Tuesday, November 29, 2005
hilang tension ...!!!! lawak sikit
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam goreng
seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia
menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan
ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak
menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan
gagah.. lalu berkata, "Kerana terlanjur sudah makan sedikit.. jadi ayam
ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan
restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil
membawa pisau menghampiri Razak. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!!
Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga
terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki
engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu.
Pendek cerita.. apapun yang engkaulakukan, akan aku lakukan juga pada
engkau." Razak
terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya,
membawa ke mulutnyadan menjilat bontot ayam tersebut.....SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. ===================================SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit=================================== SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!===================================SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak?SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.DOL: Mana kau tahu?SAM: Aku tengok muka dia pucat semacamjer....===================================SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasamasin?DOL: Gula dah habis!SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah===================================SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candlelight dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bilelektrik, api rumah aku dah kena potong! ===================================SAM: Aku ada AIDS? mana ada...DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara niadaaids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak adaaids,kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dahtahu...===================================SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makinteruk!DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyakberlatih agar dapat batuk dengan lebih baiklagi.===================================SAM: Dah dua kali perompak yang samadatangmerompak kedai kita.DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, janganpasang signboard "SILA DATANG LAGI" aduhhh penatnya ..tu lawak2 yang kat atas hanya sebagai seri nak hilangkan tension ni kira tips yg berguna juga jangan terlalu serius dalam menfokuskan sesuatu kerja ..kita ni manusia yang perlukan rehat juga kan..so tu sebagai org kata penambah rasa dalam hidup taknak hidup ni terlalu membosankan nak juga warna lain2 kan...www.jutawan2020.com ni website kawan aku kiranya pangkat abg dah orang terengganu buat business secara online ni..kalau ada yang berminat just hubungi dia saje...aku wknd lps ke kl ...emem aku beranikan diri drive kelisa aku sorang2 eheh tak pernah lagi kau ke kota metropolitan tu sorang2 ngan kelisa kesayangan aku tu..just nak pi ambil pc yang aku tinggalkan kat umah kawan aku di cheras taman maluri..thanks adi tumpangkan barang2 aku kat sana...emm ahad malam aku bertolak balik ke kuantan semula ,..kiranya adventure gak aku kat sana wehe mana aku leh drive dalam kota raya yg kaya dengan duit tu tp tak kaya ngan budi bahasa..:) emm oklaa just takda menda nak cakap nantiaa ada masa aku citer ek...just hilangkan tension kerana aku pun tension stress gak hahaah ye ke :) ok sajelaaaa lupakan kisah silam bina hidup baru ..tp dia tetap selamanya pada aku ....thanks
Thursday, November 24, 2005
bahagia
KEBAHAGIAAN
Setiap orang inginkan bahagia tetapi bahagia tidak akan datang dengan sendiri jika kita tidak mencarinya..sama ada sedar atau tidak tanpa kegembiraan ia blh menjejaskan kesihatan karier dan hubungan dengan rakan-rakan..emm cam pernah aku rasa semua ni bila hati tak bahagia..aku masih mencari erti bahagia yang sebenarnya adakah aku jauh darinya buatkan kau bahagia..entah????
Oklaaa aku just nak kongsi cam mana nak menemui bahagia ..ini sekadar pengetahuan tp secara praktiknya aku pun belum tahu lagi…harap2 bersama2 kita mencari erti bahagia dan menemui bahagia bersama insane tersayang….
Selalulah bersikap optimis
Lihat keseluruhan hidup kamu semua dalam suasana yang positif, ianya tentu akan mengejutkan kamu kerana dengan menilai hidup kamu dari sudut yang positif dalam segala segi akan memberikan tenaga dan rasa kebahagiaan. Emm ada kebenarannya juga bila kita memandang sesuatu yang +ve kita dapat melihat benda dengan lebih luas dan membuka minda untuk menemui bahagia……
Bina keyakinan diri….
Buka minda seluas-luasnya untuk mengharungi hidup ini dan jangan sesekali menjadikan kegagalan sebagai penghalang usaha korang semua…berusaha secara berterusan untuk mencapai impian korang dan jika memiliki keyakinan yg tinggi mudah utk korang semua utk mengelak atau berasa tiadk gembira akibat kesalahan2 kecil yang telah dilakukan..memanglaa aku pun akui keyakinan diri ni penting apa saja yang korang nak buat kena ada keyakinan cam mana nak buat kalau dah 1st dah tak yakin kan..bagus idea so aku kena yakin pada diri yang K akan berikan aku kebahagian walaupun sebahagian diri aku mengatakan dia seakan telah menemui kebahagiannya sendiri….tp aku tetap yakin pilihan aku adalah dia ….
Bersyukur..
Belajar utk sentiasa mensyukuri dengan apa yang dimiliki @ dikurniakan oleh Yg Maha Esa…ke atas diri kita semua..selain itu kena gak belajar utk mengasihi orang terutama rakan2 yang byk membantu…bila korang bersyukur …korang akan menghargai apa yg kamu ada jika dok banding ngan org kat luar ada..emem betulaaa bersyukur ni amat2 penting sgt2..kalau kita bersyukur dengan kurniaaNya maka kita akan hargai apa yg kita dapat..selama ni aku bersyukur ditemukan dengan dia K ..dan aku hargainya..
Nikmati hidup ni sepenuhnya…
Nilaa masanya korang nak buat apa yang korang suka..bersukan ke jogging ke apa2 saje yangblh buatkan korang semua happy tp kena ada batasan jugaa…barulaa rasanya bahagia kan bila kita blh buat apa yang kita suke…ejhehe ni saat aku nantikan nikmati hidup dengan dia ..K
Jaga kesihatan ..
Amalkan pemakanan yang sihat dan jadikan amalan hidup yang sihat bersenam selalu bersukan …blh buatkan korang rasa bahaga gak tau…
Jadilah seorang yang kreatif..
Masa ni korang kenal pasti apa kelebihan yang ada ..melukis ke , ubahsuai umah ke , lanskap ke …bila semua ni korang lakukan mengikut gerak naluri dan kreativiti korang sendiri akan memberikan rasa bahagia ..emm macam aku yg tak kreatif mana ni terpaksa mengkreatifkan diri kat opis ni hujung minggu at least aku kreatif gak beb buat projek paper aaahah ;-)
Carilah teman setia …
Berkongsi pengalaman dan masalah ngan seseorang yang anda cintai akan merangsang rasa kegembiraan yang lebih…kasih sayang akan membuatkan kamu semua berasa lebih selamat dihargai dan selesa…bagi aku dah temui teman setia ..pada dia K ..aku harap sgt hanya kamu akan jadi teman setia aku…blh kita berkongsi cerita gembira duka sedih sengsara ..ini semua blh buatkan aku gembira..K..adakah dengan menjauhkan diri dan terlupa pada orang tersayang buatkan kita merasa lbh syang !!!!tepuk dada Tanya iman sendiri.. ADA KALANYA KITA LUPA KERANA TERLALU SAYANGKAN SESEORANG KITA SEOLAH OLAH CUBA MEMBUATKAN DIA MAKIN JAUH DR KITA..
Berbicara dengan seseorang!!
Carilah rakan rapat yang boleh dipercayai dan kamu boleh luahkan perasaan atau bercakap soal apa saje….nilaa hakikat aku sekarang teman rapat aku ..computer , blog ni, keyboard…yg aku blh luahkan segala2nya tapi tanpa ada maklumbalas …nak buat cam mana dah nasib den cam nikan..tima kasih blog ni ada gak teman setia bisu aku..:-( aku boleh berbicara apa saje kat sini …..pada K harapan aku kaulaa teman bicara tp apa daya …
Bina impian korang!!!
Semua orang ada cita2 dan impian bukan casa impian eric leong tu..tapi impain nak jadi apa bila besar..cam aku kecil2 dulu sekolah rendah nak jadi askar then sek menengah cikgu lak dah habis U entah jadi menda…tulislaaa setiap cita2 korang semua dan slowly capainya ..jgn terburu2 beb..biar perlahan2 asalkan setiap apa yang kita impikan tercapai..tp jgn cam siput khinzir (****)lak ..tu nak gerak pun malas just have plan ahead..tu saje..
Bersedia untuk memaafkan!!!
Aku rasa tak rugi rasanya jika korang semua mengamalkan sikap pemaaf dan tak salah memaafkan orang yang telah melukai hati kita..walaupun pedih tapi rasanya setiap kemaafan yang kita lafazkan akan memberikan kebahagian pada diri kita sendiri…lupakan kisah silam dan bersedia memaafkan segala kesilapan akan memberikan kekuatan utk mencapai kebahagaian….
Dah tu jah tips2 aku nak bagii ceweeeeh macam pakar motivasi lak aku ni..pakar motivasi mendanya kerja ni haa melambak ..jam skrg 8.23malam aku biasa beb kat opis lagi dan rutin ni akan berterusan sampai wknd pun..aku takda plan apa2 this wknd so nak dtg opis gak..malam ni biasa beb 11 ke cam tu balik laaa ..biasa dah semua niii..takda apa ..ok nak solat isyak …..dah setakat ni saje ..ni kira rest otak jap bf4 sambung semula kerja beb…didoakan kesejahteraan K di sana bersama keluarga!!!!8.25 malam stop weeeeeeehhh
Wednesday, November 23, 2005
hadiah
tanggal 23 Nov 05 jam 8.54pm aku masih lagi kat opis cam biasa ..korang tahu kan ..aku tak ke mana inilah rumah akukan..ok hari ni tak nak citer pasal aku dah just nak share sedikit maklumat ngan kawan2 semua ..ini tentang 10 hadiah terhebat untuk yang dikasihi:-1 Hadiah mendengar- berikan hadiah ni kepada yang memerlukan dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. jangan mencelah , jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas!!!2. hadiah tanda kasih- jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu!!3. hadiah sehelai nota- ia mungkin ringkas seperti "sayang awak ;-)" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. letakkan nota-nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.4. hadiah ketawa- berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " saya suka ketawa bersama awak"5.hadiah puji-pujian- sesuatu yang ringkas seperti " warna biru memang ngam dengan awak" atau "sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayangi.6. hadiah bantuan- tolong angkat begnya, temankan ke mana yang dia mahu pergi, basuh pinggan mangkuk, buang sampah dan sebagainya.7. hadiah bersendirian- ada ketika kita hanya mahu bersendirian. pekalah kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian.8. hadian kecerian-cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.9.hadiah riadah-sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. kalah pun takpa, kamu masih menang..10.hadiah doa- selalu berdoa untuk kesejahteraan orang yang dikasihi dan diberitahu yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita. ini lah hadiah paling penting....buat K aku hanya mempunyai hadiah doa untuk kamu..kamu sentiasa dalam doa aku..aminni aku tak tahu nak balik pukul berapa maybe dalam jam 11 gitu nak balik ..insya allah esok nak posa sunat..masih terjadi lagi pada aku aku 2 hari berturut tersedar jam 4pg terfikir pasal dia..takpa didoakan kesejahteraan K di sana...walaupun kau sepi hari ni..entah ...berakhir kah sebuah persahabatan...
Tuesday, November 22, 2005
apa ek..
apa ek lak nak cakap hari ni...oklaa selamat berhari raya buat aku ..dah sambut raya yang ke2 dalam syawal ni...alhamdulillah masih ada kekuatan tuhan berikan pada aku..walaupun kiranya aku sambut hari raya posa enam pada hari ni 22 noV 05 tapi aku tetap teruskan puasa sunat juga aku niatkan ganti puasa bagi kaum keluarga aku yang dah meninggal dunia semoga roh mereka dicucuri rahmat..aku bukan manusia yang baik tp aku hanya mengambil kesempatan atas apa yang terhidang di depan mata...
hari ni dan sedikit cerita semalam...aku balik opis semalam jam 10mlm sampai umah jam 10.30 pm lebih laaa dipertengahan jalan ada signboard..AWas Kawasan Banjir Di hadapan.. ehhh ada banjir ke kawasan umah aku..just drive slow2 saje takut gakkan mana tahu ada apa2 kat depan tp alhamdulilalah takda apa yang berlaku banjir dah kembali surut nampaknya..sesudah sampai kat umah laa hujan lebat lak pulak aku redah jah nak buka pintu pagar nakparking keta kat dalam kiranya sempat jugaaa bermandi hujan ni...eeheh sejuknya...sesudah sampai umah aku kena mandi cepat2 nanti takut deman laa pulak ..solat isyak dah kat opis tadi so aku harus mandi saje walaupun kesejukan emem laaa tertengok lak baju ada 2 baldi yang aku rendam pada sabtu ptg ..ehe blm basuh lagii..apaaaa mulakan tugas bsuh baju secara manual eheh tangan ...sekadar saje cause baju ni bukan kotor pun ,..baju kerja jah ..dah lps basuh baju mandi sekalilaaaaa...siap nak tido lak..aku tak tgk tv pun sesudah basuh semua ni aku masuk bilik ambil novel bisikan rindu tu nak sambung sikit baca...emem cam biasa tak habis byk pun ada dalam 2 chapter dah panggilan nak tido hehe terlelelap cam tu jah....kiranya dalam jam 11.45 kot aku tido..dah niat esok nak posa gak....tp entah kenapa ek aku tersedar pulak jam 4.00pg bayangkan ..apa aku nak buat ...solat tahajud emem mata rasa ngantuk tp tak leh nak tido kenapa ek....kalau nak tahu aku terlalu banyak berfikir pasal dia sapa lagi????? korang semua dah tahukan dia alaal diaaa....semalam aku ada terima panggilan dari dia ..thanks kat dia ada sedikit perasaan ingat pada aku..panggilan yang memang aku terlalu tunggu..adalaa citer sikit then aku just tanya ????????biarlaaa persoalan ni aku saje yang tahu ek...sesudah dia bagitahu semuanya pasal apa2 saje aku terus rasa down ..maafkan aku kalau dia terbaca blog ni...ni terus buatkan perasaan aku tak tenteram sampailaa ke rumah dan ni juga buatkan aku tak leh nak tido ,,tak lena asyik fikir pasal dia ..maafkan aku K........ sampaiilaa ke pagi aku bangun ngan kepada pening ..sakit sgt tp aku gagahkan diri kerana perlu mencari rezeki demi diri ni dan keluarga kat sana yang menanti aku....mandi dah solat dah jam 7.30 gitu aku tgk biasalaa rancangan pagi MHI ally iskandar then Abby Fana ..hari ni topik gigi..penjagaan gigi ada macam2 tip jaga gigi orang dulu2 ..guna arang, guna pasir pantai supaya gigi tahan lama ..ok gak ek semua ni..sebenarnya fokus aku tak kat sini fikiran dok melayang saje..pada dia..start kereta jam 7.55am kuar dari umah sampai opsi jam 8.15am...baca newspaper..borak2 naik atas buka pc ..kerja dah ada..apa lagi weeee kerjaaa....dan --dan --dan sampai ke saat ni aku masih disini 6.27pm ......saat ni jari aku menulis buat seseorang semoga dia tenang dan bahagia di sana...aku takda kuasa halang kamu tp aku cuma harap ada secebis ingatan pada aku...K sebenarnya aku terlalu rindukan saat dahulu itu saje ..maafkan aku K kalau permintaan aku melampau...
Monday, November 21, 2005
persahabatan!!!
persahabatan!!!!!!
aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni..tp sajer jah nak update blog aku ni..kalau nak bincang isu semasa emm cam ada yang tak kena ke ??atau dah byk sebenarnya blog yg lain cakap pasal mawi, apa lagi af semua tu aku kureng minat sangat just ambil tahu adalaa sikit-sikit..emm nak citer pasal hari minggu aku yang entah apa2 sama gak kan semua orang ada memori hari minggu juga cam aku takda nak citer kalau bagitau nanti orang bosan lak..ye laa aku wknd ke tak wnkd samaaa saje buat menda opis dah macam rumah pertama aku ye laa masa aku spend kat opis ..ni aku nak sekadar berkongsi pasal persahabatan ..friendship ..kata Aristotle…’friendship is a single soul living in 2 bodies’ wau penuh bermakna kata2 nikan ..teruja lak aku terfikir terus pasal dia dan aku tak nak nilai persahabatan antara aku dan dia terputus begitu saje dan sebenarnya aku tak sanggup sangat2 kalau persahabatan antara aku dan K terputus tergantung tiada kesudahannya…
Berbalik kepada nilai persahabatan yang sebenarnya bagi aku tak blh nak kita ukur ngan wang ringgit dan harta benda ..bila persahabatan tu dibandingkan dengan nilai aku rasalaa ianya takkan berkekalan ..aku lebih suka kalau persahabatan tu tak yah nak letak tanda harga berapa ringgit sepuluh ke seratus ke bagi aku semua tu tak penting dan yang paling penting ko tahu apa maknanya sahabat tu untuk kamu kan..bukan hanya masa ko susah tapi selama-lamanya bersama walaupun apa jua yang korang semua hadapi..akulaa tp tak tahulak orang lain kawan ni ibarat harta yang tak boleh nak ditukar ganti..K bagi aku “sahabat” ‘ Kawan’ teman “ yang aku takkan gantinya kerana dia adalah nilai sahabat yang aku cuba pertahankan walaupun kebelakangan ni..aku begitu terasa cam aku dan K berjauhan dan dah jarang berutus berita tetapi aku akan tetap setia padanya menanti jawapan sebuah persahabatan yang tak mungkin sama sekali aku lupakan…kerana K terlalu istimewa sebagai sahabat..walaupun saat ni dia terlupa pada aku..aku tetap dan akan selalu mengingatinya ..kerana K kaulah harta yang aku ada..harta nilai sebuah persahabatan yang insya allah kekal buat selamanya…amin
Persahabatan nak cakap pasal ni takkan habis kerana dalam dunia ni ada bermacam jenis sahabat ..betul tak??ada sahabat ketika suka sahaja , ada sahabat ketika senang sahaja, ada sahabat ketika susah saje..emm ada ke yg tika susah ni cam takda sgt jah..apa2 pun tepuk dada Tanya iman masing-masing..ada yang masa gembira disisi kita selalu , saat air mata berguguran ada kot sikit2 jah sahabat tapi yang bestnya bila kaya semua mengaku akulaa sahabat ko aaalaa yang masa study dulu pernah nampak ko jalan sorang2..ekeleeeh kalau cam ni nak mengaku kawan semua boleh blah .aahah kenapa masa aku jalan kaki dulu tak nak mengaku kwan lak ..J ni dah lumrah manusia kan..faham nilaahh erti persahabatan buat mereka..orang kata ada udang di sebalik tomyam ehhh..sebab udang sekarang dah upgrade dari mee ke tomyam lak ..J….aku ada banyak pengalaman yang mengajar aku erti persahabatan yang sebenarnya …ada orang nak kawan ngan aku nak cuba ambil kesempatan atas kemurahan hati aku..aku bukan kaya jauh lagi nak jadi jutawan ..kalau ada rezeki nak juga tapi alhamdulillah adalaa sedikit duit ..yang aku tak faham-faham nikan orang cakap aku ni muka baik senang kena tipu ..aku akui gak yang senang kena tipu tu..aku ni kelemahan utama mudah sangat percayakan orang dan mudah sangat tersentuh perasaan ni dengan kesusahan orang ,,yelaa aku ni orang susah dan kalau boleh aku tak nak ada orang yang turut sama merasai kesusahan yang aku rasa ni..selama ni…so aku pernah kena tipu duit laa terlalu banyak kali sgt…dah berapa ekk..bagi aku nilai tu takdalaa besar sgt bg orang yang kaya tapi bagi aku yang agji secukup rasa jah ni ..penat beb nak kumpul ..almost terkumpul dalam RM1000.00 lebih laa tapi aku hanya berserah pada Tuhan aku kata dalam hati kalau ada rezeki dan hak aku insya allah aku akan dapat then kalau tak aku anggap ni sebagai bukan rezeki yang sepatutnya untuk aku dan insya allah akan ada rezeki untuk aku di masa depan nanti..amin kena fikirkan yang positifkan…
Nilai persabatan adakah hanya dengan sepinggan lasagna secret recipe ataupun sepinggan lamb chop secret recipe emm menarik gak kan kalau ada orang blh meletakkan nilai sebegitu pada nilai sebuah persahabatan yang takkan ada nilainya bagi aku..pada K aku harap kau dapat tahu yang aku takkan dan tak pernah meletakkan nilai dalam hubungan yang dibina biarlah persahabatan ni kekal selamanya dan penuh bermakna bagi aku..pada hari aku kenal Kamu K aku telah berjanji bahawa kamulah “sahabat, teman, kawan” yang tak kan aku lupakan..sehingga saat dan ketika ni aku masih berpegang pada janji yang satu ni biarpun kau kat sana diam tanpa kata membisu seribu bicara aku masih tak sanggup musnahkan persahabatan ni yang tak ternilai harganya..pada K ketahuilah bahawa persahabatan ni takkan terhenti sehinggalaah nyawa ni terhenti pada masa tu pun takkan buat kan aku lupa pada seorang kawan seperti kamu K selamanya manusia ni senang berbicara pada kata senang berpegang pada dia tapi sanggupkah mengharunginya bersama-sama jadi nilaikanlah sebuah persahabatan ni sendiri…
Persahabatan juga seperti seliparkan …sepasang selipar yang saling melengkapi emm ada ke orang pakai selipar sebelah eheheh ada den beramboi jah …kalau pakai selipar sebelah jah rasa tak complete tak selesa macam-macam lagila..begitu juga dengan persahabatan rasanya hidup cam tak lengkap tanpa insane yang bernama sahabat kan..begitu juga pada K hidup ni rasa kekosongan tanpa kehadiran kamu sebagai sahabat aku…aku tahu faham kau jauh di mata tp ini bukan alas an nak buatkan tali persahabatan ni goyahkan walaupun kau ada insane lain harapnya persahabatan kita takkan terputus jangan jadikan alasan insane lain penyebab terhalangnya sebuah persahabatan…K
Pada kawan2 semua nilaikan lah persahabatan yang kamu ada sekarang jangan kamu biarkan kawan kamu hilang tanpa sebab..jangan di saat kamu kehilangannya barulah kamu tahu siapa sahabat siapa kawan dan siapa teman..fikirkanlah semua kerana persahabatan ni terlalu luas ertinya dan masing-masing ada fahaman dan fikiran sendiri mengenai sahabat ini……..K kaulaah “SAHABAT, KAWAN DAN TEMAN AKU SELAMANYA”
HARI NI 21 NovEmBer 05 alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran pada yang maha ESA ..aku dah sempurnakan posa 6 dan hari ni hari terakhir puasa..alhamdulillah tuhan berikan aku kekautan melaksanakannya ..esok dah hari raya pada aku so pakai baju raya ke datang opis eheh ..takdalaa walaupun aku dah selesai rasanya seronok pulak berpuasa ni..terasa manisnya puasa ..saat2 yang berlalu sekejap saje..insya allah ada kekuatan nanti aku masih nak berpuasa pada hari2 yang seterusnya .kawan2 doakan semoga tuhan berikan aku kekuatan dalam menghadapi rindu ni…pada K
Saat ni juga 8.09pm aku masih lagi di sini di pejabat ..kan aku dah cakap pejabat dah jadi my 1st house dan umah sewa tu hanya sekadar tempat balik berehat ..yelaa bayangkan balik umah dalam jam 10.30pm baru sanmpai tu pun kalau kuar opis jam 10pm laa ok balik umah kalau isyak dah siap aku mandi kejap hanya basuhkan badan then lepak atas katil baca novel ..sekarang aku cuba habiskan novel ‘bisikan rindu’ karya Mimie Afinie..baru jah mula ni novel dari officemate bacaan sebelum lelapkan mata saje…rasanya 15minit baca mata dah nak lelap ….tido biasanya aku akan terjaga malam pkl 5 gitu dah ada dgr orang baca al-quran then lelap jap bangun subuh dah nak pi kerja..bayangkan kat umah aku spend lbh kureng laa 10jam tp kat opis ni 14 jam so cammana ek..aku memang jarang sgt2 kuar pi mana2 kecuali ada game futsal atau badminton ..takda menda dah nak cakap kan ..aku tinggalkan korang ngan erti sebuah persahabatan can carilah sahabat yang sebenar.bagi aku dia K dah aku anggap sahabat aku yang sebenar walaupun apa yang terjadi dia sentiasa ada di dalam diri aku K….
A void negative people, places, things and habits.
B elieve in yourself.
C onsider things from every angle.
D on't give up and don't give in.
E njoy life today, Yesterday is gone. Tomorrow may never come!
F amily and friends are hidden treasures. Seek them and enjoy their riches.
G ive more than you planned.
Hang on to your dreams.I gnore those who try to discourage you!
J ust do it!
K eep trying no matter how hard it seems. It will get easier!
L ove ! yourself first and most.
M ake dreams happen.
N ever lie, cheat or steal. Always strike a fair deal.
O pen your eyes and see things as they really are.
P ractice makes perfect.
Q uitters never win and winners never quit!
R ead and learn about everything important to you.
S top procrastinating!
T ake control of your own des tiny.
U nderstand yourself in order to better understand others.
V isualize your dreams.
W ant your dream more than anything.
X-ccelerate your efforts.
Y ou are a unique individual. Nothing can replace YOU! !
Z ero in on your goals and GO FOR THEM!
Thursday, November 17, 2005
MASA
masa ..bila dikira dihitung masa yang berlalu rasa macam angin yang berlalu begitu sahaja dan kadang2 masa ni yang membuatkan aku begitu gelisah..
aku rasa kegelisahan ni tentunya dari pada hati yang tak ketentuan sapalaa lagi yang masa ni blh buat kan aku merasa begini ..hanya dia K ..yang boleh membuatkan aku rasa masa begitu membenci aku..kerana sesungguhnya saat masa ini dia masih belum mengirimkan apa berita buat aku jam ditangan 8.58pm..aku masih lagi dipejabat..sama cam semalam juga dan hari2 yang akan datang cam nilaa hidup aku..aku rasa masa telah menentukan di mana aku berada.....pada K sekali lagi aku ucapkan kata rindu di masa dan saat ni...masa ni juga sebenarnya aku tension sbb masa telah membuatkan kerja-kerja aku semakin bertambah dan kerja aku ni takkan habis sampai bila2 pun kerana semakin hari aku memikirkan bila laa aku akan berehat cuti tahunan masih berbaki 18 hari bayangkan cam mana aku ada masa nak habiskan cuti ni..nak minta cuti 1 hari pun boss dah bertanya mana projek paper mana kelulusan bulan ni bila nak hantar sayik2 tangguh jah..sedap mulut jah boss aku ni bercakap..dia datang kerja 8.45am balik 6pm masa kat dalam bilik baca paper , borak , tgk saham ..tulaa rutin harian dan buat2 sibuk sedangkan dah aku tahu memang dia takda masa langsung untuk sibuk ...heememem dah malas aku nak bercakap pasal dia ni..oklaa aku ni ambil masa sedikit sbb aku hari nak tak blh nak bernafas ngan kerja yang tak henti datang ..boss lak asyik bertanya pulak tu ditambah dengan K yang langsung tiada kata berita lagi menambah kegelisahan aku..YA Allah berikan aku kekuatan hadapi semua ni..AMin.
hari ni tanggal 17 NoVemBer 05 aku telah berjaya menyempurnakan pose sunat syawal yang ke4 masih ada 2 hari lagikan..masa berbuka puasa tadi aku makan bubur nasi+air teh o limau suam +ais kosong..apalak mamat ni aku order air suam pi bg ais kosong lak ..mujurlaa aku ni jenis yg takkan marah org nya kalau benda2 yang remeh temeh cam mana..aku begitu susah nak marah orang tapi ni mungkin kelemahanaku ..aku pasrah..walaupun ada orang melukai perasaan aku ni tp aku akan sekadar berdiam diri dan takkan menghamburkan kata2 kesat kerana itu bukan aku ..aku sensitif sedikit mungkin keadaan masa lampau buatkan aku tabah ...ok dah makan ni aku + officemate pompuan dia pun pose gak...pi temankan dia makan jamu ekekleeh muda2 dah makan jamu cam aku ni takyah nak makan jamu maintain kurus kerengga gak pinggang ahaha..lawak ehh ..dah puas jalan2 aku balik opis semula solat maghrib...dah lewat gak jam 7.45pm br solat menda;aa dah dekat isyak lak tu...9.11pm masa makin berlalu saat ni aku keseorangan dipejabat kawan2 yang lain sudah balik..biasa diorang semua ada komitmen keluarga cam aku yang bujang terrrrrrrr.ehe ni tak yah nak risau takda sapa yang tunggu aku kat umah ..adalaaa discman tu dok tgu aku pasang lagu josh gorban ..aku suke lagu u raise me up sedikit memberikan kekuatan pada aku untuk meneruskan hidup di saat merindui dia K....9.13pm detik2 masa yang berlalu rasanya begitu pantas aku hanya membiarkan jari ni menaip apa saje entahaaa apa yang aku tulis pun blm tahu apa isinya apa tujuannya tp yang pasti hasil nukilan ni adalah luahan perasaan aku yang tak da sapa yang mendengar...aku begitu sedih takda apa..sms , email masih takda ..salah kah aku???? esok dah jumaatkan wauuuu cepatnya masa berlalu kan terlalu cepat....tadi kawan aku ada ajak aku tgk harry porter tp aku rasa jiwa aku tak di sana dan dengan kerja yang byk gak ni buatkan aku terfikir betul ke tindakan aku..aku hanya berharap ada satu masa nanti aku dapat bersama K semula bersama-sama bila di mana dampai bila aku berharap entah jawapannya pasti hampakan aku..tp aku ni manusia beb..apa kekuantan aku ..
aku terlalu sayangkan K...hari ni aku akan balik cam semalam juga paling awalpun jam 10.30mlm lewat 11 lebih aku lebih tenang berada di pejabat saat ni ..bila saja aku jejak kan kaki kerumah semua kenangan aku bersama dia ..akan datang ni betul2 buatkan aku lemah..jadi masa aku peruntukan di pejabat sekurangnya aku blh buat kerja kan...9.20pm tadi aku dah serahkan projek paper aku pada kawan ni biar dia check dahulu kalau ada apa2 kesalahan dan sedikit penambahan dilakukan ...thanks pada kawan ni aku anggap dah macam abg aku...aku takda sapa2 kat sini keseorangan jauh di mata ibunda dan keluarga..tadi kawan aku kat hq call dia cakap pasal our bank akan buat rombakan besar2..so aku terkejut akan ada staff yang akan ditawarkan vss dan dipecat begitu saja , ditukarkan jawatan saat dan masa ni tentunya mendebarkan bagi aku..apa laa nasib aku kalau apa2 terjadi pada aku dan kalau pintu rezeki aku berhenti disini aku terpaksa gagahkan hati hadapi dugaan ini..amin...K ..di mana kamu di saat dan masa ni...tadi ada kawan lam aaku dari jb call dah lama beb dia diamkan diri aku ingat kan mana dia hilang rupanya dah beralih kerjaya ke spore patutlaa susah nak reach dia kebelakangan ni..pada dia aku luahkan sedikit keadaan aku pada ketika ini apa yang aku rasa dan apa yang berlaku pada aku sebenarnya ..dia turut memberikan semangat pada aku untuk hadapi dugaan ni..dan sedikit cerita dia pernah mengalaminya..so berkat semangat kawan2 semua aku akan cuba hadapi keadaan ni dan aku cuba bersedia sekiranya K akan melupakan aku dan bertemu "kawan" yang lebih baik dari aku ..aku terpaksa telan kepahitan ni walaupun sakit ..untuk dia walaupun dengan sapa kamu , K kau akan tetap selamanya ada dalam hidup aku..ini janji aku kerana sayang ni datang dari hati yang ikhlas bukan yang dipaksa-paksa...K u Always in my heart..walau tiap malam aku dah tak blh sembunyikan lagi perasaan ni..aku tak malu nyatakan aku menangis ..biar apa orang kata begitu murah air mata lelaki aku..tp mungkin semua tak mengerti akan penderitaan pada jiwa aku skrg..sblm tido air mata ni menitis aku bukan sengaja nak biarkannya keluar tp apa daya aku cuba korang semua cakap ... :( ...9.30pm ok rasanya setakat ni saje dan saat ni aku mendengar lagu warkah berlagu pilu ..ya allah air mata aku tumpah lagi..
Wednesday, November 16, 2005
malam ..lewat
6.10pm rabu 16 NoV 05..saat ni aku masih lagi berapa di pejabat dan hujan turun ngan lebat juga..aku dok mengadap satu projek paper client yang nak urgent gak so aku decide hari ni dan hari2 yang seterusnya aku akan balik lewat ..aku akan ulangi rutin harian aku dahulu yang selalu kuar pejabat sebelah malam paling awal aku balik mungkin 9.30mlm atau paling lewat jam 10.30mlm ...aku nak abadikan diri semula ngan kerja..ni saja cara yang aku rasa blh menghilangkan...rindu ...yang teramat sgt pada K ..mungkin ini akan menghilangkan sedikit saje tp rasa rindu ni takkan padam..entah hari ni aku tidak menerima satu sms atau emailpun daripada dia KENAPA..apa salah aku..dah takda apa2 makna lagi ke aku dalam hidup dia walaupun sedikit..dah tak macam dulu setiap sms yangaku hantar akan ada balasannya..kenapa skrg dia buat aku cam ni...apa salah aku ..aku ada buat kesilapan ke..pada K dah takda kata-kata aku nak ucap..hanya berdoa dan berserah semoga masih ada kata rindu dan sayang sebagaimana kau ucapkan masa mula-mula kita bertemu..adakah aku ni membosankan penyibuk suka jaga hal kamu..kalau begitu yang kamu rasakan aku minta maaf...K
6.25pm dah lewat ni aku blm lagi solat asar dan makanan nak berbuka pun blm lagi beli..aku makan simple jah ni nasi putih sayur lauk sikit dah utk hari ni ..kira makan malam + sahur terus laa :) dah biasa cam ni ..hidupaku dulu pun cam ni gak..tadi pi timbang berat 65kg laa dah susut aku nampaknya ..ramai orang yang perasan ngan perubahan yang berlaku pada aku muka dah tak ceria cam dulu selalu murung dah kurang bertegur sapa dan bergurau ...kadang-kadang aku sendiri rindukan diri aku yang dulu.yg happy go lucky ..tapi saat aku rindukan K buatkan aku jadi cam ni...6.30 aku nak solat asar dulu pasni kalau ada masa aku sambung....
alhamdulilah nampaknya aku masih ada kesempatan untuk berbicara kat sini walaupun projek paper kat depan mata ni aku tinggalkan kejap tadi aku dah selamat berbuka puasa dan solat maghrig ..nampaknya hasrat aku nak makan nasi putih + lauk biasa tak kesampaian sbb kedai sebelah opis aku ni takda pilihan so aku makan nasi goreng ikan masin + telur dadar + air bali suam..kenyang dah kira nak sahur utk esok terus aa cam ni ,..eehhh..alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan padaNYa..tp satu yang aku tak dapat nafikan entahlaaa dia tetap muncul semasa aku makan tadi..kenapa..kenapa K kau kerap berada disisi tp sebagai ilusi bila kau yang sebenar akan muncul..berserah saje...ok..aku nak sambung kerja ..gambar dia ada sentiasa disisi pengubat rindu yang tak kesampaian...kerjaaaa kerjaaa.sblm tu cuba teka kat mana gambar2 tu semua eheeh .. :) sepuluh duit aku bagi sapa dapat teka..K
pagi yang hening ni aku bangun bersahur jam 5.29pagi hari ni aku berniat untuk berpuasa enam ..insya allah hari ni adalah ahri ke3 aku berpuasa...kelam kabut juga aku dibuatnya bangun aku dah dengar suara bilal mengalunkan irama suci Al-quran dan aku tahu aku kesuntukan masa dan cam biasa aku hanya makan 1 biji buah kurma +air kosong+vit c aku yg aku amalkan selama ni....selepas sahur ni aku ingatkan nak tgu solat subuh baru tido tp nak buat cam mana tertido..tersedarlak jam 6.45 bangun mandi solat then bersiap nak pergi kerja..sambil dok bersiap ni aku tgk MHI pengacara fenda ngan nizal..kupasan isu pengangkutan awam di Malaysia seronok juga aku mendengarnya..ada pemanggil memberitahu kat malaysia ni kemudahan memang aku tp yang jadi masalah adalah dari segi penyelenggaraan ..terhenti aku lak dgr nizal bercerita pasal pelancong yang datang ke malaysia katanya malaysia cantik semua tempat cantik satau saje yang buatkan malaysia tak indah cantik adalah ...Tandas..betul2 jatuhkan imej kita rakyat malaysia..dah tak dapat nak layan aku pi jemur baju yang basuh semalam alaa basuh manual guna tangan apa lagi ehehh...dah siap aku start enjin kereta then dalam jam 7.50 aku bertolak dari rumah hari ni..hari-hari aku takkan ada sinar ceria lagi entah kenapa aku pun tak tahu dalam perjalanan tadi aku terlihat sebuah kereta berwarna hitam yang sama buatan ngan kereta K naiki..pada masa ni terus aku blurrrr dan saat ni juga aku seakan terdiam perhatikan kereta tu..alangkah indahnya kalau akulaa yg ada dalam kereta itu bersama K tapi apakan daya siapa aku untuk meminta semua ini..aku hanya berserah sepanjang perjalanan aku berfikir dan terus teringat dengan rindu yang tak dapat aku luahkan lagi pada K..entah kenapa aku dah sampai ke tahap ni merindui dia..cuma hati dan diri ini saje yang tahu biarlaa aku simpan ia sebagai kenangan paling manis dalam hidup aku..K saat merindui kamu memang terseksa tapi apa kan daya aku..K jam 8.11am aku dah kat opis ...tulis nama naik ke tingkat 2 buka pc ni dan aku coretkan sekali lagi kata rindu pada K yang takkan ada penghujungnya.....K
Tuesday, November 15, 2005
tanpa dia
hari ni aku masih lagi tanpa dia ..entah bila aku akan dengan dia..takpa pada dia K aku mendoakan kebahagian kamu di sana dan aku takkan putus2 ucapkan kata rindu kerana ia lahir dari keikhlasan hati ni.....hari ni tanpa dia tanpa dia :( bila dia akan hadir... :( AKU SAYANG KAMU
Monday, November 14, 2005
isnin
hari ni dah seminggu aku bekerja..mood raya rasanya dah hilang kan cuma satu jah yang aku takkan hilang selamanya saat aku merindui dia..K..biarlaa apa orang nak cakap pasal aku then apa dia fikir pasal aku yg aku tahu dan mahu hanya menyayangi dan merindui dia setiap masa dan saat yang berlalu..dah isnin nak buat apa lagi kerja laa..:( ni aku dah laa mood kureng sgt baik lately apa laa yg aku fikirkan sangat entah...hanya suara hati ni saje yang tahukan..saat merindui dia terasa amat panjang lena malam rasa sekejap saje..cam semalam aku cuba tutupkan mata ni jam 9.00 malam ngan membaca novel dengan sakit kepala yang berdenyut2 aku cuba habiskan novel ni bukan apa saje nak cuba alihkan tumpuan sedikit dr terlalu memikirkan dia tp apakan daya aku ni insan yang lemah dia tetap muncul dalam ingatan aku...rupanya aku terlelap entah pkl berapa rasanya dalam jam 10.00 malam...dah lena tido aku terjaga lak dalam jam 3 pg cam tu ..entah beb masih terkenangkan dia..then lelap pun cam tu jah jam 5 aku sedar bangun untuk bersahur aku dah niat hari ni nak mula puasa 6 di bulan syawal..aku hanya bersahur makan 3 biji kurma+vitamin c then ada laa pulak roti gardenia yg dah nak expire date hari ni makan ngan serunding daging yang kakak ipar aku bagi that day bf4 aku datang kerja kat kuantan ni..dah siap sahur aku just tgu azan subuh ..dah azan aku lak terlena then tersedar lak 6.30pg..sakit perut kena cirit birit dah lps hajat ni aku solat subuh then entah nak rasa mengantuk lak aku sambung sikit lagi tido jam 7.30pg bangun mandi siap nak pi kerja aku dgr lak siaran MHI abby fana pengacara yg aku suke ngan ally iskandar cakap pasal cuti2 utk budak sekolah..ok dah siap semua jam 7.55pg bertolak ke opis ..jam 8.19 dah sampai kat opis..baca paper buka komputer tgk email yang ada emm sedikit kecewa takda apa2 berita ..entah di mana aku sebenarnya ,..aku berserah pada mu jika dia menjauhkan diri dari aku , then terpaksa aku terima hakikatnya dan aku harap dia memberikan kata putus adakah aku ni penyibuk menganggu hidupnya..kepada K aku doakan kebahagian kamu dengan siapa kamu skrg..takpaa pasal aku ...K thanks..kerja biasa saje teruskan apa yg ada ..lunch hour temankan kawan aku pi beli hadiah harijadi buat kawan dia ..terbeli jam Kennetth menda la ku tak tahu then aku repair jam guess aku yg dah lama rosak..masuk kerja balik hari ni aku berborak ngan sorang gadis yang menghadapi masalah ngan tunang dia,.aku doakan dia dapat hadapi dugaanNya..aku hari ni akan balik awal tak da semangat nak teruskan kerja...pada K kaulah segalanya ...
Friday, November 11, 2005
my mom
saje nak letakkan gambar my mom sumber inspirasi aku...ni aku panggil dia mek..yg banyak mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan yg maha ESA..aku tahu mek aku byk hadapi kesusahan slps ayah aku tinggalkan mak masa tu aku usia 5 tahun then adik aku dalam 2 thn gitu..dia yg besarkan semua 6 orang anak2 then kakak aku terpaksa diserahkan pada makcik yg ad akat penang..masa nilaa aku begitu menghargai insan bernama mak..bonda tercinta ..aku rasa kalau nak ceritakan kat sini takkan habis kerana kisah ni terlalu banyak duka daripada suke ..depan mata aku mak aku dipukul ....Mek kau laa insan paling tabah yang akan aku buat panduan untuk harungi hidup ni...aku tidak tahu bagaimana nanti bila kehilangan mu..walaupun bukan kemewahan yang kau berikan tapi ilmu pendidikan yg cuba kau curahkan pada anak2 sungguh bererti..aku sayang pada MEK...walaupun keluarga kita selalu dipandang hina dek kerana kemiskinan yg kita hadapi dulu dan aku sebagai anak mu menyahut seruan menjadi anak yang menaikkan taraf hidup kita..walaupun aku seorang yg berjaya menjejak menara gading aku tahu kau tersenyum riang melihat kejayaan aku ini...mek I LOVE U..forever ..K kau juga dihati aku..
aku panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana pada semalam 10 nov 05 aku telah mendapat anak saudara yang ke -22..anak kakak sulung aku yang ke 10..tahniah kat KUNORIZAN kakak aku yang tersayang tak sabar rasanya nak lihat anak lelaki kakak aku yg selamat dilahirkan pada hari rabu jam 10.00mlm di hospital kuala krai..masa aku balik cuti hari raya that day kakak aku just menghitung hari saje so dah sampai sini barulaa kakak aku bersalin..sayang kak!!! dalam kegembiraan ni aku tak blh melupakan walaupun sessaat pada K..entahlaa mungkin aku saje yang sayik teringatkan pada dia tapi aku tak rasa pun dia turut merasai apa yang aku rasa di saat ni...masa aku di kampung dia selalu berhubungan tp bila dah aku pulang ke kuantan ni..aku nampak sedikit perubahan jarang2 sekali email , sms aku yang di balas ..entahlaa apa salah aku..aku ni terlalu menyibuk ke atau aku ni dah takda kat hati dia..aku blh terima hakikat kalau dia cakap terus terang tak payah nak sembunyikan semua ni...aku faham..aku sentiasa dan akan selamanya sayang pada dia..K ..kau selalu dalam hati ni...masa tido hanya wajah kau yang terbayang aku cam dah gila bayang asyik teringatkan kamu saje..aku mendoakan kau sejahtera kat sana ...MISS U K /...Pada Kakak aku jaga kesihatan aku juga merindui kamu semua...saat ni aku sangat2 memerlukan kasih sayang kamu..kerana kaulaaa sumber kekuatan aku...Mek, Kak Zan, Ku Nor, Abg Alir, Abe Nasir dan semua abg dan anak2 buah aku ..kaulaaa sumber ilham yang memberikan kekuatan utk kau hadapi dugaan ni....Buat K kau dah jadi sebahagian dari Aku...Terlalu merindui Mu..
Wednesday, November 09, 2005
koleksi raya 05
Tuesday, November 08, 2005
raya dah habis ...
raya dah pun berlalu ..walaupun sebulan kita berpuasa dan sebulan juga bulan syawal akan berlalu tetapi aku ni raya ke 5 dah kena kerja nak buat cam mana kan dah junior kat sini kenalah berkorban sedikitkan..bercerita tentang sambutan 1 syawal tahun nikan satu kesyukuran buat aku dan keluarga walaupun menyambutnya dalam suasana serba sederhana tapi aku dapat melihat wajah2 gembira anak2 buah aku semua..menyam,but syawal yang menjelma..
alhamdulillah aku pulang ke kampung pada 30 okt 05 ..bertolak dari kuantan pada jam 6.30pg camtu then sampai kat kuala krai umah aku dalam jam 12.30tghari....satu kesyukuran bagi aku dapat melihat wajah mak aku.kakak sulung abg ipar anak2 buah tersayang semuanya sihat walafiat..syukur padaMu Yang Maha Esa...emm dapat aku berbuka puasa kat kampung hari ni..emem malam ni mak aku masak apa ek aku lupalak rasanya makan petai jeruk+ budu+ sambal tempoyak+asam limau..sotong buat singgam then ada ulam..selera betul aku masa buka puasa ni..tambah nasi 4 kali waduh tak pernah aku rasa cam ni selera..ye laa dah bersama keluarga kan seronok...lps makan solat terawih sama2 kat surau kampung..masa ni glomar jap cause ramai yg tanya bila aku sampai kat kg..and bla bla bla..
puasa ke 27 kat umah gak sahaur aku ni jarang makan nasi memang takda selera sekadar menjamah nasi sedikit then air kosong + teh tarik kureng manis satu eheh..pagi puasa takda apa nak buat plan nak pi cari buluh lemang tapi abg ipar lak takda masa nak siapkan umah dia katanya..sempena raya nak masuklaa...ok buka puasa ngan buah betik masak lemak kunyit+budu+ikan bakar dan ulam2 ..apa lagi bantai banyak gaklaaa.terawih...
puasa 28...ikan patin masak tempoyak + budu dan ulam..hari ni ke bandar kuala krai pi beli daun palas ngan beras pulut nak buat ketupat daun palas....
puasa 29..pagi2 bangun pi cari buluh lemang adalaa dapat dala m 30 batang tu pun dah susah giler...dekat ngan 3 jam kitaorang sesat dalam kebun getah nak cari buluh ni..balik umah beli santan 4 kilo + 4 kilo beras pulut buat lemang...bersihkan buluh lemang..then bakar lemang dalam jam 3ptg dah lewat sebenarnya ...oklaa jam 10mlm baru masak...anak2 buah aku lak sibuk cabut bulu ayam kampung 2 ekor yg mak aku nak buat rendang ayam kampung..rendang daging + rendang ayam bandar ..eheh sedap ...malam bungkus ketupat lak ..eeh mak aku ..yg bungkus....aku tgk aje...
1 syawal menjelma ....akhirnya