Friday, September 26, 2008
SAlAm LeBaran 1429 H
salam lebaran buat semua kawan-kawan blog yang setia dan selalu kunjungi pokcik kat teratak usang bernama insanseni ni ..dikesempatan yang masih ada ni ..pokcik ucapkan ...
selamat menyambut aidilfitri
maaf kan salah dan silap pokcik
tulisan dan coretan pokcik mungkin melukakan sesiapa
mohon maaf jua di pinta
tanpa sedar dan sengaja ..
perkataan yang dari bibir pokcik ni membuatkan sesiapa terguris
sepluh jari yang ada sempurna kurnianNya ni pokcik susun
memohoh sejuta kemaafan ...
utk pengetahuan semua pokcik akan berhenti dari update blog buat masa ni ..bercuti dari 27 September -5 Oktober 2008 ..insya allah akan bertolak balik ke kuala krai ahad pagi 28 Sept 08 dengan co-pilot pokcik ..anak buah dan sepupu pokcik akan menaiki kelisa kesayangan pokcik tu ..doakan ek keselamatan pokcik moga tiba di destinasi ke kg tersayang bertemu mek dan family...
akhir kata salam aidilfitri sekali lagi ..moga pemergian ramadhan diratapi dan kedatangan syawal diraikan nanti ..serangkap pantun utk kawan-kawan semua ..
make ikke cicoh budu
jange lupo tamboh satar
kelik rayo tok sir laju
nanti rayo dale sepital
SALAM AIDILFITRI
Thursday, September 25, 2008
mood raya...dah TIba
sampul duit raya ..ni ajeaa pokcik ada ..kalau sapa2 nak sampul ni cakap laa nanti pokcik poss ..pokcik dapat banyak ..guna kabel baik punyaa haha!
duit raya yang pokcik dah tukarkan ..nak diagihkan pada anak-anak buah kesayangan dan nak sedekah pada budak2 kg yang layak sahaja ..ok kalau rasa layak tu minta ngan pokcik ek
ucapan hari raya dari customer pokcik ..thanks laa pada customer yang ingat gak pada pokcik ni..
kad-kad hari raya 3 keping aje tahun ni haha ..kira ok laa tu ..(nada saida kak ct tu laa ) ,dari takda langsung kan !
sampul kad selamat hari raya pun jadi laa..
sekarang ni pi mana2 pun dah masuk mood raya ..lagu raya dah berkumandang kat mana-mana..corong radio , shopping compleks ..mana lagi pi laa mana2 pun tetap ada lagu raya ..apa lagi kalau kat opis pokcik ni ..pi level mana pun ada saja lagu raya ..ni laa yang meriahnya kan hari raya..semua dok cakap nak balik bila , nak balik mana , rumah bini ke kampung suami ke ..pokcik yg bujang ni mengiyakan sajalaa..mana yang boleh ..
persiapan pokcik ala kadar saja ..dah pun ada duit raya utk anak-anak buah, dah pun beli baju raya utk dorang , dah pun beli baju utk mek , kuih raya dah beli sikit, yang belum lagi hanya baju raya utk abg -abg kat kg , ngan kak aje laa..utkpokcik takda apa2 hanya akan pakai mana yg dah ada ..baju melayu yang 4 tahun lps pun masih ok lagi ..pokcik tak la membazir pasal nak bergaya ni ..pakai mana yg mampu ..lagi pun kewangan blm lagi stabil..yang teramat penting bagi pokcik adalah kegembiraan dan senyuman ahli keluarga pokcik ..tu laa keutamaan pada mereka ..
ada lagi sikit persiapan blm beli ..kain tudung ngan sikit buah tangan utk mereka tu maybe pokcik akan ke jalan TAR hari jumaat malam ni nak cari mana yang boleh laa kot ..sekadar yang mampu..
maybe semua tahu pokcik akan balik mana kan ..mana lagi kan ke negeri cik siti wan kembang ..ke daerah kecil kuala krai..di sebuah desa kecil kg pak jelak ..ni mungkin last update sblm nak cuti panjang ..modd raya ..dah tiba !!
Wednesday, September 24, 2008
Diari Selesa ..
semalam kesibukan gak .bukan apa pokcik dah kelewatan ke pejabat pulak tu keja menanti banyak lak..masuk aje dah nak kena settlekan proposal utk client sbb ptg ada meeting dengan dorang kat Shah alam..lebih kurang pukul 1lbh pokcik bergerak ke Shah Alam seksyen 9 ada meeting sana ..dah siap semua ..pokcik bergegas lak ke Menara Standard Chatered kat Bukit bintang nak kena hantar barang kat client lak ..dah sampai sana dalam pkl 3lbh gak laa..almost 4 kot ..dah siap antar barang ..pokcik lepak kat kedai baju kawan pokcik ..kedai FUSION ..milik kenalan pokcik ..jom laa dtg jenguk ada baju design yang cantek dan menarik ,...!!meh laaa ..tp nak diskaun kena tanya tuan kedai laa pokcik bukan pemilik hehe....
kira semalam pokcik berbuka dengan kawan kat pavillion ..makan kat Madam Kwans ..sodap gak service baik cepat walaupun ramai orang kat sana..nak tahu tak pokcik berbuka dengan selebriti terkenal ..nak tahu sapa hahah..aznil haji nawawi..kata aje berbuka dengan dia tp dia meja lain pokcik meja lain haahah ..saja nak kasi gempar ..wokeh laa ..utk kawan2 baru yang kat over the sea tu cappucino , ladyeena tu tabahkan hati diperantauan ....sila jamu selera kat blog pokcik ..kalau rindu kat negara malaysia dan negeri kelate mehlaa lepak sini ..dengan hati senang pokcik menerimanya ..
waaaahlam wasssalam ...
Monday, September 22, 2008
Peristiwa hari ini ..
wallpaper laptop pokcik heheh ..nak letak pic sapa lagi kalau bukan diri ku ini heheh ...@ni laa adik-adik pokcik ..masa ni dah pukul 8 pm lebih kot dorang sambut birthday girl
birthday Girl..Linda..untuk Linda pokcik ucapkan sempena dengan ramadhan yang mulia ni dan hari lebaran yang bakal menjelma diharapkan dirahmati olehNya..amin birthday cake ..LINDA
sure korang pelik kan apa salaa pokcik dalam masa 1 hari ada 3 entry eheh ni namanya gila bayang..oppss bukanlaa cuma pokcik ada kelapangan dan rasanya ada sesuatu yang nak dikongsi bersama dengan kawan2 blog pokcik ...harap jangan jemu membaca ek apa saja coretan mengarut tapi bukan mencarut dari pokcik ..
hari ni tanggal 22 septemer 08 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1429H ..pokcik tak kuar ke mana2 sbb dari pagi sampai laa ke petang ada meeting dan banyak masa spend kat opis ..so hari ni berbuka dengan kawan2 opis aje..kat pulau depan opis pokcik ..dengan tahap kesihatan yang belum kembali sembuh pokcik hanya mampu berselimut kat opis sambil melayan kerenah pelanggan .nak wat cam mana kan dah tugasan hakiki kat sini kenaa gak ..maniskan mulut murahkan senyuman walaupun pokcik tak sihat ..tp alhamdulillah ada kawan2 yang memahami situasi pokcik ....
jam dah hampir kul 831pm ..masih lagi ligat di pejabat ..bukan tak nak balik tp hati ni rasa balik umah sana tu jauh yg amat lepas tu lak pokcik rasa nak drive tak larat sgt ni ..nak gagahkan dulu , nak kasi biar ada tenaga lepas berbukan dan insya allah lewat pun dalam kul 9pm pokcik akan kelik laa nanti ke rumah idalam pokcik di balakong sana..
kat pejabat ni ada anak-anak dara comel dari department activation ..dorang ni kuat betul kerja ..sabtu ahad pun datang opis nak selesaikan kes ..ni antara orang penting sbb kalau ada line tak active sapa yg susah ..pokcik gak yang susah heheh..!utk adik ana comel , adik linda manis dan kawan2 semua rajin-rajin keja ek ..dan utk birthday Girl ..salam Hari Lahir semoga dicucuri rahmat olehNya ..amin ..
wokeeheh pokcik beransur dulu ya..bukan apa ..peristiwa hari ini dah berakhir cuma nak balik dah gagahkan diri aje ..doakan moga pokcik selamat dalam perjalanan balik ke balakong ek ..diri tak kuat tp kena kuatkan gak sbb rumah jauh di sana ..wassalam !
muka kesian tak tgk pokcik emmm mood demam ni sebenarnyaa badan tak sihat sgt ..ontahlaaaa cuaca agaknya panas sgt !
daging kambing lada hitam kot hehe dok tau makan aje dah orang belanja ..
tak tau laa mee apa yg pastinyaa sodap..memang pokcik rekemen kan pada korang jomlaa ikut pokcik makan sini
sup chinese pedaaass
Nama Restoran ni Dong Yi Shun kat SuMMit Subang ..
minggu sakit untuk pokcik ..mungkin antibody dah kurang dah tua kan ..umur dah nak masuk 30 tahun depan ..kalau sakit lak tu sorang2 kat rumah ..emmm kalau ada teman best gak ..tapi pokcik tak harap sgt dah dah terlalu biasa dengan kehidupan sorang2 ni ..cuma didoakan jangan pokcik meninggal dalam keseorangan cam tu udah laa..minta dijauhkan ...
semalam dalam demam tu , kawan pokcik pi bawa jalan2 kat sunway piramid..just jalan2 nak kuarkan peluh ..tawaf laa bangunan sunway piramid tu berkali-kali ..hajat hati nak main bowling apa kan daya keletihan dan badan tak sihat sampai laa ke hari isnin ni pokcik masih blm sihat ...kala ni pokcik rindukan kg rasanyaa ..homesick ..bila diri keseorangan cam ni laa rasanyaa ..!dan rindukan dia ..entahlaa dia tahu ke tidak tp dia selamanyaa ..!!
tp bila rasa rindu ni , pokcik akan call mek ..borak lama2 dengan dia ..kalau nak tahu laa ..rahsia pokcik ni hehe ..kalau pokcik sedih ke , pokcik rasa apa2 yg tak best ke yang akan naikkan semangat pokcik balik adalah mek dan kakak pokcik ..kalau pokcik frusst ke pokcik akan borak dengan mek lama2 sampai tu dalam sehari beberapa kali pokcik akan call mek dan kakak ,mungkin dorang pun bosan dengan pokcik heeh ..dah call selalu takda menda sgt ..cuma bila dengar suara dorang ni terasa ketenangan dalam hati ...memang betul laa dalam hal pokcik ni hanya mek dan kakak , ngan anak2 buah ubat segalanyaa bagi pokcik ,.sbb tu kalau dorang sakit sikit pun kat kg pokcik akan risau yg amat sgt ..ni laa diri pokcik ..dalam diari tertulis ..pokcik blm bersedia utk kehilangan mereka semua..entahlaa apa jadi pada pokcik ..kalau itu dugaan nyaa tp tak tau ulaa cam mana pokcik nak hadapi..
pada kawan2 semua thanks for your support walaupun kita ni kawan cyber tak pernah bersua muka ..nasihat dan pandangan pokcik hargai ..
pokcik kat opis lagi ni ..selamat berbuka ya..!!
Tuesday, September 16, 2008
Seharian Di Pejabat
blackberry bold baru sampai semalam kat air port pada customer semua bersabar ya hehe..pokcik pun tak leh nak rasa guna ni lagi hahha!
jemput -jemput makan minum heeh lega dah ni berbuka aje posing bukan makan ..budak2 ni suka betul berposing ..
cepat-cepat waktu berbuka dah masuk ni ..apa sal lak kau ni megat org nak berbuka kau kasi peace lak ..tolong laa kak wati kau tuuuu sediakan makanan
ni pokcik tak tau makanan apa tapi memang best pulut ada inti pisang di dalam ..sodap sungguh blh di dapati kat kg baru ..!
pulut bakar dengan pulut pisang
nasi dagang dah jadi cam ni heeh sbb pokcik campurkan nasi dengan kuah sekali hehe dengan 2 ketul ayam kari dan telur ayam ..
salam geng-geng semua ..suasana kemeriahan bulan puasa ni dah semakin terasa ..tp yang lagi best kemeriahan nak sambut bulan syawal ..kat opis pokcik ni dah berkumandang lagu-lagu raya dari macam-macam versi .ada yg dulu kala . ada yang dari datok Ct , ada dari kanak-kanak..tp pokcik udah merasakan kemeriahannya ..kedatangan syawal yang mulia ..
blm nak citer pasal syawal lagi ..semalam pokcik takda kuar ke mana2 sbb banyak keja nak kena settlekan ..pending banyak sangat ,nak selesaikan masalah customer semua , ada tunggu customer dtg opis ..tutt tap tut tap dah petang tak perasan lak pokcik tgk jam semalam dah kul 4 pm lbh dah ..tengok jalan raya waaallaahh full jam pack sgt ..emmm dari duk merempuh jam tu baik pokcik stay back kat opis ..lagi bagus leh buat keja ..dah hasilnya tengokla gambar makanan tu ..meriah gak buka kat opis ni ek ..dari pokcik dok layan perasaan buka sorang2 kat rumah best gak ..leh kongsi makanan, gelak ketawa dengan bkd2 opis ni ..semua geng baik punyaa ,.sporting aaa ..
sumber makanan semua dapat kat kg baru ..tak sempat nak posing kat kg baru sbb hujan ..tu yg lepaskan geram pose dalam opis aje hehe!!..
hari ni ada roadshow kat Faber Tower dan berbuka bersama rakan sepejabat lagi ..
ariosss nikmati kelazatan ramadhan bersama ..!
Monday, September 15, 2008
Hari Minggu Yang terisi !
geng -geng pembuat sampan kuih pelita .. kalau nak tahu nila sampan kuih pelita yang pokcik dok buat tuheh.!cara-cara membuatnya ...pokcik tak reti sangat cuma tengok ajela!
berbuka puasa beramai -ramai di gerai JCnasi beriani GAMkari kambing beriani GAm popIa
puding telur kot rasanya eheh pokcik bukan tahu sangat ..hehe caramel kot ni namanya apa pun sodapp!Q
timun cina aka tembikai hehe
buah pauh aka mangga aka mempelam ikut suka korang laa nak nama apa yg penting manis dan murah RM2-50sekilo aje kat Econ Save
budak ni kena tangkap sebab tak puasa haahah !
kesian masa ni ..hujan lebat sgt ..!
nasi ayam JC jingga Corner ..kuih Pelita
team etiqa takaful agensi al-ansar ampang ..tak ramai sgt kursus ni ..family takaful basic ..
khusyuk mendengar ceramah hee ..pokcik tak kusyuk sbb tgh kacau dorang hahah !
ahhlam wassahlam ....
hari minggu yang amat terisi masa pokcik ..masa ni pokcik tak fikir apa2 masalah dah fokus pada masa depan yang pokcik sedang rancang ni ..berita gembira sekali lagi pokcik dah lulus menjadi agen takaful etiqa ..dan dah boleh nak rancang business pokcik sendiri ..insya allah di doakan agar dipermudahkan apa yang pokcik buat sekarang ni ..
selama 2 hari ..sabtu dan ahad 13 dan 14 september 2008 pokcik ada kursus Family takaful Basic (FTB) kat agensi al-ansar ampang ..kursus ini adalah permulaan bagi agen takaful yang baru..pokcik didedahkan dengan pelbagai info pasal perbezaan antara takaful dan insuran kalau ada masa pokcik bagi tau ya apa yang beza semua ni kan ..selama ni pokcik tak faham sgt apa beza etiqa takaful dan insuran sbb apa yang pokcik nampak adalah insuran tidak mengikut syarak dan etiqa takaful adalah mengikut syarak ...tu sedikit sebanyak laa..kalau nak tahu lebih lanjut leh aje jumpa pokcik ya , pokcik leh terangkan yg semampu mungkin ..mesti ada yang tanya kan ...ehehe perasan macam ada org tanya lak ..kenapa pokcik memilih bidang ni utk mencari pendapatan tambahan ..bagi pokcik di sini keyakinan yang ada sbb dah banyak bidang lain yang pernah try Multi Level Marketing, dan modelling (ni sikit aje sebenarnya heh .lakonan pun sama gak laa hee) semua bagi pokcik takda ke mana2..pokcik pilih bidang ni etiqa sbb yakin dengan konsep yang di bawa dengan pendekatan kerja..pokcik tak perlukan modal yang besar cuma pokcik kena usaha cari customer ..itu insya allah kena buat kan ..oklaa dah habis pasal FTb ni hari ahad petang pkl 4pm..dapat kawan baru tu yang best hehe ....
sebelah petang lepas habis kursus pokcik ke taman len seng pasar ramadhan pi jenguk kawan pokcik berniaga sana ..edisi lepas dah citer kan apa dia niaga ..sbb dah lama tak dtg pokcik dtg laa ke sana ..tolong jerit2 panggil orang tepung pelita nasi ayam hehe!(dengan nada tinggi ni kalau dalam af tu kira high notelaa pokcik jerit ..tak sumbang ahaha..!semalam hujan lebat sangat perniagaan nasi ayam habis tp kuih pelita tu tak habis sbb hujan orang tak ramai sgt ..takpa cam tu la adat berniaga kan ada untung ada rugi ..pokcik belasah buka puasa sama2 dengan dorang ajela ..best happening sikit ramai kan ..dari pokcik dok layan makan sorang2 kat rumah tu mana best ..malas dah nak citer layaannn jelaa ek ..
apa pun hari minggu pokcik terisi ..walaupun bukan dengan mek heeh!tp dengan dia tuuttt --cuba teka sapakah dia..