Friday, August 22, 2008
InsaN IstiMewa BertaNdang..!!

gambaran rumah flat pokcik heheh ni masa kemas heh yg sebelum kemas tak leh bocor rahsia yg pokcik malas hahahhah !!
kenangan lama ni ..masa raya 2007 !

kedatangan mek ...insan istimewa di hati pokcik ke rumah flat yang bersepah pokcik..tahu jelaa rumah bujang dah la duduk sorang ..bersepah laa kan !malas betul nak kemas umah ni ..main campak ajelaa :)..
mek sampai ke kl hari selasa 19 August 2008 bertemankan 2 orang sepupu pokcik ..semua perempuan hehe..kira riuh laa rumah pokcik masa kedatangan demo semua ni ..best sgt tu ..pokcik ada mek heehh wpun orang lain ada mak gak tp ni laa insan istimewa di hati pokcik selamanya dan ada sorang tu pokcik anggap dia istimewa wpun dia hanya cakap pokcik ni kawan saja ..takpa pokcik pasrah aje :) ..yang penting pokcik sayang dia ..oppppss lebih lak ..ni pasal mek laa bukan pasal dia ..!
mek datang bawa buah salak , keropok lekor , keropok keping ..buah salak pokcik kirim sbb ada kak kat opis ni nak ...salak dari kg kan bukan selalu dapat ..segar dari ladang hahh!!mek sampai naik keretapi dari kuala krai ke kuala lumpur ..cam leh wat citer aje ni..yang macam citer apa tu yang sampai ke Machester United hehe!nak karang novel la cam ni tajuknya "pengembaraan dari Kuala Krai Ke Kuala Lumpur ..boleh dok ni..emmmm ..!!
dipendekkan citer ..pokcik ni kalau menulis banyak melalut jauh simpangnya baru sampai kat isi..mek sampai kul 9 am lbh pokcik sambut kat komuter serdang , beli bfast , hantar ke rumah then pokcik kena rushing ke office lak banyak keja nak kena settlekan..mek datang masa pokcik agak busy tp apa pun pokcik hargai sgt2 kedatangan insan istimewa ni ke rumah pokcik ..ni kali ke 2 mek dtg ..tp mek dtang dia tak sihat masa ni ..demam lak ..so nak berjalan sgt tak best dia letih ..!
ringkasan perjalanan selama 4 hari mek kat sini ..pokcik bawa dia ke mines shopping centre, Tesco Kajang , mana lagi ek ..jalan2 makan kat kedai member pokcik kat bukit Cheras , beli kain langsir , kain pasang nak wat baju raya ..itu sajalaa yang pokcik mampu buat keterbatasan masa dan sumber kewangan tp pokcik tak cakap laa pokcik takda duit heh ni masa pokcik guna kredit cardlaa..pokcik pantang kalau mek cakap barang mahal ..pokcik tak kisah demi mek ni segalanyaa mampu pokcik kasi wpun pokcik nak kena gadai nyawa ..pokcik teramat sgt sayang pada mek ni ..!LoVe U mek..!!duit tu leh cari kan semasa dia ada ni pokcik cuba segalanya nak buatkan mek pokcik gembira...
tanggal 22 August mek akan naik keretapi jam 8.00am di Kl senTral..malam ni pokcik akan hantar dia balik ke kuala Krai ...berlaku lagi peNgembaraAn pulang lak daRi Kuala Lumpur Ke KualA Krai ..!!
mek .
senyuman mu mengubat sebuah duka
mek
kedatanganmu membuahkan sebuah gembira
mek
kau ratu hati ku
mek '
kau permata yang teramat berharga buat aku
mek
hanya kau yang satu tiada galang gantinya
mek..
kau laa segalanya
walaupun hadir dia yang tak menyayangi aku
tp mek
kau akan selalu dan sentiasa menyayangi aku !
mek
tiada siapa dapat ganti mek ..hanya satu MEK.
sebagai anak ..sebuah doa , dan segunung harapan
MEk sihat dilindungi olehNya.!
amin !


Wednesday, August 13, 2008
MataHari .!!


tertutup sudah pintu, pintu hatiku

yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu

kini kau pergi dari hidupku

ku harus relakanmu walau aku tak mau


berjuta warna pelangi di dalam hati

sejenak luluh bergeming menjauh pergi

tak ada lagi cahaya suci

semua nada beranjak, aku terdiam sepi



dengarlah matahariku suara tangisankuku

bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

ucapkan matahariku puisi tentang hidupku

tentangku yang tak mampu melakukan waktu


dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisankuku

bersedih karna panah cinta menusuk jantungku



sedang pokcik memandu ke office pagi ni ..tergiang lak irama lagu ni ..rasanya semua orang tahu ..mendalam makna dalam lirik lagu matahari ni ..lain orang lain perasaan dan penerimaan serta pemahaman kan ..bagi pokcik lagu ni adalah sebuah kesedihan dan kesengsaraan yang dialami sang kekasih terhadap buah hatinyaa yg bukan miliknya ..pahanan asmara ..ni pandangan peribadi pokcik pada lirik lagu ni ..tp apa pun terpanah gak pokcik dgr lagu ni ..mendayu-dayu menusuk kalbu ..dah laa pokcik dalam mood kurang happy lagi tp ..wpun pokcik dalaman tak stabil ..tp pokcik tak tunjukkan pada sapa2..biarlaa pokcik sendiri tahu bahawa matahari ku bukan utk diri aku ..!!matahari dah jadi gerhana .:(





sepintas lalu diari harian dari pokcik ..tanggal 13 August 08 ..ni takda apa yang special ..cuma semalam pokcik call mek..rutin harian kan ..dia cakap nak dtg ke kl melawat pokcik yahhoooooooooo..mek nak dtg ke rumah pokcik dengan sepupu pokcik ehhe cian mek kan nak jumpa anak dia ni kena dtg ke kl lak ..terbalik kan ..sepatutnyaa pokcik la yang kena balik kg ..tp biarlaa hanya pokcik yang tahu ..peduli apa pokcik orang nak cakap apa ..yang penting pokcik tetap anak mek ..kan mek ..LOVE U Mek..!!ni insan tersayang pokcik ..kalau dia takda pokcik tak tau laa apa leh jadi pada pokcik..sumber kekuatan pokcik ..diala matahari pokcik ...!!mek nak dtg tp tak sure bila maybe selewatnya sblm ramadhan ..:) leh shopping baju raya mek bereeehh bestnyaa ..leh manja2 dengan mek ,.nak mek masak makanan kegemaran pokcik bestttttttttt ...!!




berbalik ke alam nyata lak ...hari ni ek apa pokcik wat ya..jap-jap nak recall..ahah pokcik dari kul 12 -330 ada meeting ngan client kat Shagri-La Kl..apa lagi nak cari sales jelaa kan !! kalau nak tahu hari ni pokcik makan sushi lagi aduhhh tak leh nak telan tekak ni ..tiba2 dalam meeting kak liza sms .."ikan bakar cicah .bessttt slurrrrpp"saja jah nak bakar keimanan pokcik ..ehehh dorang tau pokcik suka makanan kampung ..kalau budu apa lagi kan hehe!!...habis saja meeting pokcik rushing lak ke Shah Alam ..ada roadshow kat Menara MRCB shah Alam ...alhamdulillah 2nd day sambutan mengalakkan ..ni kasi semangat pada pokcik utk buat yang terbaik ..habis kat shah alam terus balik masuk opis ..dah dekat kul 545 pm kat opis ..nak kena verify apa yang client nak ..!!nak kena selesaikan masalah dorang dulu baru rasa lega nak balik rumah kan ..




ni waktu berdetik kul 8.49pm masih menghambakan diri pada CElcom ni ..bukan hamba ..dibayar gajikan ..salah cakap lak hehe..takpaa pokcik rasa happy habiskan masa kat pejabat sbb kalau balik rumah pokcik akan fikir benda yang bukan-bukan ..biasala bila sorang ni banyak benda akan datang ..tu yang pokcik tak nak balik rumah ..sunyi akan melanda..yang ada hanya astro, fridge , washing machine ,lampu,Tv , bunga pokcik ..tu ajelaa teman tak bernyawa ..matahari pun dah hilang rembulan pulak tiba menjelang malam ni ..!!
oklaa sambung wat keja ..daaaa ..tak tau nak kelik kul berapa ...matahari Ku di mana kamu !!






Tuesday, August 12, 2008
Secakir Senyuman Dari Pokcik disebalik air mata ..!!


Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya.

Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta. Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata.

“Tolong jaga mata saya baik-baik…”


bila pokcik baca citer ni ..pokcik bukan senyum riang tp pokcik tersenyum dengan rasa nak melimpah air mata , bukan apa sebenarnya semua ni ada kaitan dengan pokcik dan apa yang pokcik lalui selama ini ..!!thanks pada kawan pokcik yang duduk jauh di penang ..eheh kekasih pokcik hehe oppss bukan lagi baru aje nak kenal2 cam gitu laa hehe !!pada Feeza kat penang thanks ek kongsi citer yang bagus cam ni dengan pokcik ..
pokcik bukan nak mendendangkan kisah duka pokcik ,bukan nak menyebarkan pada seluruh dunia yang pokcik dalam kedukaan cuma .,..dengan insanseni ini sajalaa pokcik leh meluahkan apa yang terbuku di hati pokcik skrg ni..apa yg bermain dalam fikiran semua digarapkan menjadi sebuah cerita terbit dari hati pokcik yang ikhlas ..kata2 yg dititipkan bukan dusta tp ini laa hakikat sebenar yang pokcik hadapi selama ini ..
pokcik tak sangka ada gak orang yang baca apa yg pokcik tulis ni ..feeza segan la pokcik kalau mak feeza baca blog pokcik ni eheh bukan apa ..memamg kisah ini benar cuma ...susah nak diungkapkan dengan kata2 apa perasaan sebenar pokcik ..bangga pun ada , sedih pun ada dan kadang2 malu sbb org boleh melihat kesedihan dan kelemahan yang ada pada diri pokcik ..tp pokcik akui bahawa pokcik bukan manusia yang sempurna , bukan robot yang takda perasaan ..pokcik ada perasaan dan kadang2 pokcik kalah dengan perasaan sendiri ..kalah pada kesedihan yang merangsang jiwa yang menghuni hati ini ..
setitip diari harian ..hari ni agak busy dengan jadual roadshow kat shah alam ..td seharian pokcik kat Menara MRCB Shah Alam..ada gak sales sikit wpun tak seperti yang disangka ..!jumpa kawan pokcik Lan Uitm ..kau monteng nak kena report pada Dekan kau ni hahah ..tp thanks belanja pokcik makan nasi goreng kampung ngan Teh o limau Ais + Jus Epal hehe!banyak pokcik minum sbb banyak guna nak explain pada cliet..gitulaa kan orang buat sales ni ..habis aje sana pokcik rush balik ke opis semula nak kena settlekan registeration mana yang dapat ..so hari ni balik lambat ..mungkin lps solat maghrib atau paling lewat solat isyak kot..ada geng ajak main badminton malam ni tp takda apa2 follow up dari dorang kira cam senyap aje tu hehe!...kira macam balik awal pun pokcik akan layan sukan olympic ajela kat rumah ..kat rumah sorang2 ajela tekan semua 11 channel astro yang ada tu ..dah mata ngatuk tido ajela kan ..tu jela ..tak meriah pun jadi pokcik ni ..kata orang hidup kena enjoy tapi bagi pokcik senang saja hidup tak nak susahkan orang ..!
kalau ada sebuah senyuman
tak bermakna aku gembira
bila ada setitik air mata
tak bermakna aku dalam kesedihan ..
kerana
air mata dan senyuman adalah sebahagian dari hidupku
tanpa nya aku rasa hidup tak sempurna
air mata ..senyuman kau laaa..
peneman hidup pokcik ..!
terima kasih air mata jadi kawan ketika menangis
terima kasih senyuman jadi sahabat ketika ketawa
dan terima kasih keduannya ..kerana
jadi teman setia hidup aku ....
senyuman la dalam air mata ..!!


Monday, August 11, 2008
Doa pokcik PadaMU ..!!


Ya Allah…

Seandainya telah engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagian antara kami….

agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…

ya tuhanku yang maha mengasihi…

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…

dia bukan miliku…

Bawalah ia jauh dari pandanganku…

Luputkanlah ia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Melontar bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja nan merah…

agar aku bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang…

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…


Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik buat ku…

kerana Engkau maha mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…

Jangan engkau biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

itu luahan hati pokcik sekarang ni ..kalau laa dia bukan utk pokcik biarlaa dia bahagia ..tp hati kecil ni masih mencari dan menanti dia...
sedikit catatan diari pokcik ..hari sabtu pi kenduri kawan pokcik satu kat kajang dan satu kat keramat ..yang best masa kat kenduri keramat jumpa dengan kakak masa sme bank , jumpa kak ina, anak dia fatin, abg yoe , nazri, isa ..ni semua kawan2 pokcik masa smebank..terima kasih sbb masih ingat pada pokcik ..tp apa pun pokcik masih keep in touch dengan dorang semua ..:)
sebelah malam lak pokcik ada tournament bowling , main 4 game hehe jatuhan pin 579 eheh sikit ajela sbb pokcik bukan terer sgt ..!!.dah balik agak lewat dalam kul 12 mlm lebih ..sampai umah layan lak sukan olympic kat astro ..ada 11 channel ..layannnnnnn smapai kul 3 pagi ..esoknyaa ahad lak bangun awal pun layan sukan gak ..sampai ptg kuar makan ..pi tesco ampang beli barang2 rumah then balik umah tidooo...
itulaa catatan pokcik yang tak meriah mana pun ..ada orang cakap hidup mesti happy tak yah nak peningkan kepala pasal orang lain ..tp tahukah dia ..setiap hati manusia ni tak leh menipu ..hati bukan utk ditipu ...
Doa Ku buat Mu..
bahagia selalu walaupun aku sepi tanpa mu ..
warkah sedih masih ada buat aku !!




Friday, August 08, 2008
Tiada aPa Pun..!!


masih dalam mood yang tak ketentuan..dan tak pasti apa yang bermain dalam hati ni ..dalam kotak fikiran aku skrg kosong ..blank with nothing to say..!tp kerja tetap kena fokus kan..yang tu kena beri keutamaan ..
tiada apa pun dengan insan ini
tiada apa pun aku berdiri lagi
kerana yang ada hanya sebuah kesunyian
kerana yang hilang adalah senyuman
kerana yang datang menjelma adalah sepi
aku tiada apa pun
melainkan sebuah mimpi yang telah dirampas manisnya
melainkan indah impian yang telah hilang serinya ..
kau ada utk aku ..tapi kau bukan untuk aku ..!
tiada apa pun ...untuk aku ..
imbas kembali ..semalam kan pokcik ada tertinggal hp kat rumah kan ..dah sampai rumah dalam pukul 9pm lebih kot ..pokcik tgk hp huua macam biasa dan macam yang dijangka ..adalaa 4 sms dan 5 misscall . tu pun dari anak buah pokcik, faizah yg sekarang keja kat sebuah tadika di Cheras..yang lain ..sms dari orang yang pokcik tunggu takda pun ..dah nak wat cam mana ..harapan pada yang tak pasti ada ..dan harapan tiada apa pun..!.semalam gak sebelum berangkat pulang dari office pokcik call mek di kampung..rindu lak wpun hari-hari memang pokcik akan call ..saja nak tahu sihat ke tak mek pokcik ..tu aje yg pokcik pasti orang yang akan selalu menyayangi pokcik..mek tak sihat demam sikit sbb kena hujan masa ke pasar malam kat pekan kuala krai..lemah aje pokcik dgr suara mek..mek dah ambil ubat pokcik suruh rehat aje ..tu ajela yang mampu pokcik buat selain berdoa padaNya agar kembalikan kesihatan pada mek pokcik ..LOVe U Mek ..!!
last week sikit punya imbas cerita ..anak buah pokcik , asrul@abg ngah , excident kat kg pokcik , jatuh motor ,,pokcik kalau dgr pasal ni semua hati dah tak senang ..tiap2 hari call , satu hari leh 3 ke 4 kali call tanya khabar ..alhamdulillah last friday dah kuar dari hospital..
dah kembali ke alam nyata lak ..hari ni tanggal 08.08.08 waaa manyak masyuk waaauu tarikh ni kan ..aku hanya busykan diri dengan keja .nak kena wat project paper nak present kat GM aku pasal package nak offer to big group yang pokcik kena jaga..perah otak jugala aku nak kena wat semua ni..nak cari maklumat pasal company , nak cari kekuatan pada company then apa yang aku leh offer ..mudah-mudahan aku akan dapat idea..hari jumaat ni gakkan .ramai dah office mate dah balik ..tp ni pokcik maybe lepas solat maghrib kot akan balik tak pun paling lewat kul 9pm macam semalam gak..tp destinasi singgahan pokcik adalah kat keramat sbb officemate pokcik ada majlis berinai ,esok dia kawen ..utk dot ni panggilan manja dia hehe kawan SMEbank dulu ..selamat pengantin baru ..!,Moga Jodoh mu Berpanjangan ..ehhe korang jangan nak suka tanya lak bila jodoh pokcik heh ..dah ketentuanNya blm sampai masa..pokcik tak mencari sbb yang dicari telah lepas dari pandangan dan pegangan pokcik ..dia bukan milik pokcik wpun setulus hati ni menyayangi dia..!!
ni kira macam diari sikit ek ..sbb esok jadual agak penuh ..pagi ada kelas etiqa kat ampang, tengahari lak ada kenduri kat keramat ni ..malam lak ada bowling tournament ..ini laa cari pokcik menghilangkan kesunyian diri ..!kerana pokcik tiada apa pun utk dikongsi bersama orang lain..apa korang rasa pokcik ni jahat ke ?maybe ada kenal pokcik akan cakap pokcik jahat ..:( .sbb tu pokcik masih dalam kesunyian lan !!
ok sblm nak cari idea buat slide presentation ..melalut dulu pokcik kat sini ..hanya dari luahan hati yang sunyi ..
tiada apa pun ....insan ini..Asmadi!


Thursday, August 07, 2008
AkU HaNya MamPu BerDoa ..!!

di Kala ni ..aku hanya mampu berDoa dengan apa yang aku hadapi...di kala aku masih mencari kekuatan untuk melawan sebuah kesepian..aku insan yang kerdil lagi hina ini hanya mampu berdoa padaNya.semoga kesepian ini pergi dari diri ini ..!
kau ada di depan ..
tapi
aku tak mampu memegang mu
kau ada di sana
tapi
kau bukan milikku ..
kau hadir dalam mimpi ku
tapi
aku masih belum mampu menawan mimpi itu ..
kau dan aku pernah bersama
tapi
saat indah itu bukan lagi milik aku
solly laa geng semua pokcik agak emosi sikit lately entahla mungkin dah dimamah usia dah tua kan ..lepas tu lak dok melangut atas jendela(jap-jap umah flat pokcik tu ada jendela ke huau) keseorangan ..cam mana laa tak sepi kan ..!takpaa mana kawan yang kasi sokongan moral tu terima kasih laa deh ..pokcik ni takda apa nak kasi hanya doa untuk kebaikan semua ..
lukisan jiwa pokcik masih berkecamuk ..masih keliru dan kelam kabut ..yang ada di depan mata tp bukan milik pokcik ..dia sekarang sekadar sahabat ..di dunia ni ..tp itu bukan yg pokcik nk ..pokcik mahu apa ek ..jap nak fikir huau aahahrrggh susah sangat lu pikirrlaa sendiri ..!!
hari ni 7 August 08..mula pagi tadi .dah bangun awal tp peram tido sampai laa agak lewat..dahlaa kuar umah kul 8am..ada road block lak hanginyaa pokcik ..yg bertambah hangin hp lak tertinggal kat rumah..ni kes Hp no hal tak kisah sbb jarang sgt org nak call/sms pokcik ..sapalaa kan nak sms pokcik ni ..so tak heran tertinggal dan malas nak pusing balik ambil..pokcik ada company Hp heh kalau ada apa2 kat kg .mek leh call hp ni..tak paa la kan..leh bilang ngan jari laa sehari ada dalam 2 ke 4 sms aje pokcik dapat ..kalau call haha lagi melucukan satu kot tu pun kakak pokcik wat misscall heehh ..dah nasib orang sepi kan :(
sampai opis dah almost 10am ,kelam kabut nak kena prepare ada lunch meeting dengan Tan Sri ...nama dirahsiakan hehe atas sebab keselamatan .UeM Group Chairman.luu cari laa sendiri ..lunch meeting kat Genji Restaurang PJ HiltOn .!korang nak tau punya laa pokcik gelabah ..takut weeh mana pernah jumpa Tan Sri lak tu ..sepatah haram pun pokcik tak cakap ..semua big boss pokcik ada..semua 6 orang ..makanan jepun weeh ..tak leh telan pokcik ni ..kalau ada budu ngan sambal belacan sedap gak hehe ..apa kata kalau order tu...orderr kalau berani ..salah hari kena hempuk dek waiter hehe..!ala sushi tu susahnhyaa tekak melayu ni nak telan ..makan jelaa wat2 muka senyum sodap kononnya.!ada suprise korang nak tau apa ..we all buat suprise birthday present utk Tan Sri.!Happy Birthday Tan Sri ..!!
dah Puas melantak tu kan..oppss kekasaran bahasa lak ..ni kalau BM UPSR tak Lulus dah ni ..kena repeat paper ..eheh apa kata Cikgu Kamil cikgu Bahasa melayu(watak ni cari sapa pegang then kasi tau pokcik )..lepas udah makan ke Shah alam Lak antar barang kat client..dalam hujan lebat tu huau.kereta kelisa pokcik apa lagi best laa berenang ahhah !..settle sana dalam kul 4pm.rush back to office nak kena wat preparation lak esok ada presentation kat UEM Group haua ..best laa cam ni ..baru hidup pokcik terisi dalam kesunyian kan..ni tak tau laa pokcik kelik kul berapa..malam laa dah tentu .,.tgklaa kul berapa ..
memang busy dengan keja hilang sunyi kan tp sunyi dan sepi jiwa belum terisi ..dengan tu aku Hanya MamPu BerDoa ..padaMU yang Maha Kuasa ..berilah akU keTenangan hadaPi Kesepian NI..dan Buat dia ..i Always Love U ..!
daLam sepI ini datang mimpi Sedih
yg hanya tahu mengalirkan air Mata
aku datang dariMu dan kepadaMu jua aku Berserah
PadaMU aku Berdoa ..!!


Tuesday, August 05, 2008
melawan Kesepian




di saat tibanyaa sebuah drama kehidupan yang penuh dengan cabaran ..aku didatangi perasaan kesepian yang menerjah tiba-tiba ..haruskah aku melawan kesepian , adakah patut aku melayan rindu yg tiba-tiba datang ..apa korang rasa ..kesepian yang melanda ni adakah cabaran yang harus aku tempuh..atau hanyakah sebuah mimpi yang blm ada kesudahan ..!!
bila sayup sayup aku dengar suara ct mengalunkan irama melawan kesepian .begitu sinonim dengan apa yang aku hadapi masa ni ..mungkin org lihat dan perhati aku ,,senyum selalu ..ada orang cakap best nyaa hidup macam aku tak perlu nak fikirkan pasal orang lain ..adakah dia tahu yang aku ni sedang bergelut dengan diri sendiri..melawan sebuah kesepian ..aku tak pernah minta lebih ..aku tak pernah luahkan pada sesiapa kisah sebuah kesepian yang aku alami ..aku tak nak orang yang aku sayang dan pernah sayang ni tau ..yang aku begitu sepi ..wpun aku hakikatnya takkan dapat miliki dia ..cukuplaa bagi aku melihat dari jauh semoga dia akan bahagia dengan jalan yang dia pilih ..!!
kesepian yang datang ni ..tiba2 bukan aku pinta ..bukan aku impikan ..maaflaa korang semua ..aku hanya jadikan blog ni luahan perasaan ..dan untuk melawan kesepian ni ..aku jalani hidup seringkas mungkin ..tak kacau kawan2 masa hari minggu , tak nak ganggu private life sapa2 pun ..biarlaa aku ditemani kesepian ..
bila aku lihat pasangan berjalan bersama terdetik gak di hati kecil ni ..sepi kah aku ..terlintas kata2 dari afdlin dalam cerita sepi..cuba lihat kiri dan kanan korang ..sepi kah kau ..gersangkah kau dengan sebuah kisah kesepian yang kau cipta sendiri..!
melawan kesepian bukan kehendak aku , sepi juga bukan aku pinta ..aku sepi bukan kerana kesedihan yang melanda tp hanya sebuah jiwa yang kosong yang pernah terisi dan kecewa dan kecewa tu aku sendiri blm mampu ubati ..entah laa berapa lama lagi kesepian ni akan menghuni diri hamba bernama asmadi.entah siapakan yang dapat mematikan kesunyian ni ..dia sudah ada cuma bukan untuk aku ...
melawan kesepian adalah mati yang tak sudah
merindu seseorang adalah sebuah perasaan yang indah
tapi sepinyaa ada sebuah perasaan yang sedih ..
haruskah aku melawan kesepian .
teruskan dengan kesengsaraan ..
biarlaa hanya aku mencintai mu..
kau pun tau ..hakikat..aku laa melawan kesepian !!


Monday, August 04, 2008
TerBang Tinggi .!!


dah masuk bulan ke 2 ,pokcik keja dengan celcom ni ..bab kata orang pokcik dah belajar untuk terbang tinggi macam lambang celcom ...terbang menerjah ke awan..kalau awan itu batasannya kenalaa pokcik gigihkan diri kembangkan sayap untuk terbang tinggi bersama-sama mengapai awan yang tinggi jauh di sana ..
dalam 1 bulan lebih keja ni banyak juga peristiwa yang berlaku ..dah pergi convention kat bukit tinggi , dah pun makan2 dengan makcik2 kan opis ni ..pokcik kan jenis mesra alam ..lagi laa dengan mackik senang masuk line..ditambah lak makcik ni org senegeri pokcik senang laa kan !!selain tu ..GM celcom bahagian pokcik resign then ke competitor masuk kuning laa heh tu tahula kan sapa kuning ...
sekarang ni ..pokcik ada sedikit tanggungjawab nak tengokkan anak buah pokcik ..dia baru datang ke kl last week dah pun keja kat tadika milik kawan pokcik gak ..pokcik bukan apa senang nak tengok dia , nak bawa kuar makan ..kalau ada apa2 senang nak jenguk ..biasala anak buah perempuan nak kena jaga lebih sikit al maklumlaa mak ayah dia harapkan pokcik yang ada ni nak jaga anak dia ..insya allah pokcik akan tunaikan amanah ni sebagai bapa saudara yg dipanggil "pakchu" sebaiknya ..
saja nak cerita sabtu lepas pokcik agak penuh gak jadual ..dari hadiri kelas utk jadi agent etiga, sebagai sumber kewangan ke dua untuk menampung keperluan hidup yang semakin bertambah ..insya allah pada 16August ni pokcik akan ambil exam untuk menjadi agen etiqa ..so lepas ni kalau sapa ada contact tu bagi tau la pokcik nak jual takaful lak heh!!...
selepas kelas ..pokcik pi lak kat UE3 main bowling 4 game ..nak tau pokcik main dengan sapa ..dengan sapa lagi ..dengan diri sendiri dan sorang aje la ..macam biasa huah!membaling alone ..lane tu milik pokcik ..syok main kat UE3 bukan apa sbb tak ramai org ..kalau pokcik cuci longkang pun takda sapa yang tau ..heeheh leh cover takda sapa tgk hahah!
selepas main bowling lak..pokcik nak kena bersiap sedia nak ke kenduri kawen kawan ex-office mate kat shah alam lak ..utk kak aida dan abg feeza ..selamat penganting baru ..uhuuuh yang tak best masa kat kenduri kawen ni pokcik terserempak dengan orang yang pokcik tak nak jumpa ..sapa lagi ex boss kat TLO dulu ..hangin wat hilang selera nak makan aje ..!!apa pun dalam hilang selera tu habislaa juga sepinggan nasi dengan nasi tambah eheh ..malam tu pokcik pakai sedondon dengan partner pokcik hehe baju biru ,.,tp sini takda bukti nak tunjukhehe sbb camera dengan dia ..tp apa pun buat kechik , su , hakim thanks ..sbb bawa pokcik ke kenduri hehe leh makan free ..penuh jadual pokcik hari sabtu ..Otw balik tu ada lak member call main futsal kul 2am ..huuu pagi buta nak menyepak bola ..eheh tp pokcik tak dapat nak join sbb balik umah terus lena ....
panjangnyaa pokcik bercerita kan ...ahad takda menda ..bawa anak buah kuar makan then petang lak ada lak sesi photoshoot suka2 tu yang dapat gambar melompat lebih tinggi ,..ehhe
oklaa dah lenguh jari jemari menaip hehe ..nanti panjang sgt mana ada org baca pun haha alih2 pokcik sorang aje tgk kelih lihat semua ...ok chowww dulu ..wassalam
kalau hendak mengapai awan tinggi
jangan takut terbang tinggi
kalau hendak mencapai impian
jangan hanya bermimpi di siang hari
bersama pokcik menuju destinasi ..!!


Permulaan...

  • Home
  • E-mail Saya
  • Buku Tetamu.. Sila Tinggalkan Pesanan


  • Tentang Aku...

    My Photo
    Name:
    Location: Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    aku ada lah aku .. gelaran pokcik aku terima dengan senang sekali .. apa segala pokcik coretkan dalam blog ni adalah hak dan pandangan peribadi pokcik .. kalau sesiapa tak suka apa yang pokcik borakkan maaflaaa ni adalah hak pokcik di sebuah negara yang aman damai ni .. pokcik bukan artis jauh sekali nak terkenal tp pokcik adalah pokcik yang takda orang lain dapat menjadi pokcik .. sumber inspirasi tentulaah mek pokcik.. anak seorang penoreh getah dari kuala krai..menjelajah ke kota kuala lumpur hanya nak mengejar sebuah cita2 membahagiakan yang ada di sana .. buat kawan2 pokcik yang baru yang lama korang yg selalu datang dan selalu jua pergi ..itulaa asam garam berkawan masa manis bersama masa sedih susah nak berjumpa .. bacalaa blog pokcik ni akan tau laa sapa pokcik ..anak seorang penoreh getah yg punya keazaman wlpun seribu halangan mendatang..!!



    Cuaca & Waktu...

    Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast


    Coretan Dahulukala...

  • Jadi Lah PengguNa yang BiJak !!
  • RezeKi tamBaHan SeMpena Kedatangan Ramadhan Dan Ha...
  • Treasure HunT daRi Kl Ke Awana Kijal 2009
  • hanya Sekadar Luahan
  • Permainan Udah berMula !
  • Kenduri Kawen ..Kak Tinie !
  • sakit wadduh!
  • Friendly Match
  • MaRi MeMbaCA Lak ..!
  • Mari MemaSak Siri 2 !!


  • Teman BicaRa PokCIk

  • HasrulMuin, Ganu Kita
  • Hairi, JB
  • Iz, Bangi
  • Zam, Story of Us
  • Ross, Shah Alam
  • Saif, Orang KL
  • Reez, Transcript Of My Life
  • Suhaimi Pengacara
  • Raja Pelaut
  • Seroja
  • Affendi Osman
  • Abg Bad ERA
  • Mizi "MiziOnline"
  • Cuya
  • Anggeriq
  • Dongsanchai
  • Hapizx kelate
  • OntahsapO
  • Jowopinter
  • DikYah KEKasih Gelap ku
  • Kujie
  • Kak KAsiH TerSaYang
  • NAZZMAN
  • PUTUBAMBU
  • ABe Eq
  • Pika Merah GeNg BadminTon Pokcik
  • TOK NABE GenG BuDu PokCIk
  • UNCLE J SAIE POKCIK
  • CAPPUCINO ORE KELATE DOK OBERTHESEA GENG PETAI POKCIK
  • ABE ADIE NUN DI LANGKAWI
  • SYAM GENG POKCIK
  • MDMZEND ANAK DIA COMEL
  • AZZA AWEKS KELATE GENG POKCIK
  • CUTE PANDA
  • GIDONG ORE JAUH
  • LANUN YANG TAK JAHAT
  • ABE PUTRA GENG PETAI


  • 'Link' Berguna...

  • Google News
  • Yahoo
  • Hotmail
  • Maybank2U
  • The Star
  • Berita Harian
  • RHB
  • e-Kawan
  • MySpace
  • Friendster
  • Air Asia
  • Golden Screen Cinema
  • KLSE
  • TM Net


  • Arkib...
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • January 2006
  • February 2006
  • March 2006
  • April 2006
  • May 2006
  • June 2006
  • July 2006
  • August 2006
  • September 2006
  • October 2006
  • November 2006
  • December 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • June 2007
  • July 2007
  • August 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • November 2007
  • December 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • April 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • Current Posts


  • Istimewa...
    Untukmu...

    Jom Sembang...





    Jumlah Pelawat...
    Jumlah Lawatan...
    Terima kasih kepada: -

    Terima kasih kepada CHERYL
    Photobucket
    Blogger
    Chatterbox
    MSJ Box