Tuesday, February 28, 2006
Tabah & Tekad
Tabah ...WALAU BERATMENGATUR LANGKAHHARUS DIKAUTERUSKAN TABAHRIBUT MELANDAONAK DUKA LARAITU DUGAAN INI KEHIDUPANPERCAYA KATA HATI SUNCIMUYAKINLAH AKUAN SUMPAH JANJIMUBUKTIKAN DENGAN TEKAD KESABARANHARAPAN CITA CITASEMOGA BERJAYA
WAHAI HATIKU BERJANJIKUATKANLAH SEMANGAT DIRITAK AKAN BERAKHIRPERJUANGAN INI ITU DUGAAN ITU RAHMAT TUHAN
CEKALKANLAH KEKUATAN JIWAMU HILANGKAHLAH KERISAUAN DIRIMU Tekad...PERJALANANKEHIDUPANDI KIRI KANANDUGAAN CABARANKESEORANGANMENEMPUH UJIANMENERUSKAN PERJUANGANTAKDIR MAHA ESARESTU AYAH BONDAMENCAPAI CITA CITAUSAH PUTUS ASAKELAK KAU BERJAYAMEMBELA NASIBMUMASAMU KAN TIBAKEIMANANKEYAKINANSINAR CAHAYAPENUNUJUK HALUANWALAUPUN PAYAHKAU HARUS TABAHDEMI MENCAPAI SEINDAH IMPIAN
JIKA SATU KETIKALANGKAH TIDAK TERDAYABERKAT DOA USAHATUHAN MAHA ESA tekad dan tabah ..itu diri aku sekarang ni..aku tekad nak buat keputusan dan aku akan tabah hadapi segalanya..bukan apa..sekarang ni tekad aku hanya satu.buat yang terbaik dan biarlaa yang Maha Esa..hari ni aku ambil tiket bas jam 6.pm nak ke kl sbb esok aku ada interviewkan kan menara SME Bank jalan sultan Ismail ..Hq..aku lpk umah kawan aku kat bangsar..ni memang selalu aku pi kalau ada masa.. kat atas tu lirik lagu nyayian hazami memang aku suka sgt cause lagu ni beri makna yang mendalam pada aku..dengan ketabahan demi keluarga dan tekad yang aku bulatkan demi mencari haluan sendiri yang kadang-kadang aku sendiri juga tak pasti mana arah yang aku inginkan..adakah aku mampu hadapi cabaran adakah hati ni aku runtuh dengan dugaan..semuanya adalah tekad dan ketabahan seorang insan dalam merencanakan kehidupan..bagi aku takda sapa dapat merubah nasib aku dan keluarga aku ..kecuali aku sendiri dan merekalaa semua sumber ketabahan aku...selami erti yang begitu mendalam bg lirik lagu tu..sesiapa yang pernah hadapi akan tahu di mana kekuatan mereka lahir dari mana kecekalan itu hadir..ini kuasa ketabahan...oklaa korang semua doakan kejayaan aku..takda apa aku pinta hanya sebuah berita gembira..dan akhirnya walau apa yang berlaku aku tetap tabah dan tekad melaluinya sendiri..semoga kepayahan ini mengajar aku erti ketabahan sebenarnya!!
Sunday, February 26, 2006
pantai sepat
dah lama juga aku tak sempat nak menjenguh kat dalam blog ni sekadar baca saja bila ada masa sgt nak updatekan..aku last week memang ada banyak benda kena rushing siapkan dan aku dok pening ngan keja dan kadang2 aku buat tak tahu jah balik awal ..sbb dah sampai tahap ultramen benci kat raksasa dah aku ngan bebanan keja ni....hari selasa petang mak aku ada call, kata dia telefon kat umah dah ok then lega aku sbb lps ni dah blh nak call bila2 masa yang rasa rindu kat diorang..syukur..mak aku tanya ..aku dok kat mana..emem mana lagi aku kat " kat opis mek" dia jawab "lambatnya balik.." .nak buat cam mana dah nasib kena buat keja..mek aku selalu gak marah kat aku selalu balik keja lewat dan kadang2 dia ada call aku pkl 10mlm aku masih dok opis ..ni lagi buat dia risau kat anak dia ni..sapa tak risaukan anak kan ..yg cam aku ni lagiaa..dah laa jauh takda sapa saudara mara lakkat kuantan ni..sakit pening ke aku kena tanggung sendiri..tak pa demi mek dan dia orang semua aku sanggup hadapi semua dugaan dan cabaran ni..
hari rabu dan khamis takda menda sgt ..cam biasa aku just 5.45pm aku dah blh sure boss aku bengkaaaap jah kat aku..layannn malas ..bukan selalu aku balik awal..ni kira minggu bosan aku kot..balik umah bukan buat apa layan tv jah sambil tangan buat keja juga ngan laptop..itu saja..
jumaat 24 feb 06..bangun tido pi kerja ..tp fikiran aku terganggu sedikit lately ni..aku lps bangun tido siapkan nak keja ..tiba2 rasa cam tak tenteram saja..entah;aa banyak benda dalam otak aku ni dok memikirkannya..pertama sekali pasal ke Miri aku masih blm terima apa2 berita dari HQ..maybe tekanan yang aku rasa sbb harapan yang terlalu tinggi aku letakkan..entahlaa
datang kerja cam biasa..lps solat jumaat aku pi kenduri kahwin pemilik restoran sebelah opis aku..org kelate so dapat aku makan masakan org kelate ni best sedap sgt sampai kau makan tambah 3 kali ahah..ni aku tak terkejut dah dasar makan banyak eheh..lps tu balik ke opis semula..buat keja ada client datang sign offer letter..pastu dalam jam 330pm aku dappat panggilan dari HR kat Hq panggilan untuk temuduga dalaman bg jawatan kat Miri..wau memang aku nantikan sgt ..terbuka sedikit peluang utk aku..waaa very excited yang blh aku cakap ..hanya alhamdulillah...so aku ingat kena isi borang cuti.aku apply laa ..so serahkan pada boss aku..dia senyum sinis jah dia ingat aku gurau kot nak pi Miri..tapi memang aku nekad..rezeki semua di tangan tuhan kan kita tak tahu bila di mana sampainya rezeki kita nanti..aku hanya mampu berdoa dan aku harapkan korang semua doakan semoga aku akan berjaya!!
aku takyah nak apply cuti hanya di kira outstation oklaa untung cuti aku ..tp cuti tahunan aku masih berbaki 39 hari ni..tak tahu cam mana nak habiskan semua cuti tu..harap ada peluang..aku takda sebarang idea nak habiskan melainkan aku balik kampung spend all my time kat kg ngan anak-anak buah aku..emm good idea..ataupun balik menoreh eheh dah lama weehh aku tak pegang pisau toreh ni since aku masuk U..so aku masih gak balik awal hari ni bukan menda saja ....aku tak balik terus tapi aku singgah satu-satunya kawan aku yg keja satu line ngan aku banking gak..saja nak tgk tv eheh American Idol result nak tgk sapa terkeluar so sikalang aku minat tgk rancangan ni..enjoy beb!!lps tgk tv..aku balik takda menda dah ..tido saja...
sabtu lak aku bangun cam biasa awal lps solat subuh aku dah memang jenis yang tak leh nak tido..lagipun ada 1 perkara yang asyik datang ganggu aku sampaikan lena aku tak turut terganggu..korang nak tahu apa dia,..pasal interview tu aku fikir kalau aku tak berjaya memang aku kecewa sangat dan bebanan adlam fikiran aku adh jadi kronik gak nak pejamkan mata terus terfikir pasal menda ni..why?? so aku bangun rendam baju kerja..habis baju aku basuh..stoking bola , kasut bola yg dah 2 minggu aku simpan jah lps game hari tu..semua pakaian 1 minggu yg tak basuh aku rendam..so kalau selagi tak rendam selagi tulaa aku takkan basuh....kira dari jam 10 sampai jam 1.00pm gitu aku kemas umah segalaa..pagi2 tu sambil layan2 kartun yg ada buat keja sikit..lps solat segala aku singgah umah jiran aku sebelah umah jah dah lama aku tak pergi umah dia..pasti dia marah..dia kata aku dah tak ingat pintu umah dia laa..aku memang rapat ngan keluarga ni..1st dia cikgu aku masa ambil lesen then dia ada anak-anak yg aku suka sbb sebaya ngan anak buah aku kat kampung..nak hilangkan rindu pada mereka semua..
kalau aku ke umah ni sure blh makan ..eeh seperti yang dijangka memang akan dapat makan tengahari ehe ..rezeki orang bujang.jangan sombong ngan jiran eheh.ni pegangan yang selalu aku ingat , pesanan ni mek selalu ingatkan aku.."gi mano pun jange buat sombong " pesanan orang tua memang selalu kena ingat..ke mana di mana aku pergi pun ni akan aku pegang..kalau kita buat baik pada orang insya allah kita akan nampak balasannya juga dalam bentuk yang baik..aku bukan nak kata aku baik aku just normal ..cam org lain ..ada cacat cela gak beb aku ni..takda manusia yang sempurna atas bumi Tuhan ni..lps layan makan nasi +ikan sardin dah lama tak pekena ikan sardin ni.+ikan merah masak asam pedas+ikan merah goreng+ telur dadar ehe ..biasala kalau bab makan aku ni tambah 3 kali memang sedap masakan kakak ni..aku memang suka..lps makan aku lpk umah dia sambil layan citer hindustan ahaha sampai jam 5 tu kat umah dia tgk sama2 citer ni sampai habis..balik umah then aku janji ngan budak2 tu nak ke pantai sepat lps solat asar..
seperti yang aku janjikan aku bawa diorang 2 org tu pi pantai sepat..aku ingat nak jogging tapi keadaan laut bergelora dan air pasang so cancel nak jogging..jalan2 jah ngan budak2 tu seronok sgt..realy cam aku ngan anak2 buah aku..rasanya kalau ada rezeki nak bwa budak2 anak2 buah aku dtg sini jalan2 maybe ada rezeki lebih nanti!!dah enjoy budak2 tu aku balik bf4 maghrib.
sampai umah ..kakak tu nak masak nasi lemak waaa rezeki lak makan nasi lemak..best sedap ehe..malam aku spend kat umah sambil makan nasi lemak..jam 12.30am kot aku tido penat !!
ahad..bangun pagi hari ni cam biasa..lps solat aku potong rumput kat belakang umah yg dah nampak panjang pastu ..mandi..jam 9.0am aku kuar datang ke opis nak buat keja sikit ada laa nak kemaskan fail2 yang ada..bf4 tu aku bfast kat Kopitiam dulu minum kopi pekena ngan roti bakar sodap juga..pastu masuk opis dalam jam 10.am..buatlaa keja sampai ptg kot..ada ni tadi ingat aku sorang yg keja ..bosss aku dtg serahkan keja aku kena settlekan esok sbb dia takda kat opis ada kursus kat kl..eemm dia takda esok ehehe..oklaa aku dok tahu balik jam bape maybe lps maghrib..ok happy holiday kat sapa2 yang bergumbira dan selamat bekerja kat sapa yang bekerja ..SEE U..
kata pujangga cinta letaknya di hati..meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali..ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa disedari...
Tuesday, February 21, 2006
letih gak
penat sangat hari ni jam 5.30pm baru blh bernafas sikit bukan menda dok kejar paper work yang aku kena hantar this week bingung kepala otak ni dok fikir cam mana laa nak siapkan semua ni..pening!pening!..boss aku dok kejar asyik dok tanya bila blh siap semua ni..ingatkan aku ni ada banyak tangan ke..kat umah aku buat keja datang opis aku buat keja ..mana ada masa nak rehat sangat aku..malam ni tak kira apa yang akan terjadi aku nak balik awal..dalam jam 6.30pm aku nak balik ..malam ni aku nak pi main badminton nak kasi lega sikit kepala otak yang dok bingung memikirkan masalah orang lain.susah betulkan bila dok kat unit kredit ni..yang client tahu loan nak kena lulus..bila ..asyik2 tanya loan saya dah lulus ke..apa diorang ingat paper diorang saja yang aku kena buat ada 3 paper lain lagi kat atas meja ni yang nak kena siapkan sama..sapa nak jwab..tolong bagitahu..kadang2 angin aku naik gak ngan client cam diorang tak faham..!!!geram..buatkan aku terfikir kadang2 nak berhenti keja saja..bukan menda bosan ngan kerenah manusia yang tak tahu apa benda..yang diorang tahu nak salahkan orang lain saja!!kalau korang nak tahu jawatan aku memang gempak..Penolong Pengurus Analisa Kredit..cam besar jah..tapi takda apa2 pun hanya nama jawatan yang besar ..tanggungjwab tak usah nak citerlaa lagi besar nak tahu ..pening den!!bawa bertenang ..ni den dok relaks coolkan perasaan ni..tarik nafas hembus..tarik nafas hembus leganya nyaman rasa sebentar hilang sikit ketensionnan aku ni..dah lama aku tak coretkan episod hidup aku dan sambungnya bukan apa..takda masa nak mengarang skrg!!asyik dok buat paper works mana ada masa nak sambung..insya allah kalau ada rezeki korang akan tahu juga kesudahan citernya..waa dah masuk 3 minggu tak dapat call mak aku..risau gak ni...biasanya mak aku akan call kalau ada urgent apa ke benda kematian ..dia akan call..bukan aku tak nak call ..korang tahukan yang phone umah aku rosak..susahlaa cam ni.!!oklaa beb den kena sambung keja semula..kawe gi dulu deh!!beresssss.. biar penat..asalkan aku tahu ini semua demi mek kat kampung dan anak2 buah tercinta..
Monday, February 20, 2006
seksi
aku saja jah hari ni ..cam kerja melambak sgt dah tak tahu mana satu nak capai buat..semuanya kena siapkan dalam minggu ni juga..dengan nak buat lantikan lawyer ada pulak nak terima offer letter semua ada..ngan angin monday blues lak eheh biasala hari isnin cam lembab sikit nak buat kerja..ni kira suka dalam paksa aduh saleha betul..pening kepala laa aku ngan polisi baru..kalau korang nak tahu sekarang ni nak buat memo dalaman aku tak tahu nak tuju pasa siapa dah banyak sgt changes yang diorang semua buat ..since Dato Azmi yang ambil alih..byk gak perubahan yang dia cuba buat..what to do kita orang yang org bawahan ni kena;aa ikut betul tak...ahah malas den nak fikir..hari ni aku saja nak bincang kongsi pasal isu seksi..emem pasal lelaki ni kat mana letak seksi dia..so aku perlukan pandangan sapa2 yang baca blog aku ..orang lelaki ni seksi ke??tapi nak bagitahu awal2 yang gambar yang kat atas takda kaitan ngan seksi eehe seksa ada;aa ahah..jangan komen gambar tapi komen isu seksi ok eheh..ikut suka koranglaa...kata orangaaaa , aku tak kata pun keseksian lelaki tu bukannya terletak pada tubuh badan yang sasa.ada orang pandang dan kata bahawa badan yang sasa berketul-ketul tak semestinya seksi betul tak??kerana setiap orang bagi mereka seksi ni membawa pengertian yang subjektif..kalau nak didebatkan takkan ada kata putus mengatakan apakah item sebenar membuatkan seseorang seksi...ada orang cakap lelaki ni seksi pada matanya..pandangan mata tu yang buatkan seseorang lelaki seksi..ye ke..entah gua tak tahu..korang laa tentukan...ada lak orang cakap2 yang keseksian lelaki pada Bibir..waaaa ni gua tarak masuk campur gua tarak tahu ..adalaa pulak manusia ni yang citer lelaki seksi bila ada bulu dada..cam mana lak ni..aku lagilaa tak tahu...boleh dikatakan bahawa di wajah lelaki ni ada juga yang menyatakan bahawa keseksian lelaki terserlah...so aku listkan kat bawah ni...senarai di mana letaknya keseksian lelaki so aku nak minta ;aa korang semua bagitahu wokeh1..mata..kerana mata aku jatuh cinta eheh2.bibir yang mengoda 3.hidung mancung bab seludang..4,dada bidang..sasalaa macam bodybuilder5.kaki..emem ada gak orang cakap kaki lelaki seksi entah den tak tahu weehh6.ahah korang bagitahu;aa aku dah tak tahu..wokeh keseksian terletak pada keikhalasan eeemmm..
Friday, February 17, 2006
biasa
salam hari jumaat..hari ni takda apa aku nak coretkan sangat ..kalau bab pasal kerja tentunya dah bosan kan..ye;aa tu dah jadi rutin harian semua orang ada punca rezeki masing-masing betul tak!! saja nak ucapkan selamat berhari minggu..aku nak habiskan hari minggu lepak kat umah buat kerja sikit..
ok Happy Weekend semua..hope Happy selalu bersama orang tersayang!.
senyumlaa dalam menempuh dugaan jangan biar hati bercelaru!!
Gelisah!!
Hari khamis kiranya masa begitu cepat berlalu sedar ke tak sedar dah hampir 2 bulan kita di tahun 2006..sekejap saja masa berlalu.dalam masa yang singkat ni bermcam benda yang telah berlaku..ada yang baik dan ada juga yang buruk..awal tahun 06 sebahagian dari apa yang aku nak dalam tahun ni dah aku capai.antaranya memawkili bank aku dalam game bolasepak..tapi ada masalah dalaman yang membuatkan aku kecewa..hal yang berlaku adalah ada pemain yang tak terpilih dalam pasukan ni telah buat cerita pada pengurusan yang kita orang tak bagi komitmen pada training dan tak beri tumpuan..dan nampaknya pihak pengurusan percayalak..so nak buat cam mana pasukan kita orang terpaksa dibubarkan..this make me realy sad..kecewa!!kenapa masih ada segelintir manusia yang bersifat dengkikan..tak tahu aku apa jenis manusia ?tak blh nak lihat orang bahagia..
Takda apa yang berlaku sangat kat pejabat melainkan aku ada meeting urgent bincang pasal struktur baru dalam cawangan..aku sekarang totally inchange bahagian kredit buat projek paper saja dah tak yah nak buat marketing .bosannya dok mengadap computer 24 hours nampaknya..what to do..have too dah amanat aku kena buat hope this year prestasi kerja aku akan meningkat..sambil dok kerja aku call bahagian HR bukan hanya setakat Tanya pasal permohonan ke Miri tp ada soal lain,..ni pasal offer yang HR buat..kalau aku ambil offer ni bank akan bayar aku 3 bulan gaji ..nampak cam best tapi aku kena buat pilihan 1st ..15 hb feb 06 akan menjadi hari pertama aku kerja ngan SME Bank.kalau nak dikira khidmat aku dah 1 tahun 2 bln ngan bank..tp kalau aku accept this offer aku jadi fresh balik start 1 hari semula, aku kena tempoh percubaan semula, takda kenaikan gaji, takda bonus, takda faedah2 lain seperti pinjaman rumah..nampaknya banyak yang aku rugi dari untuk kalau aku accept this 3 month salary..bukan banyak pun 3 bulan gaji ni..sikit saja tolak hutang sini situ dah habis…zaman sekarang duit banyak mana pun takkan cukup sebab kos hidup dah tinggi..ni dengan keta kelisa aku meragam lak lately pening kepala mana nak kopek duit nak pi check keta ni bunyi dah semacam saja..cam mana ngan korang ada pendapat ke? Patut ke tak aku ambil this offer?kalau sapa2 sudi bagi pendapat aku alukan..thanks…
sebenarnya hati aku dah tak kat Kuantan ni entahlaa aku hilang semangat dengan boss aku sekarang ni..bukan apa bf4 this aku report kat orang lain tp skrg dah kena balik pada asal..hubungan aku dengan dia memang tak ngam..aku ni jenis yang kalau tak suka sometime akan cakap terus takda simpan2 lagi, aku bukan orang yang pandai mengampu..nak tunjuk baik depan saja..aku akan act like yang aku suka..aku tak hiraukan sgt pasal orang lain nak cakap..entah;aa.aku pun pi kerja ngan hati yang berat sangat..dengan bebanan masalah yang kira dok banyak gak ni..pening den dok fikir..kalau rezeki aku takda kat miri aku have to find another alternative cam mana nak tambahkan pendapatan..ni sebenarnya my consideration..bukan kerana apa ..aku cari peluang yang ada..masalahnya sekarang apa yang aku ada ,nak guna aku sebagai asset nak buat income tak munasabah..ye laa aku bukan ada rupa nak buat modeling ke (mimpi jah ), nak buat buss aku takda modal..keja part time kat kuantan limited sgt.so cam mana?..apa aku nak buat nanti kalau permohonan aku ke miri gagal..sapa ada idea??tell me..plss..aku dah buntu..stuck dah otak aku ni kira beku jugalaa nak cari idea tambah pendapatan ni..
buat masa ni aku selau balik awal jam 6.15pm aku dah balik..tak larat dah nak stay lama kat sini..bosan..ye laa bila hati dah tak nak , kita tak leh nak paksa..yang buat aku bertambah risau skrg aku tak dapat apa-apa berita dari kampung .dah masuk 2 minggu aku balik keja tp satu call pun aku tak leh nak buat .bukan apa telefon kat kampung rosak..biasala telefon kabel elektrik then hp abg aku lak mesti takda coverage bila call asyik kuar “the number you have call can’t be reach at this moment’ geramnya aku..aku tahu mak pun mesti risau..anak dia dah lama tak hantar berita!!aku akan cuba lagi..ptg tadi dah call , sama juga L.. balik umah dah dekat maghrib .selesai semua lpk tgk kartun naruto..basuh kain yang aku rendam semalam..basuh ngan tangan exercise sikit..lps tu tgk Myzara..aku dah mula minat citer ni best pergolakan dalam keluarga..then tak tahu nakbuat apa dah .blm tahu what time nak tido..aku risau jadi cam semalam…semalam aku cuba tido awal jam 12 aku masuk bilik tp entah tak tahu mana datangnya kegelisahan dalam hati aku..aku cuba pejamkan mata tapi tak dapat..aku terlalu fikrikan pasal sesuatu yang tak pasti..aku pun tak tahu bila aku terlena..yang aku tahu terdengar azan subuh .aku dah tak leh tido..rasanya aku tido dalam jam 2am kot semalam.tu pun maybe lambat lagi kot..entah ;aa malam ni harapnya tak terjadi lagi…nak dapatkan tido yang lena cam mana ek?..nampaknya malam ni aku tertido slps tgk tv sedar jam 12.45am terus masuk bilik ingat nak sambung tido tp nampaknya sama gak gelisah jah ...entah;aa pagi2 dah sedar..kerja , kerja , kerja..harap ada berita baik untuk hari ini!!
Wednesday, February 15, 2006
Ubat sunyi..
1
) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. nak berkongsi benda yang baik dengan korang semua ..semoga dapat menghayati dan mengamalkannya..aku bukanlaa manusia sempurna dan masih banyak yang perlu aku pelajari!! aku hanya manusia biasa yang punyer kelemahan...aku sebenarnya pening gak dok opis hari ni..so many work to do..rest sat ni!!.
Lonely..
Aku rasa semua orang pernah merasai perasaan lonely apa dalam bahasa melayu kesunyian atau keseorangan lebih kuranglaa kan…hari ni mencatatkan perkataan ni dalam hidup aku ..tiba-tiba saja perasaan sunyi ni menerpa jiwa aku ..sedang aku tgk tv kat umah lps solat maghrib perasaan ni datang menyerang aku..kenapa persoalannya kenapa?? Adakah aku kesunyian ..perlukan teman atau kawan yang dapat memenuhi ruang kosong hati aku buat masa ini..memang aku akui..aku dah biasa tinggal sorang dan selalu keseorangan..tp entah sukar nak aku jelaskan buat masa kini apa yang terjadi sebenarnya..terdetik juga di hati ni kenapa orang lain boleh hidup bahagia walaupun mereka sebenarnya kesunyian ..terus terang just nak kongsi ngan korang semua aku at this moment jam kat umah dah pukul 11.51pm aku ada admire seseorang dari jauh ..dan dia pun jauh dari mata dan pandangan aku ni..alaa biasalaa kan kita kalau minat kat seseorang dan aku ni jenis yang susah sikit nak luahkan perasaan bukan kerana apa ..yang paling aku takut adalah rejection@penolakan ..pedih beb aku dah merasainya tahun lalu dan memang luka ni sebenarnya masih ada..cam mana? Aku juga sedar takda sapa yang sukakan penolakan dan mungkin ada sesetengah org yang langsung tidak dapat menerima penolakan ..bagaimana korang semua menerima penolakan ..bagitahulaa at least aku bersedia untuk menerima semua ni kan..sediakan payung sebelum salji eheh walaupun Negara kita takda salji eheh…bagilaa nasihat aku masih mentah dalam bab bercinta ni dan walaupun aku dah 27 tahun sepatutnya masa ni sesuai mencari cinta ..bukan nak masuk rancangan mencari cinta TV3l lak..kata orang usia aku niu dah cukup ranum dalam menerima cinta..dah setua ni aku tak pernah betul2 merasai nikmat dicintai dan mencintai dalam tempoh masa yang panjang..aku nak kan hubungan yang berkekalan..aku lihat kawan2 disekeliling semuanya asyik seronok dibuai perasaan cinta..ada orang jaga, ada orang sayang ada orang bertanya khabar ..waa cam best jah tp aku tak pernah laluinya!!emm what to do!!! Kat umah hari ni serba tak kena aku buat baring rasa salah, tido memang dah takkan lena.susah aku nak lelapkan mata ni ingatkan dia ..dia datang selalu dalam fikiran aku..kejap2 datang, kejap menyapa minda ni yang dah memang fikirkan dia..Aku menunggu sesuatu..yang tak pasti kunjung tiba!!entah;aa beb aku pun tak tahu mungkin cinta ni bertepuk sebelah tangan atau aku saja yang tergila terbayangkan dia tp entah dia dah ada orang yang tersayang ke..aku ni selalu cam ni ..jatuh cinta fall in love ke eehh kira cam tulaa sikit2 ..jatuh cinta ngan orang yang tak pasti sama ada dia tu dah berpunya ke atau tak suka kat aku ke..emm pening den fikirkan semua ni..dah laa mood kerja hari ni terganggu ngan meeting lama..tadi Boss dari KL datang .penerangan terperinci tentang pertukaran dan juga pasal VSS kedudukan kitaorang semua dalam Bank..semua dah dapat jawapan yang pasti dan aku juga sudah dapat jawapannya..aku kena kembali berkerjasama ngan boss aku dulu..emm ni buat aku lemah semangat aku tak tahulaa bila bersua muka aku ngan dia memang aku terus down dan ni juga salah satu sebab aku nak tukar ke Miri..tapi aku tak tahu cam mana status permohonan aku ..aku harapkan sangat dan selalu berdoa semoga ada rezeki aku kat sana..walaupun harapan adalah tipis..aku serahkan segalanya pada Nya yang Maha Kuasa..Ya Allah kau tahu yang terbaik buat hambamu..
Hari ni 14 hb februari ..kata orang valentine day..bagi aku takda makna sgt cam biasa jah takda special apa pun ..maybe yang ada pasangan kekasih rasa kot hari ni istimewa dan bagi aku yang single mingle ni buat dono jah..aku 27 tahun tak pernah sambut dan disambut bersama hari ni..tak da apa sangat biasa jah..hari ni berlalu begitu saje tanpa ada apa-apa makna sgt..blh kata biasa cam hari-hari yang lain..yang memadu kasih aku ucapkan selamat berbahagia!!
Jam 12.05 am dah aku masih tidak dapat melelapkan mata asyik teringat kan dia..kenapa dengan aku ni what happen to me!!aku jadi gelisah tak tentu hala semua yang aku buat tak kena..perasaan aku keruan..fikiran aku berkecamuk dengan pelbagai persoalan.di mana titik noktahnya..sehari tak pandang wajahnya bagaimana begitu seksa jiwa ini..apalagi kalau tak dapat mendengar suaranya..episod luka dahulu kembali semula ..aku takda kuasa nak menghalang apalagi nak menyekat perasaan dari terus berkembang mekar..aku hanya manusia biasa yang punya kelemahan ..dan punya perasaan untuk dicintai disayangi dan menyayangi seseorang!! Tapi aku perlu ingat dan tahu perlu aku kawal perasaan ini supaya tidak memakan diri.aku harus belajar dari pengalaman hidup yang lepas..aku tak punya hak dalam memaksa orang suka dan cinta kat aku..bagi aku dalam percintaan takkan hadir keindahannya kalau perasaan itu adalah dipaksa kerana simpati atau benda lain bukan keikhlasan mencintai sepenuh hati..buat dia yang jauh di mata tp selalu hampir dan dekat di hati aku ..Kau selalu dalam diri aku seolah-olah telah bersemadi bersama!!ni Cuma impian dan khayalan kot..hanya mainan perasaan aku seorang..dia bagaimana!!sama ke perasaan pada aku, dia dapat rasa ke apa yang aku rasa!! Hanya dia saja yang tahu..aku rindukan belaian mu , tanpa mu disisi aku kesepian!! Ku mengharapkan kasih sayang mu!! Entah laa aku hanya berserah..kalau ditakdirkan aku tidak dapat bersama dia..aku terima ngan hati yang terbuka..apa yang boleh aku buat itu saja yang termampu..aku harus ingat tiada paksaan dalam percintaan dan juga persahabatan!!tak tahu jam berapa ku blh lelapkan mata..serba salah aku dibuatnya hari ni ..kiranya seksaan jiwa juga aku ni!!susah nak berbicara tiada siapa disisi hanya suara hati ini menjadi teman setia mendengar luahan hati ni..aku harapkan kehadiran kau!!! …..aku cuba tidur tapi tak dapat..akhirnya aku lena dalam kesunyian!! tidolaa ..best!!
Tuesday, February 14, 2006
banjir..
Waa cuti sabtu ahad dah datang tapikan dah 2 hari negeri pahang terutama kuantan dah kena dilanda hujan tak berhenti dan ada sesetengah tempat banjir sudah melimpah..dah kuar pun dalam berita malam ni seorang telah menjadi mangsa banjir..kalau difikirkan pada masa lps laa seingat aku kejadian banjir ni hanya akan berlaku dalam bulan disember saje.tp sekarang kita dah tak blh nak jangka bila di mana musim tengkujuh ini akan tiba..so kita kena selalu berjaga-jaga! Pagi sabtu ni kiranya aku stay umah layan kartun sepanjang pagi saje..nak ke mana nak keluar pun hujan lebat juga so aku stay umah lagi bagus dah ada bekalan makanan roti + kaya..so jadi makanan aku laa nampaknya..plan asal ngan office mate nak ke sg lembing berkelah ngan keluarga mereka semua cancel tahulaa kan sbb apa ..hujan;aaa..jadi sepanjang hari akan kat umah ..dalam tengahari kawan aku call dia ajak ke kenduri kahwin sepupu dia kat pekan..so aku dah fikir rezeki hari ni tak yah nak kuarkan belanja makan tengahari eheh jimat ..ni semestinya kena ikut dah makan free sapa tak nak kan ehehe..so aku ke pekan dalam tengahari dalam hujan ni pun ada juga orang buat kenduri kahwin ..dari kawan aku dia cakap kenduri ni kira besar juga..tumbang 4 ekor lembu waaa aku kira ni memang besarlaa..4 ekor beb dah macam satu kampung dijemput! Kemeriahan majilis ni kurang sikit disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan..so aku spend almost 5 hours kat pekan ..yelaa lps makan lpk kat umah mak kawan aku yang dok pekan ni..saje jah bukan menda balik awal pun bukan blh nak buat apa so baik aku dok kat pekan melayan anak2 buah kawan aku at least kurang sikit rindu kat anak2 saudara aku kat kampung..tiap-tiap malam gambar diorang jadi tatapan sebelum melelapkan mata melabuhkan tirai malam..
Kalau bercakap pasal musim tengkujuh ni rasanya terimbas semula kenangan masa kecik dulu..bukan apa musim tengkujuh ni dulunya menyeronokkan juga..yelaa kalau banjir umah aku jadi uamh tumpangan sementara menunggu surut banjr yang jadikan best tu yelaa ramai kat umah dan makan ramai-ramai ni menyelerakan walaupan makan nasi ngan budu pastu kena lak pucuk ubi kayu rebus waaa sedapnya berpinggan-pinggan tambah..pastu lak makan ubi kayu rebuss lagi tambah ummph..masa ni laa banyak ubi kayu dicari,,senang jah kampung kita orang ni berhampiran landasan keretapi so banyak ubi kayu liar yang tumbuh dan memudahkan kerja kami mencari buat alas perut musim tengkujuh ni..bestnyaa kalau ingat semula kenangan ni..ni antara kenangan yang tak akan aku lupakan sbb masa ni ikatan antara penduduk kampung begitu erat sbb saling toloong menolong.disebabkan umah aku yang kira strategik dok atas bukit so jadi tempat perpindahan mangsa banjir..biasanya besan-besan mak aku yang akan duduk sini..selalu umah besan mek kena banjir dan umah ditenggelami banjir then masa ni adalaa orang kat umah aku ramai sangat eheh!!! Masih terpahat kukuh difikiran aku sehingga saat ini adalah semasa terjadi banjir di kampung aku , aku tak sure tahun bila tp masa ni kalau tak silap aku tahun 1996 umur aku dalam 17 kot..aku telah menyelamatkan kawan aku dari lemas.tapi kawan aku sekarang dah meninggal dunia..dia menemui penciptaNya pada usia awal 20-an..arwah ni sebaya ngan adik aku..tp kat kampung tak kisah kau sebaya ke tak tetap kawan juga..arwah ada penyakit sawan babi..aku rasa korang tahu cam mana penyakit ni kan dia akan kejang seluruh bdan dan kesian aku tgk bila arwah kena serang ngan penyakit ni.peristiwa aku selamatkan arwah cam ni..kita orang biasala kalau musim tengkujuh ni naik sampan pi memukat nak cari ikan sungai yang memang banyak masa banjir..arwah,aku dan adik arwah satu sampan ..mendayung sampan kayu usang ..dah biasa!!semasa kat tengah2 air banjir yang memang dalam ni , arwah diserang penyakitnya aku tak blh nak buat apa dia terjatuh ke dalam air..ya allah masa ni aku tak blh nak bayangkan apa akan terjadi dan perasaan aku masa ni memang berkecamuk cam mana nak tolong dia ..aku tanpa fikir panjang terjun ke dalam air sebab masa ni aku dah tak nampak dia sbb dia terus saja tenggelam di telan oleh kepekatan air banjir,..aku dah tak nampak dia aku nekad terjun ke dasar dan alhamdulillah umur arwah masa tu masih panjang aku sempat memegang rambut dia..dan tarik dia naik ke atas semula ke dalam sampan ..deyutan nadi aku memang bergerak pantas sbb aku tak blh nak bayangkan apa akan terjadi sekiranya aku tak dapat selamatkan dia…tp akhirnya kini arwah pergi jua..Al-fatihah buat arwah semoga arwah ditempat bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya..amin.inilah antara kenangan aku semasa musim banjir ni..alaa setakat pi memancing, memukat, tolong orang kampung punggah barang dah biasa sbb dah selalu lakukan masa musim sebegini!!but aku realy enjoy semua ni..emm sekarang aku dah jauh dari semua ni ..yelaa beb aku ni di lahirkan lak bulan Disember..masa banjir mak kawe citer eheh masa aku lahir banjir besar terjadi kat kampung aku so aku ni anak musim banjir tu yang jenis tak takut air eheh ..yelaa tu kan !!!tu yang pandai berenang ..kira bolehlaa kalau setakat nak bersenam takda terer sangat setakat gaya bebas, kuak kupu-kupu , kuak lentang ke selamba jah boleh buat ..tp semenjak aku kat kuantan ni dah takda kesempatan nak berenang ,..best dok Kl dulu blh join berenang kat apartment aku stay dulu..kisah lama…..
Ahad aku takda buat apa sangat bangun pagi layan kartun dan alhamdulillah cuaca hari ahad cerah nampakanya..so aku decide nak cuci pakaian kerja yang do menimbun dalam baldi..kiranya hari ni aku basuh 2 baldi pakaian gosok jangan tak gosok berusla mana ada washing machine..tangah jah..dah biasa ..selesai basuh pakaian semua aku just lpk layan tv ..then officemate aku call inform ptg ahad ada game bola sepak..perlawanan persahabatan kat padang Kubang Buaya IKIP.kat kuantan..ni geng bola aku kat kuantan game pertama tahun 2006..slps solat semua selesai dalam jam 5.00pm aku kuar umah ke padang bola..blh jumpa geng bola ni semua cikgu-cikgu yang mengajar sekitar kuantan…aku kenal melalui officemate aku yang kenal mereka semua..nampaknya kat padang team aku tak cukup org so kena pinjam team sebelah,…ala kawan juga..game persahabatan kan..aku di posisi biasa striker..hari ni main memang semput dah laa lama aku rehat dari main bola dan hari ni 1st time turun padang mana ada stamina sgt lari sekajap rehatnya panjang nak kejar bola pun tak berapa larat sgt dah..aku ada injured sikit..kena butt goalkeeper sakit beb berbekas kat betis aku ni sampai laa saat aku menulis ni masih terasa sgt dan kesan kat betis ..aku dah biasa setiap kali ada game ..cam ni laa ada saja kesannya…so kitaorang kena belasah 5 – 0 nak buat cam mana 1st game heeh..kira okala..alaa nak panaskan badan maybe akan ada game yang seterusnya kena tunggu dan lihat ..sekurang-kurangnya cuti aku terisi dengan aktiviti yang aku enjoy dan realy like..harap2 next week ada laa game lagi!!!jam 7pm lbh dah habis game ..sampai umah lpk tgk tv layan segala citer yang ada sampai habis ..malam jam 12.30am gitu aku dah melelapkan mata penat!!!
Isnin dah kerja..dan cam biasa Monday blues ditambah lak dengan hujan dah mulai turun semula buatkan aku cam malasnya dan hari ni boss aku lak cuti eheh so semangat nak ke kerja datang semula..aku tak tahu kenapa ek kalau bos cuti memang aku semangat nak kerja..memang aku suka sgt .sbb aku tak suka sgt kalau ada boss selalu jah nak tgk kita buat kerja ke tak..aku tahu kalau boss takda aku lebih selesa buat kerja..ehe tak tahulaa kenapa!!
Hari ni gak aku ada Tanya kawan aku cam mana nak buatkan blogaku ni kiranya blh menarik orang nak baca..antara pendapat yang diberikan “katanya..aku kena tulis yang memang realy me maknanya bukan yang ditipu dan ditokok tambah..dan aku cakap memang semua yang ada dalam blog aku ni datang dari pengalaman aku sepanjang usia yang dikurniakan olehNya ini..takda rekaan itulaa diri aku yang sebenanya..kisah benar yang aku nak kongsi dengan sapa-sapa yang sudi nak membaca dan berkongsi..sbb ni satu kenangan dan pengalaman bagi aku yang sepatutnya dapat dikongsi bersama dengan kawan, teman , sahabat dan buah hati (kalau ada @ jauh di mata tp dia memang selalu dekat di hati ) eheh coming soon kot! Semuanya adalah dari hati aku dan ikhlas nak kongsi bersama!!aku harap semuanya dapat menerima aku dengan seadanya kerana inilah diri aku yang sebenarnya!! MUNGKIN ada perkara sensitive yang aku tak paparkan demi menjaga nama baik keluarga dan juga insan tersayang..aku tak nak menguriskan dan melukai hati sesiapa..harapan aku hanya satu ..semoga kisah aku jadi panduan dan pengalaman ni satu pedoman kepada mereka yang senasib dengan aku..bahawa kemiskinan takkan menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita dan jangan biarkan kemiskinan membelenggu kita..isnin ni tak da menda sgt masa lunch kuar ngan kawan2 officemate satu kereta pergi ke Benting , bersebelahan sungai kuantan pi makan tengahari eheh suasana best sgt kawasan ni dengan air sungai yang mengalir dengan pulak hujan renyai-renyai disapa oleh angin bayu membuatkan nafsu makan aku ni makin kuat dah laa dari ptg semalam aku just makan pisang so ni buatkan aku bertambah lapar..eme yummy makanan semua best juga..aku makan dengan nasi tambah + sayur taugeh + paru goreng + sambal belacan + ulam pucuk gajus ( org kelate panggil daun ketereh ) + limau suam ..habis eheh utk bekalan malam sekali ni ..sekarang aku dah jarang makan malam..budget ngan takda member nak pi makan..so tak da selera sgt..malam biasa aku makan biskut , roti atau beli pisang kira oklaa..aku bab makan semua yang ada kat opis dah tahu memang aku ni jenis manusia yang makan banyak yang selalu habiskan makanan kat opis akulaa sapa lagi..yang diorang heran sebanyak mana aku makan badan tetap maintain ..berat badan dalam range 68-71kg tak lari jauh sgt..eheh petua dia jaga badan emem makan banyak tp yang berkhasiat..aku tak minum soft drink dan minuman berkarbonat ..then kurangkan minyak dalam makanan pilih makanan yang di masak tu ..kiranya cam kukus, rebus semua nilaa ..tp kadang-kadang semua aku hentam ikut selera juga..kata orang masa sihat ni makan sajalaa tak yah nak fikir dah masa sakit nanti ni…ada benar dan ada salah juga pasal ni ..tak semestinya masa sihat kau nak pelahap semua berpada juga jangan lak sampai memudaratkan diri..heh dah jauh merepek aku ni..lps lunch balik opis teruskan keja.perut lak meragam dan hari ni ada ramai lak client ..dalam kesakitan tu aku layannnn..kata farah fauzana eheh!! Hari ni juga aku tak sabar rasanya nak tahu keputusan permohonan aku bertukar ke Miri ..doakan kejayaan aku bersama !! ada juga terima surat untuk pi exam PTD 15 dan 16 feb 2006di Kl sekolah mana aku pun dah tak ingat ni .nampaknya aku tak sempat nak pi exam cause mana laa nak dapat apply cuti ..surat ni lewat sgt..so aku decide tak nak pilaa ..ptg dalam jam 6.15pm aku dah balik umah ..layan tv rehat..cerita kegemaran aku Bersamamu..aku tersentuh juga dengan kegigihan seorang kakak yang memberikan dorongan dan motivasi kepada adik-adiknya semoga berjaya dalam pelajaran dan mengubah nasib keluarga..dengan bersukan menceburi olahraga jarak jauh…kakak sulung, angah dan aishah memberikan kekuatan kepada mereka untuk berjaya dalam kedua-dua bidang!!terusik aku bila babak ‘sajak”yang ditulis pada dinding reput di rumah mereka..tulisan berbunyi camni “ kakak selalu bangun pagi sediakan makanan untuk , kakak memang sayangkan adik-adik dan aishah tak nak buat peranga’..its realy touching my heart..kalau di baca dengan intonasi yang sebenarnya ianya menusuk kalbu..impian dan harapan akan memberikan sinar yang akan menyuluh kebahagian..aku doakan semoga keluarga ini akan mencapai cita-cita yang diimpikan!! Selesai semua aku just sambung buat kerja sikit ngan laptop ni..dalam jam 1am aku tido ….
Kepedihan menanggung duka , kegigihan mengubat luka, memberikan kebahagian di masa depan!!
Friday, February 10, 2006
air mata..
semalam 9 feb 06 aku balik awal dalam jam 6.30 pm bukan apa my ex manager masa aku keja ngan developer dulu datang kuantan buat visit projek dia kat kuantan ni..so aku jadi guide kat dia mana nak pi dan dia gak stay umah aku..buat malam ni esoknya dia dah nak balik ke kl biasa orang yang dah ada keluarga ni tentunya balik nak tgk anak bini kan..so malam ni aku bawa dia pi Taman Sri Mahkota Aman projek perumahan yang dah hamper nak siap dan dia pulak kena jual projek ni..
Dalam jam 10.20mlm cam tu anak buah aku ada call menangis teresak-esak bimbang aku beb ingatkan apa yang terjadi ..rupanya dia tension belajar dan tension sebab phone dia hilang dia salahkan diri dia sbb hp tu hilang …aku cakap kat dia kalau tuhan dah tulis itu bukan rezeki kita so takda apa nak buat kena redha saja..dan jangan fikirkan sangat ..satu lagi dia tension esok ada exam tu yang buat dia rimas..aku yang dah pernah lalui situasi biasa melalui asam garam bergelar pelajar nasihatkan dia jangan dok tension dalam belajar ni enjoy masa ni ..bukan enjoy apa buat pelajaran ni menyeronokkan jangan fikir sangat..memang laa exam tu penting dalam menentukan hala tuju ke mana arah kita tapi kalau meletakkan harapan yang terlalu tinggi tu yang menyebabkan kita tension ..aku suruh dia relaks sembahyang hajat dan aku cakap kat dia .kita dah berusaha tp semuanya adalah di tanganNya..so ku berserah!ewahhh cam lagu amylia lak aku ni eheh..segalanya berserah padaNYa..dah redha sikit tension dia bila aku cakap cam tu ..takda sapa tempat dia mengadu selain dari bapa saudara dia nilaa..aku memang rapat ngan anak-anak buah aku dah akulaa yang paling memahami mereka so tu yang buat mereka senang dekat ngan aku..and one more thing its happen bila aku balik kampung semua anak-anak buah aku ikut saja mana aku nak pergi ,,aku gerak sikit dah ada yang follow..korang bayangkan aku nak pi jalan2 kat kebun getah pun ada yang ikut tak tahu laa aku nak ke jamban pun nak ikut gak nilaa buktinya aku memang terlalu rapat ngan diorang….tp dengan bapa2 saudara yang lain especially adik aku diorang semua tak macam mana dengan aku..kalau adik aku balik semua diam..adik aku jenis yang garang tak leh buat salah marah tu yang diorang takut ..bagus juga at least ada orang yang diorang takut gak kan!!aku ngan adik aku jauh perwatakan dan perangai ..adik aku jenis yang pendiam tak banyak cakap..ehh kalau aku korang tahulaa jenis yang banyak cakap..gitu gak masa kecil2 dulu aku yang terlebih manja sedangkan adik aku yang bongsu tp semua abg dan kakak aku kata aku ni bukan bongsu tapi manja aku mcam aku yang bongsu emmm pahamlaa maknanya aku ni memang manja eheh..senang menitiskan air mata emem tak aku nafikan semua ni..ni adalah salah satu sifat semulajadi yang terbentuk dengan perjalanan dan pengalaman hidup yang aku hadapi..kerana titisan air mata begitu mudah jatuh dan aku selalu melihat air mata jatuh berderai dari pipi insan yang aku sayang!!kesedihan air mata mereka menjadikan aku manusia yang mudah rasa simpati dan mudah mengalirkan air mata bila melihat insan lain dalam kesusahan..dan bila aku juga berada dalam keadaan gelisah dan tak tentu hala air mata ni begitu senang jatuh berguguran ke bumi..apa pendapat korang kalau lelaki senang mengalirkan air mata..hilang ke ego seorang lelaki..bagi aku air mata bukan menunjukkan kita lemah tapi menunjukkan kita juga mempunyai perasaan..!!
banyak kalau nak imbas kembali lembaran hidup aku ni yang melibatkan air mata ...aku tak malu nak menyatakan kat sini even umur aku dah 27 tahun ...senang sekali air mata aku mengalir bila mengenangkan kembali rentetan hidup aku dan dari mana aku dapat kekuatan untuk membina hiduP hingga ke saat ini...KALAU nak tahu juga setiap kali rancangan Bersama mu TV3 disiarkan aku tak nak miss kalau blh bukan apa ni nak mengingatkan pada aku sesusah mana pun aku dulu makan nasi garam dan budu saja tapi ada lagi manusia insan yang lebih lagi susah dari aku...dan aku juga tak nak jadi manusia yang tak tahu bersyukur dengan apa yang di kurniakan olehNya..mungkin dah begini catatan hidup aku Tuhan dah tuliskan yang aku begini perjalanan melalui pahit getir dan ujian dariNya nak melihat sejauh mana umatNya mensyukuri segala yang telah diberikan..aku tak nafikan juga setiap kali rancangan bersama mu air mata jantan aku ni akan berguguran entahlaa senang sgt ..sebenarnya aku dapat merasai getir perasaan mereka bagai mana nak hadapi keadaan dengan anak2 yang ramai then keja yang tak menentu makan entah apa2 semua tu aku dah lalui dan perasaan bersama yang aku bawa bersama mereka membuatkan aku terlalu senang menitiskan air mata..murah sgt ke air mata aku ni!!!
kisah airmata ni aku akan bagitahu kemudian..seee u all
happy holidays weekends..aku dok umah jelaa nampaknya..basuh baju siapkan keja..
air mata menyatakan seribu perasaan...kekuatan, kelemahan semua terpacak kukuh dalam deraian air mata!!
Thursday, February 09, 2006
PERMULAAN
Permulaan..’
Hari selasa aku dah mula kerja dan semestinya banyak benda yang menanti aku ..yelaa dah cuti panjang dan semestinya aku mempunyai sesuatu yang sudah tersedia menanti untuk dikerjakan..aku anggap hari ni adalah permulaan bagi aku ..bukan apa permulaan bagi tahun baru dalam Islam Awal muharam 1427 Hijrah dan aku dah memutuskan sesuatu yang penting juga dalam hidup aku ni..aku dah memutuskan nak berhijrah memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan masa depan aku..hari ni bersaksikan langit biru awam memutih dan deruan angina yang memanggil manusia berubah dan berhijrah dalam diri sendiri..mungkin penghijarahan ini akan memberikan faedah pada aku ataupun aku nak gunakan sebagai batu loncatan dalam kerjaya aku..oklaa tentu korang tertanya dan tertunggu apalaa sgt hijrah yang aku nak buat kan ..kalau korang nak tahu aku dah buat keputusan nak bertukar cawangan..aku dah hantar permohonan nak bertukar ke cawangan Miri Sarawak..dah seminggu aku memikirkan hal dan sudah aku Tanya mek dan juga kakak-kakak aku..walaupun berat mereka nak lepaskan aku tapi apakan daya aku ..dah aku tekad dengan keputusan ni..perubahan demi mereka juga..aku jelaskan sebaik mungkin bahawa kalau ada rezeki aku akan pergi kalau tak diizinkan tuhan aku akan tetap kat kuantan tak berganjak ke mana-mana..aku lakukan semua ni demi mereka ..kalau aku kesana akan dapat banyak elaun so aku nak guna Bantu mek …masa balik kampung minggu lepas mak aku ada suarakan nak baiki umah yang dah usang ni dan minta sedikit bantuan dari aku..tapi apakan daya aku tak mampu nak tolong walaupun sedikit ..aku tak mampu ..sedih aku ..apaaa guna aku sebagai anak kalau tak dapat nak memberi bantuan semasa keluarga aku perlukan..aku meronta-ronta nak tolong tp hajat hati nak mengapai bintang apakan daya tak kesampaian ibarat begitulaa keadaan aku sekarang..aku sekarang blh katakana Bantu mak aku ngan sikit sgt kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah dia korbankan pada aku..dan keluarga..mak aku berjanji berikan aku sedikit masa dan aku akan cuba tunaikan walau macam mana sekalipun aku sanggup buat asalkan keluarga aku bahagia..ini hasrat dan impian aku..aku tahu takda sapa yang nak lihat keluarga dalam kesusahan dan setiap anak mempunyai hasrat untuk melihat kebahagian insan yang di sayangi dan begitu jua aku..tapi aku masih buntu kehilangan arah cam mana nak tolong repair umah usang kat kampung..kalau orang tengok umah tu emm teruk juga tapi bagi aku dah biasa ngan keadaan umah yang lantai berlubang dan atap bocor ..mak nak upgrade sikit jah ..modal pun bukan besar kata dia dalam RM3000.00 tapi bagi aku jumlah tu bukan senang nak aku cari dengan keadaan kerja aku yang gaji mati ni…kalau ada ot dah aku buat gila-gilanya asalkan hasrat mak aku tercapai!doakan kejayaan aku!!
semalam hari rabu lak...aku dapat satu berita dari UUM anak buah aku yang ada kat sana kehilangan handphone dia ..menangis call aku...nak buat cam mana ..susah gak aku nak tolong nak bagi duit emm aku pun dah kira nyawa-nyawa ikan jah ni cukuplaa nak isi minyak keta ngan makan..aku tak kisah kalau bab makan aku dah biasa control alaa makan bila perlu jah sekali sehari malam makan roti tu dah kira ok kan...emm nampaknya aku takblh nak tolong anak buah aku tu....semalam juga ada mesyuarat kelab sukan cawangan ..aku entahl;aa nasib ke memang diorang nak bagi jawatan ni kat orang muda .eme muda lagi ke aku ni!!so aku diundi secara majoritinya menjadi Presiden baru Kelab Sukan PKK Pahang..atas sebb presiden lama ambil VSS yang ditawarkan dan aku juga ada bagitahu diorang kalau aku ada rezeki ditukarkan ke Miri so diorang kena cari pengganti yang lain pula..ni semua belum tentu lagi dan aku blm tahu sama ada peluang aku ke sana ada ataupun tidak ..aku berserah sahaja padaNya ..semoga Yang Maha Kuasa memberikan aku rezeki..so sekarang aku ada tanggungjawab baru dalam merencanakan program buat kelab sukan ..emem biasa ada game bowling, annual family day, makan-makan..aku harapkan kerjasama semua staff dan pihak dalam menjayakan apa yang dirancangkan!!
masih menunggu jawapan daru HR..tak sabar dah ni.
penantian adalah suatu penyiksaan...
ssambung semula citer masa kat kampung sikit...emem masa balik hari tu kakak aku ada buat 'bersunat' kat anak perempuan dia biasa laa kalau kat kampung kita orang panggil bidan yang tolong buatkan ....alat nak bersunat ni ada aku sertakan kat atas..adalaa benang, duit pengeras, bedak sejuk, dan minyak sedikit..mak aku pulak ambil part masak pulut kuning untuk cucu dia..emm bagi aku masakan pulut kuning pastu makan ngan sambal daging walaah memang bestlaa ..kalau kat kampung aku makan memang banyak eheh bukan kat kampung saja kat mana2 saja aku pi memang akan makan banyak tp bergantung pada ngan sapa aku kuar kalau yg memang dah biasa sgt hentam kromo jelaa aku makan apa nak kisah apa orang fikir aku yang bayarkan heheh..berbalik pada kat kampung,,kat kampung makan nasi kosong+ Budu + Ikan goreng+ulam waaa makan tambah2 byk kali tu bukan apa ulam petai jering semua adaa all time favourite ni,..eheh makan cam tu jah..cam lama sgt dah tak jumpa semua makanan cam ni!..oklaa nanti waaa ada masa waa citer lagi ni nak sambung sat buat keleja!!
kenangan membawa aku seribu pengalaman, pengalaman membina aku ke arah keteguhan jiwa..
Tuesday, February 07, 2006
Permata hati aku..
Permata hati aku …
Hari ni tanggal 31 januari 06 aku telah selamat sampai ke kampung yang tercinta dari Bandar kuantan aku bertolak dalam jam 10.00am dengan bertemankan anak buah aku dan juga kawan anak buah aku…kiranya 3 org,..perjalanan takdalaa bosan kalau ada teman nak buat bicarakan, aku hanya membawa kereta kelisa aku tu slow2 jah ingat pesan mek aku …bawak2 slow jah..so aku hati2 aku sorang saje yang blh drive dan ada lessen..aku singgah kat ajil kuala berang hantar kawan anak buah aku ..dia belajar lagi kat situ…kemahiran..aku meneruskan perjalanan pulang ke kampung berdua dengan anak buah aku saje…dalam jam 3pm aku sampai ke kampung yang tercinta kampung pak jelak..aku first sampai mencium tangan ibu aku yang baru saje balik dari menorah pastu aku bersalam ngan abg aku yang keja askar ngan wife dia..pastu mencium pipi anak buah aku yang baru saje lahir 2 weeks ago..alia nama dia..cutenya geram aku tgk ..pastu aku ke umah kakak aku yang sulung eheh kat bawah saje 10 meter jah dari umah mek..aku terkam anak buah aku nama dia Muhamad Fitri dah berusia 3bulan ..cute,,,,,cute -…gerammmmmnya aku..gembira aku tak terkata akhirnya aku ada kesempatan nak melihat secara langsung anak-anak buah aku..bila dah sudah umah kakak aku ni aku pula ke umah kakak aku yang ke3 jauhnya hanya 50meter dari umah mek eheh satu kawasan saje dalam kebun getah yang sama..atas tanah hasil pencarian mek aku ngan ayah aku!!!aku nak tengok anak buah aku yang ke3 ni nama dia Nur Atiqah..cute..cute..cute eheh sukalaa meriah balik kampung ni tak sunyi rasanya hidup aku dimeriahkan oleh gelagat tingkah laku anak2 buah aku ni..merekalah permata hati harta yang aku ada ..tiada siapa dapat memberikan aku kebahagian dan kegembiraan di saat dan tika ini melainkan mereka semua..I LOVE U ALL 24 orang dah anak buah aku..kaya anak buah aku ni..takpa biarpun aku ni miskin harta tapi yang pasti aku kaya anak-anak buah itu yang lebih pentingkan..buat apa kalau kaya harta tapi miskin kasih sayang hidup sunyi sepi tanpa sesiapa di sisi..biar pun kami tidaklaaa hidup mewah tapi syukur padaNya kami mampu hidup dengan kebahagian dan penuh kesederhanaan..tak nafikan masalah selalu timbul ini biasa laa asam garam kehidupan yang semua orang akan hadapi dan yang membezakan hanyalah apakah masalah yang di hadapai dan bagaimana menyelesaikan masalah yang korang semua hadapi..
Aku kat kampung tak da ke mana ..tapi aku ada juga buat lawatan semula ke sekolah lama aku semasa aku tingkatan 6 bawah dan 6 atas .aku ni student STPM so aku ajak sorang lagi kawan aku yang sama2 sekolah dan kebetulan dia juga bercuti..so aku hari rabu ke SEkolah Menengah Kebangsaaan Kuala Krai ..wau memori lama mengamit kembali..pertama kali dalam tempoh 6 tahun aku menjejakkan kaki semula ke sekolah ini..SM3K..pelbagai kisah suka duka pahit manis terimbau datang menjengah minda aku ini..aku nak jumpa sangat ngan cikgu2 yang aku pernah memberikan ilmu mereka pada aku yang bersusah payah melayan kerenah pelajar yang cam aku ni memang nakal ehe walaupun tahun 1997 aku berusia 18 tahun korang tahu laa kan perangai pelajar masa umur ni ..emem ngan masalah displin ponteng kelas ..mengacau tido dalam kelas semua ada ..tapi biasalaa..nilaaaa kenangan yang aku masih bawa sehingga ke saat ini..cikgu Rosnani, cikgu azmin, cikgu hasiah , cikgu asiah , cikgu Tan , cikgu rosli semua nya masih kukuh dalam ingatan aku ni nama2 mereka semua ..harap2 pada hari ni aku dapat bersua muka dengan mereka semua..langkahan pertama ke sekolah ni aku dah nampak perubahan 1st dah ada pengawal keselamatan nak kena daftar dulu baru blh jumpa ngan cikgu ataupun ada urusan lain..emm baik juga ada pak guard nikan yelaa masa zaman aku dulu mana ada semua main hentam kromo jah ..blh kuar sesuka hati ..sikalang dah tak bebas nak ponteng kelas eheh..so selamat perubahan yang baik!!..pasti aku juga nampak kelas aku dulu juga dah berubah..korang bayangkan aku habis belajar kat sM3k ni tahun 1998..kali terakhir aku datang ke sekolah ni tahun 2000 tu pun semester 2 semasa aku UKM ..so lebih kurang dah 6 tahun aku t ak menjejakkan kaki aku ke sekolah ni…bayangkannlaaaa perubahan apa yang akan berlaku dalam tempoh masa yang lama ni kan!! So aku pertama sekali mencari cikgu Rosnani .cikgu bahasa melayu penulisan yang mengajar aku dulu..aku jenguklaa bilik guru tengok2 semuanya guru baru sorang pun aku tak kenal..semuanya baya aku dalam umur 27- 30 tahun ,.generasi cikgu baru kat sekolah ni..so aku bertanya pasal cikgu ni,,dia dah berpindah ke bilik guru yang lain bersebelahan dengan perpustakaan..eheh sebut perpustakaan nikan aku rasa tak sampai 10 kali aku masuk sepanjang bersekolaah kat sini emmm bukan budak rajin aku ni malas sebenarnya nakal adala..pendek citer aku jumpa ngan cikgu ni..emem terpaku dia tengok aku ..sbb dia cam tak cam ngan aku ..tp kawan aku tu familiar muka dia sbb dia rajin ke sekolah lagipun dia ni masa sekolah budak rajin baik so senang cikgu nak ingat ..emem bila aku sebut nama aku “tengku’ semua memori cikgu aku datang kembali emm apa lagi semua citer terus start!!alhamdulilaah cikgu masih ingat aku lagi..alaa dalam kelas aku dulu lelaki 7 orang jah lagi 18 orang pompuan so sonang juga dia nak ingat walaupun dah lama tahun 1998 -2006 bape lama tu kan…dah jumpa ni banyaklaaa citer yang nak disembangkan apalagi semualaa 1st Tanya pasal kerjaya biasalaa cikgu kita nak tengokkan setakat mana dah anak2 murid dia pergi dan sejauh mana kerjaya mereka berkembang..aku biasa citer pasal kerjaya aku sekarang dan aku nampak senyuman bangga terbayang di wajah cikgu aku ni..dia yang paling rapat ngan aku dulu..nampaknya tak sia-sia ilmu yang cikgu curahkan dahulu pada aku kan!! Macam biasaa bila dah lama tak jumpa ni banyak topic yang nak diborakkan..pasal kawan-kawan yang lain apa perkembangan yang terbaru apa yang terjadi pada mereka semua..so banyak masa di habiskan ,,..sambil minum kat kantin sekolah..kami laju berborak ngan dia..sikit blhla aku citer pasal kawan2 yang lain sbb aku juga dah lost contact ngan mereka semua ..kalau yang lelaki 7 orang tu yang dah kahwin hanya sorang ..tu pun sbb dia takda rezeki nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..lagi 6 orang bujang dan masih available eheh termasuklaah aku..topik hangat dan soalan cepumas biasalaa beb ..cikgu Tanya bila lagi nak mendirikan masjid emem aku ngan kawan aku ni tersipu-sipu senyum jelaa beb nak buat apa lagi senyum jelaaa jawapan takda takkan nak cakap jugakan!!lama juga borak tengok perubahan yang ada kat sekolah ni..aku ikut cikgu ke kelas saje nak rasa cam mana nak jadi murid semula..saat-saat aku kat sekolah memang antara saat yang tak mungkin aku lupakan..cam mana nak lupa ..korang nak tahu episode pertama bila aku lihat padang perhimpunan terus aku teringat peristiwa di rotan beramai-ramai..ahaa semuanya budak2 form 6 .korang bayangkan depan perhimpunan ni..aku yang dah kira paling senior kat sekolah pun kena rotan..ahah nak tahu kenapa apa lagi kalau bukan ponteng sekolah laa tak datang sekolah ..masa dulu kira cam gedebe juga yelaa dah senior ikut suka nak buat apa emm dan akibatnya di rotan beramai-ramai ..bila ingat balik aku ketawa ngan cikgu ahah lucu betul kan ..bagi aku inilah kenangan yang tak kaan aku lupakan ..dan inilaa juga saat yang aku selalu imbas bila berjumpa ngan kawan-kawan yang lain…
Bila kat kantin lak aku masih ingat lagi kita orang pernah buat persembahan nasyid masa kat sekolah dulu …aku jadi lead singer korang bayangkan aku nasyid ahaha..lucu beb aku pun kalau sekarang ni ketawa jah kalau ingat saat..kan masa tu nasyid tengah dok hot so ambil kesempatanlaa buat persembahan..kitaorang budak2 form 6 buat group nasyid sempena hari guru..kiranya nilaa hadiah yang aku blh bagi pada cikgu semua ..aku tahu suara aku bukan sedap sekadar dipinngiran saje eheh..tp nak buat cam mana den dah kena pilih jadi lead singer terima sajelaa..kalau tak silaap aku masa tu kita orang nyanyi lagu Hijjaz ngan raihan aku tak ingat apa tajuk….ahaha selepas persembahan cikgu komen ..dia kata suara aku sedap gak tapi sengau ahah dah tahu ..memang akan sengaunya eheh..
Kat kantin ni juga aku berlatih dikir barat..aku jadi awak-awak jah ..kitaorang banyak buat persembahan sampai ke peringkat negeri dengan dikir barat ni memang banyak enjoy sangat kalau kat sekolah masa tu ..aku kira aktif juga masa kat sekolah ..then sebut pasal nyanyi ni aku ada satu lagi kenangan eheh..aku jadi lead singer gak untuk koir sekolah untuk pertandingan Koir peringkat negeri kelantan ..korang bayangkan mat sengau jadi lead singer hancusssss beb..tp kitaorang berjaya dapat NO.2 beb dalam negeri kelantan..tp yang dah confirm bukan akulaa yang dapat 1st prize untuk lead singer..korang tahukanmat sengau mada blh ..tp yang penting sekolah aku dapat no2 tu dah kira berjaya pada aku..ahah banyak lak kenangan kat kantin ni bukan hanya tempat menjamu selera tapi center of seni people eheh so sbb ni aku jadi insanseni eheh..nantilaa kenangan lain aku buat lain citer ni kira sikit-sikit jah dulu…intro beb!! Kalau nak diikutkan memang masa tak cukup nak imbas bercerita tentang kisah silam kat sekolah ni ngan cikgu tp di lain masa mungkin ada kesempatan..aku spend almost 3 hours gak kat sekolah tak semua cikgu aku jumpa hanya sebahagian saja sbb ada yang dah pindah ke tempat lain..
Kemudian aku ke pekan Kuala Krai takda apa yang berubah sama saje pada pandangan aku takda bangunan pencakar langit tiada traffic jam..so korang tahulaa kan pekan ni biasa saje..hanya ada satu daya tarikan Zoo Kuala Krai yang tempat lain takkan ada ..kat kelantan ni sajalaa zoo yang ada ..aku dah dekat 10 tahun tak masuk ..aku tak minat so aku tak tahu apa perkembangan yang berlaku pada zoo ni..kalau korang nak tahu masa musim perayaan khasnya masa raya puasa memang ramai sangat orang kat zoo ni ..so masa ni saja..tp masa lain sunyi saje zoo ni..
Aku tak singgah mana2 hanya beli lauk ngan sayuran saje kat pekan ni..so aku balik umah nak ambil anak2 buah aku balik dari sekolah..
Hari pertama rabu kalau korang nak tahu pagi2 buta ngan kedinginann yang berkabus anak2 buah aku kejutkan aku nak suruh hantar mereka ke sekolah..memang laa bangun solat subuh tp ni jam 7pg slps aku solat ingat nak tido sat sbb sejuk tapi dikejutkan oleh mereka semua nak naik keta pi sekolah ..kalau korang nak tahu kereta kelisa aku yang hanya blh muatkan 5 orang nak tahu bape penumpangnya 8 orang ..4 sekolah rendah lagi 4 sekolah menengah ..bayangkan la cam mana aku sumbat semua dalam sebuah keta..aku nampak wajah kegembiraan terbayang di mata mereka semua ..ini sudah cukup buatkan aku gembira im so happy …walau pun sejuk tp ini saje yang aku mampu lakukan bagi melihat sinar dan senyuman kegembiraan di bibir mereka..aku faham dan mengerti perasaan mereka..tp buat masa ni ini saje yang mampu aku lakukan!!!aku minta maaf tak dapat sediakan kenderaan yang lebih besar tp ini saje aku ada….aku mohon rezeki yang lain ..di masa depan aku berjanji memberikan keselesaan pada mereka!!doakan kejayaan aku beb!!
Lps hantar ke sekolah aku yang seperti citer ke sekolah lama aku SM3k…ptg aku join budak2 kat kampung main sepak takraw..aku bukan pandai beb tapi nak meriahkan suasana saje..kira oklaa saje nak kuarkan peluh!!malam cam biasa takda ke mana aku hanya bermain ngan anak2 buah aku dan inilah hiburan yang takkan dapat aku beli ngan wang ringgit dan kekayaan! Kegembiraan ni ditambah lagi ngan bertambah 3 lagi permata hati aku ! kalau nak tahu aku dok umah mek aku ada baby pi umah kakak sulung aku ada baby pi umah kakak aku yang ke3 pun ada baby tak puas rasanya masa nak spend ngan mereka semua..nilaa saat yang terluang aku ada nak bermain ngan mereka semua,…lps ni entah bila lagi ada kesempatan bila kerja dah mula banyak nantikan!! Aku tido lewat bila dah semua anak buah aku dah tido aku aku lelapkan mata..tu pun lps mengajar anak2 buah aku buat kerja sekolah..selesai semua aku pun masuk tido jam 1pagi..jam 2 pagi kakak ngan abg ipar aku bangun ..nak tahu mereka buat apa emem ..oklaa sebenarnya mereka keluar menyuluh ..apa ni menorehlaa..diorang selalu menoreh awal pagi sbb takda sapa nak jaga yang baby tu kalau siang hari ..so jam 2am sampai subuh mereka siap menoreh ..lps kakak aku kena sediakan anak2 ke sekolah lak ..makanan pagi baju sekolah semua..mana dia nak tido lagi..aku betul2 kagum ngan ketabahan dan kerajinan kakak aku…dia sumber kekuatan aku juga..seorang ibu dengan 10 orang anak berusia 40 tahun menggunakan kudratnya yang ada dalam membesarkan anak-anak..walaupun hanya penoreh getah dan tidak mempunyai pendidikan..ibu mana yang sanggup untuk melihat anak2nya hilang arah tujuan..
banyak lagi kisah nak aku coretkan tp hari tanggal 7 februari 2006 bersamaan 8 muharam 1427..aku dah mula bekerja dan banyak juga yang nak kena settlekan ni..ni kiranya my 1st update selepas bercuti..dan Selamat Bertemu Kembali..im Back Now! tu adalah gambar anak-anak buah aku yang paling terbaru!!!
seribu peristiwa mengajar aku seribu panduan, seribu panduan memberi aku sumber membina kekuatan!!