meraikan empunya diri dengan seringkas yang boleh heee.!
jadi lps ni aku kena bertungkus lumus..laaa siapkan keja yang ada!dan ada ura-ura ada staff perempuan bahagian kredit nak masuk kat cawangan esok sooo..tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!


Tuesday, May 30, 2006
AlOr StaR









alor sTar..aku datang eheh ..minggu lepas masa weekend aku kiranya ikut kawan aku pi wedding kawan kat parit panjang sik kedah..so aku dari hari jumaat ptg lepas jah kerja aku terus ke kl naik keta ngan opis mate aku..then sampai ke kl dalam jam 9.30malam ..cam tu ..kawan aku dah tunggu ..have dinner sat then kita orang bertolak dari kl ke alor star dalam jam 10.30mlam kira cam tu laa kan..aku pun dah tak ingat sangat..yang penting aku dok kat belakang ahaha jadi "mam besar " ahah padahal aku tak leh nak drive keta auto then aku ni masih di bawah "pengawasan " ahah Lesen "P' laa korang ni tentu dah fikir menda lain kan!so 2 orang saja yang drive aku relaks kat belakang lagipun aku masih kira penatlaa dari kuantan terus ke kl dan sambung lagi ke alor star..aku tak ingat sangat berhenti kat mana sebab aku memang tido sepanjang jalan..then aku sedar pun kat hentian gurun sbb kitaorg nak solat isyak + maghrib ehe jamak ta'khir....kat sini dalam pkl 4 pglaa aku pun dah tak berapa nak ingat sangat ..lps tu sambung balik perjalanan ke alor star ..kiranya dalam jam 6 pagi sampai ke alor star then berhenti solat kat salah sebuah masjid kat alor star yang merupakan bangunan bersejarah juga ..aku tgk masjid punya ukiran dan rekabentuk memang klasik dan cantik tambahan bersebelahan dengan sungai negeri kedah darul aman..betul2 aman sebab jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar Kuala LuMpuR.. 1 st day kat alor star ...rasa cam seronok sangat sebab dah lama juga aku tak jalan ke mana2 ..dok banyak keja saja ..nak juga merasa seronok hilai ketawa ngan kawan ..boleh hilangkan stress kerja yang dok berlambakkan!
lps lepak sat ke alor star ..kita orang semua mulakan perjalanan nak ke rumahpengantin so dari alor star ke rumah pengantin di jangka mengambil masa lebih kuran 1 jam 30 minit hingga 2 jam kira jauh juga beb!setelah lalui perjalanan yang jauh kita orang sampai ke umah pengantin dalam jam 1.30 pm lebih kuranglaa kan..waaa aku seronok sangat tengok suasana kampung majlis kenduri kendara orang kampung bergotong royong saling tolong menolong selesaikan majlis ni..aku dgr seekor lembu ditumbangkan..tu pun sekejap saja selesaikan ..so hidangan masa kenduri adalah gulai umbuk batang pisang .ni gulai pertama aku makan tak pernah aku rasa makan gulai..pastu ada kerabu pucuk paku, taugeh, peruk lembu ngan kerisik ..ni yang paling best mintak tambah..pastu ada hidangan ayam masak merah ngan daging goreng kicap..ni semua adalah air tangan ibu pengantin perempuan sure best kan..lps makan ngan tambah ehe biasa bagi aku..then kita orang ambil gambar sebagai tanda kenangan ..lps selesai destinasi ni aku pun ada perancangan istimewa ..eheh korang nak tahu ke..aku mencari orang yang tersayang telah lama terputus kasih sayang ngan aku dan keluarga..kalau korang nak tahu nantikan keluaran akan datang ..eheh cuba korang teka sapa insan tersayang yang aku jumpa masa kat alor star..tunggggguuu..
selepas bertemu yang tersayang kitaorang balik ke alor star..plan asal nak tgk perasmian pembukaan sukma kedah .ambil kesempatanlaa kononnya..tp aku pulak ada plan nak jumpa ngan adik angkat aku ..nama dia wanie..orang kedah..so kitaorang jumpaa dia..wanie ni ada butik pengantin so kira cuti2 sekolah ni sibuklaa nak penuhi tempahan..adalaak adik aku nak suruh aku pakai baju pengantin pastu ambil gambor buat model kedai dia lak eheh seganlaa pokcik nak buat cam tu..eheh apa kata korang patut ke..pastu kita orang pi makan kat mana ek aku tak ingat tp makanannya aku ingat ahah biasalaa kan yang penting kenyang..malam tu aku minum maggo " minuman ni aku suggest kalau korang pi" best bangat ehe tambahan air kelapa laut..hidangan utama ikan siakap stimm halia, kangkung gorang belacan , sotong goreng, sambal belacan ehhe, tomyam campur dan tidak lupa kerabu mangga..aku cam biasa ambil tugasan orang yang makan paling banyak ahaha..thanks pada adik angkat aku best sangat walaupun ke alor star sat saja tapi kira oklaa kan..jalan2 cari makan ngan jumpa orang yang tersayang!so lps tu tidoooooooooooo.zzzzzzzzzzz penat beb!
hari ke2 ..ahad pagi2 lagi dah kena balik ke kl sbb kawan aku nak hadiri satu lagi kenduri kat keramat ..aku follow saja no halnya ..so dalam jam 10pg cam tu bertolak balik ke kl ..sblm tu singgah ke sg petani sat sbb kawan aku nak jumpa kawan dia kat sana sat..lps menjamu selera kat sini kat perhentian keretapi sg petani suasana memang best sgt cam kat kampung aku kuala krai jah ngan keretapi pastu ada lembu lintas semua plus makanan memang best dan murah ..untunglaa sapa dok kat pekan2 cam ni sbb makanan masih sedap dan murah !bestaaa..
sini lps lunch bertolak balik ke kl semula..nampaknya tak sempat nak ke kenduri jam 5.30pm sampai kl then aku jam 6.00pm trs balik ke kuantan sbb nak kejar tgk live My TeaM Vs pasukan bawah 20 kebangsaan..dalam hujan lebat tu opis mate aku blh pecut nak kejar tgk my team so aku sampai kat kuantan almost dah jam 9.30pm kira dah half time..so komen pasal my team ke ..aku kira ada potensi semangat nak melawan tp gugup main dan masih dari segi taktikal kurang ..overall skill individu menarik ..dan yang best korang tahu ke yang jaringkan gol buat pasukan my team tu arun kan nama dia eheh ..aku kenal dan kita orang pernah bergandingan main bola sama2 ..aku striker dan dia pun sama..so aku kira bangga rakan yg aku pernah main bola boleh jaringkan gol..tahniah aruun! aku rasa kau blh pi jauh..muda lagi kau!keep up good work nanti kau balik boleh main sekali pulok!..so aku tgk laa walaupun kalau aku ucapkan bravo gak kat budak2 my team ..!emem dah habis tgk apa lagi tido;aa isnin dah nak keja ..tuu keja melambak dok menanti kat atas meja waaaaa pening lagi
bagi aku kenangan manis dan pertemuan dengan insan tersayang sungguh membuatkan aku terharu tak sangka..akhirnya aku bertemu jua setelah sekian lama berpisah.ikatan kita begitu kukuh...!


Monday, May 22, 2006
NiLai PerSaHabTan


menyentuh perasaan........
malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar.
kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnya keesokan harinya.
dia senyum kepadamu.kamu mengetap gigimu kpdnya.
dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu kpd kwan2nya yg lain.
kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.
dia cuba mendekatimu dan menegurmu. tapi kamu tolaknya ke tepi.
baginya kamu seorg kawan yg terbaik. kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa.
dia pun menulis nota kpdmu dan menceritakan semula kenangan manis yg pernah kamu dan dia kongsi bersama.
kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya.
jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. tapi di hatimu sudah penuh dgn kebencian.

keesokan harinya kamu jumpa satu nota drpdnya:
Dear Kawan ??
saya cuba memberitahu kamu semlm tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap.
saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut utk mendengarnya.
saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman saya dgn kebencian.
skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk.
saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu.
saya tulis surat semasa saya di hospital.saya sudah kesuntukan masa. saya minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. .
saya minta maaf atas pergaduhan kita,kamu mmg seorg kawan yg hebat. saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.
salam kasih sayang,
kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya.
tapi hanya ibunya saje yg ada di situ. ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya.
dan dia pun menangis.dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. kamu sudah terlambat. kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal.

aku just nak kongsi cerita tentang nilai persahabatan..dalam persahaban dan perkenalan ni akan ada suka dan duka ..berkongsi sebuah cerita gembira dan nestapa..kawan yang baik takkan ceritakan keburukan kawannya dan akan sembunyikan keburukan kawan yang ada..nilaikan laa sebuah persahabatan !
kawan yang baik dan sejati sanggup mengharungi lautan yang bergeloran bersama meredah hutan belantara kerana mempertahankan sebuah ikatan persahabatan yang di diimpikan kekal ke hembusan nafas yang terakhir...itulah persahabatan sejati tanpa mengenal batas usia, bangsa , warna kulit dan juga pegangan..kerana kawan yang baik akan membimbing kawan ke arah kebaikan dan mengajak kawan melakukan kebaikan bersama-sama!
kemanisan dalam ikatan persahabatan akan terjalin bila kedua2 pihak merasakan kehangatannya..dalam sebuah hubungan yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan..
aku dalam kehidupan 27 tahun ni blm ada lagi sahabat sejati yang aku temui blh kongsi segala suka dan duka dalam aku mengharungi sebuah kehidupan yang penuh ranjau berduri ni!aku pernah melalui saat genting juga ditipu oleh kawan yang dipercayai..melibatkan wang ringgit dan harta benda ..sbb kita tak tahu dalam hati apa yang tersurat dan tersiratkan..dia nak kawan ngan kita sbb simpati ngan hidup kita yang naif ataupun kawan sbb nak ambil kesempatan atas kelemahan kita..so aku nak nasihatkan diri aku sendiri dan korang yang ada pilil laah kawan mengikut gerak hati korang dan semestinya korang tahu siapa diri dia dan siapa diri korang dalam sebuah perhubungan persahabatan ni..!!
PerSahabaTan AkaN hadir BuaT YaNg MenungGu dan SetIA menAnTI..!


Tuesday, May 16, 2006
Mek.


Ibu(MEK)

Aku titipkan sebuah kata khas buat mu ibu
Kau dilahirkan pada tanggal 22 November 1945
Lantas kau diberikan sebuah nama yang indah Raja Yah Binti Haji Raja Omar’
Seorang puteri sulung yang dilahirkan memeriahkan sebuah ikatan keluaga nenek dan datuk
Kehadiran ibu menyambung zuriat mereka..

ibu dibesarkan dalam penuh dugaan dan cabaran
Masih kukuh terpahat saat ibu menceritakan betapa kehidupan di saat itu begitu sukar selepas tanah melayu dijajahi jepun , ibu hanya makan ubi kayu sebagai pengalas perut dan air kosong sudah menjadi kebiasaan..garam dan gula adalah asam biasa buat ibu..

aku pun tidak tahu bagaimana akan aku hadapi saat itu jika aku dilahirkan sezaman ngan ibu..
aku mengerti hidup ibu tak pernah senang..dalam kamus kehidupan ibu yang dah menjangkau 61 tahun ibu blm pernah merasai erti kesenangan yang sebenarnya…

Ibu
membesar dengan penuh ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup yang tak pernah putus badai yang melanda..ibu kau tak pernah mendapat pendidikan walaupun sekolah rendah ..kau tidak tahu membaca apatah lagi menulis ..ibu sebagai anak sulung kau menggalas bebanan dengan menjaga adik2 yang lain.disinilah aku dapat lihat ketegasan ibu dalam mendidik kami adalah kerana ibu adalah pemimpin dalam keluarga..ibu telah kehilangan ayah dalam usia yang masih belasan tahun dan ibu adalah anak yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas seorang kakak kepada adik-adiknya!

Ibu
di usia belasan tahun juga kau telah bergelar isteri kepada insan bernama Ku Din bin Ku Salim kau dijodohkan dengan insan yang kau tak pernah jumpa dan juga tak pernah kenal..kau dijadikan isteri kepada orang asing dalam hidup kau..kau tak seperti pasangan muda mudi kini yang bercinta sakan tp akhirnya ke mana cinta yang dicari maruah diri yang hilang entah ke mana..Ibu kaulaa pujaan hati aku takkan ada insan lain yang dapat menawan hati aku walaupun secantik bidari sehalus kulit secerah menyinar mata ini ..tapi kau tetap jua terpahat kukuh disanubari..

Ibu
Hasil perkongsian hidup dengan ‘Ku” Mek kau melahirkan 5 putera dan 4 puteri tetapi 2 telah menemui penciptaNya yang hakiki…tapi kau tetap tabah membesarkan kami semua tanpa insan yang sepatutnya menjaga mu sehingga akhir hayat. “ku” tinggalkan mek dengan kami semuanya mencari kebahagiannya sendiri dengan perempuan lain..kami semua terabai tapi mek tak biarkan kami terus hayut di arus kemiskinan..kami tidak dibiarkan hidup melarat tidak menjadi meminta sedekah untuk membesarkan kami..mek kau sungguh tabah mek ambil tugasan seorang ayah dan juga ibu kepada kami ..

Mek
jasamu tak ternilai dengan wang ringgit, emas berlian dan juga kekayaan dunia..
ketabahan mu membesar 7 orang anak tanpa suami di sisi sungguh aku kagumi ..kau tak pernah mengeluh dengan nasib yang menimpa, kau tak pernah merintih apakan lagi menitiskan air mata disaat sukar dan susah..kau tabah mek kaulaa insan istimewa kurniaanNya pada kami semua..kami semua bertuah mempunyai mek kecekalan mek membesarkan kami menjadi insan yang berguna pada keluarga amat kami sanjungi..

Mek

walaupun bukan kesenangan yang kau berikan pada kami, tapi kami bersyukur kerana kami lahir dan membesar sebagai anak yang sempurna walaupun tanpa ada insan bernama ayah di sisi..mek kau laa segalanya buat kami semua..mek di usia mu menjangkau 61 tahun kau masih memerah kudrat yang ada ..membuat kerja..sedangkan mek sepatutnya di usia sebegini menghabiskan masa menambahkan iman dan tumpukan pada diri sendiri..itulaaa mek yang tak pernah pandai duduk diam ..mek I LOVE U..

takda apa yang dapat aku berikan sempena hari ibu sebab kita pun tak pernah tahu apa erti semua ini , ada yang menyambut dengan meriah..ada yang memberikan hadiah buat ibu tersayang..pada kami semua adik beradik tak pernah tahu apa itu hari ibu dan bila kah semuanya hari ibu sbb hari-hari yang berlalu pada kami adalah seperti hari yang biasa tiada yang istimewa ..tp buat mek ..madi minta maaf takda hadiah yang dapat diberikan hanya secebis doa semoga mek sihat sentiasa..dan kesihatan mek ini memberikan kami kekuatan untuk terus menghadapi hari yang mendatang..mek tiada siapa dapat menggantikan tempatmu..kau laaaa segalanya!Mek





Wednesday, May 10, 2006
bola sepak.















Piala dunia bola sepak dah semakin menjengah semua peminat bola sepak yang ada kat atas muka bumi ni..dan aku adalah salah seorang di antara puluhan juta manusia yang gilakan bola.tp aku bukanlaa yang jenis makan bola tido bola...aku yang kiranya mengikuti perkembangan sukan ni dengan rapat dan dekat itu saja..dan aku juga meminati gaya permainan beberapa bintang bola sepak dunia..cam cristiano ronaldo. reyes, theiry henry..dan ronaldinho semuanya ada kemahiran yang memukau...walaupun piala dunia bola sepak akan muncul pada bulan jun ni ..aku rasa ni adalah 1st intro pasal pasukan yang bertanding dan pasukan kegemaran aku..yang kat atas adalah antara pasukan pilihan yang akan menjuarai piala dunia 2006..1st aku sokong brasil, 2nd argentina dan jerman ada kelebihan beraksi di tempat sendiri..wokehlaa ni saja -saja punya entry yang aku nak tunjukkan sebenarnya adalah jersi tu yang kawan aku jual kat opis eheh aku dah ambil satu..jersi brasil ngan harga RM35.00 saja..nak buat koleksi..so sapa nak bagitahu nanti aku poskan ..boleh!!murah jah ni!

habis bab bola saja just nak bagitahu..sapa yang berminat ok contact aku..just email kat die077@yahoo.com ..semalam cam biasa aku teruskan rutin bermain badminton ..last nite rasa cam seronok ngan main badminton aku pun tak tahu kenapa ..aku main 6 game kot rasanya cam lebih but im realy enjoy ..dah tak fikir pasal kerja ..dah hilang sementara masalah yang membelenggu jiwa..semua pergi tapi akan kembali semula..den main badminton dalam 2 jam dari pukul 9 pm hingga 11pm..seronok tak leh nak cakap ..peluh yang berguguran dan memercik dari tubuh den rasa cam satu nikmat yang korang takkan dapat rasa kalau dok tgk astro heehe..pastu lps main balik umah ...mandi dan tido..tak ingat dunia dah..nyenyak sgt sbb dah penat..!!..biasalaa rabu dah menjelma aku bangun cam biasa..normal day keja..keja keja dan keja ..hari ni aku balik lewat skrg jam 7.29pm aku masih setia di sini menemani pc aku ni..nilaa teman setia aku..semenjak aku kat kuantan almost 1 tahun 4 bln rasanya laakan masa aku kat opis ngan pc adalah 2/3 dan selebihnya ada kat umah, kat kg atau kat kl..tak banyak perubahan sangat dalam hidup aku..masih sorang-sorang!

semalam selasa ada call mek sat sejak aku balik dari kl tak call dia lagi..so tengahari selasa call mek..dia dah sihat..alhamdulilah..nak tahu benda mek buat masa tuu..dia dok buat kuih jala..aku tak sure korang panggil apa..kuih jala cicah ngan kari besttt tuu..mek laaak yang masak..aduh rasa nak jah balik..!sabar, sabar...mek ada bagitahu anak buah aku yang belajar kat UUM nak PC aku yang aku guna masa kat UKM dulu..tp pc tu kena repair dululaa..korang nak tahu tak apa pertukaran yang mek aku buat ngan anak buah aku ni nak ambil pc nak repair...aku skrg memang takda duit nak repair pc ni..anak buah aku lak gigih masa cuti sem pi kerja kilang kat jb semata-mata nak cari duit repair pc..aku betul2 menyesal..apalaa guna bapa saudara cam aku .tak leh tolong..maafkan pakcu faira ..pakcu tak dok pitisss..kakak aku yang sulung mak pada faira pun susah ..hanya ada harta skrg ni lembu saja..so mek aku adalaa duit lebih rezeki tuhan harga getah alhamdulillah naik...so sebagai pertukaran mek aku bagi pinjam duit kat kakak aku repair pc ni dan mek dapat anak lembu sebagai pertukaran..waaa sedihnya aku..kakak aku terpaksa buat semua tuu..kenapalaa aku tak kaya kenapa aku takda duit..kenapa??sampai cam tu sekali..mek aku cakap skrg aku ada anak lembu sbb anak lembu to belong to me ngan mek...so aku ada harta skrg ..aset seeokor anak lembu..!tp mek aku biasaa ngan anak2 dia tak berkira sangat!..i Know my mek well..LOVE U MEK..tak perlu aku ucapkan selamat hari ibu sebab hari2 adalah hari ibu dan mek kau istimewa!....dah lps call tak leh lama sangat sbb nak siapkan kuih jala..habis conversation ngan mek..lepaskan rindu sikit,..ada juga lst pertanyaan dari mek..nak tahu menda: mek "die bilo nok kelik" aku "nanti bule nee kot"..akum ...!!

dohhhlaaa penat dah ni..ehehe hari rabu dah kan..nantilaa kau janji ngan mek aku akan repair pc dan bawa balik kat faira sebelum dia daftar semester depan..insya allah !..buat mek dan semua yang tersayang kakak, kak nor, dan anak2 buah tercinta koranglaa harta aku dunia dan akhirat ..biarlaa aku abdikan diri mencintai dan menyanyani korang semua dan itu lebih hakiki..jam 7.45pm ..rabu 10 Mei 2006..titik noktah aku berhenti di sini dahulu..wasssalam!



Tuesday, May 09, 2006
masih ada!!























Akum ...

harap masih ada sinar bahagia yang menanti..di harapkan masih ada yang setia menanti setiap titipan dari aku..dah seminggu rupanya aku mendiamkan diri cuma memerhati dan mencelah di dalam chatter box..waau ada aku terkejut ngan kenyataan yang diberikan tapi semuanya aku berserah padaNya ..hanya Dia yang tahu siapa aku...

last week kiranya padat juga aktiviti aku..1st mak angkat aku datang ke kl ..mula2 plan mak angkat aku dari kedah nak dtg ke kl ngan anak dia..tapi last minute tak jadi yang datang hanya kiranya adik akulaa yang pompuan dtg ngan kawan dia..aku no hal layan saja..mak aku tak dapat dtg sbb nenek tak sihat..sakit tua..!so sabtu aku dah ada kat kl.stay kat corus hotel sebelah dengan K evenue...bili asing2 ok eheh ..mana tahu korang fikir lain lak..so ptg diorng sampai ...malamnya aku bawa diorang makan kat Kelantan Delight KLCC..ahah adik aku nak makan budu..eheh aku rasa kalau ke kg baru lagi best budukan.emm nak buat cam mana dah dia nak makan situ ..best jugalaa makan kat situ tapi korang tahulaa kan harganya cam mana..aku ok saja org dah nak belanja rezeki jangan ditolak ok...lps makan kirannya aku bawa dia shopping klcc..beli handbag utk mama, kasut utk adik aku then ap alagi baju semua utk dia...penat nii..malam baru balik ke hotel!!

2nd day..sama gak ..lps bfast kat hotel aku bawa dia ke klcc lagi masih ada benda yang nak dibeli..korang tahulaa kan kalau perempuan ada saja barang yang hendak dibeli aku ikut saja..sbb ptg tu dia dah nak balik oppss lupa nak bagitahu nama adik aku ni wani dan kawan dia nama nani ..move to klcc..waaa penat den ni..shopping lagi..kali ni aku punya bahagian lak eheh mama aku kirimkan duit belikan kasut kerja utk aku..so aku dapat my new work shoes ..Bonia ..eme bolehlaa dah orang nak bagi rezeki beb..lagipun almost 3 years dah aku tak tukar kasut..kasut lama tapak dah haus..!alhamdulillah..then adik aku korang tahulaa pi beli kasut lagi waduh ponat den ni..beli some accesories ..tahulaa pompuan aku biar jah ..aku lpk kat main course sementara dia membeli belah tak larat aku nak mengikut yelaa barang2 kemas mana aku tahu nak pilihkan..then aku dapat satau lagi hadiah eeh..nak tahu menda baju t-shirt from zara..alaa tshirt biasa yang piala dunia..brasilaaa apa lagi pasukan aku piala dunia kat jerman ni..eheh..dah habis shopping aku..dalam ptg gak singgah secret recipe kat k evenue menjamu selera..cam biasa aku makan apa yg ada yang penting cheese cake eheh kena ada tuu..kegemaran den..sodap!..

sesudah menjamu selera aku hantar diorang semua ke klia..nai cab saja sbb banyak barang yang kena bawa..flight jam 8.00mlm tp kitaorng dah sampai sana jam 4.45pm..awal tu..nak buat menda ..biasala arah dituju ehhe mcd ..makan lagil;aa aku ..eeh tak kisah asalkan makan aje bukan susah..buka mulut kunyah telan sodap senang jah!pastu lpak saja kat sana..jalan2 tgk orang kiri kanan.;pic ambil tp camera adik aku so kat sini semuanya hp camera eheh..jam 7.30pm diorg dah masuk balai berlepas aku pun berlepas laa balik ke hotel ..sesampai jah kat horal dah jam 8.30pm ..penat giler rasa..mula2 aku plan nak pi makan kat kg baru ..naik lrt laa jalan kaki ke sana sorang2 apa lagi..lps mandi solat semua ..aku rasa penat sgt malasnya nak kuar makan ..emem aku decide tido saja kat hotel..penat gile kaki lenguh sangat..penat lagi main bola..pusing2 klcc berapa kali entah aku pun tak ingat semua kedai nak masuk ehe biasaa pompuan..kalau tak habis satu shopping kompleks tu tak sah kot heheh ..jangan marah kaun ibu semua eehhh..ni citer berdasarkan pengalaman aje!...so malam tu aku tido awal jam 10.00pm dah landing..ponatttt sangat!!zzzzzzzz...

isnin ..hari pekerja 1 mei aku masih ada kat kl..tapi dah kena check out hotel..tp aku tak balik kuantan sbb 3 dan 4 mei aku ada kursus lak kat hq.menara sme bank!so aku decide ke umah kawan aku kat pantai dalam lpk sana ..minta tolong basuh baju keja semua yang aku bawa dari kuantan eheh so isnin takda ke mana just lpk umah saja ..dah penatkan...tp petang tu aku just follow kawan kuar makan kat klcc..aduh klcc lagi nampaknya dah ponat den ni tak henti2 3 hari berturut2 kat klcc entah2 pak guard pun dah kenal aku ahaha..lawak ja..bukan org glamor atau popular sampai org nak perasan eheh...biasa jah..

2nd mei aku check in hotel crown princess kat city square untuk kursus lak..masa ni opismate aku dari kuching teman sebilik..ok saja no hal..aku tak kenal sgt .dia budak kredit analisa gak sama ngan aku cuma dah lama ngan bank ni..aku kiranya bdk mentahlaa baru 1 tahun 4bln kat bank ni..junior lagiaaa!..takda menda yang buat just borak2 saja..tido awal nak kena kursus esok malasaaaannyaa!

3rd mei aku dah mula kursus jam 9.30am..yang tak bestnya dalam kursus ni korang nak tahu ??aku kursus sekali semua ngan manager dari semua branch kat malaysia..so aku kena laa buat baik dalam kelas tak leh nak nakal2 kacau org sbb semuanya big boss yang setaraf ngan aku hanya lbh kurang 8 org saja yang lain adalagh big boss..waduhh kaget aku sihh..pastu yang buat lagi gelabah boss aku lak dok belakang aku..so mati kutu aku beb..hilanglaaa perangai gile aku dalam kelas.jadi mat sivik laa nampaknya eheh seksanya jiwa !..yg best dalam kursus nak tahu gak ke eheh apa lagi kalau bukan makan eheh..jam 10.30am makan..1.00pm makan 3.30pm makan eheh ..dah tak larat nak makan..ptg kursus abis...agak susah juga sbb kaitan ngan akaun..aku dah laa akaun masuk U dulu cukup2 makan saja ehe..oklaa pas juga kan..sebelah malam aku invitation dari kawan aku tgk rakaman zoom in bersama sheila majid eheh..aku bukanlaa peminat tapi disebabkan takda menda nak buat malam tu aku join saja at least terisi juga masa yang ada ..kalau korang rasa nak tgk show ni kan eheh tunggu bln november 2006.sbb rakaman tahu ajelaa kan..aku no hal sbb dah tgk live dari sana..bagi akulaa yang jarang2 sekali dalam hidup tgk artis ni ..persembahan average tp lagu semua best..ok!4 bintang buat sheila majid..den bukan peminat pun heee..

4 mei kursus lagi..ahaah ptg dah habis den balik ke kuantan naik bas..waaa dah malam hari baru aku menjejakkan kaki ke bumi kuantan setelah hampir 1 minggu tinggalkan kuantan yg tercinta emmm tercinta ke eheh bolehlaaa..esoknya 5 mei aku dah keja..jumaat lak tu singkat sangat keja..4.45pm dah balik berkejaran balik ke umah sbb nak tgk live semifinal malaysia vs denmark ..piala thomas..drive cam tak ingat dunia..excited nak tgk..emm akhirnya aku kecewa jua malaysia gagal..kecewa sangat .nak tahu sapa yang buat aku sakit hati ..mestilaaa hafiz hashim langsung takda semangat dan kekuatan mentall..pleaselaaa lain kali tunjukkan semangat harimau malaya..!!waaa dah panjang lebar dah den mengarang..wknd takda menda hanya lpk umah manual basuh baju..cam biasa ...oklaa selamat bekerja nantilaaaa ada lagi den tulis semula...

tak sempat nak wish last week..selamat hari pekerja kepada yang berkerja dan yang belum bekerja selamat mencari kerja ..semoga berjaya!!



Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box